Adakah kerajaan sudah tidak sabar lagi untuk menaikkan harga minyak di Malaysia? Dikatakan pada 1 Mei ini, 2 harga yang berbeza bagi minyak petrol akan diumumkan, tetapi belum sempat ke tarikh tersebut, sudah akan keluar satu lagi pengumuman yang mengatakan harga minyak di Malaysia akan naik pada Mac 2010 ini.
(The Sun) KUALA LUMPUR : The government is expected to announce a price increase of 10sen a litre for RON95 petrol and diesel when the new fuel price mechanism is revealed in mid-March. The price of RON97 will also be increased but there is no decision yet on the quantum. RON95 is currently retailed at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively.
Finance Ministry sources said the government has decided to raise fuel prices as it cannot provide more subsidy needed to maintain fuel prices at current levels following a spike in global crude oil prices. The government believes an increase of 10sen a litre is acceptable to the public. The sources also told the daily the government has yet to come up with a fuel price mechanism that is acceptable to all quarters, and as a result it may put off or may even be forced to abandon some new measures that are already in the pipeline.
“Plans were afoot for the registration of vehicle owners and their MyKad through Maybank and petrol kiosks to begin in April under the proposed ‘one vehicle owner, one subsidy’ fuel subsidy mechanism. It looks like the plan may not take off.”
The sources said the cap on selling 20 litres of petrol to foreign cars near Malaysian borders will continue to be implemented. Meanwhile, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman believes that foreign car owners will pay the market price when the new fuel price mechanism is introduced next month. He said the government’s main intention is to provide subsidy to those who qualify for it, to protect the interest of the lower and middle-income groups as well as save on expenditures.
Adakah kerajaan ada bertanya golongan berpendapatan rendah tentang hasrat kerajaan untuk menaikkan harga minyak di Malaysia selepas ini? Golongan mana yang bersetuju dengan tindakan kerajaan ini. Tidak perlu jauh, kalau ditanya kepada saya, tentulah tidak bersetuju. Sedangkan naik harga gula naik 20 sen sekampit (yang jarang digunakan) pun sudah kelam-kabut, dengan beberapa harga makanan dan minuman dinaikkan juga. Belum ditambah lagi dengan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan dan pemantauan yang lemah daripada pihak berkuasa. Inikan pula minyak yang digunakan setiap hari.
Penyataan yang rasanya sudah dihadam oleh rakyat yang berpendapatan rendah bila dikaitkan dengan kenaikan harga minyak di Malaysia
“Jangan manjakan rakyat dengan subsidi. Sudah tibanya rakyat hidup tanpa tongkat dan mentaliti subsidi sepatutnya dihapuskan.”
“Jangan risau, harga minyak kita masih lagi murah jika dibandingkan dengan Singapura”
“Jangan risau, walaupun harga minyak naik, rakyat cukup makan sebenarnya”
“Jangan risau, walaupun harga minyak naik harga makanan dan harga barang tidak akan terkesan”
Begitu mudah kerajaan mengeluarkan penyataan, rakyat tak kisah katanya. Wahai-wahai wakil-wakil rakyat yang adil lagi bijaksana, minyak-minyak kamu gunakan setiap hari kami yang tolong bayarkan, tahu?
Kalau negara Congo yang kering minyak, sangat munasabah jika harga minyak di sana mesti mengikut harga minyak dunia. Suka atau tidak. Itulah realitinya. Bagaimana pula dengan Malaysia? Negara yang basah dengan hasil kekayaan minyak, teruk sangat ker terkesannya? Sehinggakan dilihat kerajaan begitu tidak sabar menaikkan sekali lagi harga minyak di Malaysia. Ker……kerajaan Malaysia sudah kekurangan dana sekarang ini? Terus terang dengan rakyat kan mudah. Rakyat semakin bijak menilai. Sorokla…macam mana pun, akan terdedah juga tembelangnya.
Ini dahla…menekan rakyat, sekarang mahu memperbodohkan rakyat pula. Minta maaf, kalau artikel kali ini saya membebel lebih sangat. Balik-balik apabila timbulnya isu harga minyak akan naik, kerajaan memberikan alasan kononnya untuk menampung subsidi. Pelik……Sepatutnya setiap satu dollar yang naik bagi harga setong minyak dunia, Malaysia akan mampu mendapat pulangan ratusan juta ringgit. Ini, terbalik pula, kerajaan rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak dunia sehinggakan harga minyak di Malaysia terkesan .
Adakah sumber utama kerajaan Malaysia selama ini bergantung sepenuhnya kepada minyak semata? Bagaimana pula dengan Cukai Jalan? Cukai pendapatan? Duti rokok? Cukai arak? GST? Duti import? Eksais? Cukai kereta import? Cukai judi? Itu belum masuk lagi daripada sektor korporat dan macam-macam lagi? Mana pergi semua dana ini?




{ 9 comments… read them below or add one }
Kalau harga minyak dinaikkan disebabkan kerajaan dah tak mampu nak tanggung subsidi, kuatkuasakan undang2 penghadan penjualan minyak kepada pengguna luar. Sebagai contoh minyak hanya dibenarkan di jual sebanyak 20 liter kepada kereta dari Singapura di sesebuah stesen minyak. Mampukan ini menyekat pengaliran minyak bersubsidi negara kepada pengguna luar sekiranya tiada mekanisma untuk menjejaki kereta2 luar yang telah mengisi 20 liter minyak dari mengisi 20 liter lagi di stesen lain?. pikir2kan lah..
Satu Malaysia Boleh ditipu… Dah X Tahan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aku da ready nk undi sapa utk pilihanraya ke 13 ni, siapla ko BN kisz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ada ke nak bezakan harga minyak negara ni dengan negara singapore..ingat rakyat tak poandai menilai ke…ish2 huhu(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Habisla…harga roti canai lepas ini
tu belum masuk yang lain SahabatPena(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
1Malaysia sudah tahu minyak akan naik tidak lama lagi yeah2 suka nya saya..kalau naikkan harga minyak tu naik kan harga tinggi2 ya RM5 seliter! Bestnya….eeeeee! ibanez_swk(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ish..xSABAR NAK BERDEMO D KL NI..
AKU CABAR RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA YG D KL NI…KITA BERARAK DGN KENDERAAN MASING2 D IBU KOTA N PUTRAJAYA N PAKING TGH JALAN SAMPAI SESAK…SAMPAI LA MINYAK TURUN….
KLU DEMO JALANAN ASIK KNA SEMBUR KAN..KITA PAKING TGH JALAN..PASANG EKON..NTAH FRU NK BUAT APPA LG..
ANWAR!!!!SUSUN STRATEGI..KITA GANYANG NAJIB NI..
MESTI JADI PUNYA.. alengj(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
bisnes2 MLM pn makin berkembangla nampakny~hahaha~ syukris(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Jgn risau…minyak naik sikit saja…rakyat tak mati punya…ulat dlm batu pun bole hidup…
Tapi klu ahli politik yg bijak bistari mati, susah la. Letih pikir benda2 susah ni…tak kan makan juta2 pun tak boleh? Duit berbillion lagi ada…tak luak. Duit juta2 tu kami buat standby bayar medical…takpun bayar toll…terus masuk syurga klu mati. Ahli2 politik ni hati bersih…nawaitu kami baikkkkkk…
Rakyat Msia berjuta…apa ler kecoh klu seorg bayar extra singgit…Tu pasal la …rakyat didahulukan utk tanggung kos….pencapaian politicans diutamakan…yg penting, jatuhkan musuh politik… Nojeeb-Rojak(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Perkara macam ni sudah lumrah, rakyat sekarang sudah masak,
kalau setakat kenaikan minyak ni boleh diterima akal, sumbernya bukan menambah, makin mengurang,
tapi yang peliknya alasan yang digunakan; untuk mengukuhkan ekonomi negara agar pelabur asing berani melabur di sini, sekiranya ada pun pelabur dan ada pun perniagaan, kalau rakyat tidak mampu membeli tidak kah sia sia usaha kerajaan tersebut? di mana logiknya?
lagi satu, yang segala gula pun naik tu yang macam tidak logik. Malaysia tidak boleh tanam tebu kah? kalau kos yang dipersoalkan kenapa perlu subsidi diberikan kepada sektor yang tidak perlu? bukan kah lebih bijak jika kerajaan utamakan golongan pengeluar bahan tersebut?
bila ditanya kenapa harga barang naik? dijawab harga minyak melambung, apa kaitan harga minyak dengan gula? pengangkutan? kenapa golongan ini tiada keutamaan dalam peruntukkan? kenapa golongan kerajaan seperti YB dan sekutunya yang dapat minyak FREE?
percaturan golongan ekonomist malaysia maseh belom matang,
mahu maju tetapi gopoh, tidak perlu kejar bangunan tinggi2, tidak perlu kilang berlambak,
kempen pembangunan desa, buat sawah yang komersil seperti sawit, buat ladang tebu, modenkan pengeluaran
utamakan pelaburan tempatan,bawak hasil ke bandar2, kurangkan kos keluaran anjak jualan, hasil kita kita guna dulu lebih sisa baru jual luar,
tidak guna pelaburan luar kalau kita tidak mampu mendapatkan perkhidmatan mereka, mereka tidak utamakan orang tempatan, bukan anak2 kita yang diambil bekerja bukan kita dapat harga murah, kenapa sia-siakan sumber tempatan lansung menanggung tekanan seperti ini?
lupakan politik, bukan soal ini tempat siapa punya, ini rakyat, tidak ada rakyat tidak ada guna ada pemimpin. AWANG SELAMBA(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0