Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia

by Admin [ Master G ] on December 28, 2009

in Persoalan Masyarakat

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Jika tahun 1980 Gross Domestic Product bagi Malaysia adalah sama dengan Korea Selatan. Kalau tanya sekarang? Sekarang sudah jauh berubah yang mana Malaysia di mana nisbah GDP Malaysia dengan Korea adalah 1:2. Vietnam? Erm….Vietnam pun pada masa itu tak sampai 1% pun. Sekarang Vietnam sedang giat memacu ekonomi mereka yang mana pelaburan luar Malaysia dan Vietnam sudah pun hampir sama iaitu sekitar RM8 billion dan tidak mustahil Vietnam bakal jauh ke hadapan daripada segi jumlah pelaburan luar. Kalau dahulu 35% daripada pelaburan luar di Asia Tenggara ini masuk ke Malaysia.

  • 50 tahun dahulu, kita sering bercakap Malaysia antara negara yang paling baik di Asia(lebih baik daripada Hong Kong dan Jepun)
  • 30 tahun dahulu, kita sering bercakap Malaysia lebih baik daripada Korea dan Taiwan( masa itu Jepun dan Hong Kong belum bangkit lagi)
  • 20 tahun dahulu, ok…..kita masih baik daripada China Thailand dan Singapura( kalah keada negara-negara Harimau Asia di atas)
  • 10 tahun dahulu – macam mana teruk pun, kita masih lebih baik daripada Vietnam dan Indonesia.
  • Sekarang? Kini? Pada masa akan datang?

Adakah kita sudah selesa dengan keadaan sekarang. Sekarang ini, kepercayaan penuh diberikan kepada Kerajaan Malaysia diharap dapat memacu ekonomi seperti yang kita nikmati dahulu. Diharap, jangan ada cakap-cakap 20 tahun lagi, kita masih menang dengan timor leste dan setaraf dengan Zimbabwe. (Harap-harap dijauhkan sekali).  Memang harus diakui pendapatan rakyat Malaysia sekarang ini semakin kecil nilai. Sepatutnya kerajaan dah mula dan patut menyasarkan industri yang berpendapatan besar. Manufacturing dah tak boleh hidup sangat disebabkan kos tidak mampu menyaingi negara China dan Vietnam.

Pasti akan ada yang mempersoalkan tentang,

“mengapa mesti dibandingkan antara negara kecil seperti Singapura dengan Malaysia?”. Singapura itu kecil bolehla…….

Mudah sahaja. Satu perkataan yang terbaik untuk jawapan kepada persoalan ini. PENINGKATAN. Takkan kita hanya nak ikut Singapura apabila sebut bab subsidi minyak sahaja semasa ingin menaikkan harga minyak. Sekarang ini kita bercakap kedudukan ekonomi Malaysia jika dibanding dengan Singapura contohnya. Kalau dahulu ekonomi Malaysia di mana? Singapura? Sekarang ini, Singapura sudah bergerak jauh ke hadapan disebabkan PENINGKATAN daripada segi mereka berjaya memacu ekonomi mereka.

  1. Semasa Singapura keluar daripada Malaysia, matawang Malaysia dengan Singapura hampir sama nilainya
  2. Singapura tiada langsung sumber asli. Tanah pun tak cukup. Malaysia? Malaysia ada segala-galanya contohnya minyak, balak dan keluasaan tanah yang sedia ada.
  3. Walaupun nilai  import di Singapura lebih tinggi berbanding exportnya, mereka mampu meningkat pendapatan negara.
  4. Pendapatan perkapita rakyat Malaysia adalah RM17,182 (AS$5,000) setahun berbanding pendapatan perkapita rakyat Singapura sebanyak RM103,140 (AS$30,000) setahun. Ini menunjukkan pendapatan tahunan rakyat kita enam kali lebih rendah daripada negara berpendapatan tinggi seperti Singapura
  5. Persoalannya sekarang, kenapa Malaysia ketinggalan dari banyak aspek, sedangkan Malaysia ada banyak kelebihan

Malaysia perlu berusaha lebih gigih untuk melonjakkan ekonomi negara dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, setanding dengan negara maju yang lain. Kesempatan ini mari kita lihat gaji menteri-menteri serta Ahli Parlimen di Malaysia.

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005.

  1. Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  2. Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  3. Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan
  4. Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  5. Gaji Setiausaha Parlimen – RM 7,187.40 sebulan
  6. Gaji Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59 sebulan
  7. Gaji Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79 sebulan

P/S : Kalau kita nak berubah ke arah lebih baik, kita mestikan menjadikan negara yang lebih baik sebagai satu negara yang boleh dijadikan contoh. Pastinya kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme terbaik untuk memacu ekonomi Malaysia seterusnya mampu meningkatkan pendapatan rakyat di Malaysia.

PP/S : Satu sahaja ingin dikatakan di sini, mungkin pahit untuk ditelan. Malaysia sebenarnya “kaya” dan Malaysia boleh maju juga jikalau pemimpin tidak rasuah, ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukannya disebabkan kuasa semata-mata.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [VIDEO] Menteri JPM Gulung Bajet 2010 VS Ahli Parlimen PR di Dewan Rakyat
  2. Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Kerja di Luar Negara?
  3. Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion
  4. Malaysia oh Malaysia, Negaraku
  5. (MEWAH) Senarai Kereta Orang Kaya(VVIP) di Malaysia
  6. [INGAT] Jangan Pertikai Kuasa Perdana Menteri Pilih Ahli Kabinet!!


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 17 comments… read them below or add one }

1 mujahidmuda December 29, 2009 at 2:04 am

Ulasan perangkaan dan fakta yang cukup baik walaupun saya kurang arif bab ekonomi ni. Ada betul ke kenyataan ini, saya dengar orang kata kalau kerajaan tingkatkan gaji semua pekerja boleh meningkatkan mutu ekonomi negara, kerana putaran wang hasil pendapatan dengan perbelanjaan?

2 Nicky Ahmad December 29, 2009 at 2:48 am

perangkaan yang cukup teliti, dan jika ini boleh di sahihkan, ini dapat memberikan satu impak yang baik kepada ekonomi negara kerana berkongsi maklumat ini dengan pembaca@rakyat jelata, di sini rakyat akan dapat merumuskan sendiri dengan berbagai pendapat mereka dan daripada pendapat yang mereka hulurkan ini pihak pemimpin dapat mengetahui lebih mendalam apa sebenarnnya perasaan rakyat terhadap ekonomi negara dan dengan ini kerajaan akan dapat memacu ekonomi negara dengan lebig jitu dan tulus tanpa ada sebaraang komplikasi politik… :hormat

3 fadli December 29, 2009 at 3:11 am

wah..betul 2..malaysia sekarang saya nampak dah makin banyak masalah terutama dalm politik yang tidak mendatangan hasil..malaysia masih ramai lagi rakyat miskin.Saya sarankan naikkan gaji yang berkenaan agar kehidupan mereka lebih baik.Janagan hanya makan duit rakyat sahaja. :peace

4 roletcha December 29, 2009 at 8:21 am

informasi yang menarik…stuju ngan admin…negara kita mmg kaya…malaysia mmg kaya dengan hasil bumi..Hasil tersebut boleh memacu ekonomi kita dengan lebih baik klu kena dengan caranya..dulu..barat pun puji malaysia…cth zaman kegemilangan melayu melaka….harap sape2 je yang baa articel ni cukupp jelas dengan keadaan malaysia sekarang..

5 HazwanHakim December 29, 2009 at 1:01 pm

kalo Malaysia nk bandingkan ngn negara kecik buat aper…
cuba kita pandang dari segi jumlah penduduk…
bukankah Singapore ni sikit penduduknya dan tanahnya tidak luas..

jadi dari sni kita dapat wat kptusan bahawa krajaan singapore tidak perlu menanggung bnyk perkara tuk bngunkn negara mereka kerana negara mereka kecil.

Kalau nk bndingkan dengan Malaysia, tanah kita luas dan
penduduk pula ramai, sudah pasti bnyk tanggungkn yang perlu dilakkukan oleh kerajaan.

6 jacks December 29, 2009 at 1:23 pm

giler ahh.. gaji bersih aku RM700 jer..

7 roletcha December 29, 2009 at 1:42 pm

xpe…biar 700 yang halal…dr 700 0000 yg haram

8 nur ash December 29, 2009 at 2:07 pm

~pada pndapat sy ekonomi kita xsetanding dgn singapore kerana negara kita lbh byk mgeluarkan subsidi untuk rakyat..tgokla singapore ada ke subsidi untuk rakyat? kalu ckp kita rasuah dorg lg byk rasuah..kerajaan dorg mggunakan pemerintahan yg ‘keras’ dimana xda pun rakyat dorg brani meminta sesuka hati pada kerajaan berbnding rakyat kita yg lbh fleksible dgn kerajaan..lgpon dorg mmgunakan dollar..kita tgok negara yg guna matawang sendiri ada yg lbh rndah ekonomi dr kita..so kita kna berbangga pkai matawang sndiri..sy akui ekonomi kita blh ditgkatkn lg jika pemimpn kita bijak menngunakan hasil bumi Malaysia ni..apapn kita sebagai rakyat kna sama2 membntu dalam ekonomi negara..kdg2 mmg sng nk brckp cuba kita sndiri wat mampu ke nk hndle negara besar sndiri?? bnda ni xkn jd kalu sume rakyat xbersatu.. :doa

9 Syah December 29, 2009 at 9:47 pm

betul dah bro.. contoh minyak, kenapa la semakin tahun semakin naik… padahal dah ade lubuk kat negara sendiri..
pandai2 la bajet.. rakyat nak senang jugak…

10 Pak Awang December 30, 2009 at 8:51 am

Singapore air pun cedok daripada Malaysia
apa yang ada kat Singapore sana, kalau ikutkan hasil maksum mereka, miskin sebenarnya
tetapi disebabkan kerajaan kita dok sibuk pikirkan komisen, ambil rasuah, rebut projek, kuasa, mana sempat nak pikir pasal kemajuan
sayang sekali……kita ada sumber kekayaan, tapi tidak digunakan dengan betul
kalau wan kata, bilangan yang ramai di Malaysia jadi persoalan, mengapa China ekonomi dia melonjak ke angka yang tinggi……
bezanya kat sana yang rasuah kena hukum mati, tak payah simpan pemimpin sebegitu tapi……Malaysia lain, lagi rasuah, lagi disimpan :tepuk

11 HazwanHakim December 30, 2009 at 11:29 am

hmm..sokong sngt2…pesal la nk men rasuah2 ni..xpkir duit haram ker ape hasil diorang tu..adoyai..kalo rasuah ni berterusan abisla generasi pada masa akn datang.

12 r0letcha December 30, 2009 at 5:51 pm

harap pihak kerajaan fikir vetull sebelum mengambal apa2 kepurusan

13 JohnJimat January 1, 2010 at 11:38 am

sy sbrnyer sokong artikel ni. tp klu nk disamakan dgn singapore rasenyer rakyat singapore lagi terseksa dari rakyat malaysia sendiri, mmg la gaji dorang tinggi tp cuba tnya mereka brp duit dorng kene bg kat kerajaan dorng. klu anda sendiri jd rakyat sane mmg xsanggup la.. lain la klu anda kat sane gaji sbln 30k boleh la ckp hidup sng wlupun byk kene byr kat kerajaan.. mmb sy orang singapore yg gaji 6k pun xpuas hati, die slalu merungut yg die keje penat2 tp gaji byk kene byr kat kerajaan dorng.. :phwitt

14 mesticun January 19, 2010 at 11:17 pm

bermulanya dari sekarang kita kena buktikan.ekonomi kita boleh meningkat dengan baik.berbanding negara jiran kita.

15 ANUAR IBRAHIM March 2, 2010 at 5:05 pm

setahu aku pendapatan perkapita rakyat kita rm 24,500 setahun,bukan rm17,182 pada tahun 2009.atau usd 7000.

jepun memang jauh lebih baik dari kita walau 50 tahun lalu..kalau nak kata jepun kena bom atom,itu hanya 2 bandar dari puluhan bandar2 besar di jepun yg telah ada 50 tahun lalu..tapi klu nak bandingkan dgn korea,memang kita sudah jauh tertinggal.

kalau nak fikir pasal gaji menteri kita,macam mana gaji menteri besar tu..?apakah menteri besar,ketua menteri atau adun2 kat malaysia ni semua dari parti kerajaan BN..?apasal ketua menteri p.pinang,menteri besar kelantan,kedah,selangor se4nyap jer bila dapat naik gaji..?ada 63 orang ahli parlimen dari pembangkang,tapi kenapa diam jer bila gaji mereka naik..?

nak tahu gaji menteri di singgapura..?..gaji perdana menteri singgapura adalah antara atau mungkin yang tertinggi di dunia,lebih tinggi dari gaji presiden USA.tapi dalam blog ni tak pula disebut..?kalau nak jadi pembangkang,jadilah pembangkang yg betul….bukan semua salah…

kalau ada cadangan yg baik..,kenapa tak disuarakan pada wakil2 pemimpin yg anda pilih semasa pilihan raya?walau anda dipihak pembangkang,masih ramai calon pembangkang di malaysia ni yang menang dalam pilihan raya.

menjadi pemimpin ni nampak senang….tapi anda yg mempunyai blog ini pun tidak mampu untuk menjadi calon wakil rakyat.macam mana nak jadi ketua negara kalau nak pimpin masyarakat disekitar tempat tinggal anda pun,anda tidak mampu….hehehe…

16 zack March 3, 2010 at 8:54 am

ko je la jd perdana menteri wahai anuar ibrahim…

17 Anjang March 3, 2010 at 12:51 pm

Walaupun gaji pak Menteri tu sebanyak itu….hakikatnya hidup diorang tak bebas….sibuk dgn tugas…24 jam…x ada masa nak bersantai mcm kita..rakyat biasa ni….ikutkan tak berbaloi…SEMATA-MATA MENJALANKAN TUGAS…DEMI KEBAHAGIAN ORANG LAIN (RAKYAT) Cuma kita terlepas pandang mengenai itu….Adil ke kita nak mempersoalkannya????

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: