BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Hadiah) Hari Guru 2010 oleh Kerajaan

by Staff Berita Semasa on May 17, 2010

in Berita Pendidikan

Tidak kiralah anda seorang doktor, jurutera, golongan menteri mahupun saintis. Anda semua berjaya hari ini bermula daripada tunjuk ajar dan bimbingan yang tidak mengenal erti penat dan bosan daripada insan bernama guru. Lebih-lebih lagi kerjaya seorang guru sekarang ini lebih “mencabar” daripada dahulu.

Sempena Hari Guru 2010 ini, ada berita baik untuk pengetua, guru besar dan guru-guru di Malaysia :

  1. Sempena Hari Guru 2010, bermula tahun depan, golongan guru layak menerima wang ganjaran sehingga RM7,500 setiap seorang jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. RM7,500? Ehem…..Wang ganjaran itu akan dibayar berdasarkan prestasi sekolah masing-masing yang dinilai pada tahun ini.
  2. Kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April 2010. Kenaikan pangkat bagi 25,289 PPPS dan PPPLD meliputi tiga kategori iaitu mengikut tempoh (time based) selama 10 tahun, guru cemerlang dan kenaikan secara hakiki bagi gred DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54 yang merangkumi pegawai yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, pensyarah institut pendidikan guru dan guru.
  3. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS
  4. Guru-guru di sekolah sama yang berada dalam kumpulan lima peratus ke atas pula akan menerima wang ganjaran sebanyak RM1,800 seorang dan 95 peratus guru berikutnya akan mendapat ganjaran RM900 seorang
  5. Kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit iaitu lonjakan sebanyak 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah. Semua pengetua, guru besar dan guru mungkin menerima wang ganjaran tersebut setiap tahun jika mampu meletakkan sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit yang ditetapkan.
  6. PPS yang memperoleh ijazah doktor falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan bermula tahun ini.

Berita “hadiah” Hari Guru 2010 ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, Gambang semalam yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir. Wee Ka Siong dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

P/S : Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik kami dan ucapan Selamat Hari Guru 2010 kepada anda. Teruskan usaha dan bakti anda kepada generasi muda sekarang ini….

P/S : Tema Hari Guru 2010 “Guru Pembina Negara Bangsa” dan bagi kita semak lagu yang sememangnya sinonim setiap kali tibanya sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.


{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Dayang Suria May 17, 2010 at 9:14 am

RM7500?? Banyak tu….
aku sokong cikgu di beri ganjaran banyak budi cikgu kepada masyarakat :tepuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 akmalcyber May 17, 2010 at 10:49 am

(”,).sokong(”,)…..SELAMAT HARI GURU(”,)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 jack May 17, 2010 at 10:52 am

selamat hari guru pd semua guru2 saye yg tidak pernah mengenal erti penat untuk menjadikan saya orang yg berjaya sekarang. trimas. i luv all of u :peluk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 awang May 18, 2010 at 10:07 am

HAK MAKBAPAK LAGI UTAMA DARI HAK GURU.
.-= awang menulis artikel blog ..Haiwan Teladan/Episod 20 =-.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 csi May 17, 2011 at 12:55 am

awang:
HAK MAKBAPAK LAGI UTAMA DARI HAK GURU.

memanglah makbapak ada hak,dia org buat anak,guru mendidik anak yang dia orang buat tu.dah lah masa buat tak selawat.buat anak juling,jaga anak pening.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: