Pada hari Isnin lepas, Singapura mula tidak senang duduk melihatkan harga minyak dunia sudah mula melonjak naik ke paras tertinggi sejak 9 bulan lepas. Begitu juga negara-negara lain yang tiada minyaknya akan “mula kepanasan”. Pada masa itu, harga minyak dunia yang berjaya dicatatkan adalah sekitar US$105 setong.
Agak-agak Malaysia akan terjejas atau tidak? Kalau jawapannya terjejas agak pelik bunyi. Kita ada hasil minyak sendiri. Minyak yang kita gunakan seharian sekarang ini daripada gred rendah yang dibeli daripada negara pengeluar minyak yang lain manakala daripada hasil minyak Malaysia sendiri yang dijual di luar merupakan minyak yang berkualiti tinggi (“sweet crude” yang mana kandungan sulfur di dalamnya amatlah rendah).
Jikalau hari ini harga minyak dunia terus naik :
- Pendapatan Malaysia juga akan turut meningkat sekali ganda dengan kualiti minyak yang dimiliki oleh Malaysia + kenaikan harga minyak dunia
Harga Minyak Dunia Naik Sekarang Ini, Apa Sebabnya?
Iran yang merupakan pengeksport minyak kelima terbesar di dunia. Iran juga menyumbang 18% penghantaran minyak bagi negara-negara di Eropah. Kementerian Minyak Iran menghentikan penghantaran minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang memberikan kesan buruk kepada kesatuan Eropah. Tak cukup lagi setakat ini, dikhabarkan yang Venezuela pun akan hentikan bekalan ke Eropah sebagai tanda sokongan kepada Iran..
- Spekulasi perang Iran.
- Amerika berang apabila jual beli minyak Iran dengan India tidak lagi menggunakan matawang USD. Serta-merta nilai dollar jatuh dan meningkatkan nilai emas
- Sekarang ini urusniaga India-Iran adalah melalui emas. Amerika mahu duduk diam?
- Amerika semestinya mahu mengukuhkan matawang USD mereka tetapi jika Iran terus berdegil, peranglah jawapannya
Umat Islam Seluruh Dunia Perlu Bersatu – Kelebihan Minyak Untuk Umat Islam
- Sepatutnya seluruh umat Islam mengambil langkah ini, kembali kepada dinar dan dirham sebagai alternatif pertukaran wang dagangan kerana terbukti ia pasti menggugat musuh Islam terbesar kini iaitu Amerika Syarikat
- Kita mesti yakin kepada pertolongan Allah, seperti juga air zamzam yang tidak pernah kering walaupun berjuta-juta umat Islam mengambilnya saban hari saban tahun, begitu juga Allah menganugerahkan minyak kepada seluruh negara Islam hatta Bosnia sebaik saja istihar sebagai negara Islam maka meleleh keluarlah minyak dari buminya!
- Begitu juga emas jika umat Islam yakin dan bertakwa insyaAllah ia akan melimpah ruah menjadi kepunyaan umat Islam
Yang pastinya golongan yang tersenyum lebar dengan berita kenaikan harga minyak dunia, adalah penyimpan emas. Harga minyak dunia naik VS harga emas akan turut sama naik.
Jikalau harga minyak dunia terus meningkat naik melebihi kenaikan dahulu, tidak mustahil harga minyak RON95 akan juga dinaikkan. Cuma mungkin berita ini tidak akan didendangkan terlebih dahulu memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama sahaja lagi.
P/S : Apa respon melihatkan trend kenaikan harga minyak dunia yang berlaku sekarang ini sehinggakan ada laporan mengatakan boleh naik sehingga ke paras Us$250 setong?



{ 71 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Jangan risau, minyak Malaysia tak akan naik sebelum PRU-13. Selepas PRU….jaga kau!!
sangt setuju dgn Lan II
wah…berita baik untuk kerajaan Be End nih… dorang suka bab2 NAIK nih…
1998 pekerja korea sanggup turun gaji x bagi syarikat mati
btul2.. pas PRU kalu BN naik jgak, kene cepat2 serbu stesen minyak. sok nye ade pengumuman minyak naik harga
ABU BN PRU13 nih… Kalo tak.. kita kena beli minyak mahal..
undi anwar lah pru nanti
dapat kurang 50 sen harga minyak
haha…..ramai lagi dok percaya si lidah bercabang tu
ada gak yg percaya kat ulaq walaupun berkali2 kena patuk…huh
Terima kasih pak atas perhatiannya terhadap perubahan yang terjadi di negara tersebut yang bapak pimpin
Minyak yang kita gunakan seharian sekarang ini adalah gred rendah manakala minyak daripada hasil bumi Malaysia sendiri yang dijual di luar merupakan minyak yang berkualiti tinggi ???
Apasal bro? X caya ek?
memang betol pun… tak silap pernah terbaca nilai minyak kita, 400K tong boleh dapat 600K minyak luar….hehehe… minyak berkualiti kenalah jual….
yeas…confirm minyak tak naik la even minyak dunia naik…PM kita kan “baik hati,bertimbang rasa and berjiwa rakyat”…sukanya aku nk pilihanraya nie….
masa minyak rendah tak turun pun. masa minyak tinggi baru kita naik. bijak2.
pemimpin ingat rakyat pun bodoh macam dia ker
jgn risau…kte harapkan satu pilihanraya yg BERSIH, CEKAP dan AMANAH skrg ni..xpe2 harap2 BE END akan THE END dlm masa x smpai 5 taun ag..
minyak naik sebab perang kat sanalah
apa pulak salah BN, BN hantar tentera pi perang ka???? sepatutnya kita kena salahkan puak2 yg berperang kat sana
bukan salah BN. memang bukan salah BN. tapi salah rakyat yang pangkah calon BN dalam PRU. rakyat yang salah bukan BN. jadi memang salah pilih.
beres….sokong!!
Islam itu pasti akan bangkit, saya yakin kerana ia telah terlulis di dalam al-Quran. Melihatkan keadaan sekarang, mungkin inilah tanda-tanda awal kejatuhan tamadun barat.
1. Isu Sub-prima Amerika
2. Isu hutang negara-negara eropah
3. Sokongan China Russia India keatas Amerika yg semakin merosot
Wallahualam..
Mungkin dgn sedikit ilmu di dada.. saya nak jelaskan sedikit.. sekira nya ada salah dan silap, harap maaf kan, sekira ada yang terkurang, dan ada kawan2 lain yang tahu dgn lebih lanjut.. mungkin dapat tambah…
Dgn sedikit pengalaman bekerja di hub petroleum di Kertih, Terengganu, walau pun di bidang bukan Teknikal, namun dgn pergaulan dgn org2 Teknikal dan Pemasaran, dapat tahu sedikit info ttg syarikat majikan sendiri..
Memang betul, dgn kurniaan Illahi, Alhamdulillah minyak mentah di luarpantai Msia adalah “sweet crude”. Sweet crude minyak ini mmg gred nye baguih, dan di dagangan antarabangsa kerana kandungan sulfur yg rendah, antara minyak yg sentiasa dicari oleh pasaran (minyak Msia dipanggil “Tapis Crude” di dalam crude oil trading.. minyak2 di medan minyak seluruh dunia semua ada nama utk “trademark” di dagangan antarabangsa, contoh nye “Brent Crude” utk minyak dari laut UK, “Nile Crude” untuk minyak dari Sudan, etc).. Tapis Crude adalah antara yang terbaik, Gred A lah, oleh sbb kurangnya kandungan sulfur di dalam nye..
Kenapa Petronas jual minyak Msia ke luar? Ini adalah strategi perniagaan.. sesungguh nya.. minyak mentah, di mana2 di dunia ni pun, sama sahaja kandungan nye setelah di proses.. cumanye, sebelum di proses, ada bahan2 lain yang “mengotori” minyak itu.. salah satu nye adalah sulfur, yg kalau kandungannya tinggi, proses penapisan makin rumit… jadi.. actuallly nye, bila Petronas jual minyak Tapis Crude ke luar, dapat untung yang lebih sebab minyak itu mahal harga nye, orang nak beli sbb nak proses Tapis Crude ni mudah.. dan Petronas beli minyak Gred C (yang byk sulfur) dgn harga yg murah, dan petronas buat proses penapisan sendiri di PETRONAS Penapisan Terengganu (PPTSB) dan di PETRONAS Penapisan Melaka (PPMSB) yang mempunyai teknologi yang tinggi utk tapis minyak sedemikian.. hasilnya.. masih minyak yang bersih.. yang sama.. untuk kegunaan semua syarikat minyak di malaysia..
kenapa saya cakap untuk kegunaan semua syarikat minyak di malaysia? Sbb semua minyak yang ditapis dalam Malaysia, whether it is being done by Petronas at PPTSB or PPMSB, or by Shell di penapisan nya di Port Dickson atau by Exxonmobil di penapisannya juga di Port Dickson.. semua minyak bertapis itu adalah hak milik Kerajaan Malaysia.. ianya akan dikumpulkan setempat di satu depot besar (di Kelang kalu tak silap saya) kemudiannya baru lah syarikat minyak itu masing2 ambil minyak yg dtelah ditapis tadi mengikut jumlah PSC (Petroleum Sharing Contract) masing2 yang telah ditandatangani antara syarikat dgn Kerajaan Msia sejak 1974 (di bawah Petroleum Development Act 1974)..
then.. PETRONAS, Shell, Exxon, masing2 bawak minyak bertapis tadi balik kat depot sendiri2 pulak.. and letak additives… additives inilah sebenarnya yang membezakan minyak antara syarikat2 minyakk… additives ini adalah “rahsia” besar syarikat minyak masing2.. ia merupakan ramuan tambahan untuk memberi “edge” atau kelainan kpd minyak itu.. so, dgn penambahan additives, baru lah ada minyak “Primaxx3″, minyak “VPower” dan minyak “Exxon”.. barulah ada kaler hijau.. biru… merah.. kuning.. dll..
Sekarang, keuntungan PETRONAS, 75% dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.. 25% sahaja diguna semula sebagai modal pusingan..
jadi, jgn ditanya sama ada PETRONAS sudah menjalankan tanggungjawab nya kepada rakyat atau belum.. tapi tanyalah soalan itu kepada sesiapa yang menguruskan nya..
sekian
o…. skrg baru faham kitaran pengeluaran minyak tu mcm mana. logik2. good info
macam ni la pendapat yang bernas. ada fakta dan maklumat. bukan asyik nak kondem mana2 pihak.
Mmg bagus penjelasan ko, walaupon mungkin ader lagi info yang kurang..Petronas buat duit, tp “orang” sekeliling amik duit..Sendiri paham la kan ..sape “orang” itu..Hassan Merican yang begitu ponya bijak diorang buang, inikan kan pulak rakyat mcm kite…
time harga minyak turun…mesia maintain
time minyak naik..mesia naik
akal pemimpin negara sekarang xpentingkan rakyat
dok pikir untung semata
bukan di buang, umur dah 55 maka pencen.. dia dapat offer najib jadi jpm..hasan merican tak minat ..jadi hasan dapat offer di singapore jadi syt minyak conocophilip sebagai board eksekutif lebih besar gaji sekarang…presiden sekarang pun tak lama lagi nak pencen juga..byk lagi pegawai petronas berpengalaman sesiapa pun byk layak..mmg hassan merican seorang yg bijak dalam pengurusan petronas dulu..tapi sayang di tak nak sambung kontrak sebab tak berminat politik.
trimas bro..jelas penjelasan ni..
Saya setuju pendapat saudari, malaysia bukan nya pengeluar utama minyak dunia..tak ada senarai pengeluar dunia OPEC..dgn ada nya penjualan minyak seet crude tadi ke negara luar maka besarlah keuntungan nya..dgn keuntungan tersebut beli minyak di negara murah seperti indonesia, arab, dan sebagai untuk di proses ke malaysia..dgn adanya jualan tersebut dapatlah petronas keuntungan besar, jadi kepada rakyat semua jangan lah tuduh pru13 nie nanti sebagai penyebab utama minyak tidak naik..tiada kaitan..apa yg diharapkan tiada peperangan di iran..sekiranya perang maka tidak mustahil minyak naik pada masa akan datang yg bergitu tinggi..dimasa itu mana2 sesiapa memerintah terpaksa juga menaikan harga minyak..sebab buat masa nie kerajaan tidak naikan minyak kerana apabila harga turun kerajaan masih kekalkan harga nya supaya dapat menampung subsidi sekarang.berdoa semoga tiada peperangan di iran.
Betul tu, kita pengeluar minyak paling berkualiti tinggi = mahal. Bila harga minyak naik, secara automatiknya, pendapatan negara akan terus meningkat.
Oh ya, isu Kelantan patut dapat royalti minyak ini macam mana pula? Petronas tak bertimbang rasakah? Sampaikan “halau” Hassan Marican sebab dia kata Kelantan patut dapat hak mereka…
saya bg gred A+ kat artikel “bukan kerja petronas”…tahniah
saya memang sokong pendapat “bukan kerja petronas”
sebelum ny saya ingatkan petronas tak memberikan apa-apa pon,,
lupa2 nye banyak jasa nye,,,
bgz2..
Da mmg PETRONAS tu GLC..ditubuhkan menggunakan duit kerajaan..hak kerajaan..mean hak rakyat..so, mmg patut pun mereka bg keuntungan mereka balik kepada RAKYAT.
so,kat situ PETRONAS telah menjalankan tugas mereka…syukur =)
TETAPI…….
Macam mne pulak ngan SABAH???? KELANTAN????? SARAWAK????? TERENGGANU???
TERENGGANU dah clear..byk rakyat de jadi “org minyak” & mostly org MELAYU..bguslah..syukur kpd TUHAN =)
SARAWAK pun sme..ade MIRI…byk anak tempatan jadi “org minyak gak..
TAPI KELANTAN & SABAH??????
ORG SABAH still duduk dlm hutan..xtaw mereka ade HAK minyak…54 BILLION setahun??? kerajaan bg 4 Billion jer??? 75% ke 2???????
Since rakyat sabah da stat pndai..baru terhegeh2 buat plant kat SABAH…
KELANTAN??? lagi laaaa…..
cube bincangkan =) kalau pndai sgt =)
Tukar kerajaan je la PRU ni… kita tengok cmana kerajaan PR pulak urus tadbir… toksah duk pening2 kepal atas bawah… Janji PR, ari ni dapat tubuh kerajaan pusat… esok harga minyak turun..
penerangan yang sangat baik sekali. terima kasih sedara ‘bukan keja petronas’.
Orang gomen gaji naik, minyak pun nak naik tunggu maso ajo nie, elektrik naik 1% dah sekarang, interest bank naik, barang pun ikut naik. Orang swasta macam mano nie. tak lamo lagi nak GST pulak dah. Adoi mak. Semua naik. Inflasi pun naik naik. kalo dulu beli goreng pisang 1 ringgit dapet 5, sekarang dapet 3, ada tempat dapet duo ajo. poning kepala pak cik. Kesian orang bujang, dah la keno reject ajo time meminang coz tak kerja gomen. macam macam alasan. Hantaran pun ikut naik jugak. Apa yang tak naik naik nie. Poket pak cik ajo tak naik naik. makin nipis ado la. Dulu beli milo, sekarang guno coco econsave ajo. kesian anak pak cik. Dulu boleh makan KFC, bila harga dinner plate pun naik, terus makan burger kat tepi jalan ajo. Bila semua barang naik, darah pak cik pun ikut naik. Nie kena jumpa doktor. Takut keno darah tinggi pulak daa. Adoi, pening kepala pak cik.
Malaysia nie kaya sebenarnya, banyak sumber alam……janganlah kerajaan naikkan harga minyak nanti. Sekarang nie pun….harga barang dah naik belaka…aduhai.
Tima kacih buat bukan kerja petronas atas info berguna. Cuma nak tanya sebab apa banyak keta terbakar sejak kebelakangan ni… Adakah benzin lebih….Cer citer…cer citer…
komen kelakar…
tu kena tanya penjual jenama kereta, kalau ikutkan tiada masalah minyak tersebut baik shell ,petronas ,atau semua syarikat minyak..apa yg pasti, kalau terbakar juga kerana menggunakan hp semasa mengisi minyak kat stesen minyak..dah terang kat stesen jgn menggunakan hp tapi guna juga..kalau tak percaya buka youtube.
kompom lepas pru nih minyak naik,tarif elektrik naik..bayang2 tu dah nampak.
minyak naik, harga emas pun naik.
cakap memng laa senang.. baru mintak tolong sikit dah berkira, mengadu domba, tarik muka, ungkit sana-sini.. bab mengata org kerajaan itu-ini tak betoi memng la senang… kena btg idung sendiri…lom tau lagi. Asyik nak free jaa dok dlm dlm utan laaa…. kah kah kah…….
bukan nak free la bodoh..org suruh piki..jgn jadi lembu semua benda nak ikut, semua benda tu betul..
ada owg marah daaa.. sape makan cili dia rasa pedas kah kah kah.. kalu dah pandai sgt jadi PM laaaa.. beli keta hybrid jimat minyak….
aku xmarah, tp cakap ko bodoh (kurang pengetahuan ) je..tu ayat penyata ok..
ini la contoh kebodohan tahap kronik, tula mak bpa suruh sekolah supaya jadi pandai tak nak
aq gi sekolah laaa.. ko yg tak g sekolah, ponteng isap rokok, lawan cikgu, skg harga barang naik sikit dah merunggut tak mampu beli. kesian kah kah kah kah…
takkan korang tak paham style malaysia ni mcm mana
dah mmg menjadi kelaziman harga barang2 di mesia especially minyak ron95 dan 97 amat murah jika dibandingkan dgn negara2 lain
kira nasib baik la tak naik lagi
kalau harga dunia turun pun, mimpilah kerajaan skrg nak turunkan rega
kalau turun harga, keuntungan petronas sikit
keuntungan tu pulak nak diagihkan kepada kroni2 or nak funded projek gomen lagi
korang nie, berkorban lah sikit utk negara
kan awal2 najib kata rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan..masih tak paham2 ker? Hehe…
tolongla..jgn naik!!!
Nk pilihanraya..xkan naik kot
xnaik kot..
HARGA MINYAK NAIK,BAGUS UNTUK VVVIP DAPAT MEREKA POLITIKAN HARGA MINYAK.KITA DAH LAMA KENA KENCING,AMBIL TAHU PUN TAK GUNA,MENYAKITKAN HATI AJE.
Harga minyak xkan nek smpai PRU 13..kalo kerajaan BN naikkan harga minyak gak,ertinya sembelih diri sendiri sebelum disembelihkan oleh rakyt..hehehe
rasanya, pilihan raya nnti, bn pegang lagi kot tp majoriti akn krg…
minyak naik ke trun ke sama ja..kereta tetap belambak kt jalan, Key El tetap jem gilos..orng tetap belanja beli minyak..apa nk kisah
Sume bpunca dari Amerika dan sekutunya..nak sgt cntrl dunia.1 dunia dpt effct skrg,hasilnya hrga mnyk nek.laknat btol.tp btol la apa iran bt 2.jgn bg muke sgt pd kaum amerika yahudi laknatullah.
aku setuju la klau ngr2 islam wat mcm 2 kat ngr2 yg tau nak rmpas hak org je….bru dia tau langit 2 tggi atau rndah….tau nak hormat hak org lain..nak kita ikut telunjuk dia je, klau xikut mcm2 alasan dia nak g hncurkan ssbuah ngr 2…..aku pelik la kan ngr2 arab besar asl semua takut nak b’gabung untk bntu ngr2 islam yg kn tindas oleh israil?????? tp yg xbestnya efek kat minyak dunia la semua merasa kesannya…..
kenapa orang-orang melayu di m’sia tak nak bergabung? nak ikut negara-negara arab? nak tunggu m’sia kena serang agaknya…
nk tau kenapa??
sume sbb duit la..kn hasil duit tu masuk dlm negara,kendian hasil duit tu dieksport pulak oleh org2 berkepentingan utk kegunaan generasi ank cucu memasing.
akhir zaman ni,sume dh jd hamba kpd duit!
sedih2…
bagus2 sekali kenaikan membawa 2 keuntungan kepada kerajaan b-end
1-b-end akan dapat banyak duit dengan jual minyak kepada negara luar
2-b-end akan dapat lebih banyak duit dengan menaikan harga minyak dalam negara
pahtu duit tu dapatla bagi kroni2 wow bestnye
Kude.. Pe la ko ni…Jangan duk bising2 la… nanti sume penyokong2 BN tau… kalo dia rang dah jadi cerdik nanti susah la BN mau menang PRU nin..
hurm..iran???..betul ke iran n US ni bermusuh???ada ke perang antara mereka???..fikir2 kan lah..jangan percaya sangat dengan media2 yang dikuasai mereka tu.. =)
Kude n kalam; eloklh tu biar semua penyokong tegar BN ni tau yg diorang dh kene tipu dulu kini dan selamanya selagi mengundi BN!!! Biar semua tahu,, Jangan rahsia lagi…zzz
Kerajaan kalau naik minyak sekarang memang konfem la cari nahas. Mau kalah teruk lak kang. tapi lepas PRU 13 ni kalau kerajaan yang sama, bersedia jela
oh bulan…
HARGA MINYAK NAIK, GAJI PUN KENA LA NAIK JUGAK….
KENA LA ADIL, GAJI GOMEN AND SWASTA SAMA2 NAIK..
APA YANG BERLAKU SKRG NI,TARAF HIDUP MAKIN TINGGI,
TAPI GAJI JE SUSAH NK TINGGI,KALAU NAIK PUN SIKIT JE…
sekadar luahan hati…………..
as salam mujurlah harga minyak naik negara kita kan pengeluar minyak apa nak hairan
Akan naik berdasarkan GST jadi kita akan dapat harga dalam 2 rangkaian…
ni duk ckp x puas hati ni..dah daftar sbg pemilih ke blum?daftar n semaklah senarai daftar pemilih..ajak kwn2 n sedara sekali daftar untuk lihat perubahan malaysia yg lebih baik..kalau x tukar,,xd perubahan laa..lg terukla negara kita yg kaya raya ni gara2 di urus puak yg x amanah..Pru nanti byk “hantu2″ bangla,indon,filipina yng akan muncul.yg dh mati pun akan mengundi jgk.jd zombie.haha.so pastikan kita mengundi
weh bgos btol la……
dpt tmbh ilmu…… trima ksih
bgusnya penjelasan ‘bukan kerja petronas’ tu!
Sgt Jelas dan terperinci. Terima Kasih!
Saya belajar di luar negara,
Foreigners bangga dgn cara malaysia urus minyak.
harap-harap la malaysia x naik harga minyak kan..
Sumber dari “bukan kerja PETRONAS” hampir tepat.Ade beberape penambahan di sini;
1.PETRONAS=BUKAN GLC, ianya syarikat penuh kerajaan.
2.Harga minyak dunia turun, kenape Malaysia xturun?Kerana bila harga minyak dunia turun, kerajaan hanya dpt mengurangkan subsidi minyak, bukannye mengambil untung dari pengurangan harga minyak. Bila harga minyak turun, pendapatan PETRONAS menurun, bila pendapatan PETRONAS menurun, hasil cukai yg dibyr PETRONAS menurun. Dan bila harga naik, perkara sebaliknya akan berlaku.
3.Depoh minyak di Klang Valley di panggil-KVDT atau Klang Valley Distribution Terminal. Terletak diantara Putrajaya+Cyberjaya. Sape2 yg lalu LDP akan nmpk. Minyak2 itu berasal dari campuran minyak kilang penapisan PETRONAS di Melaka,SHELL dan ESSO di PD melalui saluran paip YANG SAMA. Bila lori syarikat masing2 ambil, barulah additive dicampur sekali.
4-Terengganu=proses minyak mentah for TAPIS, Melaka=minyak yg diimport dari luar, Sarawak=Pemprosesan Gas or LNG, Sabah???Pusat pemprosesan Methanol, terletak di Labuan. Kelantan? Sebenarnye minyak di Kelantan bukannya betul2 di dlm perairan Kelantan, minyak itu terletak di kawasan Thailand dan diluar pesisir pantai Kelantan, minyak luar pesisir adalah hak milik Kerajaan.Minyak itu berada di kawasan JDA Malaysia-Thailand, cukai yg dibyr syarikat minyak adalah 50-50 kepada kerajaan Malaysia-Thailand.
5-Harga minyak dunia tidak menentu kerana pelbagai faktor, kekurangan bekalan kerana peperangan or sekatan (tidak semesti berperang baru minyak kurang),spekulator, perubahan musim, bencana atau kerosakan kilang penapisan minyak, dan lain2. Iran-US kenape mempengaruhi harga minyak? Iran adalah antara pengeksport minyak terbesar dunia,US dan Eropah melarang dagangan minyak dengan Iran. Hasilnya, negara2 lain tidak boleh membeli minyak dari Iran. Setiap transaksi minyak menggunakan US Dollar. Setiap transaksi USD mesti melalui bank di US (Citibank), dan dikawal oleh orang Yahudi.Jadi jikalau Iran jual minyak sekalipun, mereka tidak akan dapat duit mereka kerana telah disekat di US.Panjang sgt nak cerita pasal ni, tp saya di bahagian Oil Trading, jadi benda di dah jadi sebahagian dari pekerjaan saya.
Kalau nak tahu ape2 info, saya dengan rendah hati boleh kongsi bersama.