Satu ungkapan yang sesuai diberikan pada masa ini kepada penerima gelaran Datuk mahupun Datuk Seri. Gelaran Datuk dah bersepah. Dah tiada kualiti. Betulkah situasi yang sudah berlaku sekarang? Samada ada betul atau tidak, anda sendiri boleh berikan pandangan.Kebanyakan senarai penerima yang ada, hanya dilihat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Kuantiti yang dipentingkan berbanding kualiti yang ada pada seseorang penerima anugerah Datuk mahupun gelaran Datuk Seri.
Saya cukup bersetuju pendapat yang disuarakan oleh Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad yang menyuarakan pendapat, faktor jasa dan sumbangan kepada negara perlu diambil kira oleh pihak istana sebelum memutuskan pemberian anugerah yang membawa gelaran tersebut. Faktor ini perlu dipandang serius supaya tidak timbul lambakan pangkat Datuk dan mempertikaikan kredibiliti si penerima.
Bagi memastikan juga, institusi diraja terus dihormati masyarakat dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak, senarai penerima gelaran Datuk perlu dikaji semula danĀ golongan berusia di bawah 40 tahun juga tidak wajar diberi gelaran Datuk atau Datuk Seri terutamanya jika mereka tidak memberi sumbangan besar kepada negara.
Situasi ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah pihak yang membeli gelaran seperti Datuk ataupun juga PHD secara ekspres seterusnya akan melahirkan satu generasi ilmuwan palsu jika tidak ditangani sejak daripada wal lagi.
Pihak yang berkenaan terutama jawatankuasa bahagian protokol istana dan semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) perlu telus serta teliti dalam memastikan masalah itu tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej institusi diraja.
“Sekarang berbeza, mereka yang baru berusia sekitar 30-an dah dapat Datuk atau Datuk Seri, apa sumbangan mereka kepada negeri dan negara,” kata Syed Anuar Syed Mohamad.
Beliau berharap supaya satu piawaian yang ditentukan oleh pihak berkenaan diwujudkan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat gelaran itu.
“Mungkin juga ada orang dalam yang buat, perkara ini perlu dilakukan dengan telus kerana kita mahu nilai darjah kebesaran sebagai contoh gelaran datuk ini sentiasa terpelihara dan dihormati semua pihak,” katanya.






{ 23 comments… read them below or add one }
i agree.. the “datuk” status is given out too easily..
even shah rukhan got it.. hmm.. kenwooi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
yela…. geleran datuk ni dah tak relevan skg. senang nak dapat yang penting ada duit. ken(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Ada fulus jalan….
Datuk K(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
sampai satu masa nanti kalau aku baling batu kat KLCC
memang terkena kat datuk-datuk celop
nak tunjuk betapa ramainya
Suka @ Tidak
0
0
Kalau Shah Rukh Khan
terang-terang saya sendiri tidak menyokong
lainlah Jackie yang berlakon dalam satu filem
lebih layak
terlupa saya nama filem tersebut
tu lebih jelas mempromosikan negara kita
dengan hampir keseluruhan filem lakonannya dilakukan di negara kita…. Admin [ Master G ](Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kelebihannya senang dapat projek,
Admin [ Master G ](Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
orang lebih rs hormat …
tapi sekarang dah tiada nilai, gelaran datuk dah boleh dijual beli
Suka @ Tidak
0
0
dato’ dato’ dato’….
ada ap pada pangkat? duit? kehormatan? apa pendapat kamu semua tentang ikhlas? ikhlas membawa kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat… yazidsalikan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
tu betul Master G..tapi skrg semua dh boleh beli..huhuhu
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Dengar cite ini kerja Tun Daim
Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
yang promot kat kerajaan melaka suruh bagi kat SRK
ats nasihat rosmah
betul ker?
jawab org melaka
Suka @ Tidak
0
0
berapa harga Dato’ sebenarnya? sehinggakan sangat senang tuk membelinya…hatta diberi percuma kepada shah rukh khan nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aku setuju..Dato’ senang nak dapat sekarang ni..tup tup, dengar cite artis nak kawin Dato’..padahal Dato’ tu x sampai 40-an pun..x famous pun (ke aku yang xta?)
tiap kali ulang tahun kelahiran sultan, mesti ada senarai nama penerima anugerah Dato’.. zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
erm…cerita dalaman ni jarang sangat kita
dengar kecuali dibocorkan oleh
orang dalam sendiri….
takde yang nak tampil ke
jawab soalan pak awang ni
…ternanti-nanti.. nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
kadang-kadang pangkat dato’
jadi tiket tuk glamour dan juga
dapat kawin dengan artis…
atau pun kawin ramai…hahaha nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
satu lagi bila dah dapat dato’
kawan rapat yang biasa panggil dengan
panggilan biasa pun kena tukar panggil dato’
kesian kawan-kawan dato’ ni(yang tak de gelaran)…
dato’…dato’… nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
satu lagi bila ada pangkat dato’ ni
mindset orang ramai dato’
diantara golongan elit..
banyak duit…
padahal golongan ini jugalah yang banyak hutang…
orang tak sedar disebalik pangkat tersebut…. nonon(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
btol2.. lg kaye seseorg tuh lagi bnyk utang dier sbnarnyer.. mmg kete lawo,umah lawo..
tpi kalo check blek.. x abesh bayo lgk tuh.. Usahawan_Kecil(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ALAHAi korang x payah la dok susah-susah nak kejar gelaran datuk,sampai masanya kalaula umur panjang,korang mesti jadi datuk punya(lelaki sahaja
)..ye la..nanti bila korang dah bercucu,bukankah datuk namanya?
Mat Nuat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kalau dipikirkan balik pendapat ko ni memang mahal jugak..btul jugak kan kenapa shahrukh khan dapat free2 ja…senang2 ja..padahal menyanyi lagu tah apaapa (aku bukan suka sngt hindustan
) Mat Nuat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Yang tu ejaannya ‘datuk’..yg diorg berebut2 tu nak yg ejaannya ‘dato’..
..Diorg bangga bila dh dpt title dato tu..Sepatutnya org dulu2 yg berperang dgn jepun n komunis tu di beri pangkat dato..Ni tak,setakat menyanyi n berlakon je dah di beri pangkat dato..
HAPIZI84(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
yang pelik 2…shahrukh khan yang tergelek sana tergelek sini pun dapat Dato jugak…baik bagi aku ja gelaran datuk 2 Mat Nuat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Haha..alasan bagi shahrukh khan title dato’ sebab SRK tu tolong promote Melaka..xlogik langsung..Berlambak lagi org yg promotekan melaka tu kenapa tak bagi dato’ pun..Silap2 lepas ni Andy Lau pun dpt pangkat dato’ sebab dia dh beli 1 pulau kat area pangkor and akan berkawin dgn org Malaysia..
MB Perak(Zambri) mesti bangga sebab Pangkor tu kawasan dia..
HAPIZI84(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
dulu klu nk dpt pangkat dato’ susah, tp skrng sng2 je dpt.. da berlambak sgt pangkat dato’ kat negara ni, rase2nyer skit mase lagi, jln2 kat pasar malam sume dato’ …
saya berharap pemberian pangkat dato’ dikaji semula dan klu boleh diperketatkan.. klu tidak hancurlah budaya pangkat malaysia yg unik ni.. tgk kat UK, nk dpt sir pun susah tu.. Sir gn Dato’ rasenyer lebey kurang same je pangkat die kot..
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
hah betul ker? mane org melaka ni, meh tlg jwb isu ni.. first time dgr, ats nasihat rosma ni huhu
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
wow Andy Lau beli satu pulau kat Pangkor dan akan kahwin dgn org Malaysia?betul ka?mana source die?nk gak bace.. or Master-G leh paparkan berita ttg ni tak hoho.. mesti rating BeritaSemasa naik mendadak
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0