BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Gambar-Gambar Lucah Panas Artis Malaysia?

by Staff Berita Semasa on July 31, 2010

in Berita Hiburan & VVIP

gambar-wanita

Jabatan Agama Islam mesti mengambil tindakan ke atas artis-artis Malaysia yang berpenampilan lucah atau dalam kata bahasa lainnya separuh bogel, seksi dan tidak senonoh. Bukannya nak menyokong sesetengah artis Malaysia yang dilihat pada pandangan masyarakat hari ini agak melampau tetapi kadang-kadang terasa pelik juga undang-undang yang ada sekarang boleh dikatakan agak flip-flop  :

Faizal Tahir tayang badan semasa melakukan persembahan sebelum ini pernah dikenakan hukuman diban selama 3 bulan. Tetapi, yang terang-terang mengaku berbogel dan juga sesetengah artis wanita Malaysia yang berpenampilan separuh bogel tidak kira dalam majlis mahupun keluar di kaca televisyen tidak pula dikatakan apa-apa tindakan. Kebal betul?

Ini yang buat saya berfikir dua, tiga kali.

Garis panduan undang-undang yang bagaimana kita gunakan sekarang? Kadang-kadang tak payah tunggu artis Malaysia keluar di media elektronik, majalah-majalah “lucah” kerap kali sekarang memberikan kemudahan kepada pembaca yang sering dahagakan penampilan separuh bogel dan lucah artis Malaysia. Sesetengah laman blog hiburan pun sekarang, banyak menjamukan gambar-gambar lucah artis Malaysia. Nak cari tak susah sekarang, dunia tanpa sempadan katakan. Google sahaja nama-nama artis Malaysia yang “panas” anda akan jumpa lambakan gambar artis-artis Malaysia yang dedah atas ada, dedah bawah ada, yang seksi, berkemban, bersosial di kelab malam, mabuk, minum ketika tengah syok berpesta.

Mana perginya pihak berkuasa yang bertanggungjawab? Kita hanya melakukan tindakan dan penguatkuasaan yang lebih ketat apabila masalah tersebut sudah sampai ke tahap zon “merah” (kronik). Jarang sekali menjalankan tindakan susulan terhadap usaha-usaha untuk mengawalnya. Dalam kad pengenalan, sah-sah kebanyakan artis Malaysia beragama Islam. Maksiat depan mata, tiada siapa nak menegur. Bukan apa, takut-takut nanti Malaysia jadi macam Indonesia. Bala yang datang bertimpa-timpa. Tuhan kalau nak turunkan azab, bukan yang buat sahaja terkena, tetapi 1Malaysia boleh terkena tempiasNya.

gambar-artis-malaysia

Cerita dalam TV/Wayang sekarang pun banyak sangat adegan-adegan lucah. Relak sahaja keluar. Tiada cut-cut pun. Berbeza di zaman menteri-menteri terdahulu termasuk Allahyarham Tan Sri Muhammad Rahmat. Sekarang nampak semakin longgar. Iklan sekarang pun semakin berani. Baru-baru ini dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel  dalam filem … Dalam Botol dan kemudiannya giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black secara tiba-tiba “berjaya” meraih perhatian dengan beraninya berlakon tanpa seurat benang dalam satu adegan pemujaan. Terkejut ker? Ini satu petanda masalah yang lama tak selesai, malah bertambah kronik sekarang.

Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda yang betul. Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang akan saya terima. Berbogel dalam Mantra kerana mengikut kehendak skrip, namun jika dikehendaki berbogel lagi dalam filem lain, dia tidak akan melakukannya seperti mana dalam Mantra. (Kata artis tersebut)

Kenapa garis panduan cara berpakaian artis terutama wanita ketika mereka muncul di kaca televisyen/wayang terlalu longgar? Apa yang dilihat sekarang ini terdapat beberapa sebab mengapa artis Malaysia sanggup berpenampilan di luar kawalan, antara sebabnya :

  1. Nak menjiwai watak kononnya
  2. Publisiti murahan, cepat nak naik dan glamour kalau berpakaian separuh bogel
  3. Tuntutan skrip dan bagi nampak real sesuatu cerita mahupun filem tersebut termasuk mahu berjaya menghayati watak. Mengikut kehendak pengarah.
  4. Berbangga dengan nikmat dan kurniaan Ilahi untuk dikongsi dan ditunjukkan bagi tontonan dan santapan umum yang melihatnya
  5. Artis Malaysia nak risau apa, kalau buat salah terus sahaja minta maaf. Undang-undang nampak longgar. Kemudian kisahnya akan lenyap dan ditelan dengan cerita-cerita panas selepas itu.
  6. Nak tunjukkan yang mereka ini serba boleh, profesional dan komited terhadap kerja. Itu yang ada sekarang artis lelaki sehingga sanggup berbogel. Siapa nak tengok tu?
  7. Adakah perubahan iklam dunia termasuk di Malaysia yang agak panas , menyebabkan artis Malaysia tak selesa memakai pakaian yang cukup kain
  8. Artis Malaysia kalau jawab masa ditemuduga, macam bertih jagung. Lancar. Bagus macam itu, tetapi sayangnya dalam susunan ayat-ayat mereka akan keluar ungkapan seperti ini, “Walaupun berpakaian seksi, mereka masih tahu batas-batas agama”.
  9. Ikut sahaja, separuh bogel pun tak kisah sebab pakaian penaja.
  10. Dipendekkan cerita kebanyakan artis Malaysia jenis tak kisah sebenarnya, “apa aku nak buat dan nak pakai, aku punya pasal”

artis-malaysia-bogel

Nampak segalanya mudah bagi artis Malaysia, bukan? Saya tidak katakan semua, tetapi sebahagian besar begitu. Dan masalah melibatkan artis Malaysia sekarang ini, mereka ini menjadi tontonan dan ikutan remaja hari ini. Remaja hari ini kadang-kadang tak fikir baik buruk. Biasalah budak-budak lagi. Jadi mereka tiru bulat-bulat penampilan & perbuatan artis Malaysia kegemaran mereka. Ini masalahnya sekarang. Fanatik betul anak-anak muda sekarang. Artis Malaysia mengakui sendiri, seksi atau gaya yang mengikut aliran terkini adalah hak peribadi seseorang, itu kata mereka. Persoalannya sekarang mereka muncul di kaca televisyen, yang mana pengaruh dan budaya yang dibawa itu akan menjadi ikutan kepada generasi muda hari ini. Senario yang berlaku hari ini ada artis Malaysia yang dah “terbalik” dalam dunia seni, cepat-cepat nak minta maaf kepada umum….tahu pula takut. Tapi, takut pada siapa sebenarnya?

Saya rasa tak perlu saya sebutkan namanya? Tapi ramai dah tahu rasanya……

  • Ada artis Malaysia yang nyanyi pakai skirt, menari punya menari sehingga nampak seluar dalam. Kemudian orang mengadu terus minta maaf.
  • Ada artis Malaysia yang kena tangkap khalwat, selepas kena tangkap terus minta maaf
  • Ada artis Malaysia yang tersebar gambar beliau cium mulut dengan bukan muhrim
  • Dan ramai lagi……

Kenapa nak minta maaf? Eh, anda takut masyarakat atau Tuhan? Kalau masyarakat tak tahu masalah sesetengah artis Malaysia, adakah mereka ini akan tersedar? Adakah periuk nasi mereka lebih diutamakan daripada menjaga penampilan masing-masing. Stesen televisyen patut mengambil berat soal berpakaian kakitangan mereka, terutama wanita yang mengendalikan sesuatu program yang disiarkan stesen berkenaan.

Apa melihatkan penampilan artis Malaysia sekarang ini, membuatkan saya musykil, adakah kita sekarang berada di sekeliling bandar Las Vegas? Ibubapa, suami, anak-anak, adik beradik dan saudara-mara mereka tak terkesan dengan penampilan lucah sebahagian besar artis Malaysia hari ini?

Pengaruh yang positif yang ditunjukkan oleh sesetengah artis Malaysia tiada masalah kita sokong, masalahnya yang negetif  itu harus difikirkan dan DIAMBIL PERHATIAN!!.

Dan artis Malaysia pun tidak bertepuk sebelah tangan. Dengan undang-undang yang agak lemah, ditambah pula peranan media elektronik mahupun media cetak. Kadang-kadang ada segelintir media  yang mempersoalkan tentang penampilan artis yang agak keterlaluan tetapi dalam masa yang sama media tersebut menunjukkan gambar-gambar lucah tersebut kepada umum. Untuk apa tunjuk? Kononnya sebagai bukti. Negara kita memang ada undang-undang tetapi undang-undang yang ada kurang tegas dan jelas.

artis-malaysia3

Pakaian menjolok mata sepatutnya tak perlu disiarkan dalam mana-mana media cetak mahupun media elektronik sehingga mengakibatkan masyarakat umum membacanya. Semua terletak di tangan media. Kalau artis  berkeras nak berbogel pun, media juga akhirnya yang buat keputusan. Nak diluluskan atau tidak. Sampai bila-bila pun situasi dan senario sebegini tidak akan berkesudahan. Media yang berkuasa menentukan segala. Artis memang ada pilihan, tetapi kerana memikirkan kehendak media, mereka juga akhirnya merelakan diri dalam paksa mengenakan pakaian menjolok mata dan seksi untuk menjaga hati semata-mata mahu menjaga hubungan sesama artis dan media dan mengenepikan juga tuntutan masyarakat dan agama.

Tugas media dan artis memang berat. Antara tuntutan kerja, tuntutan syarikat, tuntutan dunia hiburan dan juga tuntutan bangsa dan agama. Tetapi akhirnya jika kita fikirkan mana yang lebih penting, kita akan ikut tuntutan bangsa dan agama. Gambar artis Malaysia yang seksi janganlah disiarkan walaupun ada artis meraung dan melalak nak gambar lucah mereka dipaparkan.  Itu yang sepatutnya. Biarkan mereka dengan labu-labunya.

P/S : Yang pelik tapi benar, apabila artis luar mahu membuat konsert di Malaysia kita akan mengenakan pelbagai syarat yang ketat  bagi soal penampilan terutamanya bagi menjaga sensitiviti masyarakat, tetapi dalam pada masa yang sama, artis Malaysia yang pakai tak senonoh senang-senang masuk TV. Macam mana tu?


{ 37 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 aizuddin July 31, 2010 at 5:24 pm

yup memang setuju dan patut diambil tindakan :curiga

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 lavenderkuantan October 25, 2011 at 8:48 am

kelonggaran penapisan dari kementerian berkenaan patut di kaji semula, itu yang paling utama…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 007 July 31, 2010 at 10:24 pm

Dunia akhir zaman.. Bila dah timpa bala bencana baru nak sedar….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Wan Kembang August 1, 2010 at 4:57 pm

buat demo aman nyatakan ramai yg tolak budaya melampau artis..pakai seksi macamanapun taupun bogel terus kualiti filem/drama kita masih rendah (dan lagi merendahkan sebenarnya) cubalah belajar dari industri perfilemn di Iran – hebat! tapi budaya Islam masih terjaga (walaupun berbeza kefahaman mazhab, yg baik boleh di ikuti!)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 zul August 1, 2010 at 6:38 pm

:tembak….. sedarlah wahai insan yang tidak megetahui… sesungguhnya, apa yang baik semuanya datang dari ALLAH swt…. yang buruk tu kelemahan dari diri kita sendiri…. amin doa kan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 NaiFus August 3, 2010 at 11:58 am

Jabatan Agama pun susah gak nak amik tindakan atas mereka ni… Semuanya terletak pada diri kita sendiri… Pilihanraya akan datang kita pakat tukar Kerajaan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 3a August 4, 2010 at 11:15 am

Jabatan Agama pun tak dapt laksanakn tanggunjawab mereka..sepatutnya serbu sahaja walaupun artis ke, menteri ke, sesiapala janji jabatan agama laksanakan tanggunjawab..ni semua kroni2 BN jew..ubah kerajaan akan datang…HIDUP PAKATAN RAKYAT :joget

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 MrBaTU August 4, 2010 at 11:22 pm

Income media masuk takira apa cerita pun, iklan lucah separa lucah pun jadi takjadi halpun, habis camne…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 mek August 7, 2010 at 5:33 pm

kalu bukan kerana duit ape lagi, nak kaya cepat lah tuh, ambik sumber haram, wala kecik, tapi mate dah kabur, ape punye bangang, mak bapak x ajar kot …tak pun sama naik je satu family…. :tembak :marah :marah :marah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 lion September 14, 2010 at 8:05 pm

Jangan hanya komplen artis Malaysia saja, tetapi artis negara jiran/luar yang boleh dilihat dalam sebarang bentuk media oleh rakyat malaysia perlu diberi perhatian…barulah adil! Taklah artis kita kecik hati.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 lion September 14, 2010 at 8:14 pm

mek: kalu bukan kerana duit ape lagi, nak kaya cepat lah tuh, ambik sumber haram, wala kecik, tapi mate dah kabur, ape punye bangang, mak bapak x ajar kot …tak pun sama naik je satu family….   

Kalau bercakap tentang makan duit haram, please jgn sempit minda coz benda ni bukan kalangan artis semata-mata tetapi boleh diterjemahkan ke pelbagai arah yang lebih luas. Buat komen terhadap pihak lain tanpa asas kukuh pun haram juga…back to the basic ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 lion September 14, 2010 at 8:24 pm

MrBaTU: Income media masuk takira apa cerita pun, iklan lucah separa lucah pun jadi takjadi halpun, habis camne…..  

Biasanya artis yang kena bom!!! Syarikat penerbit dan pengarah tu mungkin punca utamanya coz bagi offer macam tu kpd. artis2 kita…artis dimanipulasikan. Tak mustahilkan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 lion September 14, 2010 at 8:30 pm

NaiFus: Jabatan Agama pun susah gak nak amik tindakan atas mereka ni… Semuanya terletak pada diri kita sendiri… Pilihanraya akan datang kita pakat tukar Kerajaan..  

Konfom ke bila tukar kerajaan pemerintah dapat mengatasi masalah ni? Saya rasa cara tu tidak ada jaminan. Pls jgn buat keputusan drastik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 lion September 14, 2010 at 8:38 pm

aizuddin: yup memang setuju dan patut diambil tindakan   

Saya setuju jika tindakan yang adil saksama dan setimpal dikenakan tanpa mengira kerabat, kawan dan darjat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 cj September 2, 2012 at 3:48 pm

korang ni semua kalau aku katakan bangang nanti korang tk terima,kalau mak bapak dia org tk boleh nk larang ank mereka sendiri,korang siapa eh?sudah,simpan je komen korang yg baik baik lah kononnya,jaga dan harap,jgn ada diantara kuturunan korang yg mgkn akn lebih dasyat lagi dari mereka yg korang dah pandai2 beri komen lah,beri hukum lah dan sebagainya.INGAT,HYA ALLAH YG LAYAK MENGHUKUM MEREKA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 lion September 14, 2010 at 8:45 pm

Wan Kembang: buat demo aman nyatakan ramai yg tolak budaya melampau artis..pakai seksi macamanapun taupun bogel terus kualiti filem/drama kita masih rendah (dan lagi merendahkan sebenarnya)cubalah belajar dari industri perfilemn di Iran – hebat! tapi budaya Islammasih terjaga (walaupun berbeza kefahaman mazhab, yg baik boleh di ikuti!)  

…DAN ARTIS PENAGIH DADAH PUN HARUS DIBERI PERHATIAN SERIUS…APA-APA AKSI PUN ORANG BERANI BUAT AKIBAT RANGSANGAN DADAH..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 lion September 14, 2010 at 9:05 pm

zul: :tembak….. sedarlah wahai insan yang tidak megetahui… sesungguhnya, apa yang baik semuanya datang dari ALLAH swt…. yang buruk tu kelemahan dari diri kita sendiri…. amin doa kan….  

TEMBAK?? Sedarlah wahai insan bahawa undang2 Malaysia yg tercinta mengharamkan masyarakatnya memiliki senapang tanpa permit…lebih2 lagi kalau guna utk buhuh artis.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Pak Mat Tempe September 18, 2010 at 10:27 pm

Yang lebih malangnya gejala keruntuhan moral ini kebanyakannya melibatkan orang Melayu (Islam). Daripada gejala dedah aurat, perlakuan seks bebas sampailah kepada kes bapak rogol anak sendiri. Nak kata tak tahu hukum hakam, mustahil kerana di Malaysia ini dari kecil lagi kita sudah didedahkan kepada pengetahuan asas agama. Yang lebih dahsyat lagi manusia yang bertaraf ustaz dan ustazah pun ada yang terlibat dengan gejala maksiat ini. Jahil apa ke bendanya lagi tu???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 apong September 19, 2010 at 11:03 am

cantik la model kereta tempatan nieee..
mkin hari mkin menarikkk..
tapi harga xleh diskaun ke utk rakyat MALAYSIA.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 maniac September 27, 2010 at 4:10 pm

go! ! !go! ! !go! ! !harap maju ke depan…lbih ganaz n sexy! ! !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 atilia October 17, 2010 at 4:24 pm

Pak Mat Tempe: Yang lebih malangnya gejala keruntuhan moral ini kebanyakannya melibatkan orang Melayu (Islam). Daripada gejala dedah aurat, perlakuan seks bebas sampailah kepada kes bapak rogol anak sendiri. Nak kata tak tahu hukum hakam, mustahil kerana di Malaysia ini dari kecil lagi kita sudah didedahkan kepada pengetahuan asas agama. Yang lebih dahsyat lagi manusia yang bertaraf ustaz dan ustazah pun ada yang terlibat dengan gejala maksiat ini. Jahil apa ke bendanya lagi tu???  

betul kita di malaysia didedahkan dengan islam. didedahkan dengan hukum hakam Islam.. tetapi malangnya ia hanya berada dalam buku teks shja.. ia tidak diamalkan.. sungguh menyayukan hati, kanak-kanak yang diibaratkan spt kain putih bukan dicorakkan oleh ibu bapa mereka, tetapi dikotorkan spt org yg buta warna.. nauzubillah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 icemen January 25, 2011 at 12:05 am

Susah nak cakap para artis2 hari ini,kalau nak cari nama biarlah cara yang betul,tak perlulah nak buka sana,buka sini ,Artis malaysia suka terikut-ikut artis barat.lupakanlah kita masih jauh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Ntah2 April 3, 2011 at 10:56 am

Tkde la bgos sgt plakon mlaysia ni blakon…keras mcm rbot jek..pstu nk sksi2 plk…tk ptot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 icemen April 3, 2011 at 7:00 pm

saya pun ada masa ,telanjang juga (tapi dalam bilik air) lah bro

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 manusia October 31, 2012 at 4:51 pm

banyak main sabun nie.. artis skrg nie byk men sabun..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 AgForex May 21, 2011 at 2:54 am

saya setuju tindakan tegas diambil sebelum parah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 iceman October 25, 2011 at 5:40 pm

golongan nilah yang tolak hukum HUDUD???????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 ganugirl November 22, 2011 at 11:26 am

kalu xstakat pkai bju tanpa lengan blh dimaafkan lagi…tapi kalau dah sampai nk tyg aurat diharamkan tunjuk tu dah melampau…apa la artis2 skg ni mcm nak berlumba2 nak masuk neraka pulak..nnti bila ditimpa kesusuhan baru nk melutut pada ALLAH…perlu ke pkai seksi nk tarik peminat..hadoiiii..mmg la mak bapak ko xpernah larang ..tapi mak bapak ko yg terkena tempias nnti di akhirat…skg ko blh ckp la dosa ko yg tggung tapi bila dah smpai azab ko nnti mesti ko kate “apelah salah aku sehingga ko azab aku sebegini”..lu pikir la sendiri!!..hadoiii

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 islam4eva November 22, 2011 at 10:23 pm

Dimanakah letaknya islam..boleh di persendakan dengan keduniaan..janagn tekejut jikalau ALLAH murka dan menurunkan bala bencana kepada mereka..ALLAHUAKBAR!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 secret January 8, 2012 at 5:37 am

alah!!!setakat ckap ajer buatpe!!!skarang masih lagi dedah sana,dedah sini!!!biaselah sekadar mencari publisiti murahan!!!artis btul2 hipokrit!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 hjahmad January 11, 2012 at 5:54 am

dunia akhir zaman itulah ulamak dikeji artis dipuja,tunggulah azab allah pasti tiba….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 sifa February 23, 2012 at 2:26 pm

saya suka sumua gambar tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 syaitan March 3, 2012 at 7:40 am

Saya suka gambar lucah.
Apa yang awak merepek ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 mat rock March 25, 2012 at 9:54 am

memang tidak adil hanya artis leleki seperti Faizal Tahir saja yg dikenakan tindakan…artis wanita boleh dikatakan saban hari lebih teruk membuka aurat jika hendak dibandingkan dengan Faizal Tahir..mmg puak2 badan penapis dan ahli2 agama suka dengan kelucahan artis wanita..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 sha sha May 11, 2012 at 11:35 am

aku tak suka mutia aku tak suka sulaiman aku tak suka sakinah aku tak suka syamimie aku tak suka izzah aku tak suka manisah aku tak suka sofia aku tak suka asnawi aku tak suka safuan aku tak suka asri aku tak fatin aku tak suka nabila aku tak suka nazeer aku tak suka iffah aku tak suka fikri aku tak suka fitri aku tak suka haziq aku tak suka nizamil aku tak suka iqmal aku tak suka hariz aku tak suka shahrul aku tak suka yusuf aku tak suka juweta aku tak suka nurin aku tak suka atikah????????????????????????????????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 sha sha May 11, 2012 at 11:38 am

kelas ni macam kadang lembu suka bising macam mulut murai.selalunyer mutia yang paling bising dalam kelas.budak lelaki selau minta duit????????????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 kuala lumpur April 25, 2013 at 11:25 pm

artis malaysia memang kebal , banyak cable besar2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: