BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Harga Gula Terkini 2012 Masih Kekal. Harga Gula Dunia Telah Menurun Tapi Subsidi Gula Meningkat?

by Staff Berita Semasa on January 30, 2012

in Isu Semasa Terkini

Kerajaan terbaru mengatakan sebelum ini harga gula terkini 2012 akan terus kekal tetapi dalam masa yang sama kerajaan terpaksa menanggung peningkatan subsidi gula sehingga RM567 juta berbanding RM262.41 sebelumnya.

Mengikut rekod sebelum ini harga gula di Malaysia telah meningkat sebanyak 4 kali ini sejak daripada tahun 2010 :

  1. 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)
  2. 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)
  3. 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
  4. 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)

Peningkatan harga gula sejak daripada tahun 2010 adalah bersamaan dengan 58.6 peratus. Kalau dahulu, negara mengimport sehingga 99 peratus gula daripada luar, sekarang ini kerajaan terpaksa import gula telah meningkat sehingga 100 peratus yang sebahagian besarnya datang dari negara Brazil.

(Sumber : Utusan Malaysia)

Tetapi yang peliknya apabila kami merujuk harga gula dunia sebenarnya telah jatuh sejak 6 bulan lepas. Sepatutnya apabila melihat situasi sekarang ini, subsidi gula akan berkurangan berbanding kenyataan menteri baru-baru ini :

Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupyn harga pasaran dunia telah meningkat

(Sumber asal : Indexmundi)

  • Harga gula dunia naik, harga di Malaysia naik
  • Harga gula dunia turun, harga di Malaysia masih lagi kekal sama
  • Harga gula dunia menurun, subsidi kerajaan telah meningkat?

Hakikatnya, harga gula dunia telah mencecah kepada paras tertinggi AS$29.47 (RM89.66) setiap £100 pada bulan Julai 2011. Walaubagaimanapun selepas daripada itu,  harga gula dunia telah mula menurun setiap bulan kepada paras AS$ 23.42 pada bulan Disember 2011 yang lalu di mana penurunannya telah mencecah sehingga 20.5%.

Mengapa kerajaan perlu import sehingga 100% gula? Adakah Malaysia tidak mempunyai kapasiti dan kemampuan sendiri untuk menanamnya? Mengapa kerajaan perlu meningkatkan subsidi gula sedangkan harga gula dunia telah menurun dengan mendadak sejak 6 bulan lepas?


{ 85 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 sytecx January 30, 2012 at 9:31 am

alahai..biasa la menteri2 yg x blajar ni keje nk nipu rakyat je taunye..yg lebih2 duit tu sapu masuk ke poket sendiri je la

PEGI JAHANAM SEMUA MENTERI-MENTERI YG MACAM NI!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 shahrizan rembau January 30, 2012 at 10:47 am

macam mana kaya pun hasil bumi dlm ngara, kalau mcm ni lah sikap menteri kite,…. kihkihkihkih… lu pikir la sndiri…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Yaakub January 30, 2012 at 9:34 pm

jangan seronok sangat pikir pasal subsidi sahaja
yang tanggungnya menteri kita, dia lebih tahu apa yg terbaik untuk negara kita
semua tengok pada short term sahaja
kesan jangka pendek, mmg subsidi besar kepada rakyat, harga barang menjadi murah sedangkan harga pasaran dunia akan semakin meningkat lepas ni, dan kerajaan terpaksa menanggung setiap kenaikan harga dunia. rakyat akan gembira tapi kesannya Pendapatan Negara akan berkurangan dan akan habis kerana banyak beri subsidi, peruntukan untuk lain seperti pembangunan terpaksa dikurangkan. itu yang korang semua nak?
seronok sekejap, tetapi terus merana lepas itu

Kesan jangka panjang, subsidi kenalah ada plan, bukanlah boleh main terjah je nak lambak subsidi dan subsidi kena diagihkan secara yg munasabah & berpatutan selaras dengan kenaikan harga pasaran dunia, Pendapatan negara boleh diagihkan secara berimbang. itu yg sepatutnya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 baulu January 31, 2012 at 10:42 am

jika segala sikap korup,tidak telus,pecah amanah dan pembaziran dapat diatasi d peringkat pemimpin kita,kalau nak naik subsidi bnyak mana pun rasanya xde nak bising sangat sbb rakyat tahu dah xde pilihan lain..ni tak,di saat pembaziran wang rakyat di tempat2 yg tak sepatutnya masih berlaku,rakyat pula terbeban dgn kenaikan harga barang.itu yg kita xnak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 kamenrider January 31, 2012 at 12:09 pm

yg rakyat fikir bukan pasal subsidi.. tapi duit rakyat yg diselewengkan ntah kemana tu. bayangkan kita boleh hidup lebih senang klu negara kita ni ditadbir oleh org yg lebih amanah.. ni bagi alasan mengarut je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Ataih Pagaq February 1, 2012 at 6:01 pm

subsidi tu datangnya daripada poket sapa? kerajaan ka rakyat? sapa yang dok tanggung cukai semua benda? kerajaan ka rakyat? sapa yg dikurangkan subsidi jugak? kerajaan ka rakyat? takpayah dok tunjuk terer pikiaq susah2 detail2, pikiaq yg asas saja pun tau dah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 El-Musa February 1, 2012 at 5:16 am

Tiada gula, guna madulah…kan madu tu enak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Ataih Pagaq February 1, 2012 at 6:02 pm

ya pandai, memang madu tu murah dari gula punn,…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 calon tentera panji hitam! April 3, 2012 at 6:20 pm

abg mail abg mail..jeng kreng sungguh!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 ncj January 30, 2012 at 9:37 am

mgkin nak ttp pengurangan duit kerajaan yg xtau dibelanjekan dimana…. klau pihak Audit dtg g wat check bole la dpt kurangkan cikit wang yg xtau digunakan untk apa oleh krjaan….atau mgkin subsidi yg diberikan bkn jmlah yg dinyatakan…entah la xtau mn yg betul… tp pelik banyak2 org tauke gula adalah antara yg t’kaya di M’sia…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 calon tentera panji hitam! April 3, 2012 at 6:22 pm

hanya orang bongok dan bangang je percaya malaysia x wat gule..bodoh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 shahrizan rembau January 30, 2012 at 10:06 am

nak kencing pun agak2 la.. buat la research dulu…. berapa juta kali kantoi dah nie.. sape la lantik menteri2 nie semua…
alahai..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Juzaili January 30, 2012 at 10:29 am

bengong. dia ni sibuk nak uruskan anaknya dalam bidang hiburan mana sempat nak pikir sangat soal rakyat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 aa January 30, 2012 at 10:32 am

apa guna ada kilang gula di padang terap??
kat chuping perlis pn ada…

http://ms.wikipedia.org/wiki/Felda_Chuping

MAKIN LAMA SAYA MAKIN HAIRAN DGN PEMIMPIN ATASAN……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 aa January 30, 2012 at 10:33 am
16 calon tentera panji hitam! April 3, 2012 at 6:23 pm

nak heran ape..cer tanya kelas berapa degree dia dapat?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 EkELEH January 30, 2012 at 10:37 am

Silap mata pihak kerajaan……cerita subsidi memanjang kononnya rakyat selalu disuap subsidi…..kantoi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 rizal January 30, 2012 at 10:40 am

Tq pada berita semasa kerana membuka mata si pembaca. Nampaknya ada permainan naik turun harga di situ.. mungkin inilah taktik basi menteri.. adoyai, cari modal lain la nak tipu rakyat… nak tanya pak menteri: Menteri KPNKK ni nak tolong rakyat ke nak tolong pengimport? Bila nak naik harga gula lagi? naik la lagi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 bigboy January 30, 2012 at 10:43 am

adoi penin2. patutlah leh bagi subsidi lebih,… padahal harga gula dunia mmg dah turun bangat!!! .. hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Lingkup January 30, 2012 at 11:01 am

Bab naik harga laju jeee…klu nk turun minta maap la..sori to say la.harga gula kita lbih murah berbanding uk & us.hahaha..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 velvet January 30, 2012 at 8:18 pm

Bagi aku gula ni patut naik RM1 bukan dua kupang lima je..baru kurang sikit kes kencing manis
sekarang ni rmnai rakyat malaysia dah kena penyakit
sebab gomen bermurah hati bagi subsidi berlebih2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 seekers January 31, 2012 at 11:21 am

kayanye ko.. cubala fikir pakcik makcik kat kmpg tu. bg pndapat dangkal. kalu gula naik harga, barang makan len pun akan naik harga. chain reaction. sape yg susah nnt? sume rakyat. pengambilan gula yg menyebabkan obesiti n kencing manis tu disbbkan sikap induvidu, lambakan fast food n produk 3in1. fikir2 dulu sblm bg komen. gunakan hak berfikir sblm hak bersuara. bikin org panas je. nasib baik xkluar maki hamun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 nothing but the truth January 30, 2012 at 11:12 am

Subsidi untuk rakyat malaysia membebankan kerajaan.

Sejak najib berkuasa saja, 4x harga gula telah naik. Belum termasuk tepung, minyak masak dll.

Pemimpin tiada masa untuk revise harga barang-barang keperluan rakyat yang boleh diturunkan sebab terlalu sibuk dengan kes liwat, liwat, klip video lucah dan liwat lagi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 terminator March 10, 2012 at 2:25 am

best la comment ni, menteri kita memang bercita-cita jadi pornstar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 piyonz January 30, 2012 at 11:17 am

ni la dia kalo ms sekolah dlu xnk blaja ekonomi…terbwk2 smp ke tua..dlu2 ms skolah suka menipu…smp skang pn nk menipu lg..sudah2 la tu…xpkir ke rkyat kebnyakan semakin terhimpit ngan kesusahan..byk mkn gula menteri ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Jin kecoh kacau kampung (JKKK) January 30, 2012 at 11:23 am

Bukan harga gula saja, kalau harga minyak dunia turun pun, harga minyak di Malaysia tak turun. Rakyat yang ambil tahu pasal semua ni berapa orang saja? Orang kampung terutama golongan pertengahan dan warga emas hanya dapat maklumat dari Utusan Meloya, Berita Hairan, berita2 dari RTM dan Media Prima yang banyak tidak mendedahkan hal sebenar ekonomi dunia. Kalau harga minyak dunia naik, diorang heboh. Tapi kalau minyak dunia turun, diorang senyap. Rakyat senang-senang saja DIPERBODOHKAN oleh menteri2 yang tak jujur dan bercakap benar. Akta sentiasa saja diupgradekan. Tapi penguatkuasaanya? Tak cukup pegawai penguatkuasa? Tambah la, kan ramai siswazah menganggur?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Jin kecoh kacau kampung (JKKK) January 30, 2012 at 11:39 am

Maklumat yang saya dapat dari saudara yang bekerja dah lama di Kilang Gula Padang Terap. Walaupun sekarang kilang gula tak tanam tebu, diorang import gula mentah dari Brazil, Australia, Thailand dan beberapa negara lain untuk diproses lebih menjimatkan kos dan cepat daripada tanam tebu seperti sebelum ni. Logiknya, bila dikatakan ‘menjimatkan kos’, maka harga gula di pasaran sepatutnya? lebih mahal ke lebih murah? kalau mahal macam harga sekarang, maksudnya kilang untuk banyak ke sikit? Cuba kita fikir. Mungkin kilang gula yang lain pun macam tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 Napy January 30, 2012 at 12:57 pm

jap bukan ker kita ada tanam gula kat perlis?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Unclev January 30, 2012 at 3:09 pm

Ade tanam lagi ke? Dengar cerita Malaysia dapat import harga gula yg agk murah dari lain-lain negara. Tapi harga gula….. . Tak betul kot cerita tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 css January 30, 2012 at 3:24 pm

Sebahagian tanaman tebu di Felda Chuping dah digantikan dengan pokok getah.

-Orang Perlis-

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 samdol October 9, 2012 at 3:42 pm

tanam tebu
bukan tanam gula

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 dodol January 30, 2012 at 1:13 pm

kerajaan ade kuasa untuk kontrol harga. asyik dok dodoi kilang jer wat untung lebih. soh kerajaan wat kilang gula sendiri and jual gula pada harga yang rendah kepada rakyat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 golok January 30, 2012 at 1:39 pm

haha..baik punya kantoi
dulu minyak RM2.70/litre yang memyebab semua barang naik harga ada kerajaan kaji dulu sebelum buat keputusan bodoh tak? lepas harga minyak turun, harga barang dah x turun balik
sama gakla dengan kes gula ini
biasalah poket bn makin kering…rakyat jadi mangsa pauuuuu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 ketuanan mamak January 30, 2012 at 1:44 pm

mcm mana statement yg bengong ni buleh kuar dari mulut sorg menteri?
tak ikuti perkembangan semasa market price kah? atau sengaja nk bodohkan rakyat? atau sengaja nk tunjukkan yg kononnya kerajaan prihatin pd rakyat? atau nk tutup skandal FLOS a.k.a bik mama korg yg shopping sakan mcm semut jumpa gula?

sblm PRU xde ape yg nk dirisaukan sebab kerajaan xkan naik kan ape2 pun. Tapi lepas PRU siap la korg… Semua harga brg naik (tu pun kalo Be eNd menang lagi la…)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 Sobri January 30, 2012 at 9:43 pm

Ada jaminan ke
undi BN, barangan tak naik, janji-janji pada PRU12 pun masih lagi banyak yang tak tertunai terutama di Malaysia…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Peros January 30, 2012 at 2:29 pm

aku try buat hipotesis ek..

Subsidi = Permintaan x Harga
Pengimportan = Permintaan x pengeluaran

Kalau ikut persamaan yang aku reka ni kan, aku andaikan:
1. Subsidi meningkat sebab permintaan tinggi tapi pengeluaran rendah, sebab tu kena import lebih.
2. Subsidi meningkat sebab kerajaan nak import banyak, sebab nak buat stok gula kat malaysia. Nak buat “Gula2″..hehehee
3. Subsidi terus meningkat sebab mereka yang mengendalikan subsidi TAK SEDAR HARGA PASARAN DUNIA GULA SEDANG TURUN.
4. Yang seterusnya korang isi senderi…….hahaha

P/S: Aku cuma nak bagitau, aku kasihan pada mereka yang tak dapat info2 yang berguna ni. Info2 ni takkan dapat di mana-mana media arus perdana.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Faris January 30, 2012 at 2:39 pm

dari Graf harga Gula
= 23.42 sen US/Pound
=71.26 sen Malaysia/Pound
=RM 1.64/kg

Our Govermennt subsidized or rob us?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Faris January 30, 2012 at 2:40 pm

1 U.S. dollar = 3.04250069 Malaysian ringgits

1 pound = 0.45359237 kilograms

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Peminat Man Utd January 30, 2012 at 3:30 pm

Based on calculation Encik Faris ni sepatutnya harga RM1.64/kg
la kan…
Damn.. Kena tipu la rakyat yang hanya ikut media arus perdana..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 rko January 30, 2012 at 2:50 pm

jangan memperbodoh rakyat, nanti menteri yg memperbodohkan ni akan diperbodohkan selepas PRu 13

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Harga gula January 30, 2012 at 3:28 pm

Kenapa kat Jepun harga GULA kat RM8 per kilo ye?
Kenapa kat Jepun harga TEPUNG GANDUM kat RM9 per kilo ye?
Kenapa kat Jepun harga PETROL kat RM5.60 per liter ye?
Kenapa kat Jepun harga MILD SEVEN (20s) kat RM16 per kotak ye?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 sytecx January 30, 2012 at 4:09 pm

kenape gaji kat jepun 10x lebih tinggi dari gaji average rakyat malaysia ye?

ape la benggong banding kan secara direct convert gitu!hape jadah la..

kalo nk banding cube la banding dgn ratio atau nisbah pendapatan ngan harga barangan sana!lg sng x pyh convert2 nilai matawang tu

jgn nk pertahankan perkara yg salah.
jgn jadi totok dulu,kini,selamanya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Harga gula January 30, 2012 at 5:10 pm

Mengikut graf, harga gula sekarang adalah 23.42 cent/pound, ataupun 40 yen sekilogram.

Tetapi harga pasaran gula di Jepun adalah 200 yen sekilogram, iaitu 5 kali ganda harga pasaran dunia.

Jika saudara skytecx mempunyai knowledge mengenai kenapa perkara sebegini boleh berlaku, mungkin saudara skytecx boleh berkongsi di sini. Saya tak pandai ekonomi sebab tu saya musykil kenapa gula dijual mahal di Malaysia dan Jepun. Mungkin dengan penerangan saudara, pemahaman saya dan pembaca-pembaca yang lain akan lebih meningkat. Terima kasih..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Peminat Man Utd January 31, 2012 at 2:17 am

how bout inflation??
just guessing.. dont blame me.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 seekers January 31, 2012 at 11:40 am

maybe kos ditambah utk import, packaging n distribution kot. lagi jauh dr pengeluar lg mahal. lbih dari tu mybe involve tax n profit bg pihak distributor la kot.

just guessing..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 sytecx January 31, 2012 at 2:57 pm

itu kena check jepun gov punya polisi dulu,mb pasal import duty,pakaging,qualiti dsb.tgk kat mane dorg bli utk suply jugak.kalo dari US,russi mgkn mahal.kalo dari brazil dapat stok murah,mcm kat malaysia ni la.
tapi rase2 kalau gula kat jepun sane same ngan kat malaysia ni ke tahap qualiti dia?bungkusan pon ade ke dlm plastik kilo mcm kat kedai malaysia ni?
lg satu..jepon xde nk bising psl subsidi sume!lg pn jepon sane suke sgt ke makan manis2 ni?xde sgt pulak rase2nye..masalah kat malaysia ni skrg ade subsidi tapi duit sabsidi tu pon nk guna jd bahan kelentong rakyat apesal pulak?

cube buat ratio nisbah dulu tgk cmne..bandingkan dgn nisbah pendapatan vs jumlah perbelanjaan dorg dgn rakyat malaysia..ie:kos keta,rumah,makan,pakai dll

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 aku xtau main ckp jer February 3, 2012 at 4:06 pm

aku setuju patot kenaikan harga barang perlu selaras dgn kenaikan harga gaji.. kenaikan gaji la ….
baru la x membebankan rakyat ..

and jangan mengomel… sal subsidi lo…….duit rakyat kot…??

if nak bising … mansuhkan semua cukai2 yang ada termasuk tol.. boleh la bising..? mau engak jadi negara percuma..? pasti tiada permimpin yang berebut kuasa..?

.. semua mata duitan.. lumrah… tapi harap jgn bebankan rakyat dgn kenaikan harga barang.. harus ada pantauan…. gaji minima kesemua rakyat… masih ada yang bergaji rm1000 kebawah..? pikirkan nasib mereka… jangan pikir tekak sendiri jer.. n peluang perkejaan..? ado..? ….. tahla…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 rakyat malaysia February 9, 2012 at 6:39 pm

knp nk sibuk fikir pasal harga brg2 kt jepun ye?skrg ni masalahnya rakyat malaysia yg dh terang2 kena tipu dgn goverment sendiri.sigh~ (-_-”)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 cikgu sayang January 30, 2012 at 4:49 pm

Biasalah…sbbnya yg menonton berita kebanyakannya org2 tua yg hanya mendengar dan terus percaya…senang lah percaya bhw ‘kerajaan baik hati’ dan bnyk ‘jasanya’ kpd rakyat..org yg belajar sampai U pun blm tentu buat reasearh betul atau tidaknya harga gula turun atau naik..kalau Berita semasa tak buat pendedahan sy pun tak tau selama ni rakyat byk digula2kan oleh krjaan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 kamboh January 30, 2012 at 5:01 pm

Menteri pembulak, saja dak glamor masuk tv….sebab tv media yg org kpg tengok. Menteri nilah byk sekali guna subsidi,kalau dibanding rakyat biasa.Cthnya kereta, kita pergi kerja,kita pandu..lepas tu isi minyak lagi,semuanya duit sendiri.Kalau menteri ni, dari kereta sampai ke drebar,semuanya ditanggung . Sebab tu subsidi naik…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 valuation January 30, 2012 at 5:13 pm

Boleh pak cik menambah sedikit rumusan disini untuk renungan kita bersama. Kita boleh melihat index pasaran gula berdasarkan sumber “indexmundi”. Walaubagaimanapun, beberapa faktor diambil kira sebelum kita menentukan harga gula yang sepatutnya iaitu:-
1. Pada masa harga turun dengan mendadak, kemungkinan pengeluar terutama pembekal dari Brazil mengambil cara tunggu dan lihat. Pada masa ini, tidak semua orang boleh membeli gula. Biasanya satu kontrak selama 12 bulan yang dipersetujui bersama sebelum membeli gula. Mereka biasanya cuba sedaya upaya untuk tidak mengikat mana-mana kontrak dengan pembeli pada harga time jatuh nie.
2. Harga index tidak semestinya harga yang tepat pada harga pasaran pada ketika itu. Pada masa ini, pengeluar atau pengilang juga ada harga penentu aras sendiri pada masa itu. kekadang mereka tidak mengikut index ini. Pada pasaran terbuka ini, terpulang kepada pengeluar untuk membekalkan gula pada pembeli yang menawarkan harga yang difikirkan munasabah.
3. Terletak pada terma kontrak. Biasanya sebuah kontrak akan mengikat penjual dan pembeli selama 12 bulan. Harga yang dipersetujui pada masa itu dalam nilai USD per MT. Seterusnya, Gula akan mahal/murah bergantung kepada turun naik nilai ringgit kita. Satu “forecash” perlu dibuat disini agar kita boleh memaksimumkan nilai keuntungan margin kita.
4. Berdasarkan index tersebut juga, kita perlu mengambil kira nilai gula sehingga ke Port Klang. Mungkin pengeluar akan bagi harga FOB sahaja. Oleh itu, menjadi satu risiko kepada kita”pembeli” tidak menginsurankan kargo gula tersebut. Ini seterusnya akan Dipanggil CIF. Kita juga perlu mengambil kira “cost shipping” yang sentiasa berubah-ubah.
5. Biasanya, pembeli juga akan memilih satu cara bayaran yang selamat. Import gula dari brazil atau mana-mana adalah jumlah yang besar adik-adik. Mungkin pembeli atau pembekal akan menyetujui cara payment term seperti LC, atau DLC. Mungkin juga pembeli dikehendaki meletakan perfomance bond 2% dari nilai kontrak yang dipersetujui itu. Terdapat juga penambahan kos dari segi caj-caj yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
6. Mungkin pak cik tidak dapat menerangkan 100%, cukuplah sekadar panduan sedikit. seterusnya, gula itu dibawa masuk. kos-kos lain yang perlu ditampung seperti kos pengilangan, kos operasi, kos pengangkutan dan lain-lain.
7. Kesemuanya faktor itu menjadikan gula mahal dari segi faktor penentu aras yang berubah-ubah. Sebab itu MAS atau TNB boleh beri alasan rugi kerana nilai ringgit. Ini bergantunglah pada seorang eksekutif disebuah syarikat itu untuk membuat satu ujuran analisis pergerakan kewangan pada masa akan datang dengan mengambil kira faktor-faktor. CEO tugasnya baca report kan. Pak cik harap adik-adik faham dengan penerangan pak cik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 seekers January 31, 2012 at 11:51 am

o.. ok. tp kalu harga dah ditetapkan dlm kontrak, spttnye xde la kenaikan harga kan slagi dlm tempoh kontrak. kalu ade pun sbb faktor2 luaran spt yg pakcik ckp td. n faktor luaran ni spttnye xbleh salahkan pd harga gula. sbb harga gula dah ttp m’ikut kontrak. yg menjadi persoalan, knp statement yg kluar, m’nyatakan ‘harga gula’ yg meningkat? dan kalu harga dah ttp, spttnye xkan ada peningkatan harga gula spnjg tahun kan? kalu in case kite renew kontrak, spttnye harga gula makin menurun sbb ikut harga pasaran kan?

xberniat utk membangkang cm pendapat org baru belajar. peace

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 sytecx January 31, 2012 at 3:02 pm

tepat skali..sbnrnya pengimport hanya diberikan tempoh kontrak 6bulan saja dgn kuantiti order minima mesti lebih drpd 25MT/bulan utk satu syarikat pengimport..

t&c apply

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 ISMAIL January 30, 2012 at 7:09 pm

Report pak cik kurang lengkap harga gula turun atau naik ada beberapa faktor antara nya ialah semasa bahan mentah itu di beli dan jangka masa stok berapa lama dan dari situ unjuran harga akan dapat di nilai pada harga semasa adakah kadar keuntungan stabil atau kos dapat dikurangkan baru la sesuatu harga itu akan naik atau turun…..kuasa untuk menaikan atau menurunkan harga bahan tersebut berada di tangan kerajaan dia bukan boleh di buat sewwnang-wenang jika menteri berpuas hati baru la harga itu turun atau pun naik harga bahan tersebut…….tapi buat masa ini harga bahan tersebut sememang nya sudah pun diturunkan jika subsidi sudah di beri oleh kerajaan….T/kasih….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 Gurkha Pencen January 30, 2012 at 8:50 pm

Nak tambah kuah sikit leh . Harga gula dulu sememang murah tapi dulu rakyat 1 Malaysia jer yang guna gula tu. Bila dah masuk Myamar, India,Nepal,Bangladesh,China,Indonesia, Filipina, Kemboja dan tah apa-apa lagi bangsa yang dok makan gula subsidi ni maka jadi ler selogan 1 Asia. Oleh itu meningkatlah lagi subsidi kerajaan yang dok tanggong. Silap haribulan negara jiran pun tumpang semangkok. Hah jadi ler terbeban rakyat Malaya yang bayar cukai yang dok menanggung biawak hidup ni.. Aku pun dok heran kenapa pemimpin la ni sayang sangat kat PATI-PATI ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 hadoi January 31, 2012 at 11:01 am

rakyat Melaya je ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 Yaakub January 30, 2012 at 9:20 pm

betul2 korang semua ni minda subsidi patutlah tak boleh maju. tak reti nak survive. kalau asik nak ungkit dan cerita psal subsidi pergi dok tempat lain ler.
tu lah bila mak bapak hantar belajar pandai2 korang malas
kang sendiri mau ingat ler
hidup mengutuk je lah, macam ner nak survive bila cina dah take over????
diorang sekarang tengah siapa sedia nak ambil negara kita daripada kita bangsa melayu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 sytecx January 31, 2012 at 3:07 pm

hahaha sila jgn buat lawak UMNO/BN totok disini.elakan fitnah memfitnah dan melemparkan tuduhan liar mcm takut bayang2 sendiri.

sekian,terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Jeje January 30, 2012 at 9:23 pm

harga gula turun dalam USD. cuba convert dalam RM pulak.
plot graph gula dalam RM. pakai otak sikit nak buat report pun.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 QQ January 30, 2012 at 9:44 pm

Adala yang pegi seludup keluar gula nih.. Kat lain mahal..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 Ye ek?? January 30, 2012 at 10:38 pm

kalo subsidi kena pulak kesan jangka panjang ye?kalolah betol, aku sokong ape yg sedara tulis tu…tp kan elok kalu bab lain pun ade kesan jangka panjang jugak kan..sebagai contoh, perbelanjaan FLOM, big mama…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 raky January 30, 2012 at 11:25 pm

benda ni dah jadi isu ‘kepimpinan’..org jadi marah sbb kerajaan senang2 potong subsidi..pastu suruh rakyat berjimat..cakap mcm org tak ada otak.ko kata rakyat lantik ko tapi ko bukan nak ‘menjaga’ rakyat bwh2 ko ni..pastu nak samakan dgn negara yg ekonominya x setaraf dgn msia..aku pun marah jgk..ko nak mkn bilion2 pun aku x kisah tapi jgn sampai nak susahkan rakyat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 jambu kayu January 31, 2012 at 12:01 am

tapi aku kisah kau mkn berbilion,sbb aku mkn ciput je,lagi pun kau mkn duit kami,duit rakyat
kalau tak rakyat tentukannasib kau menteri,tuhan pasti tentukan masa nyer nanti.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 jambu kayu January 30, 2012 at 11:57 pm

Hi menteri,nk pusing2 pun jgn anggap rakyat bodor mcm kamu,kite org tak cam kamu,tipu pun biar patut2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Menteri Gila Harta January 31, 2012 at 9:49 am

Minyak di malaysia paling murah di ASEAN?

Minyak ron95 atau solar (bahasa Indonesia) di Indonesia sebenarnya lebih murah berbanding di Malaysia.
Ron 95 di sana ialah rp4.500/liter bersamaan 1.350 MYR (RM1.35)/liter. Ron 95 di Malaysia RM1.90.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 Minyak January 31, 2012 at 1:40 pm

Are you sure?

Saya rasa yang rp4.500 perliter tu adalah minyak Premium, dan RON88. Bukannya RON 95.

Premium (RON88)
Pertamax (RON92)
Pertamax Plus (RON95).

Maka patut bandingkan harga Pertamax Plus (atau yang setaraf) dengan Malaysia punya RON96.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 Menteri Gila Harta February 1, 2012 at 1:50 am

terima kasih atas pembetulan maklumat.

rp4.500 per liter adalah harga untuk ron88 (premium) iaitu harga terkini sehingga 9 januari 2009. dipercayai pasaran di indonesia lebih banyak menggunakan ron95.

maka untuk perbandingan minyak ron95 yang lebih relevan, setakat 15 januari 2012, harganya adalah rp8.850 per liter (rm3.00).
namun ini adalah penurunan daripada rp9.200 (1 november 2011), rp9.000 (15 november 2011), rp8.750 (1 januari 2012) dan sedikit peningkatan rp8.850 (15 januari 2011).

sekurang-kurangnya ada juga penurunan harga minyak di indonesia selari dengan keadaan pasaran minyak dunia tetapi sebaliknya bagi malaysia, kali terakhir ron95 dinaikkan harga ke rm1.90 per liter pada disember 2010 dan tidak pernah disemak semula.

sebenarnya harga minyak malaysia bukanlah termurah di asean. ia adalah ke-2 termurah di rantau ini dan tidak perlu juga membandingkan dengan harga minyak di singapura yang ditukar kepada rm5.00 (sgd2.12) sepeti mainan psikologi sang pemerintah.

harga sgd2.00 per liter adalah cukup murah kepada rakyat singapura bersesuaian dengan kos sara hidup di sana.

sepinggan yong tau foo di foodcourt di malaysia – rm5.00 (purata)
sepinggan yong tau foo di foodcourt di singapura – sgd5.00 (purata)

Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.

The same reason why Japan is not a member of OPEC. Eventhough Japan produces oil, Japan is a net importer.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 Menteri Gila Harta February 1, 2012 at 1:52 am

pembetulan:

namun ini adalah penurunan daripada rp9.200 (1 november 2011), rp9.000 (15 november 2011), rp8.750 (1 januari 2012) dan sedikit peningkatan rp8.850 (15 januari 2012).

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 butak30 January 31, 2012 at 10:51 am

bincang kt cni je xguna boh… g komen kt pejabat die.. baru puah ati.. hahaha…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 valuation January 31, 2012 at 11:40 am

Terima kasih kepada Ismail dan Gurkha Pencen kerana memberi idea yang positif. Disini pak cik ingin memberi beberapa cadangan penambah baikan iaitu:
1. Penubuhan Lembaga Gula Negara. Ini dengan mengambil konsep dari Lembaga beras negara yang dikawal selia BERNAS. Sekiranya ini dilakukan, kadar harga gula boleh dikawal dalam jangka panjang dan konsep monopoli harga dapat dikawal oleh pihak terlibat lebih berkesan. lembaga ini diberi kuasa penuh untuk mengawal stok bekalan gula ke dalam negara lebih telus dan pengawalan penggunaan duit subsidi lebih terkawal. Dengan adanya lembaga ini, badan yang bertanggungjawab dibawah lembaga ini akan mengawal selia dan berurusan terus dengan pihak pembekal diluar negara. Mungkin kita akan ada sebuah office dan gudang dibawah seliaan kerajaan diluar negara untuk membeli gula. Hasilnya, harga jangka panjang gula dan subsidi lebih terkawal dan digunakan sebaik-baiknya.
2. Mungkin pandangan QQ diatas ada benarnya. Untuk mengatasi masalah ini iaitu peranan KPDN perlu penstrukturan semula. Mengikut turutan iaitu pembekal besar, pengilang, peruncit atau pasaraya seterusnya pengguna. Pada masa sekarang, pengilang akan menhantar butiran stok bekalan peruncit kepada KPDN setiap hari. Mungkin KPDN pada masa akan datang perlu mengubah cara ini dimana peruncit yang menhantar penyata bekalan stok iaitu berapa pengilang bekalkan gula kepada peruncit setiap bulan atau setiap hari. Oleh itu, bekalan gula dalam negara dapat dikawal. Ini juga akan mengikat pengeluar, pengilang pada masa akan datang. KPDN juga boleh menyemak peruncit dengan lebih berkesan. Sekarang pun setiap peruncit telah menpunyai lesen khas dari KPDN. Secara besarnya, sistem semakan stok itu perlu dikemaskini semula.
3. Peranan jabatan perangkaan perlu dibesarkan lagi. Macam keluarga pak cik. Pak cik guna 3 kg gula sebulan. Dengan adanya data-data ini, kita tahu berapa jumlah anggaran penggunaan gula sebulan/ setahun dalam negara mengikut penambahan penduduk dan sesebuah negeri. Kalo orang bujang, beli gula kurang, banyak beli air kedai mamak atau guna gula mak ayah. Dengan adanya perangkaan ini, sekiranya berlaku kekurang gula. Kita boleh menyemak jumlah penggunaan dan mencari sebab munasabab kekurangan tersebut. Selain itu juga, kita sudah ada satu anggaran untuk mengikat satu kontrak dengan pengeluar di luar negara dengan selamat.
4. Berdasarkan arus media perdana, lesen besar gula diberi kepada pihak pihak tertentu dan pihak ini juga memainkan peranan utama dalam harga gula. Dengan adanya lembaga gula negara di NO2. Lesen tersebut boleh dibuka lagi kepada pihak lain yang berminat. Pasaran akan lebih terbuka dan harga akan jadi penentu. orang akan beli gula yang lebih murah.
5. Dengan adanya lembaga Gula itu nanti, mungkin ada corak pembangunan baru dimana ladang-ladang gula dibangunkan dan tanah-tanah dibuka terutama disabah atau disarawak. Ada kajian R&D untuk gula dan sumber-sumber lain yang boleh diolah.
6. Undang-undang dan penguatkuasaan. Semua pihak yang terlibat memainkan peranan yang penting dengan lebih berkesan. Sesiapa yang menyalah gunakan ini perlu dikenakan hukuman seberatnya kerana melibatkan kepentingan ramai dan negara. Undang-undang juga perlu diubah. Siapa yang menyeludup keluar perlu dihukum penjara 2 tahun terus, denda 5 juta tanpa komporomi lagi.
7. Berdasarkan kenyataan penulis, peningkatan harga gula 4 kali dalam tahun 2010 hingga Mei 2011 perlu diberi perhatian serius. Ini kerana pihak yang terlibat mengawal harga gula dalam negara. Terlalu banyak soal yang perlu diambil kira sedalamnya. Kalo kontrak bekalan gula selama 12 bulan dari negara pengeluar. Harga tidak akan naik begitu mendadak. Mungkin pak cik ada terlepas pandang kerana data-data takde and nak fikir macam mana. Mungkin dah sampai masanya kita semua menyemak apa yang patut untuk kebaikan bersama.
—Sebenarnya, kita juga kena menerima hakikat bahawa harga barang makanan akan semakin meningkat. Tetapi, Dengan langkah yang lebih terkawal, tersusun, tersistem dan kerjasama semua pihak, kita boleh memastikan samada harga barang makanan akan meningkat secara cepat atau dikawal peningkatannya dengan penggunaan wang subsidi yang lebih berhemat dan sebaik-baiknya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 Menteri Gila Harta February 1, 2012 at 10:19 am

Bagaimana dengan cadangan mengusahakan ladang stevia sebagai pengganti kepada gula pula? Stevia dikatakan tidak memudaratkan seperti gula biasa dan baik untuk penghidap kencing manis serta 300 kali lebih manis daripada gula biasa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 jebon February 1, 2012 at 1:18 am

Sampai bila bila pun…takkan turun……dah.! selagi….. DACING tak patah…!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 El-Musa February 1, 2012 at 5:13 am

TUJUANNYA, SURUH JAGA KESIHATAN TU. KAN RAMAI PEMIMPIN MENGIDAP KENCING MANIS..TINGGI DARAH…SAKIT JANTUNG…ATAS KESEDARAN ITU, MEREKA MAHU RAKYAT SIHAT, PROAKTIF DAN PRODUKTIF.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 pena February 1, 2012 at 8:19 am

malas nak bacalah entri ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 2bz4money February 1, 2012 at 11:11 am

Krisis makanan dunia sudah melanda berikutan dgn langkah pemberhentian penjualan oleh pengekspot utama dan juga masalah iklim dan politik seluruh dunia. Malaysia perlu mengambil langkah drastik dgn membuka banyak kawasan pertanian baru. Mungkin sekarang kita masih dpt menikmati gula yg harganya melonjak naik dan diimbangi oleh subsidi gomen. Kita harus sedar betapa seriusnya sekiranya stok tidak mencukupi dan langkah menanam pokok tebu dan membela sarang lebah di halaman rumah adalah wajar pada ketika itu!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 Kembar DAfi February 2, 2012 at 12:40 pm

Setiap yang tersurat, pasti ada tersiratnya… jgnla tuduh bukan-bukan..
kah..kah..kah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 Sayangku February 4, 2012 at 9:30 am

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said:

Harga gula ditetapkan berdasarkan pemeteraian kontrak setiap tiga tahun antara kerajaan dan pengeluar gula dunia.

Berdasarkan pemeteraian kontrak pada 2009-2011, harganya ialah AS$0.17 (RM0.52) untuk satu paun.

Pemeteraian kontrak terbaru iaitu untuk tempoh 2012-2014 pada Januari lalu adalah berdasarkan kepada harga AS$0.26 (RM0.80) sepaun.

“Justeru tidak timbul isu harga gula perlu diturunkan berdasarkan penurunan harga di pasaran dunia iaitu daripada AS$0.36 (RM1.10) sepaun pada Disember 2010 kepada AS$0.23 (RM0.70) sepaun pada Disember tahun lalu kerana kita telah membeli dengan harga rendah,” tegas beliau.
__________________________________________________________

Anybody has any comment regarding his statement?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 Naik lagi February 4, 2012 at 10:01 am

Gula sama Minyak

Minyak Dunia naik – Minyak kita naik
Minyak Dunia Turun – Minyak kita tetap
Minyak Dunia tak sama minyak Malaysia
Sure mesti naik punya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 Mr.Clean February 5, 2012 at 5:00 pm

Kalau nak gula murah dan kerajaan UMNO tak payah bagi sudsidi kepada kroni ratus ratus juta ada caranya.
1. Tumbangkan kerajaan UMNO/BN pilihanraya 13 akan datang
2.Jualbalik Kilang gula dan semua kepentingan perniagaan gula kepada Robert Kuok. (dipaksa jual kilang gula di Perlis dan semua operasi perniagaan gula untuk diberikan kepada kroni )
3.Kerajaan harus meminta maaf dari Robert Kuok dan merayu kepadanya mengambil balik semua kepentingan perniagaan gula yang dipaksa jual. Robert Kuok berpengalaman dalam perniagaan gula lebih 60 tahun sejak sebelum negara Malaysia merdeka, bukan seperti kroni yang hanya tahu naik harga 3/4 kali setahun.mahu cepat kaya jadi Billionaire secepat mungkin dan dapat subsidi ratus juta wang rakyat dari kerajaan. inilah cara kerajaan mengelapkan wang rakyat, bayar subsidi untuk tolong rakyatkata kerajaan UMNO, tapi sebenarnya menjadikan kroni kroni untung ratus juta dalam sekelip mata sahaja.
4. Untuk mengelakan kerajaan habiskan wang rakyat dan negara sehingga bankrap kepada kroni dan gula yang terlampau mahal kita rakyat tidak ada cara lain selain tukar kepada kerajaan PR.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 Robert Kuok buat masjid February 5, 2012 at 11:19 pm

Ramai yang nak tumbangkan BN tapi actually ramai jugak yang still akan pangkah BN.

Terpulanglah kepada hak masing-masing. Yang penting gentleman. Hihi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 ntahapapa March 25, 2012 at 12:56 am

korang percaya ka kerajaan bagi subsidi selama nie….cam kelentongggg jeee.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 nyor sbtg April 29, 2012 at 1:23 am

mungkin kerajaan rolling money
Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walaubagaimnapun, baru-baru ini sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit.
? Jumlah hutang negara Malaysia : RM437.2 bilion (52.7 % daripada KDNK)
? Hutang dalam negara : RM421 bilion (96.3 % daripada keseluruhan hutang negara)
? Hutang luar negara : RM16.2 bilion (3.7 % daripada keseluruhan hutang negara)
Daripada mana datangnya sumber hutang dalam negara (pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia)?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 amsz July 5, 2012 at 7:06 am

july 5 2012…harga gula dipasaran dunia didagangkan pada harga 22.02 at 7:09am urusniaga ditutup…
pesal harga kat malaysia masih RM2.30…. lagi turun tau dari data lepas…memang lol…. bagi bantuan pastu naik harga tak malu2 nak turunkan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 Akumelayu February 11, 2013 at 3:58 am
85 Akumelayu February 11, 2013 at 4:12 am

Hahaha..padan muka korang kena tipu ngn kerajaan..bior lantok la diorg nak menipu.yg korang semua berkira sangat apasal..??macam la hidup ni selamanya..beria sgt cerita hal dunia..tak kemane pun..dr korang pikir menda2 duniawi ni,baik korang fikir amalan2 utk mngejar syurga..xde la nak dengki mendengki mcam ni..kat syurga esok,korang
Mintak la gula 700kilo sorg..xde hal pun..xde sbsidi xde tax xde masalah.smua free of caj..makan la selagi terdaya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: