Tiada siapa yang dapat menafikan sejak tumpahan minyak kerana kebocoran paip di dasar laut Teluk Mexico selepas meletupnya pelantar minyak di sana, mengakibatkan bencana alam kepada Amerika malahan kepada dunia. Anda lihatlah gambar-gambar di bawah ini sehingga perairan luar Amerika telah tercemar dengan begitu teruk sekali. Orang yang paling berang ketika ini iaitu Presiden Amerika sendiri, Barack Obama yang menganggap usaha yang dilakukan setakat ini oleh BP begitu lemah sekali dan boleh dianggap gagal.
Lagi lama usaha-usaha pencegahan ini dilakukan, semakin banyak perairan, hidupan yang akan terkena tempias bencana alam ini. Orang yang paling malang dan berada dalam tekanan yang cukup tinggi semestinya Ketua BP, Tony Hayward. Sebelum ini Barrack Obama telah pun melihat sendiri keadaan sebenar di Louisiana, dan Barack Obama seperti mengharapkan semua menyalahkan kepada BP semata, apabila kritikan dan tekanan yang kuat terus dilemparkan kepada BP walaupun syarikat itu sudah mengakui untuk bertanggungjawab dengan bencana alam dunia ini (kebocoran minyak) dan juga bersedia untuk membayar pampasan.
FBI juga telah turun menyelidik dan menyiasat kes ini dan berjanji yang mereka akan membawa mereka-mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adakah presiden Amerika ini sudah panas punggung? Sangat berbeza sekali “layanan” yang diberikan kepada Exxon 20 tahun lalu yang mana kapal tangki minyak Exxon Valdez telah tenggelam di Alaska pada tahun 1989. Tetapi tekanan yang diterima pada masa itu tidak seperti yang dihadapi BP sekarang. Margaret Thatcher yang pada masa itu merupakan Perdana Menteri Britain tidak mencela dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap Exxon (dari Amerika) sebaliknya memilih melalui rundingan bersama.
Walaupun British Petroleum adalah sebuah syarikat gergasi minyak dari Britain tetapi mereka tidak mampunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Britain. Walaubagaimanapun, bencana alam dunia baru-baru ini telah memberikan kesan besar kepada pelabur-pelabur Britain. Pentadbiran Barack Obama cukup terkenal dengan sikap dinginnya terhadap kerajaan Britain. Sebagai contoh mudahnya, isu hak minyak di sekitar Pulau Falkland, Amerika Syarikat telah pro kepada Argentina sedangkan semasa terjadinya Perang Falklands, Amerika memihak kepada Britain.
Yang pastinya, para nelayan sangat terkesan dengan bencana alam di Amerika ini. Kalau dahulu, nelayan mampu memperolehi pendapatan sekitar US$1,000 setiap bulan dengan hasil tangkapan yang diperolehi. Tetapi BP (British Petroleum) telah memberikan kepada mereka US$1,200 setiap bulan sebagai ganti rugi. Kebanyakan nelayan diberikan pampasan sekitar US$1,200 hingga US$3,000 sebulan
Keadaan selepas tumpahan minyak di Teluk Maxico












{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
aku rasa dalam hati kecil barak obama tahu ini balasan allah. sebab barak obama pun bukannya jahil sangat tentang islam. percayalah saudaraku kaum muslimin, itu semuanya bala dari yang maha esa
ya betul…..
moga2 bencana berterusan!!! bukan apa… biar amerika habiskan duit nak repair sana sini!!! baru last2 minit dari bazir bagi israel bek repair n bayar pampasan utk rakyat!!! hahahahahah…
.
.
.
moga2 usul hari ini selamat!!! kata sepakat membawa berkat… amin…
:peace kuasa tuhan….barrack obama manusi biasa jg…ambik la balasan kat amerika yg berat sblh tu….
Dia ingt dia org berkuasa…tapi takut dgn kuasa israel…bengong!!
tumpahan minyak bawa ke pengadilan…yg mati atas serangan israel…siapa nk bawa ke pengadilan…..???pengadil piala dunia k? :gelak
sampai macam tu sekali..harap2 diorang sedar tu semua balasan Allah.. :nangis