Hadiah Hari Kekasih : Khalwat VS Zina?

by Admin [ Master G ] on February 5, 2010

in Masalah Sosial

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Kalau bab tiru anasir dan budaya luar orang-orang kita memang terkenal dengan kejaguhannya. Tak percaya? Cuba lihat diluar sana…..Sekali lagi akan tiba lagi tarikh yang dikatakan cukup keramat bagi pasangan kekasih, iaitu Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun. Kalau hari biasa pun, mereka boleh buat endah tak endah dengan pandangan masyrakat, inikan pula hari kekasih yang bakal mereka sambut tidak lama lagi. Apakah “hadiah” Hari Kekasih yang bakal diberikan mereka? Berkhalwat dengan pasangan? Berzina dengan pasangan? Atau anda sememangnya tidak terlintas untuk menyambutnya? Baguslah kalau macam itu……

Malam tahun baru, malam hari kekasih atau pun malam ambang merdeka antara hari-hari yang biasanya pasangan yang sedang hangat bercinta melepaskan “kemuncak kerinduan” mereka. Apakah kita bersedia sekali lagi untuk tahun ini melihat gelagat anak-anak muda bermaksiat menjelang hari tersebut. Bagaimana hendak membendung anasir Nasrani ini daripada terus meracuni mereka? Apakah isu ini tidak penting? Atau sesetengah pihak hanya suka menjerit dan terlolong untuk sesetengah isu yang berkepentingan sahaja?

Kadang-kadang pasangan kekasih yang tidak menyambut Hari Kekasih, orang akan mengatakan tidak sportinglah dan tidak urbanlah.  Apakah nak tunjuk kasih sayang mesti menunggu Hari Kekasih? Tidak cukup ker diberikan coklat, kek, baju atau sebagainya sebagai hadiah? Mengapa mesti diberikan pula teruna dan dara sendiri semata untuk menunjukkan betapa agungnya cinta mereka? Bila perut sudang membusung dan memboyot, tahu pula datang malunya.

Tidak percaya nanti, cuba keesokan harinya selepas Hari Kekasih, pagi-pagi itu anda belek-belek akhbar Harian Metro atau pun Kosmo, mesti banyak punya  keluar berita dan cerita panas dan lucah yang keluar termasuk tangkapan yang berjaya dilakukan oleh pihak berkuasa. Kebiasaannya mereka akan cerita-cerita sebegini selengkap-lengkapnya. Kebanyakan penuntut-penuntut universiti yang bijak-bijak, muka pun cantik-cantik, tetapi dengan ayat manis Pak Awang Hitam pun boleh tewas. Kasihan…..Harap anda tidak begitu kan?

Apabila menjelangnya Hari Kekasih, pasangan kekasih masing-masing sibuk membuat persediaan. Tetapi tahukah dalam kita sibuk menyambutnya, bercakap mengenainya, apakah kita sudah mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul sehingga menjadi sebuah perayaan?

Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud; kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine.

Pertama, Hari Valentine (Hari kekasih) bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian. Jadi, yang anak-anak remaja sekarang ini menyambutnya, motif?

Ini satu fahaman karut daripada salah seorang pasangan yang berjaya ditangkap semasa Hari Kekasih. Dah kena tangkap macam-macam alasan yang diberikan.

HULU LANGAT: Jika pasangan lain memilih bunga ros dan coklat untuk meraikan sambutan Hari Kekasih, sepasang remaja yang kemaruk bercinta dikatakan menghidu gam bagi membangkitkan rasa ghairah sebelum berasmara pada hari istimewa itu. Lebih mengejutkan apabila dua remaja terbabit sanggup bermalam dalam khemah di pinggir hutan pusat rekreasi Sungai Congkak, di sini, bagi meraikan sambutan itu.

Bagi meraikannya, mereka yang berasal dari kampung berhampiran sanggup datang seawal jam 4 petang ke pusat rekreasi berkenaan dengan menaiki bas dan merancang pulang keesokan harinya. Remaja itu yang dikenali sebagai Lia turut mengaku, sejak bertunang tiga bulan lalu dia dan tunangnya beberapa kali melakukan hubungan seks.

“Bagi saya ia tidak menjadi kesalahan, tambahan sempena Hari Kekasih untuk menunjukkan rasa sayang serta cinta pada bakal suami saya. “Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan dan percaya dia (bakal tunang) akan bertanggungjawab jika berlaku perkara buruk,” katanya. Dipetik daripada akhbar Harian Metro

P/S : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan melancarkan operasi mencegah maksiat besar-besaran menjelang Hari Kekasih pada 14 Februari ini. Dalam pada itu, pihak JAIS akan menyiasat tabiat jijik iaitu tidak memakai seluar dalam ketika menyambut Hari Kekasih yang kini dikatakan menjadi trend di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi. Dua pelajar berusia 20-an daripada Shah Alam, yang ingin dikenali sebagai Ummi dan Melissa berkata, mereka mengetahui mengenai perkara itu.

“Itu adalah sesuatu yang peribadi. Hari Kekasih adalah hari yang terbaik untuk menyatakan rasa cinta. “Sama ada kami akan memakai atau tidak pada hari tersebut, itu adalah hak kami,” katanya sambil tersenyum apabila ditanya mengenai saranan untuk tidak memakai seluar dalam pada hari terbabit.

PP/S : Kalau kita lihat pula daripada sejarah, tarikh 14 Februari ini boleh dikatakan satu tarikh yang menyedihkan. Pada tarikh itulah iaitu dalam tahun 1942, berlakunya pertempuran di Bukit Chandu,Singapura yang menyaksikan gugurnya wira  negara iaitu sepasukan Askar Melayu di bawah pimpinan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi di tangan tentera Jepun.

Anda Pernah Menyambut Hari Kekasih?

View Results

Loading ... Loading ...

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Pelajar Sekolah Hari Ini Semakin “Naik Tocang”?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 3 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang February 5, 2010 at 8:23 pm

Kadang-kadang mak bapak pun tutup sebelah mata. Sebab pikirkan ini isu remeh. Dan ada juga mak bapak yang terikut…. :mrgreen:

2 Zakwan February 8, 2010 at 10:53 am

Haha…uni-unik. Anak-anak gadis sekarang terlalu murah serahkan mahkota idaman lelaki. Masing2 tak bertepuk sebelah tangan

3 ibnu taliban March 8, 2010 at 9:58 am

kita dok sibuk2 mghalang pesta valentine tp kt tv mcm2 hal nk kasi pesta valentine btmbah hebat. siapa yg izinkan?mgapa ini trus blaku. pas tu sibuk la kes buang baby. sapa ptut dprsalahkan. tv negara kita truk sgt. dgn miami inknye la. sdangkn kita tau yg btatu tu moral hncus. kita bygkan negara sbagai 1kluarga. dah tntu ayah jd ktua kluarga pm jd ktua ngara. blue film boleh masuk disco pn ada, mcm2 ada. apakh yg akan jd pada kluarga tu

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: