Yang mana biasa mengikuti Berita Semasa sebelum ini, kami pernah beberapa kali membangkit isu-isu yang melibatkan melibatkan isu pelaksanaan cukai GST Malaysia seperti laporan….

Harapan Datuk Idris Jala : Malaysia Cukai GST Perlu Dilaksanakan Selepas PRU 13
Terbaru, Datuk Seri Idris Jala mengatakan setakat ini hanya 1.7 juta rakyat Malaysia daripada 8.5 juta yang berdaftar iaitu bersamaan dengan 6% yang membayar cukai. Mana pergi yang lain? Lari…..
Jadi, kami memang setuju jika GST Malaysia dilaksanakan. Kami tiada masalah langsung dengan pelaksanaan GST. Buatlah, memang GST adalah cara terbaik dan dilihat lebih adil kepada semua tidak kira kepada golongan kaya, pertengahan mahupun kelompok bawahan. Masing ada bahagiannya untuk mereka membayarnya.
Tetapi….apa kami harapkan seperti sebelum-sebelum ini, dalam kerajaan Malaysia mahu melaksanakan GST, kerajaan juga perlu bersedia untuk menyemak semula caj-caj yang tersembunyi membelengu rakyat Malaysia selama ini.
Datuk Seri Idris Jala pun semalam membayangkan GST Malaysia bakal dilaksanakan selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika pihak kerajaan mahupun pembangkang masing-masing bersetuju dengan terma-terma yang telah mereka tetapkan. Dan……Datuk Seri Idris Jala yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengatakan dengan terlaksananya GST kelak :
- cukai pendapatan boleh diturunkan
- cukai korporat boleh boleh diturunkan
Dengan Kadar GST 4% :
- Kerajaan Malaysia berjaya memperolehi RM6.3 bilion
- Sekarang ini Singapura mengenakan GST sebanyak 7%. Kalau Malaysia ikut kadar yang sama seperti Singapura, Malaysia berjaya mempeorlehi pendapatan sebanyak RM25.7 bilion
Di bawah ini kami bawakan satu contoh untuk anda fahami, di mana berapa ramai kalangan rakyat Malaysia yang lari daripada tanggungjawab mereka membayar cukai berdasarkan rekod jumlah pembelian kereta-kereta mewah di Malaysia :
- Pembayar cukai top bracket = 40,000 individu
- Jualan model yang berharga tinggi adalah berjumlah 206,250 buah
- Jumlah pembelian kereta mewah tinggi tetapi pembayar cukai top bracket masih lagi rendah?
- Jadi, mana pergi mereka-mereka yang selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab membayar cukai?
- Ini namanya lari cukai……dengan pelaksanaan GST. Tiada istilah lari untuk mereka semua ini.
Itu sebabnya dengan syarat dibuat penstrukturan semula semua cukai-cukai di Malaysia termasuk caj-caj tersembunyi yang masih lagi dilaksanakan ketika ini, GST Malaysia diliaht agak relevan bagi kami untuk dilaksanakan di Malaysia. Ini sekadar pandangan dan pemerhatian daripada kami.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan kami yang boleh dikongsikan di sini?




{ 111 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Saya amat menyokong pandangan berita semasa, hal ini kerana GST mampu mengelak pembaziran..sapa kaki shoping dia bayar banyak..
sapa kurang shoping bayar sedikit..
jd ingat bila kita bayar cukai n zakat ..kita adalah wira negara,
wira apa nya……..
ni la semua benda asyik percaya cakap anwar penipu tu. para pemimpin kita dah beri byk penerangan di kaca tv x mahu dengar. jahil murakab. kita bersama2 elakkan negara bankruot dengan menyokong penuh umno dan barisan nasional
Bukan dari merdeka lg ka, UMNO/BN pegang pimpinan? Jd klu negara bankrap, sapa yg buat? Apsal nak sokong dorg nak elak negara bankrap plak? Bukan klu ikut logik, jgn la sokong dorg, sbb dorg dah buat negara nak bankrap?
kalu shopping banyak beli barang keperluan macam mane lak?
ingat satu perkara…x sume org tu shopping beli barangan untuk kehendak je…kebanyakan orang terutama yang golongan pertengahan dan kebwh shopping untuk barang keperluan sahaja..
lagi satu..pasal GST ni..saya sangat takut ianya menjadi rantaian kenaikan barang2 keperluan..macam kenaikan harga minyak..sedangkan gula sekilo naik 20sen boleh menyebabkan teh 0 pun ikut sekali naik 20sen…bukan segelas air teh 0 pakai sekilo gula..disitu je peniaga air balik yang untung..
sape berani jamin..saya bagi contoh..susu tepung 1 tin sekarang kata kan RM50..selepas GST dilaksanakan sepatutnya..
RM52..kalau macam tu saya setuju..saya risau dari RM50..jadi RM60++..sape tahu?
lagi satu..selepas GST ni dilaksana kan…para peniaga,para pembekal,para pengeluar..segala para la…mesti akan menyerap dari kerugian membayar GST tersebut kepada pengguna..yakni rakyat marhen macam kita ni..sedangkan syarikat telco yang untung beratus juta setahun..xpernah dan xakan rugi pun ada ura2 nak serapkan cukai 6% mereka kepada pengguna..dorang nak untung bersih!!..macam contoh..makan di kedai makanan segera..kedai makanan segara tersebut kerajaan mewajibkan pemilik membayar cukai 6%..dan cukai tersebut diserap serta merta kepada pengguna..semasa membayar bil..sedangkan syarikat2 tersebut untung beratus2 juta setahun seperti yang dicanangkan dalam suratkabar…mujurla makanan segera tu bukan keperluan..tetapi kehendak..
jangan terkejut nanti beli nasik lemak tepi jalan..makcik tu ckp harga tu termasuk cukai ye…
apepun ini adalah pandangan peribadi saya..belajar setakat sekolah menengah je..tanpa rujukan..
mungkin saya tersalah memberi pendapat..kalu salah sila betulkan..
betul juga kata anda tu,sekarang pun dah guna sistem tu. kat kedai mkn contohnya,cukai tu dikenakan pada pengguna.
dimaklumkan bahawa mak cik penjual nasi lemak tidak boleh sewenang-wenagnya mengenakan cukai GST sekiranya beliau tidak berdaftar dengan JKDM. GST hanya boleh dipungut oleh orang yang berdaftar sahaja.
bole je..apsal lak x bole?
bukan ade bil pun…semalam RM.1.50…esok bole jadi RM1.80..
tayah la g tau naik pasal ape?
adoiyai lurus bendul betol la…klaka lak rase
Cakap x pakai otak…mesti x blajar tinggi ko ni…penerangannya kat bawah ni oleh the saviour
Nape la ko ni zahar…baca dulu penerangan, jangan main hembus je..aku risau benih ko nanti ikut macam ko gak
zaharUPM tu bodoh
Saudar zahar jgn bimbang,
GST 4% ni akan dilaksanakan ke atas barangan dan perkhidmatan, tpi ada pengecualian antaranya kesihatan, pendidikan, makanan, pengangkutan dan perkara2 asas lain..
Cara saudara cakap mcm kita tak pernah bayar cukai jenis ni.. Sebenarnya semua barang yg kita beli dh bercukai, iaitu cukai jualan 5 atau 10 % atau kadar spesifik utk bahanapi, dan cukai perkhidmatan 6%.
GST akan ganti kedua2 jenis cukai ni, bukan sbg tambahan cukai baru.. Siap lgi rendah kadarnya..
So, don’t worry, be happy.
Saudara yg pernah duduk di Canada tentu tau kadar GST (sesetgh negara dinamakan VAT) jauh lebih tinggi.. Cthnya UK 20%, Australia 10%, NZ 10%, China 17%.. Sila lihat details di http://www.worldwide-tax.com/#partthree..
Lagi satu, GST akan dilaksanakan bersekali dgn Anti-profiteering Act yg akan menghalang peniaga drpda mengambil kesempatan dgn meletakkan harga sblm cukai sekali dgn cukai sedia ada..
Cth, roti gardenia skrg harga rm3.20 adalah trmasuk cukai jualan 5%. Bila masa GST nnti, harga roti ni sblm cukai mestilah rm3.20 tolak 5%.. Dan oleh kerana barang makanan asasi dikecualikan drpd GST, maka hrga roti akan jadi lebih rendah.
Hasil kerajaan akan meningkat bukan sebab lebih byk cukai dikenakan tapi kutipan cukai waima pada kadar lebih rendah akan jadi lebih cekap.
harga barangan keperluan asas pon kerajaan xmampu kawal sepenuhnye..inikan barangan biase yg bukan keperluan asas tp dibeli hari2..rasanya rakyt akan jadi mrh sbb ade pengurangan cukai korporat..rkyat pasti rasa kerajaan cuma nak m’bela nasib kroni mereka..bek kerajaan cari jalan utk tangani persepsi spt tu..
ye betul tu..ramai yg tak tahu kebanyakkan brg yg kita beli cth sardin dan perabot sebenarnya dah termasuk cukai 5% @ 10% cuma tak masuk dlm bil.
kerajaan mengenakan cukai pd pengilang yg membuat proses pengilangan iaitu merubah bentuk sesuatu kpd benda yg baru sebagai contoh daripada ikan sardin segar kepada sardin dlm tin atau dari kayu jadi perabot. Jadi brgn seperti ikan,udang,sotong,sayur segar tiada gst. Bg gula,minyak,tepung, brg2 ni bersubsidi..rasanya tak ada gst jgk.
Salah satu senario sblm gst ialah begini.katakan pengilang perabot mengeluarkan produk almari dgn kos 300. Kemudian menjualnya kpd showroom dgn harga 500 termasuk cukai,kerajaan dpt kutip cukai sebanyak 10% * 500 = 50 shj. Kemudian showroom jual pd pengguna dgn harga 1500. Bermakna pengilang untung berlipat kali ganda.
Jika gst dilaksanakan, senarionya begini.pengilang keluarkan produk dan jual pd showroom dgn harga 500 termasuk cukai.so kerajaan dpt kutip cukai sebanyak 4%*500=20.kemudian apabila showroom jual kpd pengguna dgn harga 1500, kerajaan dpt kutip lg cukai 4%*1500=60.jumlah kutipan cukai adalah 80.
Pengilang2 ni jual kpd showroom dgn harga murah sebab nak lari dari byr cukai tinggi dan nak memaksimumkan keuntungan.dgn gst kerajaan dpt pantau harga sebenar yg dijual kpd pengguna.dgn itu kita mengharapkan kerajaan akan menetapkan satu harga yg munasabah kpd pembeli dan peniaga tak dpt menaikkan harga brg dgn sewenang wenangnya.
Sekadar berkongsi apa yg tahu skit2..mintak maap la kalau tersalah ye..
tlg jawp sat, awt yg roti gdenia naik harga plak ni? bru pas pru ja kn? jawap la bngang!!!!!!!!!! km mendrta sb kbngangan pngundi2 bn! shit!
dr ape yg saya dpt info la kan, harga kos barang akan jadi lebih murah walaupun end user yg kene bayar GST sbb pengeluar akan ambil kesempatan untuk dapat refund dari cukai yang dibayar masa bli barang mentah. Ada akta khas yg dibuat untuk mengawal kenaikan harga barang kesan dari pelaksanaan GST ni. Kalau GST ni berjaya ia sebenarnya lebih menguntungkan pengguna akhir macam kita.
bik mama yg puaka, kau lah wira ku…
Salam semua…
Kalau semua simpan duit dan tak nak belanja, alamat tiada kecairan wang…
Beranikah rakyat Malaysia berubah?
ULASAN Malaysia berada di persimpangan. Di sebelah kanan, sebuah pemerintahan semenjak negara merdeka, di sebelah kiri pula sebuah harapan baru yang mungkin memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik.
Tidak lama lagi, pilihan raya umum (PRU) akan berlangsung. Telahan yang paling popular adalah PRU13 akan diadakan pada bulan Jun 2012. Diberitakan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak mahu pilihan raya berjalan secara berasingan.
Kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid Ibrahim berkeras hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya selepas Jun 2012.
Najib bimbang jika PRU diadakan tanpa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, pertempuran akan berlaku berkali-kali.
Ertinya, selepas PRU, Barisan Nasional (BN) terpaksa berhadapan dengan pilihan raya negeri pula. Ini adalah mimpi ngeri yang Najib mahu elak. Pengalaman berlawan dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas Mac 2008, PR bukanlah lawan yang mudah ditewaskan.
Dahulu senarionya lain. BN mudah menang dalam PRK kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesebuah kawasan.
PRK selepas Mac 2008 seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan beberapa kawasan lagi membuktikan bahawa BN kini mempunyai pesaing yang mungkin mampu mengalahkan mereka dalam PRU.
Anwar atau Najib?
PRU13 nanti, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada mahukan Malaysia dipimpin oleh BN dan Najib sebagai perdana menteri atau Malaysia baru di bawah Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Jika BN menang dalam PRU13 akan datang, rakyat sudah boleh agak bagaimana keadaannya. Seperti hari ini, rakyat akan terus-menerus menanggung beban kehidupan yang mahal dengan pendapatan yang rendah.
Harga bahan bakar seperti petrol dan diesel akan terus naik dan pelbagai subsidi terhadap barang keperluan asas akan ditarik balik. Sedangkan, pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih berada di tampuk lama.
Dasar yang sedia ada akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kenderaan seperti kereta kerana sistem pengangkutan awam yang teruk dan tidak efisyen.
Kesesakan jalan raya sangat kritikal dan jalan penyelesaian yang di tawarkan oleh kerajaan BN adalah dengan membina lebih banyak lebuh raya. Apabila banyak lebuh raya maka bertambahlah tol. Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya yang paling banyak tol di Asia Tenggara.
Banyaknya lebuh raya dan kutipan tol yang tinggi tetap tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang parah di ibukota negara ini. Pengguna membayar tol untuk lebuh raya dan tetap berhadapan dengan kesesakan.
Kalau tidak percaya dengan pernyataan saya di atas, cubalah lalui lebuh raya seperti New Pantai Expressway (NPE) di waktu pagi!
Pilihan ditangan rakyat
Seharusnya, sesebuah kerajaan itu memikirkan dasar yang menguntungkan rakyat terbanyak. Sistem LRT yang sedia ada sudah cukup baik akan tetapi ianya harus diperkasakan dan melalui ke kawasan rakyat bawahan yang memerlukannya.
Apa guna membina MRT di kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di mana majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak memerlukannya?
Cadangan untuk membina MRT melalui kawasan TTDI mendapat tentangan penduduk setempat kerana kawasan laluannya tidak sesuai dan menggangu mereka.
Sedangkan lebih baik LRT sedia ada dipanjangkan sehingga melalui kawasan seperti Shah Alam dan Klang – mempunyai majoriti rakyat kelas pekerja yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.
Bukankah lebih baik peruntukan yang banyak dibelanjakan untuk kepentingan majoriti rakyat yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding dengan membina lebih banyak lebuh raya?
Penulis pernah tinggal di kawasan pedalaman di Korea Selatan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang jauh lebih baik dari sesetengah kawasan di Kuala Lumpur. Walaupun tidak mempunyai “subway” yang panjang, pekan tersebut menawarkan sistem bas yang efisyen.
Harga kenderaan yang mahal
Rakyat juga akan terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.
Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.
Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup ditahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.
Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import “recond car” membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.
Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.
Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa “mewah”, rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan “bekas-bekas” dari Jepun dan United Kingdom.
Berani utuk berubah
Untuk berubah, yang hanya diperlukan oleh rakyat adalah keberanian. Memang benar, untuk mendapatkan keberanian tersebut bukanlah satu perkara mudah.
Rakyat di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa keberanian mereka untuk menukar parti yang memerintah itu berbaloi.
Hari ini, parti-parti politik atau individu politik di Indonesia, Thailand dan Filipina perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terpilih untuk memimpin.
Ini memberikan rakyat satu kekuatan di mana ahli dan parti politik terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan rakyat untuk memperolehi undi mereka. Malahan di negara maju seperti United Kingdom lebih sukar lagi.
Seseorang pemimpin itu tidak hanya boleh beretorik semata-mata akan tetapi perlulah bekerja keras untuk membuktikan dia mampu melakukannya. Jika tidak, sudah pasti akan ditolak melalui kertas undi.
Sudah sampai masanya bagi rakyat memikirkan sama ada ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik atau tidak. Lihatlah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.
Keuntungan yang lebih besar jika rakyat mempunyai keberanian yang lebih tinggi untuk berubah. Dengan syarat kekuasaan yang mutlak tidak diberikan kepada mana-mana parti, baik BN mahupun PR.
pundek ‘aku’ diatas, asyik copy paste lepas tu harapkan pujian. jgn harap la wei, kami semua pembaca dah muak dengan janji pembangkang, dan meyakini 100% BN
PUNDEK KO LA BRO…AKU LG MELUAT TGK MUKE NAJIB KT TV3 HARI2 DOK BACE SKRIP YG BIK MAMA BG NK MENGENCING RAKYAT…RAKYAT MCM KO BLH LA DYE NK TIPU…MCM KAMI NIE YG DAH CELIK MATA MMG XDPT LA NK KENCING…PIKIR PAKAI OTAK JGN GUNE LUTUT…
Nie tulisan Amin Iskandar yg di post ke Malaysiakini..Janganlah ‘aku’ asyik nak tampal kat sini..nyatakan sumberlah..
Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, percayalah GST tidak akan dilaksanakan.. HIdup Anwar…
choii..
salam for all.
awaslah, jika DSAI itu menjadi PM, negara akan ditimba bala bencana dan malapetaka. Mungkin juga gempa bumi akan berlaku memandangkan beliau derhaka kepada pemerintahan Islam yang adil dan ikhlas di Malaysia.
GST adalah sumbangan kita pada negara, InsyaAllah akan ada pahalanya kerana semua barangan dan transaksi kita akan mendapat pahala menyumbang kemajuan negara.
macam tuhan dah pulak ko ni….dah siap turun bala laa pulak kalo DSAI perintah..adoii adoiii…ko ni pengikut ayah pin ke ?
HAHAHA…terbaek la uztang nizam…ayat ustang nie leh pakai bg ceramah kt lembu2 feedlot…konpom mereka2 menangis kegembiraan….terpesona dgn ayat2 memukau ustang…kui3
klau najib stil PM nti bencana lg truk maksiat sana sini penari tiang tumbuh bak cendawan…mna kita tau kuasa tuhan trun bala dekat kita smua
Anwar juburi suka main bontot dan main china doll ko sokong jadi PM? NAUZUBILLAH…aku biarla org lain mcm TGHA ker? banyak lagi pemimpin bole diketengahkan dari SI ANWAR BERAHI ni…jangala jadi parasit atau penjilat tegar bontot dia….
Orang yg cakap orang lain suka main bontot dia yg suka sebenarnya..
Parasit apa kau nie ? Jangan orang sebut parasit ko pun duk sebut..mungkin ko spesis yang gagal dapat tender di negeri Pakatan Rakyat..
ko x dapat b####t…cuba kau dapat aku agak ko lagi teruk dpd dia
Baik ikut cara Islam, orang kaya kena bayar zakat, manakala golongan miskin akan mendapat bantuan hasil daripada kutipan zakat.. Subhanallah… Indahnya Islam..
sekarangkan dah ikut cara islam?yang kaya bayar zakat & yang miskin menerima zakat. apa kaitannya dengan GST?
biasanya yang dapat mengelak cukai ni org besar2
betui2…
sah memang orang pembangkang suka x bayar cukai. wajar sekali kerajaan pusat dan YAB PM sekat semua bantuan pada negeri2 pembangkang, biarkan mereka papa kedana dan merempat.
terutama oghe kelate yang x reti2 bersyukur pada BN dan Umno tuh. apo nok jadi dok tahu laa
bodoh betul ko ni “Manaf Jeli”…aku rasa ko ni tak penah bayar tax kot…eloooo PCB bulan2 kene tolak dari gaji, pe citer ? PCB tu tak kira ko pembangkang ke penyokong ke janji ko keje makan gaji terus kene tolak kalo cukup syarat…at year end kene declare samada ader refund atau kene tambah…SAHH!! aku rasa ko yg tak penah bayar tax…bodo piang…pastu nak kaitkan ngn negeri pembangkang & rakyat Kelantan yg x reti bersyukur konon..korok mung…bodo tak bleh di ajar…
setuju ngan pmai pimai tang tu…aku rasa manaf jeli tu orang kampong…cukai pendapatan dia tak bayar.dio dok terlopong tunggu bn bagi duit.. buat manaf jeli mu tok tahu ko duit bn bagi ko mu tu duit rakyat..aku pun kelate jugok tok lah bodo mace mu..manaf jeli weyy…
tah..pe bengap manap nie…aku sokong pebangkang tp kerajaan dok potong gaji aku dr PCB…kt sape aku nk report nie…SAPE2 LEH tolong x
memang bengap manaf jeli…bengong tok abih
kalu cukai pendapatan d kurangkan, ok gak.
cukai kok lain plak kena…
Kalau kita fikir secara negatif dan sedalam dalamnya tetap hanya rakyat bawahan juga yang terpaksa membayarnya. Golongan atasan dan berkepentingan akan cuba mengelak, terus mengelak dari membayar apa jua jenis cukai yang diperkenalkan. Kalu boleh satu sen pun tak nak bayar.
mmg org besar2 ni akan mengelak..
mcm mn nk elak..nama Good Sales Tax (GST) jd semua org akan kena byr x kira org atas/bwh/even Sultan pun kena cukai..
jd..cukai ini amat bgs kt org gila shoping@shopholic, org gila barang baru n org kaya..
so mcm mana org atas nak lari? tentu tidak boleh sebab manusia memerlukan barangan..
HA HA HA…Berfikirlah dengan fikiran yang lapang. Anda akan mendapat jawapannya.
Cuba fikir yang ini
Harga minyak naik rakyat bawahan susah
Harga gula naik Rakyat bawahan susah
Harga tepung naik Rakyat bawahan susah
dan bermacam macam lagi yang naik rakyat bawahan yang susah diaorang tu ada susah ke tak kesah pun. Mereka x kesah pun kalau gst tu sampai 50% pun kerana mereka mampu dan sentiasa akan mampu.
Yang ni contoh je yang selebihnya fikir sendiri….
selama ni tiap2 kali beli barang2 kat pasaraya rm250, 3x sebulan.. lepas ni mahu rm350, 3x sebulan.. dah jadi kategori golongan miskin.
ko belilah barang kat pasar biasa @ pasaraya murah macam mydin @ borongdin. aku dulu selalu shopping kat tesco, biasanya rm250-300 sekali membeli. sekarang aku shopping kat borongdin, kuantiti barang dapat lebih banyak dengan hanya rm100. kualiti sama jer…budget duit dapur aku rm300 jer boleh sara keluarga besar.
setahu aku, Datuk Idris Jala yang ingin memperkenalkan sistem penghapusan subsidi, katanya boleh menyebabkan negara bankrup.. -sori kalau silap-
apa pun sy mmg sokong GST..sb hakikat byk org mmg mengelak bayar cukai/zakat pendapat/zakat harta..
jadi isunya bila kita nak jd wira negara..negara tidak akan berkembang kalo kita menyorok bayar cukai..
sy fikir kalo DSAI pun jd PM cukai ini pun akan dijlnkn sb dgn cara ini pendapatan negara GDP akan naik..
mcm pandangan tuan di atas sy tue rasa mcm pendapat micro-economy yg orientasi personal..jd
kalo fikir secara scale makro-economy kalo
satu rakyat malaysia byr GST
2 sen x 25 juta x 365 = RM 17.5 Bil pendapatan negara..
melalui duit ini juga akan boleh rolling dana PTPTN/hospital/sekolah/pertahanan negara/gaji ahli parlimen/kurangkan cukai pendapatan
dan byk lagi..
Saudara nasT,
daripada pembacaan saya, anda lebih menumpukan kepada orang kaya yang lari dari membayar cukai.. tetapi bagaimana pula dengan orang miskin? sebelum ni, mereka tak dikenakan cukai pendapatan pun.. dengan pelaksanaan GST, mereka akan dikenakan cukai GST, tetapi tidak merasa pengurangan cukai pendapatan, kerana memang mereka belum layak nak bayar cukai pendapatan..
apa komen anda?
itu pun keburukan GST…jurang kaya miskin akan semakin besar…orang miskin akan bertambah beban kewangan, yang kaya mungkin tak terasa sangat kerana pengurangan cukai, yang untung adalah kerajaan (tak kira sama ada BN @ PR) yang memerintah…
setuju komen anda
tuan kena fikir lebih luas berapa byk si miskin shoping kt pavilion, 1 utama, klcc n lain2?
tentu xder kn..byk org kaya yg g..jd bg sy cukai ini perlu xpi perlu ada mekanisma kawaln sperti kedai rkyat 1 malaysia dikecualikn cukai, kedai runcit x perlu, supermarket tesco, mydin x perlu gst..yg kn gst mcn hp, tv, atau benda kemewahn..
Mengikut pengalaman sy berada di Canada yg mengamalkan GST,setiap brg ape pon termasuk gula2 or even mkanan yg dijual di tepi jln akan dikenakan GST.Setiap jenis perkhidmatan samada upah membaiki kenderaan atau tambang teksi akan dikenakan GST..dgn kata lain ape2 saje barang yg dibeli atau upah perkhidmatan akan dikenakan SGT..tapi pelaksanaan GST di Canada adalah sesuai memandangkan gaji yg diterima pekerja dlm semua sektor adalah amat tinggi. Harga rumah naik dan ada kalanya turun tetapi di malaysia harga rumah xpenah turun bahkan naik mendadak setiap tahun.Harga kereta juga sgt murah di Canada lebih kurang US.tetapi Malaysia harga kereta terlalu mahal dan yg lebih menyayat hati kadar pendapatan terlalu lah rendah..So patut ke GST dilaksanakan di Malaysia?Rasanya lbh elok cari jalan untuk tingkatkan pendapatan rakyat Malaysia terlebih dahulu br pikirkan ttg GST..Malaysia tingin nk tiru cara negara maju tp soal pendapatan rakyat tak dilihat secara mendalam.sedangkan untuk menjadi negara maju pendapatan rakyat adalah perkara pertama yg akan dinilai…
TERBAIK!!! NAIKKAN GAJI 300% DULU UNTUK SWASTA DAN K/KERAJAAN… BARULAH BOLEH DIPERTIMBANGKAN GST.
betul laa tuu…dia potong ikut suka dia
dia hentam balik ikut situ.Yg kena rakyat jugak.
Malaysia adalah negara paling banyak didunia mengenakan tax
tahniah
ini yang najib dok canang selama ini
rakyat didahulukan..
yurp, 2 bulan lepas saya baru balik daripada canada
gst ni mcm yg dikenakan kat canada ….even kat groceries pun ada tax. Tapi yg pasti….hasil dari tax tu tentu tidak disalurkan semula kepada rakyat malaysia sepertimana yg rakyat canada nikmati skang
mslahnya kerajaan malaysia banyak tipu helahnya berbanding nak tolong rakyat sendiri
berapa % cukai pendapatan canada?
canada merupakan negara yg gst nya tertinggi 15% kalau tak silap….
Saudara Zaki,
Saya harap mmg btul kenyataan anda pernah tinggal di Canada. Klu btul, mmg lemah sgt mekanisme GST atau VAT di sana.
GST 4% Msia akan dilaksanakan ke atas barangan dan perkhidmatan, ttpi ada yg dikecualikan antaranya, makanan, perubatan, pendidikan, kesihatan..
Utk maklumat lanjut, sila lawati http://www.gst.customs.gov.my/portal/page/portal/MYGSET/FaqsPage?_piref255_1054987_255_1024341_1024341.__ora_navig=isFromHeader=yes
bab kesihatan tu aku rasa derang dah ade plan dahh cara2 nk kedarah duit rakyat…dengar kate 1Care dah nk bawak masuk bincang dlm kabinet (tp menteri kesihatan kata tangguh sehigga 2014)…konon2 sistem ni nk cekau 10% dari duit gaji tiap2 bulan, tp bley jumpa doktor 6 kali je setahun, pastu dpt ubat generic ajer eg: panadol nk ubat lain kene beli sendiri kat farmasi…kalo jadi memang terbaekk laa, kesihatan rakyat pulak diniagakan….
HIDUP GOMEN! HIduP GOmeN! setiap saat dok cari cara nak perah duit rakyat..ptuiii
10% tu avearage kos pengurusan kesihatan untuk individu di malaysia, bukannya potongan gaji 10%.
jumpa doc 6x etahun pun x betul & x logik.
sengal betul ko ni. takkan pi hosp dapat panadol & ubat lain beli kat farmasi?
sebelum ko menulis lebih baik ko berfikir, biar menulis ikut fakta bukan omongan kosong bersumberkan pembangkang pembohong.
PKR menjaja kononnya nak buat suruhanjaya kesihatan, setakat cakap 1 perenggan baik x payah. penjelasannya takdaq pun. cakap kosong jer…
ye ke perubatan free?…nak masuk hospital kerajaan bukan main payah….siap tanya lagi…ada saudara mara kerja kerajaan tak?.. jadi orang kerja kerajaan sajalah yang rakyat malaysia.yang kerja kilang bukan rakyat malaysia?cukup tahun bayar cukai..cukai gila babi tinggi…
lepas ni ada pula elaun GST untuk golongan besar2…
Salam, Yang berbahagia Penulis Beritasemasa dan pembaca Beritasemasa yang bijaksana. Para hadirin yang pak cik hormati. Pak cik cuma hendak mengajukan beberapa soalan diruang maya ini iaitu:-
1. Adakah dengan pelaksanaan GST ini akan memberi lebih keadilan diantara semua orang dalam membayar cukai? Bagaimana pula bagi mereka yang berpendapatan rendah?
2. Adakah akan wujud jaminan bahawa pembayar cukai yang lari ini akan membayar cukai? Kemana mereka bersembunyi? Tidak bolehkah kita mencari mereka?
3. Adakah mereka yang berpendapatan tinggi lebih mendapat manfaat dengan mengurangkan cukai? dan Perlukah mereka yang berpendapatan rendah dihimpit cukai?
4. Adakah mengenalan GST ini akan lebih mendisiplinkan dan menjadikan kelompok cukai koporat lebih telus dalam membayar cukai? Adakah kita boleh memberi jaminan bahawa mereka ini benar telus 100% dalam membayar cukai?
5. Adakah mengenalan GST ini dilakukan untuk mengimbangi hutang negara yang berada diparas 53% dari KDNK negara?
6. GST ini juga telah diamalkan dikebanyakan negara maju dan negara maju ini juga mengalami tahap perbelanjaan melebihi KDNK mereka. Adakah konsep GST ini diambil dan ditiru terus dari luar negara? Tidak adakah sumber-sumber alternatif lain atau cara yang lain?
7. GST bermaksud “Goods and Services Tax”. Adakah ini bermaksud bahawa perkara perlu dicukai termasuklah seperti sistem urusniaga perbankan, loan, kad kredit, segala bentuk pinjaman, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pendidikan, perumahan, Sewabeli dan juga sudah tentu barang-barang alih dan tak alih, makanan dan lain-lain lagi seperti apa?
8. Sebagai seorang rakyat yang merdeka, Adakah kita benar-benar faham apa itu GST? Pak cik sendiri ikhlas tidak faham apa itu GST?
9. Siapa yang boleh menjawab soalan pak cik dan sudi memberi sedikit penerangan?
Pendapat saya yang ringkas.
Hanya bertujuan untuk menekan rakyat bawahan.
nate mu ni. saja2 tulih nok pengapi rakyat agar sangsi dengan tujuan murni kerajaan umno. kito selaku rakyat kena banyak berkorbae demi negara., buke tahu asyik nak untung jah
MANAF JELI BODO PIANG..pikiran macam lembu kak ijat…
Berkorban dengan apa lagi kalau sudah papa kedana? Tenaga? Nyawa?
Tiada masalah untuk melaksanakan GST selagimana barangan keperluan dan perkhidmatan asas dikecualikan daripada cukai; selagimana hanya barangan mewah dan bukan satu keperluan sahaja yang dicukaikan.
4% pada pandangan saya adalah berpada; semakin mahal harga barang semakin tinggi cukai. Tetapi apabila difikirkan dari segi lain, dikhuatiri GST memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi kerana orang kaya pun ada yang berkira juga; jika cukai barangan dan perkhidmatan semakin tinggi ada kemungkinan orang-orang kaya ini tidak akan membeli sesuatu barangan atau melanggan sesuatu perkhidmatan tersebut. Apabila semakin ramai kurang berbelanja ke atas barangan mewah pertumbuhan ekonomi mungkin berkembang perlahan kerana jika bergantung semata-mata pada industri barangan pengguna dan telekomunikasi sahaja tidak cukup untuk memacu perkembangan ekonomi ke tahap sederhana pun!
Dato’ Idris Jala juga boleh melakukan kesilapan perhitungan dalam pencongakannya. Saya cuma khuathir beliau terlalu kaku dalam cara fikirnya dan kurang fleksibel. Beliau menawarkan penyelesaian hanya berdasarkan logik ekonomi. Mengapa tidak diburu saja pengelak-pengelak pembayar cukai dan dakwa mereka di mahkamah dan bagi yang telah melarikan diri ke luar negara ekstradisi mereka jika ada perjanjian ekstradisi dengan negara di mana pembayar cukai bersembunyi. Cukai pendapatan korporat dan individu patut dikekalkan bukan dikurangkan.
Akibat setiap kali ekonomi bergerak perlahan kerajaan yang selalu terpaksa memulakan langkah pertama untuk merangsang ekonomi semula maka tidak hairanlah mengapa fiskal tahunan kerajaan seringkali dalam keadaan defisit! Berhutang semata-mata demi rangsangan ekonomi. Kali ini biarkan sektor swasta yang memulakan langkah pertama dengan melabur dalam R&D, dengan menawarkan geran penyelidikan dan menjalankan usahasama dengan universiti-universiti tempatan dalam R&D dan melakukan inovasi dalam produk!!!!!! Swasta tempatan khususnya patut berinovasi dan bukannya bergantung kepada kerajaan melakukan segala-galanya atau menyelesaikan masalah perniagaan mereka setiap kali ekonomi menguncup! Bukankah ada di kalangan mereka sendiri yang mengagung-agungkan prinsip Laissez-Faire!!!!!! Waktu ekonomi makmur mereka tidak suka campurtangan kerajaan teruitama dalam kawalan harga walau harga melampau tapi bila ekonomi menguncup barulah merengek-rengek meminta bermacam-macam projek kerajaan dan membantu mereka menyelesaikan masalah perniagaan mereka!!!!!! inilah HIPOKRASI komuniti perniagaan!!!!!!!!!!!!!!!
Malaysia dah banyak sangat dengan cukai. cukai import, cukai barangan mewah dan lain-lain. tak guna buat cukai baru kalau KERAjaan Bini Najib dok tiris dengan songlap dan bayar komisen selalu
Pak Deris dan kebanyakan pemimpin negara seperti tak ikhlas untuk menyelesaikan masalah masalah yang timbul. Janji ada paperwork sikit cukup. Yang penting tekan rakyat bawahan orang atas dapat untung. Pusing pusing kot mana pun tekanan dan kesusahan tu biar rakyat dulu yang kena. Dari dulu kini dan selama lamanya.
Aku SOKONG 100% apa yang zaki ckp tu..
cukai pendapatan dikurangkan… bunyi macam baik.. tetapi persoalannya, sebanyak mana cukai ni boleh dikurangkan? adakah pengurangan cukai pendapatan ni dapat menampung GST yang terpaksa kita bayar hari-hari?
saya bersetuju dengan komen yang risau pelaksanaan GST akan menyebabkan harga barangan lain naik..
sebagai contoh, seorang peniaga air, setiap bulan, untung bersih RM2K. Jika gula dikenakan GST, maka harga gula naik, peniaga terpaksa beli gula lebih mahal, so, mesti peniaga akan naikkan harga air.. ni memang pasti demi untuk mengelakkan kerugian..maka untung bersih saya tetap RM2K.
TETAPI, disebabkan barang yang lain pun dikenankan GST dan harga meningkat, maka nilai RM2K yang saya dapat selepas GST tidak akan sama dengan nilai RM2K sebelum GST..maka, sebagai peniaga, saya akan meningkatkan harga air minuman. betul??
DAN ini akan dilakukan oleh semua peniaga !!!!
aku setuju,, macam nilah cara kerajaan nak sedut blik duit modal kempen PRU kelak
macam tak tau jer taktaik kerajaan
suruh mansuh cukai mengarut kt malingsia ni tak nak pulak
ko indon cai kah?
ko cuba bagitau aku , kerajaan negara mana tak ada berlaku kelemahan ? contoh dasar bagi mendapatkan perkhidmatan dan produk syarikat tempatan. dasar nie di buat supaya syarikat2 tempatan dapat hidup , selain dapat memberi peluang perniagaan , peluang kerja juga wujud . ya mmg harga pasaran antarabangsa ada kala lebih murah . tapi apa faedah pada rakyat ? jika tak fikir jauh mmg kita tak kan nampak …
bila peluang kerja ada, baru wujud pembelian dan perbelanjaan dalam negara ..secara tak langsung kedai2 ..lain hidup , dan akan mengwujudkan peluang kerja di situ …
GST ni kalau jadi dilaksanakan mau boleh susut pendapatan bersih setiap isi rumah 6 peratus. Mau taknya, sedut sini 2 ringgit, situ 6 ringgit, sinun 10 ringgit, sanun 12 ringgit. Jadi….pendapatan isi rumah makin mengecil…rakyat makin tertekan….ramai yang sakit mental…jenayah makin banyak….malaysia makin tak aman…pelancong takut datang…Cukuplah nak perah keringat rakyat.
spttnye govt tax 6% jgn dikenakan kpd pengguna sbb tax tu utk pemilik kedai.kerajaan tolong la handle benda ni,kata rakyat didahulukan.
setuje dengan sahabat diatas…
untuk menjadi negara maju pendapatan harus kerajaan utama kan…
bukan CUKAI!!! yg perlu diutama kan
banyak negatif dari positif…
betul tu. saya sokong usaha kerajaan. sebagai rakyat kita kena faham fungsi kita. sebgai rakyat kita patut dan wajib berkorban untuk kerajaan. kerajaan yang terbaik adalah kerajaan BN. kita rakyat adalah ibarat hamba. cukai yg kerajaan kenakan pd rakyat pd masa kini, pd saya amatlah munsabah dan berpatutan. jgn la jdk pembangkat laknat. asyik dh kondem kerajaan. kerajaan bnyak berjasa pd kita.
kita patut bersyukur dgn kerajaan sekarang. BN adalah yg terbaik klau nak bandingkan dgn pembangkang. pembangkang apa boleh buat utk rakyat. menyeusahkan rakyat adalah.
ustaz nizam tipu ni. ayat pon penyemar hehehehh
Salam.
Secara peribadi, saya tak rasa rakyat Malaysia bersedia dengan GST ni. Tapi saya takde knowledge mengenai ekonomi ini.
Setakat ni, client ada juga yang hentam saya bila beli property, kena bayar GST 6%. Saya juga yang kena hentam, padahal bukan undang2 saya.
Kalau GST dikenakan untuk barang-barang dan service yang bukan keperluan asas harian seperti electronic gadget, hartanah above RM300k, pakaian atau aksesori branded, saya setuju.
Kalau nak dikenakan pada pakaian asas cap pagoda, susu, tepung, ikan, and even Sardin tin, al-maka rakyat mengamuk.
Pendapat saya je…
Azri….sye stuju sgt2 komen anda.mmg btul la..spattnye golongan kaya raya yg harus dknakn cukai…ni rkyt yg gjinye ciput pon trbabit same…sye rse GST ni cam beban.GST= Golongan Susah Trbabit..same…huhu
saya dengan ini al-setuju dengan comment Azri prolander! brg asas dan keperluan, tak perlu GST, barang kehendak sahaja perlu GST..
kenapa singapore laksanakan GST ? siapa boleh jawab ….
jangan jadi mcm kerajaan selangor..nak selesaikan isu pasir , rampas tanah rakyat secara paksa
kesian aku tengok orang selangor sekarang
GST ni aku setuju sesangat tapi dengan syarat:
A.Harga barang mesti dipantau secara berterusan dan bukannya bermusim. Nak kawal bukannya harga peruncit tapi harga pemborong.Jika boleh wujudkan sebanyak mungkin pemborong yang boleh berkerjasama dengan kerajaan. Sebab GP sokong kerana ramai PATI dan rakyat negara jiran datang shopping di negara kita, mereka beli dan menjamu selera aneka barangan dan makanan tapi tidak sesen pun dikenakan cukai keatas mereka.Tempias GST sememangnya kena pada rakyat tapi kerajaan perlu memulangkan semula percukaian GST dengan cara :
1. Menyediakan pengangkutan awam percuma sewaktu waktu puncak iaitu pergi dan balik kerja menggunakan my kad.
2. Menyediakan sistem pembelajaran percuma kepada rakyat dari sekolah rendah hingga lah ke universiti.
3. Menghapuskan cukai jalan kenderaan kerana tol juga sudah merupakan cukai jalan harian kerajaan.
4. Pemberian semula wang bagi meringankan beban rakyat spt BR1M.
B. Kawal kemasukan PATI secara bersepadu dan berterusan kerana mereka ini telah membuatkan segala harga barangan keperluan rakyat meningkat secara mendadak. Apabila barangan kurang dan permintaan tinggi, harga jadi tidak menentu. Yang susah rakyat sendiri.
C Semua barangan mestilah diletakan tanda harga termasuk barangan yang diiklankan di tv (media).
stuju part rakyat asing kene baya harga barang lebih mahal.aku meyampah tengok orang sbelah tambak datang soping kat sini sampai 4,5,6 troli penuh dengan harga sama ape rakyat malaysia bayar.itu belum masuk barang subsidi.dorang sepatutnya bayar harga 2 kali ganda.bukan rakyat tambak tuh je,indon,bangla,filipin ke orang asing pon patut bayar harga barangan 2 kali ganda lebih mahal dari rakyat malaysia
Nak tak nak GST memang kena implement gak
bebannya sekarang kat BN la sebab dia kerajaan
Besok kalu PR naik, bende ni jadi beban kat PR pulak
Dengan cukai lah Malaysia akan menuju negara maju
negara maju tapi rakyat mundur kebelakang, aper guna !
Kalau kerajaan boros dan tak amanah.. kutip berapa bayak cukai pun tak guna.. tetap tak cukup…
Kerajaan kena kena berhemah… saya cukup yakin.. dengan duit zakat tu kalau semua orang boleh bertanggung jawab dan kerajaan pulak amanah, duit tu cukup untuk mengurus negara dan diagihkan pada yang berhak..
pemimpin zalim tempatnya di neraka..>! nauzubillah!
kita tggu ajelah lps pru13 nnti. hehehe
gst = golongan susah tertindas
yg realitinya stiap brg yg msuk kt M’sia ni dh dikenakan cukai,, jadi xkire ape brg yg dijual kt kedai,market,supermarket,hypermarket dh t’msuk cukai,, jgn nk menipu kata rakyat xbyar cukai.. yg bnyk xbyar tu ha org2 kaya,, benci btul aku dgr statement rkyat xbyr cukai.. what the hack la..
Ak nie gila lar…ak bwu kuaq wad tanjung rambutan.,..ak ustaz gila,..
Patutpun komen ngko selalu lawan arus…gilo rupanya.
ak? apadia tu wahai babi? ak ak ak.. mcm bodoh bahasa budak2 muda
Cukai pendapatan, xsmua org kena. GST smua org kena termasuk org2 kampung, dan org2 miskin. Hmm.. Tp klu cukai jualan dhapuskan, dan exception utk keperluan asas, mgkn ble la jg.
aku lebih suka cukai yg ala2 zakat… so akn ada cukai pendapatan, cukai emas (emas yg dipakai/emas yg disimpan), cukai tanah, cukai perniagaan, cukai hasil pertanian, dll yg berhubungan..
sbg cnth aku ambik zakat pendapatn, secara kasarnya ada 2 cara nak kira so aku ambil cara kira yg kedua sbb dia lebih tepat n jumlahnya diapun biasanya rendah… so x membebankan
contoh bagi lelaki:
pendapatan bulanan kita x 12
belanja kifayah bulanan kita x 12
(kifayah bagi laki ialah tpt tinggal, pakaian anak isteri, makanan anak isteri n zaman skarang pengangkutan juga boleh dimasukkan, dll yg bkaitan)
jadi cukai kita bagi setahun ialah 2.5% x baki pendapatan setelah ditolah belanja kifayah kita
contoh gaji aku sebulan rm1000 x 12 bln =rm12000
sewa rumah rm200/bln
mkn minum rm100/bln
keta rm200/bln
hadiah ank isteri rm100/bln
yuran ank rm100/bln
jumlah kifayah rm700 x 12 bln = rm8400
cukai/zakat pendapatan yg dikenakan = 2.5% x (12000-8400)=rm90/thn
bayaran blanan 90/12 = rm7.5
so org yg gaji seribu kena cukai rm7.5/bln so takat rm7.50 sbln mesti kita boleh bayar n dia x membebankan n mesti ramai yg sanggup bayar cukai so peratus org yg bayar cukai pn naik… indahlah zakat pendapatan islam… indahnya sistem ekonomi islam… luas n mdalamnya ekonomi allah… tinggalkn sistem kapilatis sikit2 n balihlah kpd sistem ekonomi islam…
pandangan peribadi aku sahaja
aku sebenarnya x paham kenapa sesetgh pihak beriya2 nak mengenakan gst ke atas barang sedangkn harga barang sudah sedia ada membebankn ditambah lagi gst makin bertambah beban lh………..senang je elak kjaan bankrap………….jgn belanja lebih………jgn beli sesuatu yg tak diperlukn contohnya kereta rasmi….kalau kereta lama masih dpt guna…guna saje lh……….kenapa perlu membazir duit rakyat……………….
Depa duit byk bleh ler…
Bkn depa bayor pun…
Sekarang ni pun harga barang dah naik. Itu sebelum gaji kakitangan awam dan harga minyak dunia naik, apatah lagi selepas PRU 13 ni. Masa untuk kerajaan BN mengutip balik duit yang telah, sedang dan akan dihabiskan untuk PRU 13 ni. Marilah kita mengundi UMNO, MCA, MIC dll (BN) untuk meneruskan sumbangan kita dalam cukai-cukai yang akan diwujudkan selepas ini. Hidup UMNO!Hidup UMNO!Hidup UMNO!
kalo gst nie di teruskan dan hasil dari gst nie nampak manfaat pada golongan bawahan dan pertengahan ia patut di laksana kan…tapi kalo hasilnya tidak dapat di nikmati oleh rakyat sendiri baik tak payah….
pada saya GST ini sebenarnya menguntungkan kerajaan tapi sebenarnya membebankan rakyat. jika cukai dikenakan pada setiap peringkat, saya yakin barang akan menjadi bertambah mahal. sebelum nie pun kita dah rasa bahang harga naik. kalau GST diperkenal, kita akan terpaksa memikul satu lagi beban kenaikan harga barang. jgn jadikan alasan orang yang shopping banyak bayar tax banyak dan yang shopping sikit bayar tax sikit. atau alasan GST utk elak pembaziran hanya menunjukkan kefahaman yang rendah tentang GST. GST ini cukai automatik merangkumi semua benda dan barang melainkan dikecualikan. jadi jgn ingat shopping kat mall saje kena tax. ia melibatkan semua barang termasuklah barang keperluan yang kita guna hari2. jadi jgn lah berfikiran kalau aku tak pegi shopping aku selamat. Dengan cukai yang ada sekarang pun kita dah rasa terbeban. Inikan pula sistem cukai GST. janji kadar cukai GST yang lebih rendah bukanlah satu jaminan yang kekal. bila2 masa saje kerajaan boleh naikkan. ianya seperti janji gula2 utk kanak2 tadika.
Kalau nak laksana GST BR1M kena dinaikkan supaya perbelanjaan rakyat sebanyak RM500 tidak kembali semuanya kepada kerajaan dalam bentuk cukai GST ni.
sepatutnya br1m tak payah diberi, tapi cukai meragukan separti cukai kereta, harga kereta jadi 3x ganda dari harga asal, kawal harga murah, sekurang2 nya jadikan rumah mampu bilik dengan pinjaman di buat hanya di bayar dalam masa 5 tahun(maksudnya rumah murah la)
lepas 2 subsidi gas diberi direct kepada rakyat.
subsidi petrol kenderaan di tambah kerana petronas canang untung beratus billion, subsidi tak sampai 10% pun di beri, 10 billion pun tak sampai.
lepas 2 kekalkan cukai pandapatan(cukai pendapatan dah tinggi so tak perlu kutip cukai merapu seperti aku nyatakan kat atas)
dan yang terakhir pengangkutan awal perkayakan lagi.
jangan buat pelaburan tipu, rel kereta api 10km dah 1billion, negara lain tanah keras, rel atas laut 100km hanya 1 billion…
lepas 2 baru cakap pasal gst
adui….kalu yg kaya tak bayar cukai…kenapa plak nak beban kan yang miskin ni wei……………………………………………………………..
Percayo sangat la GST tu tak membebankan…tunggu ajer la, open tender pun tak bleh buat. GST lebih transparent konon…Org beli laptop 4,200. Kerajaan beli laptop 42,000.
Teori GST memang la barang jadi murah sikit. Tapi…kalau dilaksanakan dengan betul…
Bwahahhahaha. Org2 sokong BN memang tak sabar2 nak GST nie. Perlu dilaksanakan segera untuk menyumbang kekayaan Kroni2 keparat.
Pinjam ayat Sherry ‘kalau yg kaya tak bayar cukai…kenapa plak nak beban kan yang miskin ni we’.
Bodoh!