Ada macam kereta Proton Pesona?
Negeri Besar China sentiasa ingin menunjukkan yang mereka mampu melakukan apa sahaja termasuklah mengeluarkan kereta buatan China versi tiruan daripada jenama kereta terkenal dunia. Dikatakan di China, nak tiru apa-apa pun boleh. Nak tahap kualiti yang macammana? Nak yang nampak sama tapi murah, nak yang sikit lebih kurang tapi murah, nak yang betul-betul sama tapi sebenarnya tidak sama dan harganya agak mahal pun ada. Yang pentingnya, ada duit semuanya boleh di China. Tidak mengejutkan jika sekarang ini ekonomi China melonjak tinggi sehinggakan Amerika patah tengkuk dengan China.
Bukan sahaja di China, malah negara Taiwan juga terkenal dengan hasil tiruannya. Bezanya di sini Taiwan suka meniru jenama Jepun. Korea? Korea pun suka meniru jenama Jepun tetapi China pun lebih rakus dengan meniru jenama di serata dunia. Orang kata, pukul habis. Di China, telur ayam pun mahu ditiru mereka. Kalau setakat kereta buatan china versi tiruan senyum sahaja mereka buat

BMW 7 vs BYD F6 ( kereta buatan china versi tiruan)

Nissan XTrail vs Greatwall Sing ( kereta buatan china versi tiruan)

Toyota Prado vs Dadi Shuttle ( kereta buatan china versi tiruan)

Smart vs er. Chinese Smart ( kereta buatan china versi tiruan)

Neoplan Starliner vs Zonda A9 ( kereta buatan china versi tiruan)

Honda CRV vs Laibao SRV ( kereta buatan china versi tiruan)
Vauxhall Frontera vs Landwind ( kereta buatan china versi tiruan)

Daewoo Matiz vs Chery QQ ( kereta buatan china versi tiruan)

Mercedes C vs Geely Merrie 300 ( kereta buatan china versi tiruan)

Rolls-Royce Phantom vs Hongqi HQD ( kereta buatan china versi tiruan)
Walaubagaimanapun, pada hemat dan pendapat saya ada bagusnya dasar produk tiruan yang dilakukan oleh China sekarang ini kerana ia mampu memajukan negara. China sekarang ini mengikut jejak langkah Jepun dan Korea di mana mereka dahulu membawa teknologi dan meniru produk sehingga menjadi hampir sama dan yang pentingnya mampu dihasilkan pada kos yang lebih murah. Kemudian apabila mereka sudah maju dan mampu berdiri sendiri dengan menjenamakan produk-produk mereka sehingga menjadi terkenal dan setaning dengan jenama antarabangsa seperti yang ada sekarang. Itu antara cara mereka ketika mula-mula ingin naik dahulu.
Di China tiada masalah kerana undang-undang negara mereka membenarkan syarikat automotif membuat kereta buatan china versi tiruan daripada mana-mana model di serata dunia. Tujuan asal undang-undang sebegini dilaksanakan adalah untuk membolehkan rakyat memiliki model seakan kereta luar tanpa mengimport model tersebut disebabkan akibat dasar tertutup China suatu masa dulu. Tetapi dasar yang sama masih diguna pakai walaupun polisi perdagangan china lebih terbuka sekarang.
Itulah sebabnya syarikat automotif antarabangsa mempunyai masalah dalam mengembangkan penjualan kereta di sana, terutamanya model-model pertengahan mewah. Rasanya dasar sebegini dijangka tidak dapat bertahan lama kerana tekanan dari negara luar China, dan lambat laun polisi rekabentuk dan hakcipta akan terpaksa digunapakai untuk menarik pelabur luar masuk ke pasaran China.




{ 13 comments… read them below or add one }
kalau harga ok, kualiti pun boleh tahan
mengapa tidak beli jer produk China
nak beli mahal2 tak mampu Pak Awang(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
betoi jg ckp pk awang..,,buat apa nk bazir wang kalau benda tu boleh bg servis yg sama..cuma kurang sikit aja,,TAPI penjimatan WANG nya X SIKIT…..BANYAKKKKK>…………baru padan muka depa yg jual mahal tu…….. meonn(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
:cool: wau ini mcm saya mau angkat 1biji ma.
banyak cun ….. beli tukar logo proton lah ha ha ah ming(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
tak kisah kalau produk china jikalau berkualiti ok juga tu….berbaloi maaa ibanez_swk(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
hehe..mslhnye kualiti kereta2 celup ni masih lagi xdiyakini..anda sume yakin ke kualiti produk yg terang2 dcelup ni..bkn kita xprnh dgr rmai yg komplen psl brg2 truan china nih..=) afkar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
The car in first pic is very similar to our Proton Persona..
Fie(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
mybe in it can be the replacement for current model..
Suka @ Tidak
0
0
haiya…ingatkan china ni reti ciplak jersi ngan brg elektronik je. rupenye sampai kete pon bole wat ciplak. tabik spring ah…xnk ciplak manusia ke? hAiya(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Bagus la tu… tiru tapi bergaya…. jangan macam… tukar nama… kemudian mengaku barang tempatan macam kereta…….. lupa lak namanya…. he he he Daq Saarinong(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
china memang hebat bab2 meniru nih.dr bende sebesar resakse smpai la sebesar kuman.giler kentang tol.kat malaysia nih ptt nyer kete impot x mhl mane sgt pon.tp kejaan nak jaga piyuk nasik proton tu,tu yg kete impot jd mhl gaban der…mcm2 tax yg kejaan kene kan tkt kete proton x laku plak… rovlizaru(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
kete malaysia dr dolu2 spai skang x habih2 duk ngaku hampir 100% buatan malaysia.sjak dr zaman proton saga kbanggaan che det tuh
rovlizaru(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
apa bezanya ngan malaysia toyota passo – myv.. dan bermacam-macam lagi kereta mitsubishi yang dijadikan model proton.. itu tak boleh dikategorikan kereta tiruan ke? tu yang kereta brand naza.. sebijik kereta kia.. cuma tukar cop je.. industri kereta malaysia dah lama.. tapi kereta apa yang boleh dikategorikan kereta malaysia 100 peratus..?? tapi tgk industri kereta china.. sekejap je diorang dah pergi global.. jadi kalau nak di sensasikan kereta tiruan china nih.. lebih baik ukur baju dibadan sendiri.. reen(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
China mmg terer dlm bab tiru meniru ni…
respect & tabik spring la kt dia org… nk slhkn diaorg 100% tak leh gak
sbb dia org buat bdsrkn pmintaan pasaran & atas faktor ekonomi serta polisi pemerintah. kalo nk ceta psl kualiti, itu sndri mau fikir la…
jd tserah la kpd dri sndri..
tiru meniru & buat sikit touch up adlh asam garam dlm dunia pniagaan & rekacipta. kualiti produk belakang kira, yg penting laris.. kalo nk d bandingkn dgn kereta keluaran negara kita (Made in Malaysia) ada beza ke? jd bandingkn la rekabentuk model2 kereta Perodua dgn Daihatsu, Proton dgn Mitsubishi (model Saga sehingga Perdana) & Proton dgn Toyota, Mercedes, Hyundai (model Gen2 sehingga Exora).
adakah rekabentuk kereta2 Perodua & Proton tersebut “ori” atau celup sikit2 dr bhgn bbrp model kereta asing utk djdkn sebuah kereta buatan Malaysia?
Gap(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Proton dh mule jv dgn mitsubishi balik.nk wat waja mende tah.tp cedok yg MMC jgk la.pastu nti ngaku la buatan malaysia sbb wat kt malaysia.hampeh mencipan. rovlizaru(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0