BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Guru Siswazah Gred DG41 hingga DG48 Masuk Politik?

by Staff Berita Semasa on July 29, 2010

in Kakitangan Awam & Swasta

4839928309 f9756a3123 Guru Siswazah Gred DG41 hingga DG48 Masuk Politik?

Tiada kejutan sebenarnya apabila guru-guru terlibat dalam politik. Selama ini pun walaupun terdapat larangan termasuk guru-guru siswazah untuk aktif dalam politik. Kalau sebelum ini, kebanyakannya bergerak secara senyap-senyap, selepas ini lebih terbuka dek kerana pelaksanaan supaya guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik.

Kalau ikut sejarah negara, politik Malaysia memang digerakkan oleh guru kerana golongan ini mengutamakan bakti kepada negara serta perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Dahulu…..

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu. “Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

“Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,” kata Mohd Sidek. Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

4839928331 ed25643d88 Guru Siswazah Gred DG41 hingga DG48 Masuk Politik?

Apa yang diharapkan di sini Guru Siswazah Gred DG41 hingga DG48 yang ingin bergiat aktif dalam parti politik diminta bersikap profesional dengan menumpukan kepada tugas hakiki iaitu mendidik dan menjadikan politik sebagai tugas sampingan.

Walaubagaimanapun tidak semuanya indah, masih ramai lagi yang meragui dan khuatir apabila guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik. Antaranya :

  1. Adakah guru terbabit mampu bersikap profesional dan meninggalkan parti politik yang dianggotai di “luar pintu pagar” sekolah setelah mereka mula mengajar dan mendidik?
  2. Kebenaran tidak membabitkan Pengetua dan Guru Besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan. Apa yang dibimbingkan di sini mengenai kuasa mutlak yang diberikan kepada Ketua Setiausaha (KSU) melalui kementerian untuk mengeluarkan kelulusan bertulis kepada pegawai perkhidmatan pendidikan terbabit kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada individu yang gagal memperoleh kebenaran terbabit.
  3. Aduan demi aduan oleh sebilangan golongan guru mengatakan guru sering terbeban dengan “pelbagai komitmen lain” dan ditambah pula kebenaran untuk mereka berpolitik, akhirnya guru-guru semakin terbeban dan kemungkinan besar murid-muird akan terabai pembelajaran di dalam kelas. Adakah sampai begitu sekali?
  4. Tugas guru adalah mendidik, membimbing dan bukannya berpolitik. Dikhuatari nanti, mereka akan brainwash anak-anak dari zaman sekolah pula. Ada kemungkinan? Klaau ada apa langkah-langkah awal yang akan diambil perhatian?
  5. Adakah golongan guru yang berpolitik dan “tidak sehaluan” akan didikriminasikan?
  6. Datang lewat ke sekolah dek kerana malam berpolitik, siang pula kena hadirkan diri seawal pagi untuk sesi pengajaran terhadap pelajar di sekolah
  7. Selalu keluar sekolah atau tidak hadir mengajar dek kerana menghadiri mesyuarat parti, menyambut tokoh politik, iringi tokoh politik
  8. Ada nak tambah?

Bagi kami, adalah lebih baik dan tepat pada masa sekarang ini supaya guru-guru ini hanya diberikan peluang dan ruang untuk mereka bersuara memberikan pandangan terdapat sesuatu isu dan politik di Malaysia baik di media cetak mahupun media elektronik tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik. Tidak perlu disekat-sekat seperti yang berlaku sebelum ini. Ini lagi bagus daripada dibenarkan guru-guru berpolitik.

Bukan apa, kalau nak berpolitik, politik betul-betul jadilah ahli poltiik dan ikut salurannya. FOKUS!!!

Kalau niat nak mendidik anak-anak Malaysia, jadilah guru sebaik mungkin. FOKUS!!!

P/S : Artikel ini terlewat update kerana laman ini tidak dapat beroperasi dengan baik selama 2 hari lepas disebabkan gangguan teknikal. Harap maklum.

Setuju Guru Berpolitik?

View Results

loading Guru Siswazah Gred DG41 hingga DG48 Masuk Politik? Loading ...

{ 4 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Adik Wan July 30, 2010 at 9:01 am

X setuju la… nnti perbuak2 plak kt sek.. ade puak BN, ade puak PKR, ade puak PAS.. ermm….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 ManTateh July 30, 2010 at 12:28 pm

Dulu tak boleh….sekarang dah boleh pulak..esok yang jadi mangsa pelajar …Bagi Guru yang pro BN..pelajar yang ibu bapa pro pembangkang akan di diskriminasi…markah disekat…begitu juga sebalik nya…Semua ni menunjukkan pihak tertentu dah terdesak untuk mendapat sokongan dari pihak guru-guru yang memang terkenal dengan sikap ke Umnoan mereka….kalau berpolitik sokong pembangkang dah tentu kena tindakan tatatertib…pindah 24 jam lah..dan macam-macam lagi tindakan yang akan diambil…entahlah …beginilah keadaan senario politik diMalaysia…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 dobit127 July 31, 2010 at 7:26 am

suka hati korang kata guru akan berat sebelah.. apa korang ingat guru ni bodoh sangat sampai nak sekat markah anak orang parti lain ker…

ingat sedikit sebelum berkat sedemikian…… banyak faktor lain yang boleh digunakan unutk menyangkal kebenaran berpolitik.. dgn kerana tidak suka sesuatu parti, akhirnya pihak guru dilepaskan geram………..

Apapun, pandangan aku tentang isu ni… bagi ke tak bagi ker…guru-guru terlibat tetap redah jer…. sebagai contoh, dulu guru itu bergred DG29. ini membolehkan bergiat secara aktif dalam politik… katakanlah guru itu memegang jawatan penting di peringkat bahagian ataupun negeri… sambil itu, guru tersebut menyambung pelajaran dan akhirnya dinaikkan pangkat ke gred DG41.. pada pandangan anda, adakah dia akan meletakkan semua jawatan dalam parti semata2 kenaikan pangkat tersebut…
Kes seperti ni aku percaya berlaku dalam parti pemerintah dan mungkin ada juga dalam parti pembangkang….
Cuma, minta kebenaran bertulis, itu perkara yang ikut senario sekarang tidak sesuai dilaksanakan…. sekarang, BN memantau siapa penentangnya, jika PR memerintah, adakah kebenaran itu akan dimansuhkan?..fikirkanlah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Wan Kembang August 1, 2010 at 4:40 pm

setuju kalau diberi hk yang sama samada menyertai BN atau PR. Tapi rasanya dapat dicongak keputusan ni untuk untungkan parti k’jaan. Akan ada diskriminasi pada cikgu yang nak aktif dalam PR. Akhirnya hanya gur penyokong BN yang aktif, guru yang menyokong PR akan senyap-senyap saje..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: