
Pada 15 Januari 2010 lalu, rakyat Malaysia telah dipertontonkan dengan satu lagi kebesaran ciptaan Tuhan yang mana berlakunya gerhana matahari 2010 di Malaysia. Peristiwa gerhana Matahari dikenali gerhana matahari separa atau dikenali sebagai ‘gerhana matahari anulus’ antara 3 petang hingga 5.45 petang berikutan ‘sentuhan pertama’ bulan ke cakera matahari. Pada masa itu, matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.



Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan. Peristiwa Gerhana Matahari ini pernah berlaku pada 26 Januari 2009
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai ‘corona’.
Gerhana matahari 2010 berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta. Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

Pada masa yang sama semasa peristiwa Gerhana Matahari tempoh hari, telurtelur telah berjaya didirikan oleh mahasiswa di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Fenomena ini berlaku disebabkan tindakan graviti bulan dan matahari yang bergabung lalu menyebabkan sesuatu bendalir akan tertarik ke atas. Putih telur adalah merupakan bendalir yang paling kurang tumpat berbanding kuning telur sehingga menyebabkan putih telur ditarik naik ke atas dan menekan kuning telur ke bawah. Ini menyebabkan bahagian bawah telur menjadi berat sehingga membolehkan telur mampu menegak dengan sendirinya.
Sebenarnya, tidak semestinya telur-telur ini hanya boleh berdiri sewaktu gerhana sahaja. Ia juga sebenarnya boleh berdiri pada bulan baru iaitu fasa sebelum berlakunya fasa anak bulan. Agak-agak kalau telur palsu keluaran China ini boleh berdiri jugak ker?

Gerhana Matahari di China

Gerhana Matahari di Jepun

Gerhana Matahari di Kenya

Gerhana Matahari di India

{ 18 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Cantik-cantik. kagum aku dengan kejadian gerhana matahari ini
tapi itula…..aku tak sempat nak tengok. Ada meeting pulak masa tu
Yang dekat China tu can tik betul
Blh taw sape
:peace hai semua
masyaallah…kiamat sudah dekat
Kekuasaan Allah tiada tandingannya.
:peace
salam perkenalan..
Sungguh ajaib kejadian ini.telur ayam pun boleh berdiri tegak.
Masuk je 2010 dah ada dua kejadian berlaku ke atas muka bumi ini.tidak kurang juga pada luar negara.gempa bumi yang terbesar sekali. :kejut :kejut :kejut
telur berdiri menghairankan….
:tepuk
wah.telur pun blh berdiri
~erm..cntik sungguh ciptaan Allah..xterucap keindahanya.. :senyum
~telur ayam yg berdiri2 pon..menarik juga..dapat dihuraikan dgn kaedah sains tetapi ciptaaNya tetap suatu yang istimewa :senyum
Patutlah time tu aku rasa telo aku naik. :senyumkambing
betul ke ni???!!! cam x caye je…. :kejut
:tembak :tepuk :gelak :ketawa :lambai :ketawamanja :kacak :gelak :berangan :peluk :peace :phwitt :sedih :senyum :senyumkambing :gila :setan :serabut :tahan :gila :hilangsabar :hormat :jangan :joget :kejut :malu :marah :mari :nangis :senyum :tahan
kuasa Allah Suahanallah Maha Suci Menjadikan Gerhana supaya umat insaf keesaan Allah Yang Berkuasa Aminnnnn
sorry in advanced, I’ve copied some sentences or part from that article, and I changed too, as well as its title but I have write the source
( beritasemasa.com ), that article about egg and eclipse I use to make a notes in my facebook, thanks before..