Setakat dilaporkan oleh PressTV, dah 373 terbunuh disebabkan banjir di Thailand. Thailand kini mengalami bencana banjir terburuk dalam 50 tahun. Apa yang kami lihat banjir di Thailand nampak kurang publisitinya, berbanding banjir di Brisbane, US sebelum ini. Padahal, ia sebenarnya memberikan impak kepada Malaysia juga…..
Terdapat empangan di Bangkok, Thailand yang jauh dari laut. Disebabkan kekuatiran pada masa itu, kemarau akan berlaku pada masa akan datang, empangan di sana telah menyimpan terlalu baik air. Mana tau kemarau akan tiba. Tau-tau lain pula jadinya, banjir di Thailand. Apabila hujan lebat di Bangkok, air melimpah di empangan. Jadi terpaksa dilepaskan dan akhirnya keadaan menjadi lebih buruk.
- Dianggarkan 8 juta hingga 10 juta meter padu jumlah air yang mengalir daripada utara melepasi Bangkok setiap hari
Boleh dikatakan teruk keadaan di sana, BANGKOK dah jadi macam KOLAM AIR. Ada yang melaporkan kejadian banjir di Thailand ini memerlukan lebih sebulan untuk banjir di sana beransur pulih.
- 28 daripada 77 wilayah telah terjejas
- 2.45 juta penduduk Thailand terjejas
- 800,000 buah rumah dianggarkan musnah
- 720,000 penduduk dirawat ekoran jangkitan kuman air dan tekanan
- 7 kawasan perindustrian besar di utara Bangkok dihentikan operasinya
- 640,547 terutamanya yang bekerja di sektor industri paling terjejas teruk dan tidak bekerja sementara waktu disebabkan banjir di Thailand ini
Menyentuh operasi perindustrian di Thailand, operasi telah dihentikan sehinggakan beberapa kilang di Malaysia yang setakat kami ketahui termasuklah kilang pemasangannya CKD Honda di Pagoh, Melaka memberhentikan operasi akibat kilang Honda di Ayuthaya (utara bangkok) yang merupakan pembekal komponen utama iaitu komponen press metal telah ditenggelami air.
- 4 juta ekar tanah yang dah dilanda banjir
- 12.5 peratus tanaman padi musnah
- Dianggarkan juga 7 juta tan tanaman padi mungkin musnah, sekaligus pengeluaran hasil padi dijangka jatuh kepada 18 juta tan.
Sepatutnya musim tuai bermula bulan Oktober ini. Dalam pada masa yang sama berlakunya banjir di Thailand. Sekarang Malaysia boleh dikatakan hampir separuh bekalan beras dari Thailand. Jadi, apabila terjadinya banjir di Thailand, kesannya turut melibatkan Malaysia. Jadi akan ada kemungkinan bekalan beras akan jadi berkurang kepada stok penimbalkan beras negara dan harga akan mula dinaikkan. Mungkin?





{ 31 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
nampaknya yang order honda city, civic accord lambat sikilah kan nak dapat order……
macam tu pulak..
banyak benda gak la nak adjust balik
Kerajaan pakatan kat Kedah dah mula pening kepala, tak tahu nak urus kerajaan. Duit dah takde, last2 mintak dnegan kerajaan pusat. jangan plak buat macam tahun lepas semua bantuan kroni2 PR je dapat…berlaku adillah pada semua mangsa2 banjir..mangsa banjir ni bukan kira ko dari parti mana….duit tu bukan PAS yg punya..
KUBANG PASU 26 Okt. – Kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan untuk mendapatkan peruntukan segera RM10 juta daripada Kerajaan Pusat bagi menghadapi banjir.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya akan mengarahkan Bahagian Kewangan negeri menulis surat rayuan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan peruntukan segera itu.
“Kita (Kerajaan Negeri Kedah) dah lama merayu dan masalah banjir ini dah lama, tapi tak ada siapa yang hendak dengar rayuan kita.
“Kalau berlaku banjir di Kedah, macam di Bangkok, Thailand mana kita nak cari duit untuk beri kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra rakyat di pekan Kodiang di sini hari ini.
Menurutnya, rancangan tebatan banjir yang dibentangkan dalam Bajet 2012 awal bulan ini juga didapati meminggirkan Kedah.
“Kita di Kedah hadapi banjir yang teruk pada November tahun lepas, tiba-tiba dalam belanjawan, Kedah tidak disebut langsung untuk dapat bantuan.
“Tiba-tiba Perlis, dia (Kerajaan Pusat) bagi, Perak yang tak kena banjir pun dia bagi, Johor pun dapat,” jelasnya.
Oleh sebab itu, jelasnya, kerajaan negeri meminta bantuan kewangan daripada Kerajaan Pusat sebagai persedian menghadapi banjir ini.
“Kerajaan Pusat tak buat tebatan banjir untuk kita di sini pun tak apa sekurang-kurangnya kira dapat peruntukan untuk hadapi banjir.
“Tahun lepas kita (kerajaan negeri) dah belanjakan RM2 juta untuk beri bantuan banjir kepada rakyat dan jika tak dapat bantuan banjir daripada Pusat kita kena usaha cara kita sendiri,” katanya.
wei…..apa yang hang merepek
mcm orang gila talak je komen kat sini
mmg itu tugas kerajaan pusat agih bantuan kepada kerajaan negeri
habis tu kalau tak nak bagi, jangan minta duit cukai daripada kerajaan negeri….aduiiii
bila si bodoh bersuara, ni la akibatnya..
kerajaan pusat mewakili semua, sapa kata BN punya? BN jadi kepala je..kalau malapetaka berlaku kat mana2 negeri pun, kerajaan pusat WAJIB tolong..ingat duit cukai negara tu mak bapak BN je punya?
merepek… dan melalak
Hurm..rasanya betol la mintak bantuan dari kerajaan pusat sebab kerajaan negeri under naungan kerajaan pusat bukan under jajahan kerajaan pusat. So salah satu tugas kerajaan pusat adalah menjaga kebajikan naungannya. Kalu tak ko pikir la dari mane kerajaan pusat amik duit ? mesti la dari kerajaan negeri dari segala hasil cukai pelaburan,galian,suber hutan dan sbgainya. Tapi benda macam ni dah lama jadi kat kelantan,sbb tu rkayat dia miskin sbb xde peruntukan nak bantu..kerajaan pusat nak tanak je..jadi marilah kita tukar penaug kerajaan pusat dan tengok ape nak jadi..lagi terok ke ataw ade perubahan positif
jangan risau semua
kita sekarang ni di bawah kerajaan yg cool
- nek harga minyak…takpe…tak beban rakyt. harga msih antara termurah
- nek harga gula, tepung segala mcm, kerajaan nasihat peniaga jgn bebankan rakyat’
- banjir di thailand, jgn risau stok beras kita antara terbesar
- harga kete proton mahal, takpe…sokonglah buatan tempatn
- korg smbunglah sendirik..
naik harge tiket final bola..xpe, cool…harge kite antara paling terendah antara negara serantau…fuck!
tau x nape harga tiket bole mahal?sebab president fam BAPAK JUDI
menonton bola banyak pahalanya kata orang setiap kali menonton bola di stidium sebesar padang atau stidium itu lah pahala yang dapat sebab itu orang melayu sedikit sangat yang menonton di stidium berbanding bangsa lain
orang melayu orang islam mereka lebih suka menontonton melalui saluran TV sebab itu di musin pesta bola orang melayu ramai di masjid seperti malam malam bulan puasa alhamdulillah kalau benar sebagai yang saya kata ramai nanti penghuni syurga dari kalang orang melayu inilah harapan saya kepada bangsa saya tiada nas yang mengatakan cinta pada bola sepak dapat masuk syurga nanti hidup ini jadi siasia sahaja.
Pak Long Yunos oiii… Tuu…lah kalau dah pekak.. Mata pun dah rabun ..
Jangan dok ngadap komputer tu… suruh jer cucu tolong taip….. atau tolong bacakan topik kat atas tu…. Orang dok cerita pasal banjir kat Thailand dia dok cerita pasai banjir kat Kedah… Asyik asyik dok pakai timbang kati lagi… Pakai la timbang digital pulak Pak Long oiiii… Timbang kati tu pi buang kat Sungai Kuala Kedah tu…
segalanya azab dr Allah swt keatas negara yg menjadikan PELACURAN sbagai sumber pndapatan negara..kjaan serta sekalian rkyat msia wajib mengambil iktibar diatas apa yg brlaku…tak mustahil negara kita yg seterusnya…….
amende ni???
org citer pasal banjir kat Thailand, korang bertekak pasal politik plak!!!
adoyai… udah2 le.
Janganlah semut di seberang laut nampak,gajah di depan mata tak nampak,maksudnya kerajaan pusat mestilah salurkan bantuan kepada dalam negara dulu lepas tu bolehlah salurkan bantuan keluar negara pulak,ini bukan isu politik tetapi tanggungjawab pemerintah,ada faham…
lau nak main politik tak yah main sini la wee. dah muak aku dngar nye. nak baca pun dah naik malas.sikit ada berita banyak nak komen.
Udah2 le tu..kalo dok layan pencacacai umno bn ni, sampai bila pun xhabis..back to the topic! aku rasa la kan, akan ade kesan ke atas M’sia ni. paling penting bekalan beras, nasi sbagai makanan ruji rkyat kita. patut langkah2 awal dah kena ambik nak mengawal harga beras daripada tetiba naik nanti. kalo kurang supply, tentulah demand akan meningkat. harga cnfirm terus naik. ingat dulu time harga beras naik mencanak? aku pgi nak beli beras kt tesco yg pakai timbang tu, serius habis der! jenis yg tu yg paling murah..thailand sbagai pengeluar utama beras di rantau ni. kita plak dekat separuh bekalan import dari sana. BERNAS xde kerje lain, kaut untuk mcam haram..tapi media xde plak ckp pasal isu ni.. apapun aku sokong konsep 1Malaysia..rakyat didahulukan..confirm rakyat kena dulu..hahaha..
x de beras makan ubi kayu le napaknye…ubi kayu pun tenggelam dek banjir..huhu
Banjir di Thailand merupakan ancaman yang amat serius kepada negara berkenaan, manakala Malaysia boleh menganggap ianya satu peluang. Ini kerana ia boleh mengurangkan keyakinan pelabur di sana yang mungkin bercadang untuk mengalihkan operasi mereka selepas ini ke negara lain termasuk Malaysia yang boleh dikatakan kurang berisiko dari segi banjir. Walau bagaimanapun ini hanya merupakan satu pandangan. Wallahu Alam.
Kerajaan harus berwaspada berita buruk banjir besar yang melanda negara jiran Thailand, kesan yang ketara banyak barangan segar seperti cendawan tiram kelabu, cili padi, sayur-sayuran yang kebiasaannya sampai dari sana setiap hari di Padang Besar agak berkurangan menyebabkan harga barangan segar tesebut naik mendadak. Komponenbarangan elektronik dan kenderaan juga turut terjejas dan kerajaan harus menanganinya terutama barangan segar dan musim tengkujuh yang bakal sampai ke negara kita..
Hampa dok gaduh2. Pasai harga barang naik..Hampa tak tau,kita beli beras,gula,tepung,minyak dan sebagainya yg bersubsidi sikit je..Pendatang yg mai dok berniaga kedai makan beli pakai lori,skali ambil berlambak..kita tengok mata terbeliak.SUBSIDI HABIS KAT DEPA .hampa tau pasai apa…jawapan : MELAYU YANG DOK ATAS KURNG PANDAI ADJUST..kerja kerajaan tak pa le tiap2 bulan masuk..yg dok Kg..70% kurang mampu..RUMAH KITA,kita makan MAKAN KUAH.Apa la kita Ni….PDI/PTI MAKAN ISI…hampa tak kesian ka? kat TUAN RUMAH tu.
stuju ngan abang meh, lain lagi mcm gas dan tong gas, diesel dan petrol, menatang tue boleh kaya rayo, towkeh byk bukan orang melayu, tapi orang melayu banyak tolong towkeh ni makin maju. contoh menatang yang bekerjapun tolong towkeh nih…pasal towkeh ni dah kaya ditolong orang melayu kat atas dan bawah, atas kapal terbang, atas condominium, atas katil, atas meja, atas jalanraya…semo tolong tokeh pasal tokeh tolong jugok dio…bawah pun mcm2, bawah apartment, bawah jambatan, bawah tilam, bawah meja…ssemo boleh melayu tolong…bijak tolonh orang lain…tolong orang melayu…entah…melayupun tak boleh ditolong
aku yg dok kat sempadan thailand ni dah bersedia kot2 la banjir melanda…ada ura2 mengatakan banjir nak landa perlis sebab pada 28hb oct saluran alternatif kat empangan timah tasoh nak dibuka sampai tasik kat luar tu kering…nak tampung air dari siam…tapi aku tak pasti la khabar ni 100% benar ke tak…tapi kat sini selalu sgt banjir..hujan 2 hari,kawasan rendah jadi mangsa…kesian…dulu tak mcm ni pun..
kat perlis ni,kalau 2 hari hujan dah banjir…kalau air dari thailand pulak masuk tak tau la nak jadi mcmmana…dulu hujan seminggu pun tak banjir…la ni hujan 2 hari kawasan rendah dah tenggelam…tak larat nak angkut barang oh…
teruknya
x tau pulok nih…kalu dulu2 nabi Ibrahim kondem manusia sembah patung berhala…sekarang nih manusia berebut2 nak sembah berhala. kalo2 dapek banyok…berhala pitih la tu….semo nak dapat duit sebab duit buat manusia lupa Allah…Kalu dulu zama nabi…orang kayo berebut2 nak tolong bangunkan islam dan iman…sekarang ni…manusia berebut2 nak tolong orang sebab nak dapat duit banyak…berhala duit la..
Petanda kebangkitan Empayar Kerajaan Islam Langkasuka akan bangkit. InsyaAllah…banjir hanya akan surut setelah kerajaan Thailand/Raja Thailand menabalkan Waris Langkasuka secara sah sebagai King Of Langkasuka,Kebenaran sejarah pemerintahan yg sah makin hampir,petunjuk dari Allah yg jelas BANJIR ini bahawa masa yang dijanjikan oleh Allah hampir tiba.Kebangkitan pasti berlaku kerana. Umat ISLAM semakin bercelaru.Marilah kita semua berdoa & bersedia. Bersedia menerima satu peralihan kuasa & juga ekonomi dunia ISLAM khususnya di Nusantara ini EMPAYAR ISLAM NUSANTARA
Kalau ini berterusan ekenomi Thailand akan lumpuh
bila aku tgk n kenang2 balik musibah di thailand teringat aku pd video daging mc donald di buat di thailand tnpa sembelih. di kisar hidup2 lembu,kambing,babi,kuda dlm satu tpt yg sama… aduhhhh tuhan… org yg buat kerosakan n noda di bumi tuhan byr cash skang… nauzubillah… mlysia tlg kira skit bab halal haram, judi n zina yg berleluasa…
Banjir semakin teruk,seluruh rakyat & pemimpin thailand masih belum sedar isyarat yang ditunjukan oleh Allah ini. Ramai yang menganggap penyerahan pemerintahan kepada yang berhak ini adalah mitos sahaja. Bila bencana sudah sampai ke kemuncak,bila air di keempat penjuru ini bertembung,seluruh rakyat thailand & pemimpinya tidak mampu berbuat apa2 lagi. Banguna-bangunan tinggi akan rebah menyembah bumi,rumah-rumah semuanya lenyap dihentakan air yang kuat. Umat Islam Thailand juga masih di buai mimpi,lena tidur tidak mahu mencari punca bencana ini. Masa yang di janjikan hampir tiba,Empayar Islam Langkasuka yang dirampas oleh mereka harus dikembalikan kepada yang berhak. Kekejaman dan kezaliman mereka terhadap umat Islam selama ratusan tahun ini semakin hampir berakhir. Kedegilan,kesombongan,riak mereka akan menerima pembalasan dari Allah. Banjir yang mereka alami ini adalah bukti segalanya. Tentera Allah lebih hebat dari keangkuhan manusia yang tidak boleh menerima kebenaran. Kepada Umat Islam Thailand bangun lah dari tidur dan mimpi yang panjang ini. Carilah Raja anda yang sebenar,Raja dari waris keturunan Langkasuka yang sah,carilah gur
u-guru yang mursyid untuk merungkai kejadian banjir ini. Tetapi berhati-hati lah dengan guru-guru yang hanya pentingkan kepentingan dunia,sudah pasti mereka juga tidak akan berusaha untuk merungkai kejadian sebenar banjir ini. Mereka yang masih berfikiran dan bertunjangkan sistem demokrasi yang telah di bina dan diaturkan oleh Yahudi Nasrani laknatullah selama ini telah membutakan mata umat Islam bahawa demokrasi yang diasakan oleh mereka lah yang tebaik dalam pemerintahan. Sebenarnya itulah sistem pecah dan perintah yang telah mereka kaji ratusan tahun dahulu dapat memusnahkan umat Islam. Ramai umat Islam hari ini tidak yakin lagi sistem perlembagaan KETUANAN ISLAM ALQURAN&SUNNAH adalah sistem pemerintahan yang terbaik didunia bukan SISTEM DEMOKRASI seperti yang semua Negara didunia guna pakai hari ini. Marilah semua umat Islam kita perjuangkan sistem KETUANAN ISLAM,ALQURAN&SUNNAH sebagai sistem pemerintahan kita. Banjir di Thailand inilah sebagai petunjuk bermulanya titik noktahnya kebangkitan sistemnya dan akan diperintah oleh Waris Langkasuka yang sah..UMAT ISLAM Thailand(LANGKASUKA) BANGUNLAH DARI TIDUR…JANJI ALLAH RAJA ANDA PASTI KEMBALI
Hingga tarikh hari ini 16 wilayah lagi masih lagi ditengelami air,sudah hampir 5 bulan ianya berlaku. Masih ramai lagi yang belum memahami dan menyedari akan hal ini. Tetapi Raja Bumhipol sudah mengetahui kenapa bencana ini melanda negara mereka. Kedegilan,keegoaan,keangkuhan dan kekuasaan menyebabkan perkara sebenar tidak dihebahkan. Itulah sifat Raja yang memerintah melalui rampasan kuasa. Perjajnjian Aglo siam 1909 sudah pun melepasi tempoh 100 tahun. Siapa yang fikirkan perkara ini. Bersiap sedialah kepada semua satu keajaiban dari Allah peralihan kuasa pemerintahan yang paling mengejutkan di dunia akhir zaman ini. Dengan IzinAllah juga peralihan kuasa memerintah ini akan menjadi titik nokhtahnya permulaan kebangkitan pemerintahan Empayar Islam di akhir zaman ini sebelum munculnya ALMahdi. Dari sudut pakar dan akal manusia bencana banjir ini adalah bencana alam yang di sebabkan kelalaian manusia mengurus dan merancang pembangunan. Fikirkah kita kepelikan yang terjadi atas banjir kali ini yang luar biasa iaitu sudah berbulan-bulan. Ini hanyalah peringatan kecil sahaja dari Allah kepada pemerintah Thai yang banyak melakukan kekejaman terhadap umat Islam Thai khususnya. Empayar yang dirampas wajib diserahkan kembali kepada Pewaris Raja Kesultanan Empayar Islam Patani/Langkasuka yang berhak. Banjir ini petanda Pewaris Raja Kesultanan Empayar Islam Patani/Langkasuka masih ada. Kemunculannya nanti dengan IzinAllah banyak keajaiban yang akan berlaku. Hal inilah yang amat di takuti oleh Raja Bumhipol ini. Kepada Umat Islam Thailand bersiap sedialah kemunculan Pewaris Raja Islam ini yang berdaulat ini dengan IzinAllah. Jangan terus dibuai mimpi dan lena dengan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen ciptaan Yahudi Nasrani konsep pecah dan perintah yang telah memusnahkan Empayar Islam dahulu. Kini masanya hampir tiba dengan IzinAllah kebangkitan ini akan terjadi. Ayuh umat Islam Thai bersatuhatilah kita mencari Pewaris Raja Islam Patani/Langkasuka ini. Berjuang tanpa Raja/Sultan/Khalifah umpama keretapi yang dipandu oleh mereka yang tiada Lesen memandu yang sah.