UPDATE : Angka korban meningkat kepada 19 orang
Apa yang anda dapat bayang dan fikirkan, apabila sebuah bas daripada lorong sebelah boleh melambung ke lorong sebelah sehingga menyebabkan bas tersebut menghempap sebuah kereta Perodua Myvi? Bagaimana agaknya keadaan penumpang di dalamnya? Nah…..satu lagi episod hitam bagi kemalangan maut di Lebuhraya Utara Selatan melibatkan bas ekspres dan beberapa kenderaan lain…….
Takziah kami ucapkan. Sangat sedih apabila kami mendengar berita menyayat hati ini. Persoalannya sampai bila berita kemalangan maut dan tragis seperti ini disajikan kepada kita semua? Apakah selama ini kita tidak mengambil iktibar termasuk kejadian kemalangan ngeri Sani Ekspres sebelum ini? Setakat yang kami ketahui sehingga petang ini angka korban telah meningkat ke 15 orang. Mengapa pemandu seperti ini boleh diberikan terus kebenaran untuk menjadikan penumpang-penumpangnya sebagai mangsa seterusnya.
Mengapa sanggup memperjudikan nyawa mereka? Tidak cukup setakat menggantung, tetapi adalah lebih layak hukuman membatalkan terus lesen untuk pemandu seperti ini. Pemandu-pemandu seperti ini tidak layak menjadi pemandu? Sayang sangatkah mahu menyingkirkan pemandu seperti ini? Sudah tiba masanya, hukuman yang LEBIH TEGAS kepada mereka supaya menjadikan pengajaran yang lebih “terkesan” kepada yang lain
Berlakunya kemalangan ngeri antara dua buah bas ekspres (bas ekspres Delima dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat), tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau pada pukul 7 petang Ahad (10 September 2010)
Keadaan trafik selepas kejadian kemalangan maut tersebut
Babak dan kronologi kemalangan bas ekspres di Lebuhraya Utara Selatan ?
- Bas yang dipercayai sarat dengan penumbang itu bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke laluan sebelah dan menghempap kereta Perodua Myvi yang sedang menuju ke Melaka dari Seremban
- Bas ekspres Delima tersebut terbalik dengan tayar ke atas
- Dipercayai mayat-mayat bergelipangan di atas jalan raya
- Keadaan mayat pula dilaporkan amat menyedihkan. Ada yang putus tangan, ada yang pecah kepala dan hancur badannya. (Menurut kata-kata salah seorang mangsa yang terselamat)
Adakah selepas ini kita akan disajikan dialog dan laporan lazim seperti yang dipaparkan sebelum ini?
- Pemandu bas maut mempunyai 45 saman tertunggak.
- Kemudian keluar pelbagai cadangan yang diutarakan oleh “cerdik pandai”
- Akhirnya masalah tak selesai-selesai juga
P/S : Tarikh 10 September 2010 bukan sahaja menjadi tarikh pilihan bagi kalangan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetqpi sekali negara terpaksa merekod satu lagi kemalangan maut yang cukup tragis pada tarikh tersebut. Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga mangsa………..
Kereta Honda Accord (metal gey turut terlibat dalam kemalangan tragis ini









{ 30 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kita tengok apa yg akan dikatakan pak2 latah kat kabinet ni nanti??
SAYE RASE NI LA SEJARAH KEMALANGAN JALAN RAYA YG PLG DAHSYAT DAN NGERI DALAM SEJARAH MALAYSIA…
SIAPA YG SETUJU,SILA ‘LIKE’ KOMEN SAYE NIH….
~SEJARAH 10/10/2010 MALAYSIA~
pemandu bas harus dihukum gantung sampai mati. itulah hukuman yg paling sesuai. biar jadi pengajaran kpd pemandu2 yg lain
hukuman gantung sampai mati itu terlalu berat…sekurang2nya lesen digantung seumur hidup…dia bukan buat jenayah
Saya rasa kalau nak ambik pemandu bas, kena ada latihan macamnak masuk NASA. kena ada physical dan mental test dulu.
kawasan kat tol simpang ampat melaka tu memang area angin lintang
dulu pernah on d way ke melaka drp kl..masa driving kat area tu rasa kereta bergegar macam di bawa angin ke sebelah
TV3 suku tadi cover isu nasional dan penting sebegini selam 8 minit sahaja….
tak lama pastu masuk berita event rosmah mansur si gila kuasa..
ape kejadah nya berita pasal rosmah mansor hampir setiap hari masuk buletin utama?
dia ni perdana menteri ker?
cilaka betoila politaik Malaya sekarang ini..
lari tajuk sekejap, saje nak lepaskan perasaan kat sini
geram dengan si katek busuk tu
sori tuan admin
BETUL BETUL…LAMA2 AKU PON FEDUP DUK MESIA TGOK POLITIK MESIA MCM HARAM……NIH LAH HARGA YG KITE PERLU BAYAR SBB PILIH PEMIMPIN ZALIM.
ilek la yg komen psl politik..sok ada lg follow up cite tragis bas ekspress..aku nak share pic close up tmpat kjadian..harap lepas ni pemandu Malaysia memandu dgn lebih berhemah lagi..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=456746904016&set=a.456746699016.239589.300718539016&pid=5463724&id=300718539016#!/album.php?aid=239589&id=300718539016
Setiap kali apabila berlaku kemalangan lebih-lebih lagi yang melibatkan kehilangan jiwa begini baik didarat, laut mahu pun diudara maka selepas itu akan berebut-rebutlah pak pak menteri kita mengutarakan pendapat mereka. Selain nak meraih publisiti murahan maka akan terbitlah berbagai-bagai cadangan yang kononnya untuk menambah-baik dan memulihara segala sistem yang ada lalu dibentangkanlah bajet sekian juta dan ratus juta untuk perbelanjaannya. Apa yang jelas yang dapat kontrak projek tu akan jadi kaya raya sekelip mata tapi masalah tak selesai juga. Akhirnya rakyat tanggung beban, khazanah negara semakin susut, harga barang2 dipasaran melambung naik sampai tak terkawal. Maaf cakaplah kalau ada yang tersinggung tapi inilah hakikat yang dihadapi oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.
bukan je bas ekspress, korg pegi ampang je..tgk pmandu bas sj berlumba, dah la bahaya,samseng ngalahkn mat rempit..yg herannya kmalangan bas ni byk blaku kt negara ketiga je,negara maju kurang…kita ni negara ke brp..
al-fatihah kpd semua mangsa-mangsa kejadian
pengguna lebuhraya yg terkandas sbb kemalangan tu dapat diskaun tol tak? aku tau…haram plus nak bg free…
apa2 takziah utk keluarga yg terlibat…
hmmm… berita camni patut disiarkan kat berita tv….yer2 je aku tgu… ni tak .. persidangan ape lanc** wanita pertama komplek lak kuar…. Wanita Pertama kat malaysia sepatutnye isteri Agong..aduyaaaii.. gile kuase gile glamor la….
papapun..mari kite sedekah Al-fathah utk mangsa2….
p:s// jadikan iktibar…
pemandu bas jga yg dpersalahkan….pelik2…suma salah,xder yg x salah,pemandu laen pon bersalah. . .n aper kene mengena politik ngan kemalangan nih???1st lady tue ker yg kasih diaorang excdent???
Sama juga, pernah sekali kena berhampiran kawasan tu. Kereta bergegar dan rasa nak melayang, udah la kawasan tu gelap tak berlampu, bernasib baik juga sempat mengelak dari melangar divider Plus tu..
bodohnye..org cetek pemikiran..kemalangan camni pn nk kaitkan dengan politik lah, berita 8minit lah..itu lah..ini lah…berita sebegini selama 8 minit sahaja..?tau x slot 8 minit tu berapa lama..?at least..ada laporan utk kite ketahui yg adenye kemalangan disitu…8 minit tu satu laporan..abes xkn nk dijadikan sebuah kisah pendek pulak psl kemalangan ni..
p/s alfatihah utk 5 mangse yg beragama islam..
Majukan pengangkutan Train negara.
Kemudian galakkan rakyat menggunakan perkhidmatan Train tersebut.
Pengangkutan Train rendah risiko untuk berlaku kemalangan.
Statistik ini terbukti di negara-negara maju.
Apabila pengangkutan Train telah maju,benarkan Bas Ekspres untuk beroperasi pada hari siang sahaja.
Kalau setuju dengan pandangan saya ,sila klik Like
Takziah kepada mangsa yang terlibat, kepada sesiapa yang pertikaikan kaitan politik dgn kemalangan ni sebenarnya anda silap juga, sedikit sebanyak memang ada kaitan dgn poltik, liputan media arus perdana mmg kurang, liputan lebih kepada mesyuarat dapur wanita pertama yang sedang berlangsung sekarang ni, tak kan nak bagi malu beb… siarkan berita yng menyayat hati ni, politik terpalit juga sebabnya kes umpama ini bukan kali pertama berlaku, banyak dah program hangat taik ayam di buat sebelum ni, tapi habis macam tu saja, sekarang berlaku lagi malah lebih menyayat hati, kita tunggu sahaja ACARA MENUDING JARI LEPAS ni, tak payah nak salahkan pemandu sebab bila perkara dah berlaku, baru SEDAR YANG PEMANDU ADA 45 SAMAN…. apahal… apa cerita dengan pemantauan pemandu yang sibuk dicanangkan sebelum ni…. wujudkan satu peraturan tu mudah, nak pulak bila emosi menguasai diri, tapi penguatkuasaan macamana, pemantauan tahap mana… tu semua politik tu sebab peraturan dibuat oleh policy maker, siapa dia…? politik le tu… nak pulak ada 2 pilihanraya tengah menunggu ni… kita tengok saja lah….
rsenye pe lak tindakan syarikat bas delima atas kemalangan ngeri nie??
spe lak yg patut dislhkn?
jgn hukum pd pemandu bas.sy berulg alik de segamat-kl(mse bljr di uitm johor)
yg pasti,kebanyakan bas yg jalan jauh mesti de 2 pemandu dlm pejalanan.
kemalangan di lebuhraya seringkali dikaitkn dgn pemanduan yg laju.
anda sume ken ingat dn berfikir.
de kwsan lebuhraye yg dibina adalah kawasa aral angin lintang.
kwsn yg bahaya yg mgundang bahana apabila merintanginye.
kalo anda tau geografi mesti anda tau effectnye.
kaji sedalam2nye seblum menuding jari pd pihak tertentu.
malaysia merupakan negara penyumbang utama dlm ranking dunia.
banggakah rakyat malaysia dgn pencapaian nie??
sudah tiba msenye..kerajaan membuat suatu langkah yg drastik dlm membendung
kemalangan seumpama nie.
rsenye xsanggup menatap kematian seseorg(biarpn tak dikenali)
meninggal dlm keadaan ngeri seperti nie.
pada pemandu2.ingatlah jalan raye bukan tempat berlumba.
dn menunjuk kuasa kelajuan n kecekapan anda membw kete yg akhirnye tak kemana jua.
secanggih mn pn kete yg anda bli sume jenis kenderaan
(import or buatan malaysia)sumenye xkn menjamin keselamatan kte melainkn anda merupkan pemandu berhemah
bersabar,bg laluan pd kenderaan dpn,berhenti di lampu kuning,tidak berebut laluan tol,
tidak berlagak dn fikirlah..jalan raya bukan kegunaan anda seorg.
kalo dh lmbt ke sesuatu tmpt,bt la cr lambat.jgn dibw kete 2 selaju 150km.
itu hnye mengundang maut namanye.
sayangilah nyawa anda.hidup hnye skali.biarlah pergi dlm keadaan baik.
al-fatihah pd keluarga mangsa.takziah.moga2 roh mereka dicucuri rahmat oleh-NYA.
AMIN.
p/s:my friendz kt lebuh raye nie hampir 5 jam.
kul 3 pg br smpi umah.
dahsyat or x keadaannye,hnye org yg berada di tmpt kejadian sje tau.
yg pasti,semua pemandu mematikn enjin kereta kerana terlalu lme jalan ditutup.
dn sempat berkenalan lg.
jangan lah salah kan pemandu bas kita salah plus tak besar kan jala ntapi harga tol mahal siapa yang makan duit rakyat kerajan ke / plus
Kebanyakkan pemandu bas memang laju. Mereka berlumba di atas jalan raya. Hino laju…Mercedez laju…Nissan lagi laju…….Perkataan ini selalu saya dengar semasa dalam bas ekpres Malaysia. Dari itu bas yang dipandu laju harus dihukum. Keluar saman tak guna! Saya setuju, lesen memandunya digantung seumur hidup. Pemandu bas terlibat dalam kemalangan maut seumpama ini harud di hukum gantung!. Mohon tahan terus persalah jalan raya di Malaysia. Kemalangan berlakudisebabkan pemandu biadap; seperti potong sebarangan, memandu lebih dari had laju.
tapi scania lg laju n power… klu aku perhati betul2, suma kemalgn yg melibatkan bus ni slalu berlaku d lebuh raya khusus ny kat plus.. walhal jalan cukup lurus n elok… nak kata laju, memg laju gak.. tapi biasany 120km/h cmtu.. tapi kat sabah n sarawak x slalu pun dgr kes2 yg melibatkan bus ni.. nak ckp x laju, laju gak.. aku pena tgok gak meter tu sampai 120km/h.. lagi2 jalan xda la lurus bendul, mcm ular n berbukit bukau.. x sah klu xda yg muntah… rasany perlu ada latihan khusus untuk tambah kecekapan…
ish2…politik n pemandu bas smua d salahkan….
p bagi sye polis trafic ade yg mkn gaji buta je..
kalo d beri suapan yg tinggi dari pesalah2 jln raya, smue nye ok…
tu yg bnyk kemalangan tu…pesalah jln raya x di ambl tindakan…
ckp je nak basmi rasuah p polis jga yg mkn rasuah…
harapkan pagar, pagar pula mkn padi..
jika kita bandingkan polis n traffic d mlysia n negara luar, npe smua polis mlysia smuenye gendut?
dorg keje ke x?
npe polis d mlysia x ambil berat tntg kemalangan d negara kita?
ckp je hri2 buat operasi kat jln raya, p bla dpt duit smue pn lps..
mcm mna kemalangan dpt d bendung?
fkir2 kan la….
kita hdup d malaysia nak kan keselamatan dan keselesaan…
bknnya kesusahan atau ancaman dari nahas jln raya….
terima kasih…. :tembak :lambai
kalau difikir2kan itu da kehendak tuhan..namun kita manusia seharusnya mengambil ia sebagai pngajaran supaya brhati2 ktka mmndu,ikut peratuarn(pngna jln raya)namun pnguatkuasa juga harus bertnggungjwb dgn tgas scra konsisten..dan jkr harus meneliti mslh jalan..tp kalau sda thu jln tu memang area angin lintang pmdu harus pndu prlahan2.INGAT pmdu tu mmbwa byk nywa dan saya setuju lesen memandu digantung sbb da 45 saman tu.ini juga mslh kerajaan ni kata pencapaian diutamakan..tp tgk la pencapaian apa?peratus kemalangan meningkat?majikan bas2 ini juga harus tegas kpd2 pekerja2 yg mmbwa bas2 ini…terima kasih.
Memang betul … Kawasan itu memang ada angin lintang . So all becareful!!!!!!!!!
Pemandu sudah matilah , apalagi nak hukum gantung . Apaalah
Saya sudah buat aduan di kaunter Bas Ekspres Delima pada Ogos 2010 di Kaunter Delima di Perhentian Bas Sementara Bukit Jalil bahawa pemandu India itu tidak mengikut peraturan. Saya bertolak dari Melaka pukul 7.00 malam dan sampai di Bukit Jallil pukul 9.45 malam. Pemandu bas Ekspres Delima tidak masuk ke dalam perhentian bas tetapi berhenti di luar perhentian bas. Penumpang yang mempunyai satu, dua atau tiga beg terpaksa mengangkat 400 meter untuk mengambil bas Rapid. Kerani kaunter menyatakan bahawa sepatutnya semua bas mesti masuk ke dalam Perhentian Bas. Tiada tindakan diambil oleh majikan atau pengurusan bas ekspres Delima yang mengakibatkan pemandu India yang sama berlaku kemalangan paling dasyhat iaitu 14 orang terkorban dan 34 orang cedera. Jika aduan saya dijalankan mungkin kes kemalangan di lebuhraya Simpang Ampat Melaka pada 10-10-10 tidak akan berlaku. Majikan dan pengurusan bas awam, bas ekspres, bas kilang dan bas sekolah susah mendapat pemandu bas. Mereka rela mengambil penagih dadah, penjenayah, orang cacat, kaki mabuk, orang tua dan orang yang tiada lesen menjadi pemandu bas. Tujuan majikan ialah mengisi semua kekosongan pemandu bas sahaja dan mengaut keuntungan tanpa memikirkan boleh berlaku kejadian kemalangan, kes rogol, rompak dan lain-lain lagi. Pemandu bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Klang merogol dan membunuh seorang wanita Melayu yang graduan dari England dan berkerja di Hospital swata di Klang. Mayat wanita tersebut dicampak di Shah Alam. Pemandu bas ekspres itu ditangkap oleh di polis dan hasil siasatan dijalankan bahawa dia yang merogol dan membunuh wanita itu. Pemandu bas ekspres tersebut mempunyai beberapa kes jenayah termasuk pernah merogol wanita di Pahang dan diburu oleh polis. Jika pemilik bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas ekspres memberi gaji yang lumayan tentu ramai orang minat menjadi pemandu bas. Majikan pemandu bas tidak perlu mengambil mengambil penagih dadah, penjenayah, orang mabuk, orang cacat, orang tua dan orang yang tiada lesen menjadi pemandu bas. Tiap-tiap musim perayaan, hari Sabtu dan Ahad lorong kecemasan dipenuhi dengan kereta. Apabila berlaku kemalangan lebuhraya seperti di Simpang Ampat Melaka, bomba dan ambulans tidak boleh sampai di tempat kemalangan untuk menyelamat mangsa-mangsa kemalangan kerana “traffic jam” dan lorong kecemasan dipenuhi kenderaan. Sepatutnya polis trafik mesti sentiasa berada untuk memberi saman kepada kereta-kereta yang menggunakan lorang kecemasan pada musim perayaan, Sabtu dan Ahad. Lorong kecemasan hanya untuk kenderaan yang rosak dan laluan motosikal. Jika ada berlaku kemalangan di lebuhraya motosikal senang masuk di celah-celah kenderaan untuk memberi laluan kepada bomba dan ambulans untuk berlalu. Begitu juga nama sahaja pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan. Ada banyak kes bahawa pengawal keselamatan yang mencuri, merogol, merompak dan lain-lain lagi kerana majikan syarikat pengawal keselamatan kekurangan terpaksa mengambil penagih dadah, penjenayah, orang cacat, orang mabuk, orang tua dan lelaki di antar umur 15 tahun hingga 18 tahun untuk mengisi kekosongan. Begitu juga gaji pengawal keselamatan terlalu rendah dan mereka terpaksa mencuri di tempat berkerja sebagai Mengharapkan Pagar, Pagar Yang Makan Padi. Jika pengawal keselamatan mendapat gaji yang mencukupi, mereka tidak akan mencuri, merompak dan ramai akan minat bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tidak perlu mengambil orang tua, kaki mabuk, orang cacat dan bawah umur untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Tiada perkataan yang dapat mengungkapkan rasa kesedihan apabila melihat sendiri situasi kemalangan tersebut.(salah seorang anggota penyelamat yang berada di tempat kejadian)Nasihat saya,patuhilah had laju yang di tetapkan.
Jika rakyat Malaysia bersatu-padu mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2013. Apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia tentu Pakatan Rakyat akan merampas semua harta pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang diperoleh melalui rasuah dan merampas wang rakyat. Apabila Pakatan Rakyat merampas semua wang dari semua pemimpin Barisan Nasional dan semua wang rampasan akan diberikan kepada rakyat Malaysia. Semua pemimpin Barisan Nasional sangat takut jika Pakatan Rakyat perintah Malaysia kerana semua harta mereka akan dirampas dan diserahkan balik kepada rakyat. Semua bekas pemimpin Barisan Nasional akan dibicarakan menipu wang rakyat dan rasuah dari wang rasuah. Jika didapati bersalah semua bekas pemimpin Barisan Nasional akan dipenjarakan mengikut undang-undang Malaysia. Itu sebab semua pemimpin Barisan Nasional akan menggunakan semua penipuan, kacau-bilau, rekaan fitnah, gunakan penjawat awam, gunakan jentera kerajaan, gunakan media-massa dan lain-lain lagi untuk Barisan Nasional menang dalam pilihan raya. Jika Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum 2013, harta semua pemimpin Barisan Nasional selamat dan mereka memerintah dapat banyak wang rasuah lagi untuk menambahkan harta semua pemimpin Barisan Nasional. Jika Barisan Nasional kalah dan Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya umum 2013, semua pemimpin Barisan Nasional akan naik kapal terbang untuk melarikan diri untuk mengelakkan diri mereka daripada didakwa di mahkamah. Banyak wang tunai semua pemimpin Barisan Nasional sudah dipindahkan ke Bank di Switzerland dan Bank di Singapura untuk mengelakkan dari dirampas oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Dahulu saya adalah ahli MCA tetapi MCA dan Gerakan tetapi MCA masih menghancurkan, mensabotaj, merosakkan, menjahanamkan, masa depan saya, adik-beradik saya dan semua anak buah saya dalam pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan percintaan. Saya pecah 7 rekod dunia dan 13 rekod Malaysia. Jika MCA dan Gerakan memberi saya bertanding ahli Parlimen dan menang tentu saya akan pecah satu rekod dunia lagi iaitu buruh kasar pertama dalam dunia menang ahli Parlimen. Jika saya dilantik menjadi menteri akan pecah lagi satu rekod dunia buruh kasar pertama dalam dunia menjadi menteri. Jika saya pecah rekod dalam dunia sebagai buruh kasar pertama dalam dunia menang ahli Parlimen dan buruh kasar pertama menjadi menteri Malaysia tentu saya dapat nama, Malaysia dapat nama dan rakyat Malaysia pun berasa bangga juga. Saya sudah nyatakan dahulu bahawa MCA dan Gerakan akan menolak yang tulen dan digantikan dengan palsu iaitu sesiapa rakyat Malaysia yang handal dalam pendidikan, sukan, ekonomi, politik dan lain-lain lagi. MCA dan Gerakan paling bodoh dalam dunia serta menipu rakyat Malaysia dan semua pemimpin Barisan Nasional mereka mendidik, membimbing, menasihat dan mengajar saya 7 pecah rekod dunia dan 13 rekod Malaysia sehingga sekarang pun tiada isteri, tiada anak, tiada pekerjaan baik, tiada kereta, tiada jawatan ahli Parlimen, tiada jawatan menteri kabinet, tiada Ph.d, tiada harta, tiada pencen, tiada gelaran Datuk atau Tan Sri dan lain-lain lagi. Jika kamu fikir MCA dan Gerakan paling bodoh, paling zalim, paling jahat dan paling derhaka dalam dunia. Sebenarnya selama 40 tahun MCA dan Gerakan tidak pernah menolong atau membantu saya untuk berjaya pecah rekod dunia dan rekod Malaysia. Bukti yang jelas selama 40 tahun MCA dan Gerakan hanya menghancurkan, menjahanamkan, merosakkan dan mensabotajkan saya dan adik-beradik serta semua anak buah saya. Patut semua pemimpin MCA dan Gerakan mesti dihukum tembak kerana menipu rakyat, membuatkan Malaysia huru-hara, menghancurkan Negara, membankrapkan Negara dan masuk campur dalam urusan semua jabatan kerajaan hingga menjadi huru-hara, songsang, salah, tidak adil dan tidak ikut undang-undang. Jika saya tidak masuk tanding ahli Parlimen di bawah Pakatan Rakyat pada tahun ini saya sudah berusia 60 tahun dan pada masa depan saya tidak akan bertanding ahli parlimen pada pilihan raya umum kerana sudah tua serta ditipu oleh MCA dan Pakatan Rakyat.
Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional kekalahan teruk dengan kira-kira 16 menteri kabinet dan 3 Presiden parti kalah dan 4 negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat serta ramai ahli Parlimen dan ADUN kalah. Ini sangat memalukan Barisan Nasional kerana kalah banyak kerusi Parlimen, kerusi DUN dan 16 menteri kalah juga. Jika seseorang ahli Parlimen biasa kalah tidak mengapa tetapi jika menteri persekutuan kalah sangat memalukan. Biasanya menteri persekutuan dan Presiden parti boleh menang dengan mudah sahaja. Beberapa menteri persekutuan serta bekas menteri persekutuan dan Menteri Besar Barisan Nasional tidak mahu masuk bertanding pada pilihan raya umum 2013 kerana takut akan kalah yang boleh membawa kemaluan kepada mereka sebagai bekas menteri persekutuan dan bekas Menteri Besar kalah kepada Pakatan Rakyat. Mereka dapat meramalkan akan kalah pada pilihan raya umum 2013. Mereka tidak mahu kekalahan menteri kabinet dan Presiden parti berulang lagi. Mereka dapat meramalkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2013 lebih kuat berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Jika mereka masuk bertanding akan mencari maut dan membawa kemaluan kepada diri sendiri. Lebih baik tahu boleh kalah pada pilihan raya umum 2013 supaya jangan masuk tanding ahli Parlimen untuk mengelakkan kemaluan.
MCA dan Gerakan selalu menipu rakyat dengan pelbagai cara untuk menang dalam semua pilihan raya umum. MCA dan Gerakan mengajar semua pemimpin Barisan Nasional untuk membuat khabar angin serta mempengaruhi semua rakyat sejak tahun 1950an, 1960an, 1970an, 1980an dan 1990an bahawa jika Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang memerintah masing-masing memegang pekerjaan yang sama juga. Contohnya jika seseorang adalah nelayan, penoreh getah, pemandu, guru, buruh kasar, peniaga atau lain-lain jawatan lagi jika Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat yang memerintah masing-masing akan memegang jawatan yang sama juga iaitu nelayan, penoreh getah, pemandu, guru, buruh kasar, peniaga atau lain-lain jawatan lagi. MCA dan Gerakan melalui Barisan Nasional menipu rakyat lebih baik undi kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada yang mempunyai berpuluh-puluh tahun pengalaman mentadbir negara semenjak merdeka hingga sekarang. Barisan Nasional menipu rakyat iaitu jika rakyat mengundi Pakatan Rakyat hingga menang dan Pakatan Rakyat tiada pengalaman memerintah negara boleh memerintah negara hingga hancur dan bankrap dan mereka masing-masing bekerja dengan pekerjaan masing-masing tanpa perubahan taraf hidup. Sehingga sekarang pada tahun 2013 sudah ada lebih sejuta rakyat yang berkelayakan Diploma dan Ijazah serta 10 juta rakyat berkelayakan SPM, STPM atau Sijil. Semua rakyat yang terpelajar ada melancong ke luar negara, menonton berita luar negara melalui astro atau membaca berita melalui internet sudah bijak, faham, lebih berpengetahuan, lebih berilmu, lebih kritikal dan lain-lain lagi berbanding semua pemimpin Barisan Nasional yang berkelayakan Darjah 6 atau Tingkatan 3 yang tidak tahu membaca dan menulis. Lebih 11 juta rakyat yang berpelajaran tinggi boleh mengajar serta mempengaruhi rakyat yang berkelayakan rendah bahawa jika Barisan Nasional memerintah negara akan menjadi huru-hara, hancur dan bankrap serta kos hidup yang tinggi, taraf hidup yang rendah menyebabkan rakyat bertambah miskin. Lebih 11 juta rakyat yang berpelajaran tinggi boleh mengajar dan mempengaruhi rakyat yang berkelayakan rendah bahawa Pakatan Rakyat yang tidak rasuah, bijak, rajin, adil dan ramai berkelayakan universiti dapat merendahkan kos hidup, meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan rakyat. Jika di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat tiada rasuah, tiada kroni, tiada salah gunakan kuasa, tiada penyelewengan, tiada penipuan, adil dan lain-lain lagi dapat menurun harga barang, mengurangkan kos hidup, menambahkan taraf hidup dan mengurangkan kemiskinan rakyat walaupun masing-masing memegang jawatan yang sama iaitu sebagai nelayan, penoreh getah, pemandu, guru, buruh kasar, peniaga atau lain-lain jawatan lagi. Jangan percaya dengan semua penipuan Barisan Nasional. Barisan Nasional menipu rakyat bahawa jasa Perikatan atau Barisan Nasional yang memperjuang kemerdekaan dan rakyat harus mengundi Barisan Nasional. Sebenarnya Parti Komunis Malaya yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Perikatan atau Barisan Nasional yang menjadi tali barut atau penderhaka negara yang menyambut kemerdekaan Malaya daripada penjajah British. Semua negara di dunia yang parti pejuang kemerdekaan untuk negara masing-masing sudah ditukar dengan parti lain untuk memerintah negara masing-masing kerana semua pemimpin parti yang berjuang untuk kemerdekaan negara masing-masing memang baik iaitu tidak rasuah, adil, tidak mementingkan diri, bertanggungjawab, amanah untuk kemajuan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin parti yang menggantikan semua pemimpin yang berjuang kemerdekaan sudah tidak adil, kuat rasuah, berfoya-foya dengan wanita, salah gunakan kuasa, menyeleweng, tidak amanah, tidak bertanggungjawab, mementingkan diri, mengamalkan kroni dan lain-lain lagi. Maka rakyat negara masing-masing menukarkan parti yang berjuang untuk kemerdekaan kepada parti lain yang lebih baik iaitu tidak rasuah, adil, tidak mementingkan diri, bertanggungjawab serta amanah untuk kemajuan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. Hanya di Malaysia masih belum menukar Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat selama 56 tahun. Harap pilihan raya umum 2013, semua rakyat Malaysia bersatu-padu untuk mengundi Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan Nasional dan naikkan Pakatan Rakyat untuk selamatkan Malaysia. Hanya Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia hingga menjadi negara kaya, maju, perindustrian dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Hanya Barisan Nasional memerintah Malaysia akan menguntungkan semua pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka serta merugikan rakyat dan negara yang diabaikan. Pertukaran kepada parti pemerintah yang baik akan menguntungkan rakyat Malaysia dan negara Malaysia. Semua pemimpin Barisan Nasional sudah ketinggalan zaman dan hanya mementingkan diri untuk mengabaikan rakyat dan negara Malaysia.