
Sebenarnya ini adalah situasi normal kepada sesiapa yang pernah pergi ke perkarangan parlimen. Kalau dilihat di kaca televisyen mahupun video-video youtube yang memaparkan debat dan perbahasan di dewan rakyat antara pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang adakalanya sehingga bertikam lidah, hentam menghentam bagi menegakkan pendirian masing-masing.
Tetapi habis sahaja sidang parlimen berlangsung atau semasa waktu rehat, mereka boleh duduk dan minum semeja tidak kira berlainan ideologi politiknya. Begitulah yang terjadi antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Malaysia semalam.

Rileks sekejap….di celah-celah kehangatan sidang Dewan Rakyat di mana kebnayakan ahli parlimen pembangkang sedang berentap dengan ahli parlimen Barisan Nasional, suasana di bilik rehat ahli parlimen pula riuh dengan gelak ketawa. Waktunya sekitar jam 5 petang pada hari Selasa iaitu semalam. Di satu sudut, kelihatan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersembang mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka disertai oleh Datuk Seri Nazri Aziz.
Najib Razak telah singgah seketika di bilik rehat berkenaan sewaktu menghadiri sidang Dewan Rakyat. Kebetulan Anwar Ibrahim ada dalam bilik itu, sedang bersembang dengan Nazri Aziz dan Najib terus duduk menyertai mereka.
Kemungkinan perbualan kedua mereka antara lain mengimbas kembali nostalgia zaman mereka bersama dalam pergerakan Pemuda UMNO suatu masa dulu. Siapa tahu kan…..

Ini pula, gambar Datuk Seri Anwar di suatu majlis bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin……..

P/S : ” Gaduh-gaduh” pasal politik, di luar sembang-sembang sama macam rakyat lain. Be professional. Yang pentingnya walaupun berlainan idealogi politik, tetapi mereka tidak sesekali mencampur-adukkan dengan life di luar. Itulah hakikatnya…
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [VIDEO] Menteri JPM Gulung Bajet 2010 VS Ahli Parlimen PR di Dewan Rakyat
- [LATEST NEWS] Anwar Ibrahim Bebas Skandal Akaun Bank di Luar Negara
- Kes Liwat Anwar Ibrahim VS Adik Mohd Saiful Bukhari
- [GEMPAR] Kerajaan Barisan Nasional Hampir “Tumbang” di Dewan Parlimen !!!
- (Gambar Terkini) Kes Liwat Datuk Anwar Ibrahim
- [INGAT] Jangan Pertikai Kuasa Perdana Menteri Pilih Ahli Kabinet!!


{ 13 comments… read them below or add one }
sekali tengok teh tarik najib cair daripada nuar
najib ada diabetes ker?
mereka pemimpin politik pun manusia juga
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.