(Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

by Staff Berita Semasa on February 25, 2010

in Berita Automatif

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

Mungkin apabila Proton mengeluarkan Proton MPV 1.6l, ramai yang berasa risau takut-takut underpower. Kalau di negara-negara Eropah juga pun mengeluarkan 1.6l, tiada masalah. Nampaknya sekarang ini, Proton sudah bersedia untuk mengeluarkan versi turbo iaitu Proton Exora Prime dengan menggunakan CC yang rendah (kurang daripada 1.6 untuk kereta pelbagai guna (MPV), bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sejajar dengan global industri automatif . 

Turbo adalah sesuatu normal apabila melihatkan kepada kereta-kereta yang ada terutamanya di Eropah. Mereka pakai turbo bukan sahaja untuk kenderaan pelbagai guna (MPV) tetapi juga untuk kereta kecil yang lain. Itu belum masuk lagi lori, trak, bus yang menggunakan turbo.

Penggunaan kuasa turbo adalah untuk mereka-mereka yang memerlukan extra torque dan kuasa yang mencukup untuk membawa bebanan muatan.

Cuma satu sahaja, harga yang ditawarkan proton Exora Prime mestilah “mesra pengguna“.

Proton Holdings Bhd sudah menyelesaikan pembangunan enjin turbo yang bakal digunakan pada model kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya, Exora dengan pelancaran dijangka dibuat awal tahun depan. Sumber industri berkata, model proton Exora Prime itu akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional itu selepas pelancaran model gantian Waja serta model Persona berwajah baru akhir tahun ini.

“Model gantian Waja akan diperkenalkan bersama-sama Persona penampilan baru menjelang akhir tahun ini. “Sementara itu, kerja pembangunan enjin berkuasa turbo bagi Exora sudah selesai dan dijangka dilancarkan awal 2011,” kata sumber industri itu kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pengeluaran model proton Exora Prime itu mungkin pada peringkat awal akan dibuat pada skala kecil bergantung kepada permintaan pelanggan. “Matlamat utama penghasilan Exora untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan ciri kenderaan itu yang selesa, selain harganya yang berpatutan,” jelasnya.

Proton kini katanya, kembali mengukuhkan semula kehadirannya dalam industri automotif tempatan selepas pengenalan Exora. Mengenai model gantian Waja, sumber industri itu berkata, ia menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan.

Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit. Justeru, model  itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya.

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

 (Gambar) Proton Exora Prime Dilancarkan Awal 2011

  • Share/Bookmark

Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :




{ 6 comments… read them below or add one }

1 ibnmasir February 27, 2010 at 12:56 am

2011 kt Malaysia ke kuar negare?tanye cm nk beli je, hehe… :mrgreen:  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

2 kancilkelabu March 1, 2010 at 9:21 am

mudah2an proton berjaya…..nampak gayenye mcm best je…dgn exora baru ni….. :evil:  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

3 antu April 2, 2010 at 11:59 pm

wah baguz tul proton nampaknye proton kene le kuarkan model gempak tiap2 taun ek??  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

4 nuriman July 5, 2010 at 12:21 pm

Tambahkan lagi dengan sliding door automatik. tentu lebih mengujakan. Tak nampak kereta lain dah melainkan proton.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

5 yazid August 7, 2010 at 8:56 pm

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

6 wHy September 6, 2010 at 10:00 am

“Model sedan baru itu dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan juga antarabangsa dengan harga pengenalan di dalam negara sekitar RM80,000 seunit. Justeru, model itu berada di landasan terbaik untuk memberikan saingan kepada kenderaan sedan keluaran syarikat automotif asing lain, katanya.” — Kualiti model ini sewajibnya lebih baik dari kualiti model Honda City/Toyota VIOS yang berharga sekitar bawah RM90k selepas cukai. Kita tunggu kereta nasional kita yang baru ini. :-)  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Suka @ Tidak Thumb up 0 Thumb down 0

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berikan Komen Anda Di sini.)

CommentLuv Enabled
(KLIK SETIAP PAGE di Berita Semasa) Supaya anda tidak 
tertinggal walau satu berita beserta infonya sekali di sini.

Previous post:

Next post: