BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Spyshot Proton Exora Prime & Bold Serta Enjin CFE Turbo

by Staff Berita Semasa on December 12, 2011

in Berita Automatif

Proton Exora Turbo CFESememangnya ramai pemilik kereta Proton Exora sekarang ini mula menggigit jari dengan model baru Proton Exora Prime dan Bold yang bakal dikeluarkan tidak lama sahaja lagi.

Bukan sahaja diberikan nafas baru, malah, penambahan aksesori luaran yang tampak lebih garang dan juga lebih moden diperkenalkan.Malah, kemasan dalaman juga dibuat dengan lebih baik dengan penambahan kemasan kayu pada dan juga ruangan skrin sesentuh di “dashboard”.

Namun kemasan kayu dan skrin sesentuh ini hanya ada pada varian Proton Exora yang paling tinggi iaitu Exora Prime.Ianya khusus untuk pembeli yang mahu nilai-nilai estetika dan imej yang lebih eksekutif. Namun kelebihan yang paling utama adalah kepada enjin untuk model baru Proton Exora ini.

Enjin yang diberi nama Charge Fuel Efficiency (CFE) Turbo ini akan membuatkan bakal pemilik Exora Bold dan Prime selepas ini tersenyum sambil memandu ke Genting dengan membawa muatan penuh 7 orang dan barang-barang lain. Enjin dengan kuasa kuda sebanyak 138 HP dan kuasa torque sebanyak 205Nm, sudah cukup untuk mengatasi masalah kekurangan kuasa pada RPM rendah bagi pemilik Proton Exora sebelum ini.

Penambahan kuasa torque sebanyak 55Nm kepada 205Nm dari sebelumnya iaitu 150Nm, merupakan “feature” point dan usaha daripada pihak Proton untuk mengatasi masalah pemilik Proton Exora, disamping memberikan lebih kuasa kepada kenderaan yang berstatus “kenderaan keluarga” ini.

Kami berpendapat usaha Proton dalam membangunkan enjin CFE ini merupakan usaha yang bagus. Kita semua maklum, enjin Campro sebelum ini memang kurang berkuasa pada RPM rendah, dan ini sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan memandu sekiranya membawa muatan yang besar.

Penambahan Cam-Profile Switching(CPS) juga tidak banyak membantu.Namun, dengan penambahan “soft-turbo” seperti CFE ini, enjin Campro selepas ini bakal mempunyai varian enjin yang lebih berkuasa.Apa pendapat anda mengenai Proton Exora Prime dan Enjin CFE Turbo ini?


{ 72 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 eddie December 12, 2011 at 8:10 am

susah nak kata kalau belum membawa….masalah proton bukan pada enjinnya namun begitu pada material nya….masalah sekarang material proton adalah lebih singkat daripada kereta lain…dengan kata lain cepat rosak dengan kereta lain…

macam kereta proton saya pakai sekarang dalam setahun motor, door handle dalam setahun sudah tukar 3 kali…

masalah bunyi tikus adalah perkara sama pada semua kereta proton..usia kereta setahun sudah bunyi…..kereta lain dalam 5 tahun baru bunyi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 ntahnya... December 27, 2011 at 12:12 pm

sokong eddie…
skg ni bukan soal enjin je… dan kitapun bukan nak pecut lelaju macam racer, cuma yg kita nak skg ni kemantapan bodynya…
tahniah buat proton atas percubaan tu… tapi kalo body kukuh… lagi best! bukan nak puji sgt toyota, but its proven… that they did better than proton…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Huzaifah Yatim December 12, 2011 at 9:14 am

Jangan nilai satu buku dari kulit luarannya.. Proton kuar baru je, dah kene hentam.. Bila toyota kuar baru, bukan main dahsyat dipujinya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 peace December 12, 2011 at 2:55 pm

bukan nak hentam…tapi berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan2…
QC proton bagus.. tapi untuk dieksport….
kalau utk local…mmg hancur..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Hafiz December 13, 2011 at 1:41 pm

bukan menghentam..mmg kenyataan…
kereta proton gempak mcm mna pun tetap “berkulit” tin milo
byr mahal tp gune xlma…rosak bagai2…ingat bla bli kereta proton ley jimat…lebih baik beli kereta dari luar…bayar lebih janji puas gune….kereta proton eksport ke luar…cantek…bila kt dlm M’sia..???fikir lah sendiri…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 ntahnya... December 27, 2011 at 12:15 pm

betul… da 2 kali beli proton… lepas 5 tahun je mcm ‘dia’ bagi kat saya. kekadang tu masam muka dengan suami bukan sebab dia ada pompuan lain… tapi sebab proton asik mintak maitenance je. La ni, da tukar toyota…hm… ok la, tak merengek pun… nak bawak keluarga lain pun tak malu da…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 philip January 10, 2012 at 2:32 pm

walaupun kualiti tak cukup, kita kena bangga dengan proton yang selalu ambik komen kita cuba baikinya… kita nak kualiti, tapi nak murah juga, kan tak masuk akal.. lagipun sekarang proton dah upgrade… enjin cfe, minyak safe, harga pun murah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 MAMAMIA January 10, 2012 at 3:09 pm

betul 2…bukan nak mengutuk kete buatan sendiri tp siapa nak rugi bila dah melabur dalam puluhan ribu.sdgkan beli kelapa sebiji pun kalau rosak hati rasa marah yang amat2 sangat.ni melabur ribu2 RM.pengalaman saya,saya pernah bawa keta ayah,Datsun 1.6,semasa memandu tiba2 keta iswara memotong dan menghimpit,saya tak mengelak kerana saya nak tengok siapa yang akan sedar diri…akhirnya…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 nak mati aper May 31, 2012 at 11:12 pm

awak ni sahabat nak mati aper manusia jenis awak ni mmg tak sayangkan nyawa dan suka menyusahkan orang lain kalau di teliti dari sikap aw memandu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 rozman December 12, 2011 at 9:31 am

Yes jangan nilai satu buku dari kulit luarannya…itulah yang berlaku pada Waja, Gen2 dan Persona yang memang cantik dari luar tetapi hampeh dari dalam…harap Exora Prime tidak mengikut jejak langkah kereta2 tersebut, malah mempunyai daya ketahanan yang tinggi…Adalah amat merugikan rakyat malaysia sekiranya Proton dapat menghasilkan kereta yang bermutu tetapi rakyat memilih kereta luar, tetapi amat merugikan Proton sekiranya menghasilkan kereta yang bermutu rendah tetapi mengharap rakyat memilih kereta Proton…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 zamracer December 12, 2011 at 10:18 am

saya sendiri ada pengalaman pahit dengan proton sebelum ini sehingga membuat saya fobia nak beli kereta proton yang baru huhuhu… baru 3 hari kuar dari showroom dashboard dh gegar n bunyi tikus@cengkerik, hntr ke glenmerie utk repair tp lps 3 bulan jadi semula masalah yg sama last2 cukup bleh tutup loan kete tu aku jual br senang hati huhuhu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 abg testing December 12, 2011 at 10:36 am

harap exora yg ini lagi berkualiti… exora aku tak sampai 2 tahun lg viper blkg, aircond dh problem… huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 waja December 12, 2011 at 11:01 am

aku sokong semua komen2 diatas….aku adalah pemilik waja , beli dlm bungkus lagi tur….elok2 tak sampai 3thun dah ader bunyi kooiik saner kkiieekk sini….kalu dulu duk cari gak kat maner2 punca bunyi tapi ler nir aku buat donno jer..malah nak ambil pot…..
tapi dlm komplen2 tur ader gak bagus nyer waja aku nir….aircon 1st class sejuk ….engin memang best …handling pun best…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 brrrr December 12, 2011 at 11:13 am

proton bukan untuk org sentimental…ianya dihasilkan untuk keseronokan memandu, memberi pengalaman indah bersama alam semulajadi bunyi-bunyian cengkerik,tikus dan lain2, malah sekiranya anda bertuah anda akan mendengar titisan 2 air yang merdu diselangi bunyian tarian tapak kaki kuda…’proton dan alam..kami sukar dipisahkan’…kah2..kah2 lagi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Malik December 12, 2011 at 8:22 pm

Aku pakai waja. Dah habis settlement pun. Memang betul. Bunyi-bunyian alam semulajadi tersebut sungguh menghiburkan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 mama Mia February 14, 2012 at 4:10 pm

cerita pasal bunyi cengkerik tu mmg betul..dr jauh dh dengar kalau x mati enjin masa parking.kita x kt dalam x perasan org kat luar mesti heran dgr bunyi enjin yg sungguh kuat.saya baru pakai exora 4 bulan tp dgr mcm2 bunyi.tapi yg penting kereta spacious anak2 pun boleh melasak.bunyi2 tu bior la situ..kalau beli grand livina tapi x se “spacious” exora pun buat apa..bagi saya selesa n boleh letak barang bnyk utk keluarga besar dh cukup baik.personally saya suka exora.tapi terbeliexora x lama sebelum exora bold keluar.takpe lah dh rezeki.apa yg penting ikut poket masing2.kalau mampu belilah kereta mahal kalau x dok diam2..boleh kan macam tu?? ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 maukk December 12, 2011 at 2:32 pm

ini bukan masalah kereta toyota atau kereta import bagus. tapi da sememangnya proton xbagus baik dr servis,peralatan,pemanduan dan bnyk lg sejak dulu kale..ini adalah pengalaman bagi org yg da guna kreta proton.Bukan 1 kreta proton, blambak2 tau. and bukan 1 model saje..tp semua model.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 jalan December 12, 2011 at 2:54 pm

sng je solve problem korang, slh satu upgrade JALANRAYA kat Malaysia nie. betui tak? ada yg setuju?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 peace December 12, 2011 at 2:56 pm

sgt setuju… kualiti jalan raya di malaysia salah satu faktor kerosakan kereta dan kemalangan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 rozman December 12, 2011 at 4:26 pm

Melalui jalanraya yang rosak la kita boleh tahu setakat mana ketahanan sesebuah kereta……tapi seeloknya biarla jalanraya sentiasa bagus dan cepat dibaiki jika rosak demi keselamatan pengguna jalanraya…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 rogayah December 12, 2011 at 3:43 pm

kite harap la proton ni memperbaiki ape yg terkurang ye…terlalu byk dh org komen ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Pesona December 12, 2011 at 3:51 pm

kalau duk cerita pasal jalan raya …aku akan teringat kt Datuk Samy vellu ….aper kabar datuk???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 samy velooooo December 12, 2011 at 8:27 pm

Itu jalan raya runtuh Kejadian alam punya kerja. saya tada kuasa lawan kalau itu tanah mau luntuh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 assaqofi December 12, 2011 at 4:34 pm

kalau kereta proton tu buat kat jepun pastu jual kat malaysia ,baru ramai org kkita beli.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 nick December 12, 2011 at 5:05 pm

asal cap proton je MESTI kene kutuk! memang patut pun! cakap la spec itu ini tp kualiti tetap standart kete kontrol anak aku! hampeh!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 bobkopis December 12, 2011 at 7:40 pm

betull,, kereta persona aku ,, baru beli disk brake dah bengkok,, bila hantar , diaorang mintak aku sampai rm300,, kata ada waranty,, pas tue, baru nie,, motor kipas persona dah melingkuk,, kenan rm230,, tapi satu ajer,,yg aku puji,,wira aku dah 12 thn dah,, masih ok lagi,, tue yg aku suka memandu wira aku lagi dari memandu persona bini akuu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 lee December 13, 2011 at 12:54 am

banyak2 keluaran proton Wira lah yg tahan lasak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 Lingkup December 12, 2011 at 8:36 pm

OTR RM 180,000.00.ada brani?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 Anti Rasuah December 12, 2011 at 9:35 pm

bukan nak mgutuk proton……memang pgalaman aku guna wira….dah hbis bribu2….tpi x ksdahannyaaaa….rosak sana sini……brg x kualiti langsung.yg aku pelik…kalau nak dieskport bkan main jaga nama….tpi utuk rakyat sdiri……hampehhhhhhhhh….dah la mhal…jual kat luar…murah je……spruh harga…..x tau spai bila nama proton akan sembuh……buat la apa nama jenama pun klau kauliti n nama proton x sembuh….. imejnya tcemar…….bye2 je la….biar beli keta luar….mhal skit tapi bbaloi….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Anti Rasuah December 12, 2011 at 9:37 pm

kalau 180k……bye3 je la……x dak org ingin pun…..besor bdan dri enjin….kekekekkee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 brader ron December 12, 2011 at 11:02 pm

proton iswara…merantau dr johor bawak ke perak…singgah di pahang…terus ke sabah…masalah kebanjiran di lantai kaki penumpang kiri tak selesai2…last2 jual timbang kilo kat kk, sabah…la ni pakai exora lak…so far …masih ok… bawa le cermat2, anda selamat, duit pon jimat…heheee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 bro mie December 13, 2011 at 1:21 am

kalau nak eksport mestilah kena jaga… kalau tak… takkan boleh lulus… kat negara orang putih nu sangat street dengan peraturan…. kat Negara kita xpe… asal puspakom lulus ok je… janji jangan kereta potong

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 zack December 13, 2011 at 2:02 am

harap2 akan kuar plak Satria Neo R3 yg menggunakan enjin CFE ni…
Satria Neo R3 terbaek!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Jai December 13, 2011 at 2:46 am

Lai orang mungkin lain pengalaman.. Aku guna persona m-Line, baru beli dalam bungkus lagi aircond problem.. DIorg kata 1 dalam seribu.. Dekat seminggu guna keta, pasang air-cond je panas, bukannya sejuk sampai kena hantar balik masuk kilang yang pasang aircond proton. Sekarang dah masuk tahun kedua, handbrake rosak.. Diorg kata 1 dalam seribu jugak…haish.. Esok2 kalo engin aku kong, agak2 dirang nak cakap tak 1 dalam seribu??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 awa December 13, 2011 at 9:19 am

bodoh sape yg pertahankan proton..sbb mmg kereta proton tak bermutu…aku cakap sbb aku yang kerja cari duit,ada je yang kena repair…yg best kilang proton dengan kedai repair…aku abis duit…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 faeiz December 14, 2011 at 12:55 pm

tak baik saudara/i berkata begitu.. lain org lain citarasa, lain pengalamannya.. saya dah pakai 3 model proton.. so far tiadala masalah besar.. saya suka pemanduan proton jika nak dibanding dgn kereta-kereta berjenama yg lain.. masing-masing ada justifikasi masing-masing sama ada utk suka atau benci sesuatu brand tu.. apa yg penting kita respek pandangan org lain.. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 Ex Sentra Pakai Exora n Saga December 13, 2011 at 12:01 pm

hahaha….

Aku 1st time pakai proton ni …. sebelum ni aku pakai accord ngan sentra….
so far exora aku ok jer….. standard la lampu masuk air dah tukar claim warranty… Free jer…., alingment dah complaint baper kali dia buat semua free… ni dah ok ler….. baru ni head gasket leaking…. dia repair… free gak…

yang aku suka kat proton ni semua aku complaint cepat jer dia buat… tak pernah lagi aku kena tunggu sampai 1 hari. pusat servis belambak…..

quality – RM 71k punyer barang dapat la barang RM 71k….. kira ok ler…. lau nak compare kan ngan keter jepun tu memang buat masa ni tak leh nak disamakan….. tapi so far aku syukur n puas hati gak la ngan apa yang aku ader ni….. (korang ader…)

keter baru, besar, air-cond sejuk.. minyak bleh ler, dll…….

per pun aku paling puas hati bawak sentra…. (kihkihkih….) tapi suka gak bawak exora….. n saga (jimat minyak aku compare ngan sentra + exora….

jangan marah ar……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 exora_white December 14, 2011 at 12:03 pm

setuju sesangat ngan Ex Sentra Pakai Exora n Saga

aku pun pakai exora..ok sj…dah masuk 2 thn pakai…semua dah smpai…cuma johor ja belum…setakat la takdak masalah2 besar pun…

*masih setia ngan exora n fordtx3*

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Ex Sentra Pakai Exora n Saga December 14, 2011 at 9:20 pm

exora_white : cayalah…. saya pun warna plum red…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 faeiz December 15, 2011 at 8:26 am

Bulan depan genap 2 tahun saya pakai exora.. alhamdullilah exora ni memenuhi keperluan.. pengalaman defect cuma sekali je (aircond sejuk sgt, hantar kat SC, tukar thermoamp, settle).. Saya suka sgt kat exora sbb bila jln bengkang-bengkok mmg best layan lap, bila jln lurus topspeed bleh gi 170km/h.. dan utk anak-anak, bleh flat kan seat belakang, bentang toto, diorang bleh tidur dgn selesa.. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 ayahjannah December 13, 2011 at 12:40 pm

Saya pakai waja 1.6 m. keluaran 2003. saya sangat berpuas hati dengan kereta ini. langsung tidak memberikan masalah seperti tuan-tuan di atas. sokonglah barang buatan tempatan, barulah proton boleh mahu lagi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 waja campro December 13, 2011 at 3:25 pm

gua pakai Wira SE dan orang rumah pakai waja campro, 2-2 koyak plastik. So far sudah 4-5 tahun, alhamdulillah gua syukur dengan kemampuan kewangan gua setakat itu sahaja dan 2-2 kereta boleh bawa kami pergi dan balik kerja untuk cari rezeki, bukan menunjuk-nunjuk dan bergalak. Insyaallah next year gua akan tunggu exora turbo. Ikut bajet dan keperluan masing-masing. Duit sendiri, sesen pun tak guna duit orang lain. Salesman Toyota, salesman nissan dan salesman kereta lain memang la cakap proton tak bagus semua hal. Ada salesman ramai kat komen2 atas tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 rozman December 13, 2011 at 5:53 pm

Aku salesman BMW…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 farid December 13, 2011 at 8:54 pm

aku salseman toyota…..aku guna keta exora……korang peraahhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 apacino December 13, 2011 at 9:03 pm

Ade aku kesah ko jual BMW?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 rozman December 22, 2011 at 7:56 pm

Tak kesah pun….hahahaha..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 man December 14, 2011 at 8:52 am

Tidak perlu kita mengutuk kereta negara kita. Kalau kita tidak suka kita belilah kereta baru selain daripada proton. Harganya sama saja tapi bolehlah bawa pegi pasar saja. kalau naik satu famili dah macam tin sardin. Kalau harga macam proton tu, bolehlah bali kereta secondhand tapi hendak baiki tu lebih banyak dari bayar bulanan dalam setahun. silap haribulan, tak ada duit kereta tersadai. kalau duit banyak belilah kereta lain yang anda sanjung, jangan nak kutuk kereta nasional.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 knight December 26, 2011 at 10:34 pm

betul2.. tak suka takyah la sampai memburuk2kan dan mempengaruhi org lain jgn beli plak.. beli ajalah kereta apa yg korang suka..kankankan.. keta brand lain pun bukan xde yg x masuk bengkel.. nasib masing2 la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 exora_white December 14, 2011 at 10:59 am

apa kata govt kurangkan rtax n insuran keta nasional bagi menggalakkan rakyat m’sia membeli kereta tempatan…proton/perodua…

naikkan r/tax n insuran kpd kereta2 import/bukan nasional…

secara tak langsung yg duk kutuk2 kereta nasional pun akan beli kereta nasional jgak…sbb bukan semua yg kutuk2 tu poket tebal…..kehkeh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 mama Mia February 14, 2012 at 4:18 pm

exora_white,

saya pun pakai exora white juga.hihih…anyway,org2 yg kutuk exora/proton tu last2 akan pakai produk proton juga..percayalah…korang kutuk2 sesedap rasa esok2 korang pun pakai.baru tau langit tinggi rendah.kawan saya dok kutuk proton kaw2 last beli exora.nak pengsan saya gelakkan dia..(dalam hati je lah) kalau x kemain lagi mulut x de insurans mengutuk proton.emmmm…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 zack December 14, 2011 at 2:05 pm

Proton sekrg nie cuma dpt upgrade saje.. tgk kat saga tu, dah mcm x ade model lain, nasib murah… kalu x, x ade lah sale… ade pendapat kat atas tu ckp, kalu rosak ada warranty n terus tukar kalu rosak, ko kena paham bro, kereta baru beli dah tukar?? kereta lain pas 2-3 tahu baru tukar brg lain… bukan nak compare ngan kereta lain, tp itu kenyataan. Proton pun tak ade modal lg, ckp boleh keluar model sendiri, dah ludah jilat balik (Lancer Malaysia) dulu ckp without Mitsubishi pun boleh berjaya… Skrg tgk, ada kilang Canggih pong pakai kereta org lain, sendiri x yakin dengan diri sdiri… QA & QC please upgrade….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 Ex Sentra Pakai Exora n Saga December 14, 2011 at 9:43 pm

zack: last time masa servis sentra kat pusat servis ada gak kes kete model terbaru yang problem throttle body, yang minor tu adat la….memang berkilat alat yang rosak time tu tapi still have a problem….. n kena tunggu baper minggu baru dapat parts from japan… agak-agak lau beli kete import tapi kena cam tu cam ner ler agaknyer kan….. (lagi aku hangin)

dulu saya pun cam zack gak tak pandang keter malaysia ni…. tapi bila dah ada family and budget tight dan situasi semasa yg dah banyak berubah…… so saya pun beralih ke proton…. tu pun peh member ofis ramai pakai proton model yang start gen-2 dan yang terbaru…. yang meragam pun ada tapi sorang jer ler… yang lain semua kata ok…..

bagi saya proton tak update parts cam keter luar so lau tuk pakai 10 tahun spareparts still senang dapat n mudah (tu yang penting bagi saya). keter luar jarang rosak tapi peh 10 tahun spareparts agak mahal dan nak kena order tu yang tak tahan lak…. per pun kita beli ikut aper yang kita suka kan….. so lau tak suka tak yah beli…….

my bad experience….. hos radiator leaking time cuti raya cina… semua kedai tak nak repair sal spareparts kena order…. (tu baru hose radiator….) o2 sensor pusat servis siap order kat jepun 3 bulan cari tak der stok last-last suh spareparts cari stok ada kat selayang. nasib badan da…

jangan marah ar.. just share experiences………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Lupikir December 14, 2011 at 3:45 pm

Aku dulu pakai wira 7 tahun sekali jer radiator rosak, tu pun dlm warranty, selalu ulang alik shah alam – kedah, Alhamdulillah xmenghampakan, siap lenjan top speed lg kt highway…..cuma skrg wife aku pakai gen2 selalu rosak, kurang baik sket kualiti gen2 ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 Pok Cik Mato Meroh December 14, 2011 at 5:59 pm

ayya…lu mau lengar gua punya celiita aaaa…lulu gua pakai satu kendelaan…jenisnya secret laaa…bukan buatan m’sia laa…. ala masalah juga maa….bila gua pigi satu woksop aaa…gua cakap sama itu tauke woksop aaa…apa macam makin lama kendelaan gua makin tak sedap ooo…. lu tau apa lia cakap aaaa…”mana ala kendelaan makin lama makin sedap ooo… kalau lu mau sedap….aaa…tiga atau lima tahun tukar sekali yg baru ooo…” mula2 gua lasa mau malah sama itu tauke woksop ooo… tapi bila pikir2 ala betul juga maaa…sikalang gua pakai keleta malysia bikin ooo… gua ikut cakap itu tauke woksop aaa…cukup tiga taun gua tukar..lima taun gua tukar…memang betul ooo…talak ala masalah lagi ooo…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 Ex Sentra Pakai Exora n Saga December 14, 2011 at 9:46 pm

pokcik : dah merasa dah dulu……. bila ada masalah jer pusat servis suh tukar yang lain – hangin jer satu badan….. tapi sekarang semua tu tinggal kenangan…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 pakdinpomen December 29, 2011 at 7:28 pm

pok cik mato merah : hayyaaaa manyak mutul la itu macam…lua tiga tahun kasi tukau baru punya hehe tapi mini jangan itu macam maaa…tak mau tukau wooo…rasa talak ngam kalu…tambah lagi satu wooo hehe…10 tahun tambah satu…suspension mesti ngam punya hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 knight December 26, 2011 at 10:24 pm

dah 9 tahun pakai my satria 1.3. my first and the only car up till now.. dari kl ke ipoh ulang alik study..balik kl semula ulang alik johor.. alhamdulillah takde masalah.. kalau ada pun pkr2 biasa .. maklumlah benda dah lama tentulah ada barang nak kena ganti.. keta lama jgnlah expect performance mcm baru..tp yg lelainnya saya puas hati.. hopefully in 2-3 years dpt tukar keta baru.. exora ker..boleh bwak rmai sikit compare skrg..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 jack December 27, 2011 at 3:49 pm

NO MORE cap proton IN MY LIFE!!! SUCKS!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 ghimau December 27, 2011 at 6:36 pm

Yang penting proton kena kasi keluar enjin yang boleh jimat minyak sampai 30% untuk tahun 2012 tp harga msh maintain..amacam ada berani?proton pasti boleh..br pengeluar keta lain gigit jari..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 pakdinpomen December 29, 2011 at 7:23 pm

alaaa korang ni…aku cadang kalu korang nak puas ati 99%,beli la keta europe yang bagi warranty 5 tahun free service hehe ada bran?cukup mileage je hantar service centre,repair/servis/konsult tak payah bayar untuk 5 tahun hehe exora ni kira ok la sbb kapasiti 1.6 je,boleh muat ramai,bawak slow takpe janji selamat dan jimat.nak laju nko beli la lambo.banyak la cikadak.pengalaman aku majoriti owner atau driver sendiri faktor keta tak tahan lama.bukan keta je sebenarnya hehe abis lain lain pun tak tahan lama sbb orang kita ni kurang knowledge dan experience tapi belagak bossy.keta yg datang kat repair kat yg dah abis waranty bawak mulut macam2 pasal proton servis hehe tp masa servis kat tempat aku guna minyak itam yg 50 hengget 4 liter.filter nak paling murah cap itik,part lain wat donno sbb takut kluar duit.keta 1.5 masuk rim 17″ hehe pastu pakai suspension stended hahaha rim taiwan lak tuh haha plug tanak tuka ikut time,auto transmission oil atau gearbox taknak tuka atau tak tahu langsung(pomen tak brani nak suggest sbb perangai kedekut nak mamfus.bawak lenjan macam keta F1 haha apa la nasib nko.aku pakai keta kancil ngan wira cabuk dari dulu sampai sekarang takde masalah pun kalau stakat nak bawak 120kmj.wira aku stended mended pun buleh cecah 200kmj kat plus hgway hehe.kalu nak laju lg aku bawak sr20 aku je,tabur duit kat minyak skit pastu tekan je brapa brani tp aku takut laju hehe laju makan duit wooooo.last skali,syukur la ngan apa yg ada.tanya hati nak beli ruang dalam keta atau nak beli shape keta atau nak beli enjin keta atau bla bla.jangan beli kancil tp nak feel drive mcm m3.kita rakyat malaysia meh la support produk sendiri.ada problem kalu ikut la saluran komplen dgn baik kat proton.nko pun tahu prangai melayu malaysia ni,nko komplen marah2,respon blkg nko pun gitu la hehe alaaa macam nko makan kat kedai la,jangan la nko nak tunjuk otai marah2 komplen air atau makanan dia suruh buat smula,dibubuhnya macam2 dalam air/makanan tuh hehe apa pun bravo proton exora soft turbo sbb harga berbaoi cc kecik hp 138 roadtax affordable = mpv import 1.8 above harga 100k ke atas roadtax mahal(lain la nko anak toke balak hehe) drive malaysian for malaysia to support malaysian ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 review January 1, 2012 at 3:07 pm

pada saya exora bold menghampakan..sebab? sepatutnya dari awal dikeluarkan model ini bersesuaian dengan berat kereta itu..dengan harga 80K ..kenderaan malaysia masih mahal…
prestasi tidaklah boleh membanggakan sangat kerna, kenderaan keluaran lain dah lama tiada isu “kesemputan” ketika mendaki..
jika anda sudah membeli kenderaan MPV terlaris keluaran jepun..tidak perlulah memikirkan menukar ke exora..kerna prestasi seperti biasa….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 yus March 4, 2012 at 4:21 pm

aku dah guna 5 proton…family aku adik beradik semua guna proton…takde pon bising2…ok aje..jauh aku dah berjalan…proton savvy aku dah 3 tahun mileage dah 175000km Alhamdulillah masih menyenangkan hati..BMW 5 series pon ada bunyik tikus dalam dashboard…. Vios baru pon dah 2 aku terserempak axle patah masa corner… apa nk cakap…..macam kawan aku dia ada satu Alphard and satu Wira….memanglah Wira dia frequently rosak sbb dia lanyak hari2 pegi keja macam lembu…Alphard dia bawak bila…cuti aje…memang lah kurang Rosak…cuba lanyak hari2… Lereta akan OK bila kita selalu jaga dia…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 Proud2bMalaysian March 6, 2012 at 9:49 pm

sy nk sokong kata2 pakdinpomen. cuma nak tambah sket :) org msia skg ni sume selera tinggi tp semput. fhm2 la. tepuk dada tny selera. u got 2mil, u’ll get lambo.. u got 1cent, u’ll get shit. sy pn guna proton lmst. worth for money :) 5thn keje keras kat highway + jln kg, enjin takde leaking pon. skg pon ble pegi lg 170kmph :) support malaysian product guys. its a long term plan, wlu pn kt x sempat rasa, biar la ank cucu cicit kt yg rasa.. bahagia tak? ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 HasanMal March 21, 2012 at 7:15 pm

Salam peace semua… kalau nak kutuk proton, proton kene terima la, sebb tak berkenan di hati rakyat, cube amik tahu pasai kehendak rakyat dan lakukan perubahan untuk keselesaan rakyat maka rakyat akan sokong dan dukung segala usaha proton malah rakyat akan memberi sumbangan untuk proton terus bertahan dan maju, bagi rakyat pula seperti saya, kalau nak pakai kenderaan berkualiti dan murah memang tak masuk akal sbb kalau berkualiti memang mahal dan kalau nak murah memang tak berkualiti. Cadangan saya nak yang murah tapi berkualiti, beli lah proton Inspira 2.0L coz murah dan berkualiti sebabbnya Inspira adalah duplicate dari Evo10 (Mitsubishi Lanser)… K… Saper setuju ngan saya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 siul2012 April 3, 2012 at 3:06 pm

eddie,ntahnya.peace hafiz…………sokong 100%

bukan nak kutuk,nak hentam atau kondem. mana yg penting kecantikan atau keselamatan?
Mengapa org kita asyik beli kereta mat.saleh? Perlu peka dengan perkembangan, jangan beremosi tetapi ber”edukasi”.
kalau kereta kita solid, kuat aspek keselamatan dipentingkan barang gantian yg berpatutan tiada sebab utk kita condong ke barat atau timor, contoh rujuk kereta Volvo 240 model 1980 atau 1970 cuba tengok body nya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 tan May 1, 2012 at 11:06 pm

Proton bodoh exora 22bulan rosak 6kali …&@@$%^@!#

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 Pahlawan May 1, 2012 at 11:14 pm

Proton bagus, kereta saya, mak, bapa, adik, kakak tak rosak pun?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 gelang patah mai June 28, 2012 at 12:10 am

aku baru pakai 2 blan exora cam hampehhhh byak masalah.cam siaaaaaaaaaa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 lan September 29, 2012 at 7:10 pm

aku bru pkai exora bold mcn2 mslh,pertama masa ambik exora bold,leather seat dh kyok,claim kt proton diorg kata x sama dgn yg original bla tkar last skali x tkar,kdua cermin sisi bnyi sangkut2 bla d naikkan,ketiga lampu dpan masuk air,bengong d buatnya apa la nk jd lg

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 Jai January 15, 2013 at 6:34 pm

sekarang saya pakai ezora model lama CPS berapa cost kalau saya nak masuk turbo system macam enjin ezora bold

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 kozi January 19, 2013 at 11:40 pm

Nak best angkat evo lah satu,,nak race ke takde masalah…aku pakai exora jenis lame skit pada yang nie..banyak gile masalah kalah kereta perdana kalau nak ikut kalau ikut nak servis 1 minggu skli…last2 aku jual balik exora 2 aku angkat evo 9…mahal takpe asal laju…;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 safiq April 14, 2013 at 9:09 pm

Aku pun teringin gak nak beli keta malaysia ni…tapi bila tengok banyak masaalah yang timbul…hancus.Mr M cakap..tingkatkan kuantiti kurangkan kualiti…Memang harga keta malaysia lebih murah jika dibandingkan harga diluar negara…tapi kalau dah rosak tak ke rabak poket kene kuar…last sekali kalau dicongkak balik jumlah tu boleh beli lah second hand Buccati yg Mr M jugak pakai tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: