![Kerajaan Malaysia UNDI 1 [GEMPAR] Kerajaan Malaysia Hampir Tumbang di Parlimen Malaysia!](http://beritasemasa.com/imej/UNDI-1.jpg)
Kesempatan yang ada ini diucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak malaysia yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Sukan SEA Laos 2009 untuk tempoh 8 tahun. Okey berbalik kepada tajuk asal artikel ini, suasana di Dewan Parlimen malam Isnin lepas berada dalam keadaan cemas dan genting seketika terutamanya kepada kem Kerajaan Malaysia semasa sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk bajet bagi setiap kementerian dan yang terakhir daripada Kementerian dalam Negeri melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Apa isu dan perkara sebenar yang berlaku?
Situasi yang berlaku pada malam Isnin yang lalu cukup unik, mungkin kem Kerajaan Malaysia sendiri tidak menjangkakan perkara sebegini bakal berlaku. Jikalau mereka tersilap sedikit sahaja lagi, kerajaan Malaysia yang ada sekarang ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional bakal digulingkan dengan hanya undi tidak percaya terhadap bajet yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia. Boleh lihat kronologi disebalik peristiwa yang berlaku di dewan parlimen tempoh hari :
- Semasa sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop mengulung bajet dari kementeriannya.
- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.
- Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Guan Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak seperti yang dibuat sebelum-sebelum ini.
- Timbul sedikit suasana panik di kem Barisan Nasional di mana jumlah kehadiran Ahli Dewan Rakyat di pihak pembangkang kelihatan begitu ramai dan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri turut hadir sehingga lewat malam.
- Kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan sokongan terhadap undian yang bakal dibuat.
- Loceng panggilan dibunyikan selama dua minit. Undian dimulakan.
- Setelah pengundian dijalankan, menyaksikan keputusan yang cukup sengit di mana 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.
- Suasana genting tidak berhenti setakat itu sahaja di mana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruhan bajet berkenaan.
- Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.
- Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi
P/S : Untuk tempoh satu malam contohnya bagi pandangan orang politik, adalah satu tempoh yang cukup-cukup panjang. Dan macam-macam perkara boleh berlaku dan terjadi.
PP/S : Seperti kebiasaannya, berdasarkan amalan jika bajet tidak diluluskan(tidak mendapat sokongan), dalam bahasa mudahnya kerajaan sedia ada iaitu Kerajaan Malaysia dianggap tidak mempunyai kredibiliti dan telah tumbang serta sepatutnya diganti dengan kerajaan baru. Diharap ia menjadi satu pengajaran dan lanskap perbahasan di Dewan Rakyat dapat berubah, baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.




{ 3 comments… read them below or add one }
ala pakatan rakyat suka playing the fool
tak habis-habis nak rompak ahli parlimen Baha(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
kenapa ko cakap macam itu pulak?
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
dah memang terang barisan nasional ambil mudah bila sesi parlimen. Bila kena macam ini baru terhegeh2 nak datang
Suka @ Tidak
0
0
Sejauh manakah lahar gunung berapi yang telah diproses berkesan untuk mengawal dan menyembuhkan masalah kesihatan sesorang. Sekarang sedang giat mempromosi produk yang berasaskan lahar yang diproses dan nampaknya sangat menggalakkan. Abah(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0