Inilah yang dikatakan jenayah yang mengikut kehendak dan perkembangan semasa. Keperluan pelanggan diutamakan walau apa cara sekalipun tanpa memikirkan risiko. Kalau pakai bot-bot lebih mudah untuk dikesan dan ditangkap, sekarang ini pengedar dadah antarabangsa semakin maju dan canggih apabila aktiviti mereka ditingkatkan lagi dengan penggunaan kapal selam pula….
WASHINGTON – Jabatan Pentadbiran dan Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (AS) menyatakan pihaknya telah membantu pemerintah Ecuador menahan pengedar dadah melalui sebuah kapal selam yang mampu mengangkut bertan-tan kokain. Pegawai-pegawai DEA berkata, kapal selam berkuasa elektrik diesel itu dibina di dalam sebuah hutan terpencil dan ditahan berdekatan sebuah sungai berhampiran dengan sempadan Colombia-Ecuador. Pihak berkuasa Ecuador menahan kapal selam itu sebelum ia melakukan pelayaran sulung ke laut.
Kapal selam itu mempunyai sebuah periskop dan sistem penghawa dingin. Ketinggian kapal selam itu 2.7 meter dan panjangnya 30.48 meter. Pihak DEA menyatakan kapal selam itu dibina untuk menyeludup dadah merentasi lautan.
Pengarah Serantau DEA Banjaran Andes, Jay Bergman berkata, ia merupakan satu perkembangan yang serius kerana kapal selam itu mampu belayar jauh dan berupaya membawa muatan. Seorang suspek berhubung kes itu telah ditahan.Kartel dadah di Colombia memang terkenal menggunakan kapal selam buatan sendiri untuk dalam aktiviti pengedaran dadah. – AP








{ 3 comments… read them below or add one }
Salam..memang creative & sentiase mengikut peredaran zaman..oleh itu ,pihak berkuasa hendak lah perketatkan lagi system keselamatan di perairan NEGARA bagi memastikan keselamatan RAKYAT terjamin….
akmalcyber(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
pergh..skang da maju. pengedar dadah international lagi kaye dari kerajaan malaysia…
jack menulis artikel blog ..Truth or Theory
jack(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
hebat betul diorang ye… :) Jam Azan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0