BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Perodua Myvi Facelift FL

by Staff Berita Semasa on January 6, 2011

in Berita Automatif

Rasanya belum terlambat lagi kami nak berkongsi gambar Perodua Myvi Facelift FL yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Sebab waktu-waktu beginilah yang kita nak bagi “komen yang membina” kepada Perodua supaya berikan yang terbaik untuk pelanggan nanti.  Setakat ini, Perodua merupakan pengeluar kereta nombor satu di Malaysia selama empat tahun berturut-turut. Proton dah “mengorak langkah”, takkan Perodua nak duduk saja kan?

Kalau diikutkan kenyataan Pengarah Urusan Perodua pada bulan Februari 2010, dijangka Perodua Myvi Facelift akan mula dilancarkan sekitar suku pertama 2011 iaitu bulan April nanti. Kira dah tak lama lagi dah. Pejam celik pejam celik dah bulan 4. Masa sekarang cepat “berjalan”. Antara penambaikan bagi model Perodua Myvi Facelift FL ini ialah :

  • Perodua Myvi Facelift (FL) menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter
  • Perodua Myvi Facelift (FL) mengambil model asas atau kerangka MyVi sedia ada dengan mengekalkan ‘DNA’ modelnya dan Perodua juga ada membuat sedikit perubahan ke atas Perodua Myvi Facelift (FL) ini nanti
  • Model SE pula pula akan mula ditunjukkan pada bulan Jun nanti

Adakah selepas ini puak-puak Proton akan tergugat melalui “persaingan secara sihat ini”? Kami dapat jangkakan yang Perodua Myvi Facelift (FL) akan meletup, dengan melihat kepada trend rakyat Malaysia sekarang ini. Walaupun model ini bukan betul dari “zuriat Malaysia”, tetapi kami respek dengan cara dan kualiti yang ada pada UMW mengawal pekerjanya.

Adakah selepas ramai yang akan trade in Perodua Myvi 1.3 selepas Perodua Myvi Facelift FL keluar nanti? Nasihat kami belanjalah  ikut kemampuan bukannya melalui nafsu. Kalau Perodua Myvi anda masih elok, apa salahnya gunakan sahaja. Tetapi kalau nak tukar juga, dipersilakan, itu pilihan anda.

Setakat ini harga Myvi SE pun dah sekitar RM53K, dah nak dekat dengan harga Proton Exora. Agak-agaknya berapalah harga Perodua Myvi Facelift (FL)? Setakat ini kami harapkan penambaikan kepada enjin 1.5 selari dengan handling yang ada…..

P/S : Apa pandangan dan harapan anda dengan Perodua Myvi Facelift FL yang akan keluar tidak lama lagi?


{ 19 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 anak jebat January 6, 2011 at 10:52 am

TAK SABAR NAK TENGOK.MESTI CANTIK MENARIK PUNYA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 arewait January 6, 2011 at 11:07 am

ini ntah barape lah harga.mesti lbh dari 60k……sumenye naik……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 aizuddin January 6, 2011 at 2:12 pm

harapan..mesti nak lagi menarik rupa bentuk dia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Myvi January 6, 2011 at 8:07 pm
5 Zualliz January 7, 2011 at 12:34 am

Nampak cun..harap2 harga berpatutan..
nak gak sambar satu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 ibnmasir January 7, 2011 at 8:18 am

biasenye harge msti lg mhl dr yg sblm ni, lebih2 lg kapasiti enjin 1.5L. bile Perodua nak keluarkan kereta jenis sedan kompak????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 nafida January 7, 2011 at 9:35 am

saya brcadang nk bli myvi bulan nie…patut tunggu yg terbaru ke atau bli yg sedia ada..tolong comment!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 sytecx January 7, 2011 at 12:49 pm

kalo dh harga lebih 60k..baik tambah sikit lg utk vios..baru 75k jer..lg bsr.enjin same jer

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 akuyg1 January 7, 2011 at 5:37 pm

tingin gk nk sambar satu..
tp mesti mhal regenye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 awg1031 January 10, 2011 at 8:43 am

kalau tgk garis design die, aku agak pasti cantik! cuma yg menjadi persoalan, design v.s price increase la nanti..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Americano January 10, 2011 at 10:14 am

kualiti pun kene jaga lar…jgn nak nmpak cun jer…bek aku pakai continentel car..puas hati..!!!l lg pun continentel car ada trade mark, bau kt dlm xkan ilang dri mula beli smpai bila2..wangi jer, xyah taruk perfume pun da ada baunye yg tersendiri..
Pesanan: Untuk keta buatan malaysia jgn pentingkan luaran jer..kualiti suma msti kene ambil kira..aku bukan nk kutuk,keta malaysia pun ada kebaikannya..sbab aku da pakai keta malaysia n keta luar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 baru blaja January 12, 2011 at 1:41 am

new facelift = harga+ skit. memanjang facelift.. xde idea ker??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 vr46 February 3, 2011 at 12:19 am

Perodua nie asyik copy n paste je….tapi dapat taraf kereta nasional. Persaingan sehat ke namanya dgn proton ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 rembo February 4, 2011 at 11:54 am

Americano: klu nak mura cantik lagi bergaya… korang beli jew kate sorong… kau org ingat senang kew nak buat reka bentok kate yg ikut jiwa korg… nnt mcm mane kedai spart mau untung klu beli kate da siap… korg yg gila kate sendiri mau ingat la…   

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 KOMEN PERODUA & PROTON March 7, 2011 at 11:29 am

SESUAILAH PERODUA DAH MENJADI pengeluar kereta nombor satu di Malaysia SELAMA EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT.. BAGI CAN LAH PERODUA. INI ASYIK ASYIK SEJAK TAHUN 80 HINGGA 2005 (DAH BERPULUH TAHUN) ASYIK ASYIK PROTON JE YANG MENGUASAI JUALAN DI MALAYSIA… APELAH..BAGILAH CAN KERETA LAIN..DAH BERAPA BANYAK UNTUNG YANG PROTON DAH KAUT…APAPUN SYABAS PROTON DAN PERODUA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 pak long March 11, 2011 at 3:03 am

proton n perodua untung..agak2 sapa yg rugi kan??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 hulubalangkramat June 16, 2011 at 10:03 am

Facelifted ??? Ha..ha..ha…Dah takda modal lain ke? Ini saje nak naikkan harga la tu. Kepada pemilik MyVi sedia ada. Tak perlulah jual dan beli model baru ni..Buang duit aje..Korang bole buat face lifted sendiri maaaa…FL ni hanyalah pengubahan sedikit kepada rekabentuk luaran aje. Sebenarnya, kebanyakan pemilik2 MyVi yang suka “makeup” kete dia tu dah buat facelifted la tu…Lagi cantik dari varian MyVi FL baru ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 jon August 26, 2011 at 8:55 am

hulubalangkramat:
Facelifted ??? Ha..ha..ha…Dah takda modal lain ke? Ini saje nak naikkan harga la tu. Kepada pemilik MyVi sedia ada. Tak perlulah jual dan beli model baru ni..Buang duit aje..Korang bole buat face lifted sendiri maaaa…FL ni hanyalah pengubahan sedikit kepada rekabentuk luaran aje. Sebenarnya, kebanyakan pemilik2 MyVi yang suka “makeup” kete dia tu dah buat facelifted la tu…Lagi cantik dari varian MyVi FL baru ni….

btol.. btol ..btol

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 nani September 5, 2011 at 9:57 pm

Kitakan orang MALAYSIA beli lah brangan Malaysia. Kalau PM dan Menteri2 pun pakai kerata Malaysia kenpa kita tidak. Kegunaan kereta untuk sampai ke destinasi sahaja.Kenapa perlu OTHERS BRANDED CARS.
IMAGEEEEEEEE dan STATUSSSSSS kah?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: