BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Gambar Harley Davidson Polis Diraja Malaysia (PDRM)

by Staff Berita Semasa on October 11, 2010

in Berita Malaysia

Sultan Johor Kurnia motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson, Kenderaan Lain Bernilai RM5.5j Kepada PDRM

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan yang terdiri daripada dua kereta Proton Perdana, sembilan kereta keluaran Australia, Holden, selain lapan motosikal Harley Davidson itu dikurniakan baginda untuk kegunaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor.

Beliau berkata, kenderaan itu juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor. “Tuanku begitu prihatin terhadap soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya kepada seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan,” katanya semasa berucap di Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini. – BERNAMA


{ 17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 AnakJohoR October 12, 2010 at 10:18 pm

Daulat Tuanku Sultan Johor…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 bla bla bla October 13, 2010 at 3:54 pm

ni jer die bagi???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 perrok May 30, 2012 at 3:39 pm

‘Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor’ …beli motor tu untuk rakyat ke untuk sape?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Alin October 13, 2010 at 5:14 pm

Hahaha semua org takut nak komen…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 johorean_inKL October 15, 2010 at 12:18 am

Alin: Hahaha semua org takut nak komen…  

yupp..stuju2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 asray October 15, 2010 at 3:16 am

bagi sekali dgn maintenance cost? kalu tak…teruk la duit rakyat jelata.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 oneman October 21, 2010 at 3:44 pm

Syukurlah… Tak dinafikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim memang prihatin dan mesra rakyat. Org yg tak bersyukur mcm asray tu memang susah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 113MB296 January 19, 2011 at 10:55 am

Daulat Tuanku !!! Semoga negeri Tuanku kekal aman dan makmur dibawah pemerintahan Tuanku.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Anak MELAYU johor March 11, 2012 at 11:44 pm

Aminnn..Semoga Rakyat Johor Terus dalam rahmat Tuhan…Sultan Johor Sultan yg berdaulat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 suren January 25, 2011 at 11:50 am

Sir,saya memohon saya nak berkerja polis..dan, temuduga segera

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 KERANI February 24, 2011 at 12:53 pm

yes..betul tu..kena bersyukur..motor tu untuk mengiring perjalanan sultan johor kalau nak g jumpa rakyat..bersyukur sebab sultan johor bermurah hati..heheh..tapi mana datang nyer duit tu ek..ermmm..heheh..just tanya..jgn nak dikenakan tindakan pulak..berani kerana benar..takut kerana???

oneman:
Syukurlah… Tak dinafikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim memang prihatin dan mesra rakyat. Org yg tak bersyukur mcm asray tu memang susah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 hadi January 17, 2013 at 5:39 pm

sultan jhor..hartanye bnyk..x pkai pun duit rakyat..die ade bisnes kt luar ngara..kite je x tau.. :)
*dpt info dari mmber jhor

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 tongo January 24, 2012 at 12:32 am

klau wit 2 bg kat yg btol2 susah lg elok kn…juta…juta

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 faris April 12, 2012 at 3:21 am

motor & keta laju2 utk marshall keep-up dgn kereta tuanku masa konvoi.. hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 WAK_JONO May 31, 2012 at 1:55 pm

YM tuanku tak nak rakyat johor jd pemalas,bila susah hulur tangan,dapat,susah hulur tangan,dapat,tak nak berusaha, sedangkan org dr sabah sarawak,kelantan,ganu,indon,vietnam, nepal, pakistan dtg ke johor cari rezeki kt johor , jgn jadi tikus mati kebuluran di kepok padi .apa nak dicemburukan jika YM tuanku nak bagi apa-apa kt PDRM,dh jd hak PDRM, gunakan utk rakyat johor,bukannya wat ronda2 takde pekdah,kalau baki kat kita, ape dpt?dosa ade la sbb jd RIAK psl guna mtr beso,sultan bagi,tak boleh tegur sbb ada kaitan dgn sultan,pastu ikut suka langgar undang2,dapat saman,jumpa PDRM mtk “kautim” sbb mtr ada kaitan dgn sultan,jual nama sultan . tapi kalau nak gak mtr dari YM tuanku,tunggu jer Kembara Mahkota Johor, edisi yg baru lepas ni , YM ada bg mtr , kot2 anda bertuah nti kalau KMJ singgah kt kampung anda pd masa depan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 anak_perelih June 20, 2012 at 9:03 am

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2010%2F10%2F12%2Fnation%2F7208493&sec=nation
…….
The motorcycles and cars also carry emblems to show that they are for the use of Johor royalty.

The vehicles would be housed at the Johor police headquarters and the maintenance and repair costs would be borne by the police.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 nickname BAN February 5, 2013 at 10:56 pm

Piiirraahhh…..semua tu duit rakyat…biar allah saja membalas ketamakan ketamakkan manusia itu…sial

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: