BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah?

by Staff Berita Semasa on January 6, 2012

in Isu Semasa Terkini

gardenia vs massimo1 Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah?

Erm….macam mana kami nak mula kan ya? Okey….sebenarnya kami dah terima banyak email-email berkenaan isu Gardenia VS Massimo. Yang pada mulanya, kami tidak berapa ambil pusing. Tetapi apabila satu demi satu email-email daripada pembaca menghantar email-email yang lebih kurang sama sahaja “rentak penyampaiannya”, kami akhirnya terpanggil untuk membuka ruang perbincangan mengenai isu ini.

Ya…hari ini kita bercerita pasal roti. Kita bukan nak belajar cara buat roti, tetapi isu rasis yang dibawa-dibawa dalam produk roti itu sendiri. Pelik bukan? Tetapi….tidak mustahil untuk terjadi.

Gardenia VS Massimo : Sesiapa Sahaja Boleh Buat Email Fitnah Seperti Itu

Hanya kerana penghantar email yang boleh dikatakan secara bertalu-talu membawakan isu ini, adakah jiwa & pemikiran kita begitu mudah digugat? Bagi kami email-email seperti itu, sesiapa sahaja boleh buat walaupun mereka bukan kelompok yang sepatutnya menyertai pertarungan antara Gardenia VS Massimo.

Syarikat-syarikat besar tidak kira Massimo ataupun Gardenia takkan guna taktik yang kotor untuk melariskan produk masing-masing. Sedangkan nak buat kenyataan pun kena ada kelulusan 2,3 pengarah. Apatah lagi email atau sms fitnah seperti ini.

Dan kami merasakan kalangan yang berselindung disebalik ketuanan civil liberty ini yang sengaja memainkan isu perkauman. Pasal roti pun, boleh terselit juga isu rasis ini? Tersenyum kami dibuatnya….

Kalau cerita pasal perbandingan antara :

  • tahap kualiti roti ke
  • kualiti yang ada pada pembungkusan roti itu sendiri ke
  • dan terakhirnya penerimaan orang ramai terhadap harga yang ditawarkan ke

Kalau elemen ini diketengahkan, barulah sedap untuk diperbincangkan. Ini tidak, rasis? Kalau beginilah budaya kita, Malaysia yang kita cintai ini sukar untuk maju :

  • Rata-rata rakyatnya tidak bersatu dan tidak mempercayai antara satu sama lain.
  • Kita terlalu beremosi dan tidak berfikir secara waras walaupun cuma menghadapi situasi yang kecil.
  • Tengoklah… pasal roti pun kita nak bergaduh. Apa yang Melayu dan Cina dapat akhirnya?

gardenia vs massimo 3 Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah? Bagi kami penyelsaian bagi isu ini mudah sahaja. Majoriti pemain untuk industri pembuatan roti di Malaysia telah mula dipecahkan dengan ada kemasukan pemain baru yang akan sama-sama bersaing antara satu sama lain. Yang untung siapa? Kitalah sebagai pengguna mereka. Jadi, kami nasihat diri kami sendiri dan berharap yang lain juga tidak perlulah “tarik rambut” antara satu sama lain hanya kerana pembawakkan isu perkauman dalam bisnes roti ini. Sokong sahaja :

  • Pertama, mestilah HALAL
  • roti yang masih mengekalkan kualitinya
  • harga yang ditawarkan adalah berpatutan

Apabila majoriti dipecahkan dan dikecilkan, ia akan membuat antara satu sama lain perlu bekerja keras daripada biasa. Kalau tidak mampu bersaing? Kalau tidak mampu….anda yang akan akan tertinggal kebelakang. Itu sahaja…

Kalau nak diikutkan pun, sejarah Gardenia ini pada asalnya :

  • Dulu Gardenia Jenama daripada Sabah
  • Tapi selepas itu, 100% jual kepada QAF limited Singapore.
  • Pada 2001, QAF jual 30% kepada Bernas dan QAF masih lagi memegang lagi 70% pegangan saham dalam Gardenia
gardenia vs massimo 2 Gardenia VS Massimo? Unsur Perkauman Sudah Sampai ke Peringkat Tidak Munasabah?

Gardenia VS Massimo VS Hi 5 : Pertambahan Pemain Baru, Pilihan Kepada Pengguna

Ada satu lagi pemain utama dalam industri roti di Malaysia iaitu produk jenama Hi 5. Oleh itu kami senarai ketiga-ketiga sekaligus bagi status pemilik bagi jenama-jenama yang kami senaraikan di bawah ini :

  • Gardenia : 70% milik QAF Singapore & 30% Bernas (milik TWS, lagi 50% milik public KLSE.)
  • High 5 – Silverbird milik Tabung Haji sebanyak 30% & Vincent Tan (Berjaya Group)
  • Massimo – 100% Federal Flour Mill (Tan Sri Robert Kuok)

Kami ingat lagi dahulu, ada isu pasal kilang roti high 5 yang kotor dan tidak terurus. Siap pakai minyak masak keluaran Israel lagi. Silverbird siap buat kenyataan media yang semua itu fitnah semata-mata.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengharapkan semua orang akan mempunyai pemikiran yang sama. Kami tulis ini pun, pendapat kami. Tidak semestinya anda kena bersetuju. Tetapi, berpadalah untuk bersikap rasis. Apa pandangan anda pula mengenai isu ini?

P/S : Antara Gardenia VS Massimo, mana satu yang menjadi pilihan anda sekarang?

{ 30 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 beejan January 6, 2012 at 12:41 pm

… roti benggali….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Blog Berita Online January 6, 2012 at 2:30 pm

lawan jgn x lawan. yg untung pengguna sbb harga roti mungkin jadi makin murah
Blog Berita Online menulis Berita Terkini….Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM Dah Keluar!My Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 starscream January 6, 2012 at 2:39 pm

aku sokong tan sri syed mohtar bukhori..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 aliya January 7, 2012 at 1:20 pm

yeah…aku pn sokong tan sri syed mokhtar jgk..xblh bnding rase gardenia ngn roti ni.even roti ni lg tebal dri gardenia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 soul January 6, 2012 at 2:42 pm

roti canai kat maple..hoyeahhhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Mishil January 6, 2012 at 3:52 pm

Gardenia..sunnguh enak di makan begitu saja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Din January 6, 2012 at 3:54 pm

Dalam soal makan minum keutamaan perlu pada produk halal dan toyibah..kepentingan fardu kifayah juga perlu mesti dalam pertimbangan masa membeli..utamakan produk muslim !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Fetuccine January 6, 2012 at 4:14 pm

Terus terang, aku tak paham isu yang cuba disampaikan. Artikel ni sangat tidak jelas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Junta January 6, 2012 at 8:16 pm

la…hang tertinggal keretapi ker?
ni cerita pasal fitnah dengan main isu perkauman ms mula2 massimo nie dilancarkan. diorang ini agenda cina nak hancur bisnes melayu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Osbon January 6, 2012 at 4:28 pm

sedap la jugak roti massimo dan murah, dan murah. Gardenia pun ada gak kelainananya tp mahal. Bagus la ada pesaing yg betul2, sebelum ni Gardenia rasa diaorg dah leading brand tak de lagi nak gugat, sesuka je naikkan harga. Bagus bagus bagus, biar byk option utk roti berkualiti.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 abe mat January 6, 2012 at 5:18 pm

roti 4 segi maple lg sdap………..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Zombie January 6, 2012 at 8:17 pm

aku tak rasa massimo boleh berjaya dengan kempen kempen camni
roti massimo warna hijau tu tak sama ngan roti wholemeal gardenia….cuma bezanya germa gandum…sekarang ni roti hijau gardenia bukan sahaja wholemeal tapi telah ditembah dengan germa gandum…

buat masa ni harga roti massimo hijau adalah RM 2.50 harga promosi….tapi jika perang marketing ni berterusan…aku percaya kerajaan kerajaan akan selaraskan harga roti jenis ni sama seperti apa yang berlaku pada harga petrol utk semua stesyen minyak….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 almalgondol January 6, 2012 at 8:38 pm

kat tempat aku xder pon roti masimmo ni,isu ni remeh jer kan,haha….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Gurkha Pencen January 6, 2012 at 9:20 pm

Roti kering kepala lutut lagi sedap…, celup dengan Tea O…. Meleleh air liur… tambahan pulak dah tak ada gigi ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Tanapa nama January 6, 2012 at 9:21 pm

Ini bukan cerita roti. Ada udang gala belakang batu. Tahun 70han dan 80han banyak share syrarikat hampir 30% dikhaskan untuk bumiuputra bedasarkan kepada par valur share ia itu RM1.00. Dapat sahaja share bolih jual RM2.00 Dan banyak da jual da.

Sejak tahun 2000 hampir 30% share 100 syarikat dalam Bursa saham Malaysia telah dibeli olih Khazanah, EPF, dan Amanah Saham dari pasaran. Kebanyakan duit yang diguna dalam pembelian ini adalah duit rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 berus gigi January 7, 2012 at 7:06 am

Bila la agaknyer roti keluaran IKS kita nak standing dengan kualiti dan mutu roti2 yang disebut tu…. Jenama yang baru muncul pun dah boleh menembusi pasaran, jenama kita ???.. hidup segan mati x mahhuu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 badrol January 7, 2012 at 9:59 pm

Rakan2. Kita kena fikir logik, kalau ada yang kata massimo lagi tebal dari gardenia or gardenia dah mula menipis ke?. Mana logik.. Roti tu semua jual dengan nilai berat. kalau 400g stated on packaging bermakna berat dia 400g lah, size takkan berubah. SImple question, 1kg besi dengan 1kg kapas, mana berat? Definetly sama berat, ukuran pada nilai berat bukan pada jenis item..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 kamal azri January 7, 2012 at 10:11 pm

samada betul atau tidak.tetapi dengan terang2 sekumpulan masyarakat cina yang memulakan dulu kempen memboikot roti gardenia kerana kepunyaan orang Melayu dan menyokong produk massimo kerana kepunyaan robert kuok.mereka ni bertindak dengan sewengang wenangnya tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat Melayu dan impak yang bakal dihadapi melalui kempen mereka ini.mungkin sebab orang Melayu dah lama sangat berdiam diri dan terlalu takut apabila kepala mereka dipijak.Ini kerana orang melayu telah berpecah belah dan terlalu taksub dengan aliran politik masing2 .sedangkan masyarakat cina hanya bermain wayang dengan bergaduh sesama sendiri.tetapi disebaliknya mereka bersatu untuk memajukan bangsa mereka…sedarlah wahai semua anak2 Melayu!!janganlah kita terus lalai dan alpa!!! ayuh bangkit mempertahan kan bangsa Melayu dari terus dihina dan digunakan dibumi sendiri!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Johnny Deng January 8, 2012 at 9:09 pm

Kita pengguna beli mana satu yang paling best (murah..sedap…quality…halal)….saja….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 pakteh January 19, 2012 at 11:13 am

kalau seorang muslim yang berkemampuan dan ada duit lebih…belilah produk muslim…walaupun mahal kerana memang produk muslim tak dapat dijual murah…macam mana nak jual murah kalau raw material yang dapat tu harga mahal…kan nak dapatkan raw material tu kena beli daripada bukan muslim yang pastinya jula mahal kat muslim dan jual murah kat kaum mereka…itulah taktik perniagaan mereka…..memang rugi sikit di dunia kerana beli produk mahal sedangkan ada produk murah yang boleh dibeli….TETAPI mungkin kita untung di AKHIRAT kerana membantu muslim yang lain itukan juga satu FARDHU KIFAYAH kerana membangunkan ekonomi orang ISLAM.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Ain Ikmal January 9, 2012 at 1:21 pm

Apa-apa pun saya pergi kepada roti yang memang telah diketahui halal pembuatannya dan dimiliki oleh bumiputra. Bila tak ada choice baru kepada roti lain. Tetap akan beli Gardenia ..walaupun harganya agak mahal sikit…. kalau dah tak mampu nak beli roti ini …saya akan buat roti sendiri (tengah kumpul duit nak beli breadmaker). Apa-apa pun dalam cabaran dunia sekarang ini, saya lebih pentingkan apa yang saya beri makan kepada anak-anak adalah daripada rezeki yang halal ..itu sahaja pendapatan yang halal dan berkat, pembuatan makanan yang halal dan bersih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 NO NAME January 9, 2012 at 5:31 pm

TAK SUKA APA2 PRODUK YANG ADA KAITAN DENGAN SINGAPURA.
TERIMA KASIH SBB KASI TAHU YANG GARDENIA TU SINGAPURA PEGANG.
SAY NO TO GARDENIA…HAHAHAHA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Maikel jeksen & Co. January 9, 2012 at 10:35 pm

Roti Canai satuuuuuuuuu…Kasi Banjir haaaaaaa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 zicronz January 12, 2012 at 8:55 pm

Beli jelah baki saham dari qaf tu takleh ke????
zicronz menulis Berita Terkini….Hari ini macam macam dapat…My Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Politikus January 31, 2012 at 11:02 am

Perkasa wants KFC chain to stay in Malay hands
By G. Manimaran March 17, 2011

KUALA LUMPUR, March 17 — Malay rights group Perkasa has urged the Najib administration to ensure that Kulim (M) Bhd, which controls the local franchise for the popular Kentucky Fried Chicken fast food outlets, remains in the hands of Malays.
At the same time, its president Datuk Ibrahim Ali also wants assurance that both Kulim and franchise holder, KFC Holdings Bhd, will not be sold off to a Malay-Bumiputera individual.

There was an earlier attempt at buying the majority stake in KFC Holdings recently but it came to naught.

“We heard stories that Kulim will supposedly be sold off to a non-Malay company, while some have also said that it will be bought over by a Malay-Bumiputera individual.

“However, the information is still unconfirmed… but whatever it is, we want it to stay in the hands of a Malay-Bumiputera company, even if it is sold to a Malay-Bumiputera individual we disapprove,” he told The Malaysian Insider.

The independent Pasir Mas MP added there was also talk that Kulim would be bought over by a politician from a non-Malay Barisan Nasional component party and a public-listed company.

“But this has not been endorsed, I have checked,” he said.

When asked if he planned to convey his views to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak or Johor Mentri Besar Datuk Seri Ghani Othman on the matter, Ibrahim said, “No”.

“Even if we wanted to meet them, it will likely be difficult because everyone’s too busy. Perkasa and other Bumiputera-based non-governmental organisations will wait for a confirmation first.

“Once we get answers in black and white, only then will we decide what to do next,” he said.

Ibrahim was commenting on a statement by Johor Corp (JCorp) former president and chief executive Tan Sri Muhammad Ali Hashim on Sunday that he was privy to information that the firm’s current management had plans to sell its subsidiary Kulim.

Muhammad, who has served in JCorp for over 30 years, said he had obtained the information from a reliable source and expressed disappointment if the plan materialised.

He also said he hoped the decision would be considered thoroughly as Kulim was the main asset of JCorp and the Malay community, and its sale would likely invite strong opposition from Malay rights groups.

Kulim is a prized asset of JCorp’s, as it owns 57.5 per cent stake in QSR Brands Bhd, which, in turn, owns 50.6 per cent stake in KFC Holdings Bhd.

Kulim also owns 50 per cent of London-listed plantations company New Britain Palm Oil Ltd and has rights to over 38,000ha of oil palm plantations throughout the country.

Both JCorp and Kulim have, however, denied Muhammad Ali’s claim and, in an announcement to Bursa Malaysia on Monday, said they were not the source of the information published in the media.

In a news report carried in StarBiz yesterday, a JCorp spokesman noted that the statement on the purported sale of Kulim had been made by its former, and not its current, president.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 aks February 10, 2012 at 5:03 pm

baik di proses wat roti canai je:-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 naz February 15, 2012 at 3:07 pm

yang penting makan lah yg. halal dan jgn lupa baca bismillah..hehe..bagi aku bab ni pun nak jadi bahan sempena masa2 nak dekat ngundi ni. Poning kepala si pembuat roti…sudah ada politik rupanya..hahaha…tobat2 orang nak buat roti lepas ni sebab kene join parti politik yang tah ape2 tah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 IamChinese March 14, 2012 at 6:03 pm

Sejak kecil, saya makan Gardenia dan ia betul sedap sampai skg. Massimo ini nak masuk market baru, mestilah kena ada cara promosi. Tapi tak perlu lah guna isu politik ini. Saya tak pernah makan Massimo, tapi akan cuba roti ni suatu hari nanti. Kalau ada pilihan yang lebih bagus di market, pelanggan macam kita tak rugi, kan? Email itu fitnah atau tidak, saya tak perlu tahu. Tapi Robert Kuok memang memberi sumbangan yang banyak untuk membangunkan Malaysia. Jadi saya yakin roti ini mesti ada kualitinya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Mama April 16, 2012 at 1:05 pm

Apa kata buat roti sendiri, beli breadmaker, letak bahan2 dia, tunggu jap, siap, sedap, panas, puas!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 iman May 10, 2012 at 8:09 pm

sya dah lama makan roti Gardenia.stelah cuba makan roti massimo memang lebih sedap drpd Gardenia.
Saya memilih Massiomo kerana:
1)Lebih lembut/Gardenia keras
2)Flavour baru dengan krim/tiada perubahan
3)Lebih berkualiti drpd Gardenia
4)Packaging yg menarik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: