BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Rumah Mewah Orang Kaya (VVIP) di Malaysia : SIRI 2

by Staff Berita Semasa on February 2, 2010

in Berita Hiburan & VVIP

Ini merupakan paparan bagi siri yang kedua dan artikel hari ini merupakan sambungan daripada (Gambar) Rumah Mewah Orang-orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia. Kalau diikutkan inilah yang dikatakan rumahku syurgaku. Betul ker?

Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.

Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Rumah Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau dahulu beliau menjaga dan mengendalikan beratus-ratus anak syarikat ketika beliau menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad. Sekarang ini beliau merupakan Menteri Besar Selangor.

Rumah Yang Mulia Tunku Haitham Tunku Sulong dan isterinya

Rumah Yang Mulia Tunku Putri Barirah Tunku Sulong dan suaminya

Rumah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Toh Puan Mahani Idris. Dapat tengok pagar pun jadila….kan. Rumahnya berada di atas bukit more of palace actually yang terdapat pelbagai kemudahan seperti surau dan juga mempunyai pencawang elektrik sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh semak melalui aplikasi Google Earth. Sprawling! Salah satu rumahnya ini di Melawati.

SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’. Saya pernah terbaca senarai orang terkaya melalui senaraian di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya formula yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Mungkin ada di sini ingin berkongsi?

Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi dikalangan mereka yang terkaya di dunia. Jangan tidak tahu, ini kerana Tun Daim Zainuddin merupakan pemilik International Bank of Commerce (ICB)mempunyai 59 cawangan di Indonesia, 23cawangan di Afrika selain tambahan 9 cawangan di sebahagian negara Eropah.

Rumah socialite, Yang Berbahagia Datin Normah Ibrahim dan suaminya Yang Mulia Tengku Dato Uzir Tenku Ubaidillah

Rumah  lama Yam Tengku Arif yang merupakan Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar dan Yang Mulia Dato Habibah Yusoff.

Rumah Yam Tengku Muhaini Binti Sultan Ahmad Shah dan Yang Berbahagia Mejer Affendi Buang

Rumah Yam Tunku Puteri Tunku Dato Seri Jawahir Binti Tuanku Jaafar dan YB Tengku Dato Seri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Ini pula orang nombor dua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan.

Rumah ini pernah dicalonkan dalam pertandingan ‘Australian House of the Year’ di Sydney. Villa mewah milik billionaire dari Malaysia ini, cukup unik dengan pelan luas terbuka dan reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri dan sentuhan moden

Rumah itu mempunyai ruang tingkat terbuka yang luas, kolam renang dengan alat pemanas, dua pendiangan, taman dengan landskap yang indah dengan tumbuhan pokok asli dan pemandangan menakjubkan dari serata sudut rumah.

Rumah ladang menakjubkan Kia Ora berharga berjuta dolar milik hartawan Malaysia T. Ananda Krishnan berhampiran pekan Scone, kira-kira 330km dari Sydney. Kia Ora bermaksud “Selamat Datang” dalam bahasa Maori.

Rumah yang dikatakan milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang bernilai RM24 juta.

Rumah pengarah drama dan filem tersohor negara, Datuk Yusof Haslam dan isteri. Ingat Sembilu Kasih, ingat beliau. Ingat Gerak Khas, ingat beliau. Kalau dahulu zaman 70 an, Datuk Yusof Haslam hanyalah seorang konduktor bas mini. Tetapi sekarang hasil usaha keras yang berterusan, beliau kini sudah berjaya.


{ 78 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 cunsue February 2, 2010 at 9:46 pm

secara jujurnya saya suka membaca apa yang penulis paparkan kerana sebelum ini saya tak pernah pun mengetahui tentang kehidupan atau pun kemewahan yang dimiliki oleh orang2 kaya di malaysia….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 rizalali February 3, 2010 at 10:17 am

wahh.. mewahnye
Rumah ku syurgaku..
tapi
kurang satu
letaklah gambar Banglo mewah
Dato’ Nik Aziz MB klantan kat pulau melaka
Baru ngamm…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 KANG SEMAR April 18, 2010 at 11:18 pm

Satu lagi….siar juga rumah Presiden PAS TG Hadi Awang. Lepas tu, rakyat semua boleh nilai…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 enidma December 15, 2012 at 5:18 pm
5 enidma December 15, 2012 at 5:17 pm
6 exnav February 3, 2010 at 11:34 am

Shukur ……Alhamdulillah, ,,,,itu rezeki dia orang jangan lupa hulur-hulurkan kepada yang memerlukan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 raja timur April 26, 2010 at 5:42 pm

ump…bgus jgak idea 2…nnti nama negara juga masyur…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 hmaazi February 21, 2011 at 9:23 pm

Rezeki kalau dapat secara halal alhamdulillah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 mad June 21, 2012 at 11:17 am

sangat setuju dengan pandangan tuan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 see more here! February 3, 2010 at 7:39 pm
11 zik February 4, 2010 at 11:08 am

mewahnya…hurm tapi taktau rasa selamat ke tak??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 rahman February 4, 2010 at 2:09 pm

think positif bagaimana nak berjaya….
kita jer dlm lena diulit mimpi…. ;-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Syafik February 4, 2010 at 2:20 pm

Rumah Daim tu, teringin aku nak tengok isi dalamnya macam mana
kaya betul mamat tu
test ananda pulak tah apa2 tah2 :mrgreen:

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 zafrul February 6, 2010 at 12:24 pm

aku memang dengki dan jaki dengan kemewahan mereka!!!! aku tanamkan tekad untuk menandingi mereka secepat mungkin. tapi tidak lah sampai memusnahkan mereka….. makin kaya aku makin banyak bleh bayar zakat/cukai pendapatan. doai aku….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 puteri bunian August 10, 2011 at 12:52 pm

smpai matipn x bleh merasa….kebykn mereka tipu duit rakyat x amanah blehla kaya mcm tue hg kalau nk kaya mcm tue kena ikut cara mrkala….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 daim March 19, 2013 at 1:24 pm

kurang tepat tu…. duit pembayar cukai la…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 ZMAN February 24, 2010 at 10:16 am

bla aku nak dapat rumah macam diorang…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 nur ash February 24, 2010 at 10:46 am

~rumah2 sume cntik2..sy pon nk rumah cntik gk nt.. ;-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 oneman February 24, 2010 at 4:22 pm

Alhamdulillah… Ramai jgk org kita boleh dapat rumah mewah ni kan…Kalau ada usaha dan rezeki, boleh dapat jgk rumah macam tu kat korang…Amin…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 ibanez_swk February 24, 2010 at 6:40 pm

rumah2 mewah mcm ni terfikir juga mcm mana lah rakyat kita yg miskin rumah buruk saja….
“yang kaya bertambah kaya,yg miskin terus miskin”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 aku April 5, 2012 at 6:17 pm

ambil la gmbr rumah ketua menteri sarawak.dgr2 rumah dia tu sgt mewah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 leed March 16, 2010 at 2:47 pm

semua yang ada di dunia ini akan musnah satu hari kelak ,yg kaya ka, yang miskin ka, dalam quran ada di sebut semua yang di bumi akan musnah . yang kekal untuk di bawa selepas seorang manusia itu mati ialah amalan soleh nya yang iklas kerana Allah. Insyaallah kita amal ibadat taat perintah Allah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 semalu April 3, 2010 at 7:37 pm

mewah d dunia blm tentu bahagia dakhirat.berwaspadalah ngan tipu muslihat duniawi. semuga kita bukan dikalangan org yg tuhan pesongkan hati dr ketakwaan.harta boleh dcari mati itu pasti.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 achequ April 26, 2010 at 4:28 pm

BILL GATE kata…!!!dia jadi kaya sbb ada 3.. 1)dia melihat peluang 2)dia dengar peluang 3)dia ambik peluang…. kalau u lebih hebat dari BILL GATE…jangan ambil peluang ni… tapi kalau u nak jadi hebat mcm dia…ambik je lah..!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 anakanda kerisma May 14, 2010 at 11:06 pm

Salam, beritasemasa tolong siarkan jugak rumah2 pemimpin pembangkang terutama pemimpin Pas, nak tau jugak macamana rupa rumah mereka dan kenderaan mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 rxz May 21, 2010 at 7:58 am

rumah besar2.. bila mohon pinjaman utk blaja mcm2 alasan.. dah 4 sem aku aku tggu permohonan pinjaman.. angin betul

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 mat rungsing May 27, 2010 at 4:13 pm

tidak mengapa…. hanya kepuasan didunia…. mugkin ini lah hasil nye diorang yang berusaha keras…. atau sebalik nye.. jangan menilai sesuatu yang belum pasti…. ini mugkin akan menjadi isu sensitif pada individu yang terlibat.. nak dapat sesuatu yang kita inginkan bukan mudah semudah menyebut nye… dengan mengunakan lidah… kebaikan mungkin pada mereka tapi kebaika nye pulak terletak pada niat kita…. teka teki dunia tidak akan berakhir sama sekali demi megelak maruah dan keperibadian seseorang….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 sham May 27, 2010 at 11:12 pm

Mewah tapi hasil rasuah dan merompak menipu duit rakyat buat apa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 nurul October 31, 2011 at 4:53 pm

x baek maen tuduh jew…
nmpak depan mata kew???
ntah2 mmg hasil titik peluh dorg berkerja….
nk merepek pon agak2 ar…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 ah ah ahmad February 17, 2012 at 6:42 pm

kalau rumah2 CEO dan businessman tu make sense la sebab diorang bisnes mega2.
tapi rumah para2 menteri tu ada doubt sikit la sebab gaji perdana menteri pun berapa riban la sangat..
negative thinking ; kalau x corrupt dwet rakyat, mesti monopoli segala projek2 guna nama sanak saudara..
positive thinking ; inilah hasil menabung tabung buluh ngan abung ayam sejak diorang lahir lagi..heheheh
no wonder masing2 takut nak declare harta, berani kerana benar takut kerana salah la tu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 owais 70 May 30, 2010 at 10:52 pm

ini baru dunia nak heran ape yang kekal adalah kubur.. tu mau
cantik baru sempoiiiiiiiiiii…………… :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Anisnajmira May 31, 2010 at 12:33 am

Alhamdulillah ada jugak di kalangan mereka ni org melayu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 puteri June 2, 2010 at 1:16 pm

bestnya kan bagus kalau saya ada rumah macam dorang nanti boleh pangil kawan pergi rumah sabut hari jadi saya ..e.e.e :gelak :berangan :kacak :doa :comel :tahan :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Sue June 4, 2010 at 10:43 am

Agaknya manalah derang dapat duit kan??keta mewah….rumah mewah..rakyat yang susah..minyak naik..nak keluar pergi cari rezeki pun kena bayar tol dulu…macam mana nak hidup..derang senang semua boleh claim…berganda2lah rezeki diorang..yang kita ni…?susah makin susah…Haishh…dunia dunia….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 Flamengo June 8, 2010 at 4:51 pm

Sayang,kesemua orang kaya di sini memang sudah terpilih..Alhamdullilah..kecuali saudara Dato Yusuf Haslam

saya petik kata-kata Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia.”Di amerika jikalau anda berusaha sesiapapun tidak boleh berkata “TIDAK” kepada anda”..

Kerana disana golongan yang berusaha akan menjadi kaya,dan golongan kaya disana tidak termaktub kepada golongan “politik” dan “kerabat” sahaja..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Flamengo June 8, 2010 at 4:54 pm

salam kepada
“Anisnajmira”..

memang mereka melayu,tetapi adakah mereka Melayu yang macam awak?ataupun anda anda disini.. :ketawa :ketawa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 hmaazi February 21, 2011 at 9:27 pm

semewah-mewah mereka akan dibelakkan dengan rumah papan panjang 6 kaki bila sampai ajal nanti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Apa Ada pada Nama July 9, 2010 at 12:26 pm

Eleh!!!….semuanya kaya sebab :-

1) Dapat lesen dan tender projek kerajaan hasil dari ‘jasa-jasa’ dalam politik atau sumbangan kerajaan, lepas tu ali-baba jual projek kepada bukan melayu. Goyang kaki dapat projek lepas tu komisyen…..senang banyak ler…..

2) Dapat permit macam2 spt. import kereta (AP), teksi, dll. lepas tu boleh jual…dapat komisyen jugak….Goyang kaki lagi.

3) Dapat komisyen dari pembelian tender import peralatan dan kemudahan kepada kerajaan…..Masuk duit lagi…..

4) Kalau jadi boss / pengarah yang jahat sikit, boleh dapat duit ‘bawah meja’ hasil ‘beri’ tender kepada kawan2/kroni dengan syarat komisyen beberapa peratus kalau dapat tender.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Sembilu buluh March 28, 2012 at 8:51 pm

Macam mana nak kaya sekarang ni nak minta kerja pun mesti nak ada kenalannak rberniaga pun nak ada kroni bilalah pemegang ijazah ni dpt peluang senang sikit yang miskin tetap miskin anak org kampung tetap org kampung.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Haji Hassan -Bidan 7 July 26, 2010 at 12:59 am

aku sudah kumpul wang menjadi seperti gunung, di gunung itu dirikan mahligai emas. atas bumbung – pendaratan kapal atas angin, ujung tahun jemput yg dhaif makan dan bagi zakat. Mungkin wujudkan satu kumpulan 100 atau 1000 orang dhaif berniaga. ajar depa itu sampai jadi jutawan, lepas itu buat yang baru pula hingga jadi jutawan dan seterusnya sehinggalah tak ada yg susah lagi. kalau berminat mai kita kongsi bersama – kita kaya, depapun kaya, kita beriman depapun beriman, kita ke surga – depa juga ke surga. Amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 tumpang lalu August 2, 2010 at 6:25 pm

ADE TAK GAMBAR RUMAH MB KELANTAN NAK TGK? :berangan :curiga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 Mangkuk August 4, 2010 at 9:33 am

ibanez_swk: rumah2 mewah mcm ni terfikir juga mcm mana lah rakyat kita yg miskin rumah buruk saja….“yang kaya bertambah kaya,yg miskin terus miskin”  (Balas Komen Ini)

Itu rezeki diorang..mereka kuat bekerja cari duit..xyah bandingkan ngankita..kurang usaha xpi suka irihati kejayaan orang..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Mangkuk August 4, 2010 at 9:39 am

Apa Ada pada Nama: Eleh!!!….semuanya kaya sebab :-1) Dapat lesen dan tender projek kerajaan hasil dari ‘jasa-jasa’ dalam politik atau sumbangan kerajaan, lepas tu ali-baba jual projek kepada bukan melayu. Goyang kaki dapat projek lepas tu komisyen…..senang banyak ler…..2) Dapat permit macam2 spt. import kereta (AP), teksi, dll. lepas tu boleh jual…dapat komisyen jugak….Goyang kaki lagi.3) Dapat komisyen dari pembelian tender import peralatan dan kemudahan kepada kerajaan…..Masuk duit lagi…..4) Kalau jadi boss / pengarah yang jahat sikit, boleh dapat duit ‘bawah meja’ hasil ‘beri’ tender kepada kawan2/kroni dengan syarat komisyen beberapa peratus kalau dapat tender.  (Balas Komen Ini)

Askm..kalau nak judge orang biarlah ler secara logik, berfakta dan berilmu..tentu anda seorang melayu atau tipikal melayu..pembaca bukan melayu juga baca komen anda dan sedang gelakkan anda. Gelakan Melayu yang masih mempunyai sifat tipikal…jahil, irihati, etc..sori ler bro terpaksa cakap..tegur menegur dan ingati mengingati adalah tuntutan agama kita

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 hmaazi February 21, 2011 at 9:31 pm

Semua pemilik rumah mewah yang dipararkan iala mereka-mereka yang ada link politik UMNO/BN. Untuk Mangkuk lu fikirlah sendiri

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 oneman May 21, 2012 at 12:46 pm

Ye ke? Khalid Ibrahim to orang BN ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 siti hawa August 4, 2010 at 10:03 am

usah disakiti kekayaan seseorang itu, saya dilahirkan dgn serdahana, tapi masih bleh pergi jln mkn angin, bagi sy hidp mahu senang bukan kaya yang menyusahkan hari tua saya, semga apa yang kita buat mendapat keberkatan dikemudian hari, usaha ke jalan allah untuk kesenangan disamping zikir dan doa setiap hari.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 fatin August 7, 2010 at 8:48 am

see more here!:
VVIP HOME LIVE  

:same nice houses…… :comel :comel :comel :tembak :marah :kacak :gelak :hormat :setan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 fatin August 7, 2010 at 8:50 am

orang gila memang macam tu!macam tak tahu peragai itu…..:)::::::::::::::::::::::::::::::::::::):)):))::;)::):;) :comel :comel :comel :comel :comel :comel :comel :comel :comel :comel :comel :phwitt :senyumkambing :tahan :berangan :joget :hormat :hilangsabar :gelak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 ikin August 7, 2010 at 4:47 pm

:tembak
aik lain macm je gambar pemandang umah mb selagor, yang lain semua gamabr luar pagar je, gambar nampak sikit je, tapi yang mb selnagor nmpak mcm sampai dalam, mcm tempat lain je, ke ade komplot nak jatuhkan die…. hehe mane tahu kan, cube tengok….. orng cerdik x tengok saje, tgk dgn akal muahahaaahha….. :ketawa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 tipikal melayu suka dengki August 20, 2010 at 12:51 pm

Apa Ada pada Nama:
Eleh!!!….semuanya kaya sebab :-
1) Dapat lesen dan tender projek kerajaan hasil dari ‘jasa-jasa’ dalam politik atau sumbangan kerajaan, lepas tu ali-baba jual projek kepada bukan melayu. Goyang kaki dapat projek lepas tu komisyen…..senang banyak ler…..
2) Dapat permit macam2 spt. import kereta (AP), teksi, dll. lepas tu boleh jual…dapat komisyen jugak….Goyang kaki lagi.
3) Dapat komisyen dari pembelian tender import peralatan dan kemudahan kepada kerajaan…..Masuk duit lagi…..
4) Kalau jadi boss / pengarah yang jahat sikit, boleh dapat duit ‘bawah meja’ hasil ‘beri’ tender kepada kawan2/kroni dengan syarat komisyen beberapa peratus kalau dapat tender.  

org cina ckp, klau x dengki sesama melayu bukan nma melayu ! aku bantah. aku lawan ckp diorg ! tapi bila tengok komen ko, mmg betul apa yg ko ckp !~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 nur ain raihana October 29, 2010 at 1:46 pm

chantek tu!!!!umah owank kaya…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 grrrrr November 19, 2010 at 7:23 pm

dlm rmh daim ada akuarium bsr blk….org kata

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Syah March 1, 2011 at 4:12 pm

Ada sape2 kat sini yg hidup miskin x?? Mmg dari kecik sampai besar hidup susah…family kat kg pon dok umah bocor sana sini?? Kalu ada tu, ikhtiar la utk jadi mcm golongan2 kat atas ni. Tak payah menghina & memfitnah org2 ni. Dari mana hasil diorang dpt, tu ‘usaha’ diorang. X payah nak compare2 minyak naik, tol naik apa2 lg yg naik. Korang tu berpikir skit mcm mana nak majukan diri sendiri. Buat rumah lg besar dr ni…x payah nak susah2 pikirkan psl kemewahan/kekayaan/kejayaan seseorang. Kalu hasil tu HALAL, HALAL la dia di sisi Allah…kalu rezeki tu HARAM, HARAM la rezeki yg dia dpt. Kite yg dok rajin2 reply kat sini, baik berfikir utk merubah hidup. Dah la miskin, akal yg Allah bg tak reti nak guna sepenuhnya. Yg korang tau, hanya menyahut salakan anjing2 suruhan POLITIKUS ni. Apa daa…ni la org Melayu. Mmg sampai kiamat org Melayu ISLAM takkan maju. Dah la bodoh, x ada inisiatif nak majukan diri sendiri/keluarga. Weh…dr korang dok melayan benda2 bodoh ni, baik korang pegi sediakan papaer work utk buat bisnes! Lagi bagus…x salah kalu KAYA dalam ISLAM ni. Mmg elok kaya dlm Islam. Bantu org Islam…tp bila org cakap bantu tu, jgn la korang kangkang kat umah tunggu org KAYA ni suap makan. Tu lagi sekelompok golongan yg mmg dasar merempat. Tak penah nak usaha…mcm la korang2 kat atas yg berfikiran mcm xda akal. Dah sama level dgn HAIWAN! Kalu rasa diri tu bodoh, pegi belajar, tambah ilmu…jgn sekadar menjadi anjing yg hanya tau menyalak utk anjing lain…bodohh!! Belajar la majukan diri skitt….!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Melayu March 9, 2011 at 7:45 pm

Wah..kayanye..tapi kalau yang berniaga tu hak diorang la…tapi yang pemimpin politik tapi rumah mcm villa memang kedarah duit rakyatlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…xpayah sembang jujur laaaaa woiiiiiiiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 hang tuah October 13, 2011 at 5:08 pm

berapa juta kerajaan tipu duit kau>>?hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 nurul October 31, 2011 at 4:55 pm

eish3 x baek maen tuduh2 nie

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 Hello November 28, 2011 at 8:14 pm

Bistu klo nk kaye berusaha la..ni duk jeles jemls keje..org diatas tu sume keje keras ..dah ulamk nik aziz n dato haji hadi xnk umh besar knape nk pakse..harta diorng byk …cume xnk besar2 kan umah ..asal bleh berteduh sudah …yg lain asal nk kecoh ..yg komen pon poyo plus iri hati je lebih ..org keje bgai nk mati ko xtaw ..perabis duit mk bapak ade la kann ???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 siti aisyah bt jaini November 30, 2011 at 12:23 pm

wah..besarnye rumah-rumah dalam gambar nie..kan best kalau dapat rumah macam kat dalam gambar tu…mesti berjuta-juta nak buat rumah tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Era Baru December 8, 2011 at 6:53 pm
60 Era Baru December 8, 2011 at 6:50 pm

buat rumah besar-besar orang cuma sorang apa celop bazir duit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 kredit tanpa agunan January 6, 2012 at 2:04 pm

bagus-bagus rumahnya…rumah sebesar itu kasian maid nya… :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 joewingbangsar boy samtri February 17, 2012 at 1:48 pm

harta dunia semata2..marilah kita muhasabah diri masing2..yg kaya ttp kaya,yg miskin ttp miskin..majoriti miskin melayu..2,3 kerat je mlayu kaya..2 pon sbb politik..wawasan utk jd mlaysia maju mkin hmpir..tp melayu ttp akn ketggalan..atas dasar?????

komen anda………………!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 Aya Ariel March 22, 2012 at 3:33 pm

bestnye lah rumah besar gedabak gini..kalo aku pon taknak kuar rumah camni..tp kan..bila rumah besar ni..harta banyak..pandang2 lah org2 kat bawah tu..kan..apepon..

tangan yg memberi lagi mulia dr tangan yg menerima..Walwahualam~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 Sembilu buluh March 28, 2012 at 8:57 pm

Macam manalah nak kaya zmn sekarang ni minta kerja nak ada kenalan nak berniaga tempat diberi pada kroni saja ada ijazah pun tak bolih pakai yang kampung tetap kampung yang rumah flat gitu ajelah ada sesiapa setuju.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 sord87 April 6, 2012 at 2:29 pm

Besor memang besor,pagau dia guna grill biasa je ,cam rumah teres je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 azriy May 18, 2012 at 12:03 am

Alhamdulillah, banyak lagi mereka2 yang kaya kat Malaysia ni. Pada sesiapa yang berminat nak beli rumah @ jual rumah saya sedia membantu anda. call saya AZRIY @ 0192788093 yea. TQ

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 oneman May 21, 2012 at 12:51 pm

Ini lah nikmat dunia… Nak berjaya kena usaha….
Bekerja seperti akan hidup seribu tahun lagi…
Beribadah seperti akan mati esok hari….
Allah dah tentukan rezeki masing2…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 tabikOneman May 26, 2012 at 5:19 pm

Oneman:
betul3x..
keje lh seolah2 idup seribu tahun.
n ibadahlah seolah2 akan meninggal keesokan hari.

Apa Ada pada Nama:

dlm ape2 hal kne rajin n wat sungguh2..
diorg yg kaya tu sebab diorg rajin n usaha… (mesti kena prasangka baik)

ni main tuduh je.. ape la

annoy betul aku, selalu je baca ayat tuduh org kaya dgn prasangka buruk… kalu betul ade bukti, ada salurannya..
tp kalu xde bukti yang betul, itu fitnah namany..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 tabikOneman May 26, 2012 at 5:36 pm

tabikOneman mohon maaf pada Apa ada pada nama jika ade kekasaran bahasa..

just nk bg satu pandangan serius, yg kita harus gembira dgn kejayaan n kekayaan org lain…
jadikan mrk sbg inspirasi utk kita berjaya n kaya juga…

aku pnah keje di hotel 5 bintang sbg part time housekeeper pada tahun 2003, dibayar RM 4 sejam. Keje lapan jam sehari… dpt sehari RM32. gaji dibayar mingguan….di hotel itu aku dpt tau sorg mamat ni dpt RM80 sehari. Jd aku jeles. bodyny kecik je… bla aku tanya senior nape gaji dia mahal, senior jwb, mamat (part time gak) tu keje 16jam sehari kt bhgian banquet… yg dikira tough job n dibayar RM 5 sejam..

aku malu pd diriku n dia krn aku jeles pd org byk duit yg rajin bekerja sdgkn aku malas bkerja n nk keje yg senang2 je..

skadar utk dikongsi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 enqai June 12, 2012 at 8:34 pm

keje cam mane truk pun tak juga kaye2…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 radeenmas August 27, 2012 at 10:02 pm

saya pernah bekerja dengan syarikat anak tun daim. banglo bernama HIDAYAT terletak di taman melawati. adalah banglo yang ckup hebat. memang banglo manapun dalam malaysia ni takboleh tandingi. dengan ukiran kayu nya, dengan berbagai replika, rekabentuk binaan……cukup hebat!! cumer nyer banglo itu tidak dijaga dengan rapi…..dahulunya kawasan banglo berkenaan ada mini zoo, ada gelanggang squash, kolam mandi, dengan landskap yang cukup indah…..olehkerana tidak ckup kaki dan tangan, kawasan banglo tersebut mulai semak dengan belukar……tun daim memang kaya….akan terus kaya dan kaya dan kaya……hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 siti johor October 12, 2012 at 3:42 pm

Rumah milik keluarga Yang Mulia Tengku Puteri Nur Zarina di Bukit Mewah Johor boleh dikatakan mewah jugak la..try masukkan dlm blog ni ok jgk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 sueasiah October 21, 2012 at 1:57 am

admin tlg siarkan rumah mewah Menteri Besar Kelantan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 bible quote December 10, 2012 at 12:54 pm

Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sukar sekali bagi seorang kaya untuk masuk ke dalam Kerajaan Sorga. Sekali lagi Aku berkata kepadamu, lebih mudah seekor unta masuk melalui lobang jarum daripada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah.” (Matius 19:23,24)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 hj ibrahim December 10, 2012 at 3:15 pm

SALAM,
WALAU SEBESAR MANA RUMAH MEREKA NI,JIKA IA DIBINA DGN TITIK PELUH DAN TANPA MEMAKAN HAK ORANG LAIN……TIADA MASALAH LANGSUNG….TIADA APA YG PERLU KITA DENGKIKAN SBB MEREKA BERUSAHA….TAPI YG PANTANGNYA IALAH JIKA RUMAH DIBINA ITU HASIL MAKAN RASUAH,JUAL TANAH RAKYAT,GADAI TANAH RAKYAT,TIPU RAKYAT,TIPU BANK,DAPAT PROJEK SBB KRONI,CUKAI TAK BAYAR SBB TIPU AKAUN SYARIKAT,JIKA DAPAT KUASA HABIS DIFARAIDKAN KPD SUKU KAUM KERABAT DAN PELBAGAI LAGI KEJAHATAN YG DILAKUKAKN…RUMAH TU BAGAI SYURGA MAKA WAJIB KITA SELESAKAN PENGHUNINYA TETAPI BAGI PEMIMPIN JIKA RUMAH BESAR DAN MEWAH TETAPI RAMAI LAGI RAKYATNYA MEREMPAT…MAKA TAKUTLAH PEMBALASAN ALLAH SBB AKAN DISOAL APA YG KITA BUAT UTK KEBAJIKAN RAKYAT NANTI…WASSLAM

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 oneman December 11, 2012 at 11:16 am

Diorang ni kaya ada yang sbb lahir dalam keluarga yang memang dah kaya, tak payah kerja pun boleh hidup senang… Kita ni mak bapak hidup sederhana harta tak seberapa kalau kita tak cari harta macam tu lah jugak dengan anak-anak kita nanti… betul tak? …:-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 rumahjogja.web.id February 25, 2013 at 9:44 am

mewah sekali rumahnya, seperti istana.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 Asleh Kasirun March 22, 2013 at 12:34 am

Muslim atau pun bukan muslim kekayaan itu adalah datang dari Allah. Kerana AR-Rahman untuk bukan orang muslim, AR-Rahim untuk orang muslim. Jadi semua kekayaan itu Allah yang punya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: