BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Kemalangan Simpang Pulai-Cameron Highlands (28 Terbunuh)

by Staff Berita Semasa on December 21, 2010

in Tragedi & Bencana

Tayar pun boleh tercabut tengah jalan.

Belum pun reda kemalangan di Simpang Ampat dan di Genting Highland baru-baru ini, negara sekali lagi dikejutkan dengan satu kemalangan yang cukup tragis sehingga membabitkan kematian yang agak besar awal pagi semalam iaitu seramai 28 orang iaitu kemalangan Simpang Pulai-Genting Highland

IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi semalam.  Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Gambar bas yang yang terbabit sebelum kemalangan pun ada. Nak lihat rupa basnya bagaimana?

  • Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
  • Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.
  • Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
  • Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
  • Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

Dalam tengah-tengah orang sedih mengenangkan kemalangan tragis ini editor Kosmo buat perangai, keluarkan cerita-cerita tahyul macam ini (iklan murahan).Kami pun tak pasti, apa sebab-musabab mereka mengeluarkan cerita-cerita sebegini.

HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum 25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh semalam.

IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri. Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.

Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.

“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut. “Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Kemudian yang agak dikesalkan, agak sesuai ker kalau bas 2 tingkat tapi menggunakan 6 roda sahaja?

  • bas 2 tingkat fully loaded = berat
  • inersia sangat tinggi sebab berat, lambat responnya
  • tambah pula driver pula incompetent

Kalau dari Cameron Highland menuju ke arah Kuala Lumpur, meneruni bukit, brake pula pada masa itu tak berkemampuan untuk menahan tekanan, akhirnya  menyebabkan bas meluncur laju. Dalam masa yang sama bas mungkin tidak menggunakan gear rendah sehingga melanggar divider. Tambahan pula, inersia  yang tinggi yang mengakibatkan bas terbalik dan terus menghentam dinding jalan at full force.

Nah inilah gambar bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 yang terlibat dalam kemalangan Simpang Pulai-Genting Highland semalam.

Kita lihat bas dari negara jiran kita pula…..


{ 25 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 insan kecewa December 21, 2010 at 3:44 pm

kemalangan paling tragis penutup tahun 2010..
mg dpt dijadikan iktibar kpd org lain

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 no name December 21, 2010 at 4:46 pm

fobia mcm nie naik bus.. sanggup kuar duit tol n myk baratus2 RM tp tdk naik bus wl tmbg lg murah.. kalau dh ajal sekurang2 nya xde mlbtkn byk nyawa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Hampeh December 21, 2010 at 4:56 pm

Tuhan beri kita akal suruh berfikir. Kalau dah tau tempat tu tinggi …naik lah kenderaan yg rendah agar risiko untuk terjadinya kemalangan juga rendah. Kenderaan tu (Bas Itu) D gunakan pada TEMPAT & WAKTU yang SALAH. Maksud :( TEMPAT) bas 2 tingkat tu tak patut d gunakan untuk mendaki@menuruni tempat curam kerana keadaan fizikal bas itu yg tinggi stability nya kurang.
Maksud: (WAKTU) dalam keadaan musim hujan sekarang semua jalan licin terutama lagi pada kadar kecuraman @ ketinggian jalan itu sendiri.
Sudah lah bas itu tinggi..bawa pula penumpang yg ramai..cukup kah kuasa enjin bas itu untuk menampung beban yg D bawa?…Sendiri mau ingat Aaaa…..Kalau saya upah RM10,ooo pun sya Tak akan mahu naik bas ke genting….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 taurusprince December 21, 2010 at 7:31 pm

Saya pun tak tau la apa yang nak jadi dengan pemandu di Malaysia yang tercinta ini, bangsa yang terkenal dengan budaya yang indah dan bahasa yang lembut tapi semua itu hilang apabila mereka memegang stereng. Tak boleh ke berfikir tentang keselamatan orang lain yang mungkin mengharapkan kita untuk pergi dan balik dengan selamat. Bukankah kenderaan itu dicipta untuk memudahkan kita untuk pergi ke sesuatu tempat yang ingin kita tuju. bukannya jalan ringkas untuk ke Syurga atau Neraka… Berfikirlah semua, banyak lagi benda lain yang boleh kita buat mungkin untuk 10 hingga 70 tahun akan datang sekiranya kita tidak mati katak di jalanraya, kita tahu jalanraya kita bukanlah yang terbaik , tapi tak bolehkah kita mempunyai budi pekerti yang terbaik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 hamba Allah December 22, 2010 at 9:03 am

nak wat camne…. itulah namanya ajal…. percaya lah kpd qada’ dan qadar

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 hanya prihatin December 22, 2010 at 9:13 am

sebenarY bas yg excident hanya seakan- akan bas double decker tp sebenarY bas 2 hanya high deck….di bahagian bawah tidak menempatkan penumpang hanya tempat utk simpan barang n lougage…..kat sabah ada dua bijik bas seperti diatas tetapi berlainan design n chasis dr bas yg excident….tp x pnah pun berlaku kemalangan wlpn jalan berbukit bukau n berselekoh tajam,kerana bas tersebut mengunakan teknologi canggih n memenuhi ciri2 keselamatan antarabangsa….company tersebut melabur byk utk memastikan keselamatan penumpang terjamin n bkn semata2 utk keuntungan sahaja…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 pUTERI December 22, 2010 at 9:37 am

semaKIN takut PLAK nak naik bus.. WALAUPUN BUS.. tinGTONG.. ( BUS TAMbang)..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 insan kecewa December 22, 2010 at 11:18 am

taurusprince: Saya pun tak tau la apa yang nak jadi dengan pemandu di Malaysia yang tercinta ini, bangsa yang terkenal dengan budaya yang indah dan bahasa yang lembut tapi semua itu hilang apabila mereka memegang stereng. Tak boleh ke berfikir tentang keselamatan orang lain yang mungkin mengharapkan kita untuk pergi dan balik dengan selamat. Bukankah kenderaan itu dicipta untuk memudahkan kita untuk pergi ke sesuatu tempat yang ingin kita tuju. bukannya jalan ringkas untuk ke Syurga atau Neraka… Berfikirlah semua, banyak lagi benda lain yang boleh kita buat mungkin untuk 10 hingga 70 tahun akan datang sekiranya kita tidak mati katak di jalanraya, kita tahu jalanraya kita bukanlah yang terbaik , tapi tak bolehkah kita mempunyai budi pekerti yang terbaik  

jgn nk salahkan pemandu bas 100%…
mereka pn kalao blh xnak benda2 mcm ni berlaku
tp ini dh ditentukan mereka mati dgn cara bgini
Kita hanya merancang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 no name December 22, 2010 at 11:49 am

utamakan kenderaan dlm kecemasan.. how? sdri pikir..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 prrrrr December 23, 2010 at 2:01 am

pmandu bas mmg x salah…tp kurang ksedaran….mereka kena bijak la lps ni…kena tau aspek teknikal bas…cara bwk laju dgn btl….jgn hentam selekoh sama dgn jln lurus….lg tinggi bas lg la bahya…F1 ada ajar kan…tgk tv byk skt….biar jadi pmandu yg bpengalaman dan brilmu…..jgn syok sndiri…..ingat ank bini sndiri…ingat ank bini org lain gak….kalo comp salah bt repot cepat2….ni ada brek x mkn pn ada…bas bodoh bwk pi nk genting pn ada….ishh…bole elak…kalo smua responsibel…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 nidron December 23, 2010 at 9:23 am

Tragedi bas ni menghiasi tahun 2010.
simpang ampat, Lebuhraya Karak, Penampang sabah, dan simpang pulai.
Apa tindakan pihak berkuasa untuk menangani masalah sebegini.
At least ade penambah baikan dari segi keselamatan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Rempenyek December 23, 2010 at 11:04 am

Jangan salahkan pemandu, dia orang mau hidup juga ma, mana lebih mahal harga nyawa penumpang atau bas tu sendiri,perkara yg menjadi pokok tu ialah bas tu sendiri, adakah bas body bas tu sendiri lulus standard piawaian antarabangsa, adakah break bas dapat menampong berat bas serta muatan? Mengikut saya punya pengalaman dimana saya selalu mendaki bukit tinggi dgn 4 x 4, masalah yg sering dihadapi ada break akan hangit walaupun guna gear rendah dlm 4 x 4 gear, ini kan pula bas yng begitu berat,mana mau break tak rosak, jadi kesimpulan saya dalam kes ini, bas hendaklah diharamkan menaiki mana2 bukit tinggi yang melebihi 10% .Saya rasa dalam hal ini semua pemandu nak selamat termasuk diri sendiri. Kesimpulannya kenderaan berat tak layak menaiki bukit tinggi.Peratus akan terjadi kemalangan macam ni agak tinggi. Cuba kaji balik kemalangan di tol saya dah lupa namanya dimana sering berlaku kemalangan disebabkan tol terletak di kedudukan berhampiran jalan yang bercerun.Kemalangan terjadi pada hanya pada kenderaan berat sahaja disebabkan masalah break yg x dapat menampung kepanasan.Sekian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 nagaputeh December 23, 2010 at 2:02 pm

kalau tak penah lalu jln simpang pulai-cameron highlands jgn byk songeh…
try amik corner tmpt bas accident tu dulu…. baru tau mcm mane rasenye….
jgn katekan bas, kete pun blum tentu lepas kalau tak reti amik corner tu…. corner tu dah byk sgt mkn nyawe… dah beratus liter minyak geng2 tarik kete curah kat corner tu… tambah pulak kalau kenderaan berat lalu kwsn tu dengan brek yg dah barai, dah tentu mkn divider…. sedangkan brek kete pun hangit kalau turun dr cameron ke smpg pulai, inikan pulak bas…. polis dibalai smpg pulai pun dah tau pasal kes curah minyak kat corner tu tapi tak penah dpt tgkp sape yg punye kerje…haramkan je bas double decker gune laluan berbukit mcm smpg pulai-cameron highlands….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 zol December 23, 2010 at 4:34 pm

hanya prihatin: sebenarY bas yg excident hanya seakan- akan bas double decker tp sebenarY bas 2 hanya high deck….di bahagian bawah tidak menempatkan penumpang hanya tempat utk simpan barang n lougage…..kat sabah ada dua bijik bas seperti diatas tetapi berlainan design n chasis dr bas yg excident….tp x pnah pun berlaku kemalangan wlpn jalan berbukit bukau n berselekoh tajam,kerana bas tersebut mengunakan teknologi canggih n memenuhi ciri2 keselamatan antarabangsa….company tersebut melabur byk utk memastikan keselamatan penumpang terjamin n bkn semata2 utk keuntungan sahaja…..  

buduh… tu bas 2 tingkat la…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 nazrin December 23, 2010 at 5:34 pm

bas negara jiran kita tu jenis SCANIA..R66 compliant rasanya..bas double deck kita ni pulak tah dari cap apa tah..lampu depan pun cedok pakai lampu wira..apa cerita..Biasa la scania tu mahal..ssh sikit la klu nak beli..kita bisness mesti mau untung maaa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 eddy December 23, 2010 at 6:05 pm

Minyak negara mahal sgt kot sampai x cukup duit nak selengara or buy better bus,, x pun kementerian x de duit nak helping tourist egen?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 insan kecewa December 23, 2010 at 6:22 pm

nagaputeh: kalau tak penah lalu jln simpang pulai-cameron highlands jgn byk songeh…
try amik corner tmpt bas accident tu dulu…. baru tau mcm mane rasenye….
jgn katekan bas, kete pun blum tentu lepas kalau tak reti amik corner tu…. corner tu dah byk sgt mkn nyawe… dah beratus liter minyak geng2 tarik kete curah kat corner tu… tambah pulak kalau kenderaan berat lalu kwsn tu dengan brek yg dah barai, dah tentu mkn divider…. sedangkan brek kete pun hangit kalau turun dr cameron ke smpg pulai, inikan pulak bas…. polis dibalai smpg pulai pun dah tau pasal kes curah minyak kat corner tu tapi tak penah dpt tgkp sape yg punye kerje…haramkan je bas double decker gune laluan berbukit mcm smpg pulai-cameron highlands….  

masalah org kita nk wat bisnes suke nk lungkupkan org..
apekejadah gi taruk minyak tu.. nk membunuh org..
buat bisnes bia la dgn cara elok..
harap PBT ambil tindakan atas kejadian ini

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 x6 December 24, 2010 at 12:40 am

zol:
buduh… tu bas 2 tingkat la…  

zol..secara tak langsung anda telah membodohkan diri anda sendiri..bas jenis tersebut adalah dari jenis High Decker (HD) iaitu tinggi sedikit daripada Single Decker (SD).Bas HD ini di ruang bawah tu adalah compartment utk simpan barang dan pnumpang ada d atas dan bas HD tersebut mempunyai tayar single axle di belakang berbanding Double Decker yg mempunyai double axle di blakangnya(sejak thn 2008) mcm bas s’pore tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 PM pada tahun ???? December 24, 2010 at 2:38 am

pd pndapt sya yg ikhlas nie…yg bsalah aderlah pembahagi jalan tu yg myebabkn bas tu terbalik..kalo xda pembahagi jalan tu, myb bas nie x terbalik, cuma mkn jalan sbelah ckit jer..keta kat jln bertentangan kalo ader pn myb smpat mgelak or tkan brek coz xkan lah mdaki bukit nk bwk 120KM sejam…Aper tujuan pembahagi jln tu kat c2 sbenarnya???kita sdiri pn kalo bwk keta lalu kat selekoh, biasanya akn mkn jalan org lain jgk kan..kalo pembahagi jln tu d rempuh dr dpn bas, bas nie xakn terbalik, bas tu rempuh dr tepi sbb dia x lepas nk ambik selekoh tu..tu lah terbalik..ini pendpt peribadi akulah selepas berpuluh2 kali menaiki bas dr KK-TWU…Kalo naik bas dr KK-TWU, bgegar jgk lah kpala lutut coz mmg lalu kat tepi gaung..hehehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 joyys December 24, 2010 at 5:58 pm

hahahaha….nek bas durian burung…yeah!!

pUTERI: semaKIN takut PLAK nak naik bus.. WALAUPUN BUS.. tinGTONG.. ( BUS TAMbang)..  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 hairusr December 25, 2010 at 5:21 pm

betul ker kalau di upah rm10000….tak nak terima…..macam x logik jer bunyi nya…

Hampeh: Tuhan beri kita akal suruh berfikir. Kalau dah tau tempat tu tinggi …naik lah kenderaan yg rendah agar risiko untuk terjadinya kemalangan juga rendah. Kenderaan tu (Bas Itu) D gunakan pada TEMPAT & WAKTU yang SALAH. Maksud TEMPAT) bas 2 tingkat tu tak patut d gunakan untuk mendaki@menuruni tempat curam kerana keadaan fizikal bas itu yg tinggi stability nya kurang.Maksud: (WAKTU) dalam keadaan musim hujan sekarang semua jalan licin terutama lagi pada kadar kecuraman @ ketinggian jalan itu sendiri.Sudah lah bas itu tinggi..bawa pula penumpang yg ramai..cukup kah kuasa enjin bas itu untuk menampung beban yg D bawa?…Sendiri mau ingat Aaaa…..Kalau saya upah RM10,ooo pun sya Tak akan mahu naik bas ke genting….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 bahariaman December 26, 2010 at 3:09 pm

Maaf kepada yg berkaitan.. pada zahirnya kita tahu.. secara teknikal kedudukan mukabumi untuk ke GH/Gentingpun berisiko amat tinggi, wajar sekali bas 2 tingkat sukar sekali untuk naik mahupun turun walaupun mempunyai kuasa CC tinggi (RK) kerana selekohnya melebihi daripada Nisbah kajian teknikal Bus berkenaan dan infiniti, kita jangan selalu jadi Bangau oh bangau, sering menyalahkan orang lain. jangan pentingkan keuntungan semata-mata. Kemalangan tersebut terjadi disebabkan oleh masalah teknikal bus, saya usulkan berdasarkan kepada fakta-fakta dan merujuk kepada pengalaman yang saya lihat sendiri, cuba kita buat sedikit kajian (R&D), kita gunakan jabatan yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini spt MIOS.JPJ. JKR. JKJR dan sebagainya, pasti kalian dapat jawapannya, wajar tanya kepada pemandu bus / lori sendiri yang selalu mudar mandir di lokasi berkenaan, mereka perlu peka 160% kepada pemanduan dilokasi berkenaan serta memastikan semuanya baik sepenuhnya, maaf dihulurkan ini sekadar pandangan sahaja, jakau taj baik buang ajeee..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 saya November 8, 2011 at 1:06 pm

Bas dari Singapura naik Genting pakai bas 2 tingkat ok ja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 ecah December 26, 2010 at 6:47 pm

jangan salahkan pemandu 100%. dah nak kena nak wat cammane..cuma lpas ni arap2 pilot2 bas yang ada kat m’sia, berhati2 la..baik memandu di lebuhraya atau jalan berbukit-bukit….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Fakta Diutamakan January 4, 2011 at 9:09 am

Jika dilihat dari sudut pemanduan, sikap kecuaian mungkin penyebab utama, banyak kes2 kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian…

Jika dilihat dari sudut alat ganti tiruan, alat ganti yang asli pun tidak menjamin apa2 dan tidak diinsuranskan, kadangkala alatganti tiruan lebih berkualiti drp yg asli..

Jika dilihat dari sudut rekabentuk jalan raya, boleh dikatakan merbahaya kerana kawasan selekoh yang agak tajam dan tidak dapat dielakkan kerana faktor mukabumi yg bergunugung ganang atau berbukit..

Jika dilihat dari sudut teknologi keselamatan jalanraya, ternyata pembahagi jalan berkonkrit yang dibina sama sekali tidak berjaya mengatasi kemungkinan kemalangan. dari sudut ini saya berpendapat bahawa terdapat penipuan terhadap binaan konkrit pembahagi jalan tersebut, kerana tiada besi cerucuk yang menguatkan struktur konkrit tersebut daripada terus pecah apabila berlaku pelanggaran. Pernah saya melihat binaan konkrit pembahagi jalan ini di Lebuhraya Karak, ternyata memang mempunyai besi cerucuk.

Jika anda melihat siaran dokumentari mengenai teknologi jalan raya, saya berpendapat binaan pembahagi jalan konkrit yang tidak bercerucuk besi ini adalah samasekali salah dan gagal. Saya berharap semua pihak dapat membuka mata melihat siapakah yang patut dipersalahkan, samaada perekarunding jalan raya atau kontraktor binaan projek tersebut….

Marilah sama2 kita renungkan…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: