Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.
Tetapi saat ini apabila beliau sudah pun bergelar menteri, elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.
Tentunya sesuatu yang berbeza untuk dibandingkan antara anda berkhidmat untuk kerajaan dengan sektor swasta. Datuk Idris Jala pernah menyelamatkan MAS yang dihimpit hutang sebanyak RM3.08 billion untuk tempoh 3 tahun dengan cara menjual kapal dan beberapa bangunan lain untuk menyelesaikan krisis kewangan MAS sebelum ini (ini telah terdapat dalam hansard perbahasan baru-baru ini di Dewan Rakyat). Datuk Seri Idris pada awalnya merupakan Pengarah Urusan bagi Shell Gas & Power Malaysia (2002-2005) sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) pada Disember 2005. Selain golongan korporat seperti Idris Jala menyertai kabinet Malaysia adalah Tan Sri Nor Mohamad Yaakob yang sebelum itu bersama Bank Rakyat.
Kalau sebelum ini saya pernah menyentuh gaji pemerintah atasan sebelum ini, kali ini maklumat lebih terperinci berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009.
- Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
- Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
- Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
- Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
- Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)- Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)- Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)- Gaji Perdana Menteri Australia : Kevin Rudd
AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)
Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]
1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
- Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
- Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
- Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
- Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
- Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
- Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
- Elaun Hiburan : RM1,500
- Elaun Istimewa : RM1,500
- Elaun Pengangkutan : RM1,500
- Elaun Telefon : RM900
- Elaun Pemandu : RM1,200
- Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
- Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
- Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
- Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000




{ 48 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
:senyumkambing
- Amerika takde Perdana Menteri
- Gordon Brown bukan PM Australia
Maaf terlepas pandang. Ya…terima kasih kerana menegur
Aku pegi kelas menuntu ilmu x dapat elaun rm200 pn…
Lg 1, kate berkhidmat untuk rakyat,tp semua pn kene bg elaun, parking, tol,makan,dobi, telefo,etc+++++++++++++++++?
gaji bulan dah la mmg byk.Org biasa nak gi tandas pn kene bur 0.20.Org2 kaye ni mcm2 dapat free.TAK ADIL!!!kalau jadi wakil rakyat secra IKHLAS, patutnya x yah mintak insentif lebih2.
SAYA MENCADANGKAN AGAR GAJI MENTERI DAN IMBUHAN2 SEANGKATANNYA DIKURANGKAN.
especially elaun hiburan.MOTIF????? :curiga
Wah best nye jd Menteri..byk kemudahan..sy pun mao jd menteri mcm nie..ahaa :senyumkambing
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!! :joget
Sebab tu lah mana wakil rakyat yg keluar parti nie taknak lepaskan kerusi yg mereka pegang nanti abislah semua elaun2 tu kena tarik balik. Kalau semua ditarik balik anak bini semua nak makan apa.
makanlah nasi cam rakyat2 biasa makan ni…xyah makan steak :gelak
siapa yg penah tgok the arrival..akan paham situasi ini…jgn lepaskan pluang..wake up project..
kalau boleh dah x pyh bg alaun pn xpe………mkn gaji bulanan pn cukup la……….bila cukup time di audit…..semuanye rugi………kajian perlu di buat bg mengatasi masalah tersebut……….
tak boleh jadi ni… tahun depan aku nak masuk bertanding jd YB!!!!
Gaji menteri kita ni bukanlah ukuran kekayaan meteri kat malaysia ni..sekadar atas kertas je..
Mat Taib pun kekayaannya RM70 juta,dan RM1oo juta termasuk aset hartanah sumer..siap bawak cash juta2 lagi ke Aus..
P/S:harta ex-Mb Selangor ni same banyak dengan gaji Presiden US selama 80 tahun bekerja..ye ke?korg kire la sendiri.. :ketawa
Tanggungjawab besar bayaran pun kena la besarr..
Klu negara maju dipimping oleh orang2 cam nii..
Why noy to pay themm..
Setakat ni kita pun hidup makmur dan sentosa..
Jgn melatah pada pendapatan org..
Berusaha lahh sendiri untuk diri sendiri..
Malaysia maju..
Gaji RM22,826.65 dan lain-lain elaun lebih kurang antara RM30,000.00 ke RM40,000.00 bolehlah di anggap kecil dan tak memadai sebagai Perdana Menteri. Banyak kerja yang perlu dilakukan dan difikirkan, ini amat meletihkan.
Di barat,anda perlu bijak untuk menjadi seorang menteri,di sini anda jadi menteri barulah anda dianggap bijak..
dapat saya simpulkan sesiapa pun dan apapun latar belakang akademik mampu menjadi menteri di Malaysia ini..btol x?hikhik..
tukang kebun,guru,kakitangan kerajaan swasta juga kerjanya amat meletihkan,gaji cukup makan,tiada berpuluh2 penasihat pun..so tolong lah jangan buat suatu kenyataan yang menunjukkan anda seorg ignorant k?..
P/S: tempurung kelapa
Pekara yang menentukan pendapatan kita cukup makan atau tidak…bukan berapa jumlah yang kita dapat….sejuta sebulan pun tak akan cukup….tiap2 bulan naik gaji RM200 pun tak cukup….sedarlah….faktor yang menentukan gaji cukup, tak cukup atau lebih(boleh menabung) ialah…bagaimana kita menguruskan nafsu kita…apa keinginan kita….bagaimana kita berbelanja…berbelanja ikut kemampuan….
1. Bersyukur
Sekarang ini ramai yang tidak bersyukur atas rezeki yang tuhan berikan….banyak mengomel….sebab itu rezeki yang diberikan oleh tuhan tidak mendapat keberkatan…..tetapi ada rakan yang berkata saya sentiasa bersyukur atas rezeki yang saya terima…tapi masih tak nampak keberkatannya…bagi saya bersyukur itu mesti kena tempatnya…jangan kata hati sentiasa bersyukur tetapi mulut selalu mengomel duit tak cukup…mengumpat orang itu ..orang inilah yang menyebabkan gajinya tak cukup….tetapi terlupa kesilapan diri sendiri….IKHAS BERSOLAT jangan lupa..
2. Tanda rezeki yang mendapat KEBERKATAN
Petanda tiada keberkatan atas rezeki atau gaji yang diterima ialah keinginan menjadi sangat yang besar….benda tidak perlu menjadi sangat perlu….terlalu inginkan barang2 mewah tetapi sebenarnya tidak mampu….sentiasa ingin menunjuk2…selalu tukar2 h/phone…tukar kereta ikut trend…tiap bulan beli baju…banyak makan luar…memasak sendiri menjadi beban…masa sentiasa tidak cukup…tidak boleh menyimpan….malas….bila barang naik poning kepala…bila terdesak pinjam Bank…
3. Kerja curi tulang
Kerja curi tulang juga menyebabkan rezeki yang kita terima tiada keberkatannya….rezeki yang berkat…hati akan senang, tenang dan sabar walaupun gajinya kecil….tidak bersifat kebendaan….gaji kecil pun boleh menyimpan…sabar…dapat membezakan yang mana perlu atau tidak….sebab itu ramai kita lihat orang yang kita lihat berpendapat kecil tapi mampu pergi ke Mekah(sabar menyimpan duit ..ada yang menyimpan duit selama 20 tahun untuk pergi ke Mekah)
Pada pendapat saya bersolat, bersyukur, sentiasa menderma (tak perlu banyak RM0.10 pun cukup=IKHLAS), tidak mengumpat, jujur dan amanah adalah tersangat penting dalam mencari KEBERKATAN
Bukan seorang ignorant tetapi bekerja sendiri sebagai pekerja kontrak di kawasan-kawasan kampung merangkap mengurus dari menyediakan pelan, megira senarai harga, mengurus bahan-bahan, keperluan peralatan sehinggalah mendirikan sebuah bangunan yang tersergam indah bersama pekerja-pekerja sehingga pelanggan berpuas hati. Setiap kali dapat projek, setiap kali itulah mata susah nak lelap kerana berfikir menyebabkan berat badan turun. Ini amat meletihkan. Pekerja2 yang mengikut aku hanya melakukan apa yang disuruh, walaupun badannya letih dan peluhnya kalau ditadah dari pagi hingga petang boleh dapat satu baldi, tetapi tidur malamnya tidak terganggu.
Begitulah lagaknya sebagai PM. Merancang, mengurus, melaksana bagi sebuah negara sehingga selesai supaya rakyat berpuas hati adalah tugas yang amat berat. Amat meletihkan.
Merancang, menyelia dan melaksana kerja kontrak membina rumah kampung bersama pekerja-pekerja sehingga tesergam indah dan pelanggan berpuas hati adalah rutin dan mata pencarianku, tetapi kesusahan yang ditanggung hanya aku sedangkan pekerja2ku hanya melaksana apa yang aku rancang dan setiap hari gaji sentiasa ada walaupun adakalanya aku mengalami kerugian. Walaupun pekerja2 aku berpeluh dari pagi hingga petang tetapi waktu tidur malamnya tidak terganggu. Ini bukan kenyataan seorang ignorant(bodoh)
Begitulah sebagai PM dari merancang, menyelia dan melaksana supaya menjadi sebuah negara maju adalah tugas yang amat meletihkan.
alahai bro2 sekalian,kalau korang jadi macam mereka2 ni pun dah tak ingat dah yang belakang2.tak dapat melolong jer laa kalooo dapat bernafas pun tak berbunyi…. :phwitt
xpayah2 letih utk berfikir sblm tido.. apco kan ade… :ketawa
hahah ekk
1. kerja mengurus lebih meletihkan dari pekerja yang diurus…hanya yang dah rasa saja tau. pekerja hanya tau komplen je, masalah sebenarnya mereka tak mau dengar.
2. Mahukah kita mendengar komplen, kritikan, permohonan bantuan, ugutan, ancaman, cercaan, hinaan malah pengistiharan perang dari rakyat dan juga peringkat antarabangsa serta hidup dengan penuh kesibukan dari pagi hinggalah ke pagi esoknya untuk gaji RM25k ke bawah….?
3. mengktitik adalah lebih mudah dari melaksanakan kritikan.
4. kritikan yang bernas menunjukkan kerasionalan pemikiran, kebijaksanaan, kematangan dan kebersihan hati.
5. hanya mereka yang berani, bermental kuat, bersemangat tinggi, bijak mengawal emosi sendiri dan orang bawahan serta berwawasan mampu menjadi pemimpin moden.
6. memang lumrah dunia ada yang memimpin dan ada yang dipimpin. yang memimpin perlu memimpin ke jalan benar dan yang dipimpin perlu rela mengikut pimpinan. ALLAH lah yang menaikkan pemimpin dan ALLAH jugalah yang menurunkannya. Itu ilmu tauhid asas.
7. amatlah sukar untuk menentukan jalan yang benar apabila ada banyak kepelbagaian pemikiran, perangai, tahap kebijaksanaan dan kefahaman melainkan pemimpin tersebut mempunyai kelembutan, ketegasan, kebijaksanaan dan kekuatan.
8. kemewahan adalah idaman kepada semua manusia tidak kira pemimpin mahupun rakyat melainkan mukmin yang tidak terpesona dengan kemewahan, kesenangan dan kegembiraan.
9. pemimpin adalah pejuang ideologinya dan mereka2 yang tidak berideologi dan tidak berkekuatan hanya layak menjadi pengikut.
10. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri dikritik, ditentang dan diperangi dalam kepimpinannya, inikan pula pemimpin dunia sekarang ini.
Kesimpulan, jadilah pemimpin untuk beberapa orang manusia dulu sebelum menjadi pengkritik pemimpin lain.
kesimpulan kedua, rendahnya gaji jadi PM malaysia berbandingkan dengan tanggungjawab yang dipikul. berbaloi ke?
to kodok hijau:
mmg letih bila dikritik,urusan n sebagainye..tp bila kitew diam..tgk apew sudah jd..halalkn yg benda mengarut,x tegas membuat laksanakn..kitew cumew kritik itu shj..mmg gaji cekup kerana byk elaun disponsarkn..apew nk heran..nk gaji diowg naik,minta maap yew byk dh kesenangan mereka :jangan ..so lakukan dgn cara dan adil..kitew gaji ciput x naik2 pun..lps tu nk kena byr cukai la..pikir yew..kitew ni dh 50 lebih merdeka..xkn kitew xnaik gaji mase kew semase.. :peace
1.sebagai PM die juga menteri kewangan,pengerusi BN,pengerusi UMNO,ketua bahagian,Ahli parlimen,pengerusi syarikat2 GLC,ini yang saya tahu,lebih banyak ada…
2.mengikut prestasi gaji sesetengah menteri Malaysia ini RM 10k sebulan pun dah kira banyak,ramai orang komplen..
3.ya,bekerja di “peringkat profesional” memang sukar sebab dasar direntukan kita..tapi lebih sukar pekerja bawahan yang menjalankan dasar..
4.pemimpin sekarang lebih banyak “berfikir” cara untuk menjatuhkan lawan dan cara untuk mengekalkan kuasa..
5.saya setuju dengan no.4 “kodok hijau”,ini kerana sesetengah orang takut pekungnya terbuka..perlu ditambah bodek juga akan mendatangkan masalah lebih besar..
6…….no.5 “kodok hijau” dapat saya gambarkan dan saya terbayangkan Dato Seri Anwar Ibrahim..
7……..no 8,kalau anda mahukan kemewahan,bermaksud anda tidak bersedia menjadi pemimpin..kemewahan bukan di cari bagi pemimpin yang amanah..so far telah banyak dipraktikan oleh pemimpin PAS,syabas..
-gaji pemimpin kita hanya kecil diatas kertas-
kesimpulannya
“Melayu mudah lupa”
P/S:teringat seorg adun dulu,sekarang dah arwah..teringat seorg mb dulu,alhamdullilah sekranag masih sihat
masih x puas hati.kalau diorang tu keje amanah n ikhlas xpe jugak.ni skrg byk kes2 rasuah.rakyat miskin makin bertambah2.ape2 pun sy salute pemimpin2 pas yg walau menteri ttp menjalani kehidupan yg sederhana… :joget
saya kasihan melihat nasib Yb2 Pakatan Rakyat ketiadaan dana untuk kawasan mereka lebih2 lagi di Perak..
sedangkan rakayat telah mengundi mereka..
sampaikan Yb Idham Lim memberi pinjaman RM3500 pada Yb Kashvinder untuk kawasannya(malaysiakii)..itu cerita Yb pakatan yang telah tersebar selepas Yb kasvinder lompat parti..
saya rasa banyak lagi keperitan Yb Pakatan..saya rasa Najib tidak layak menerima gaji walaupun RM1000 sebulan..Najib manusia yang busuk,urusniaga negara di bawah nya semuanya rosak,kotor..
P/S:rosak lah negara kita
Ha ha ha…
Kesian tengok korang semua bertengkar pasal gaji PM. Hallo kawan, itu gaji termaktub dalam perlembagaan sahaja. Do you really believe that gaji Tok Jib RM22,000 only? :jangan
heh heh… itu gaji yang tertulis, gaji yang tak tertulis ni yang menyakitkan hati menyakitkan diri, kita yang gaji tak seberapa ni, kena bayar petrol, bayar tol, road tax, cukai pintu, cukai tanah, servis kereta, api air… geng tok jib semua tu free ATAS ALASAN KERJA UNTUK NEGARA, LAGIPUN KENA INGAT, KUNCI PERBENDARAAN NEGARA ADA KAT TANGAN DIORANG NI, AYAM ORANG MALAYSIA SATU REBAN, YANG MENJAGANYA MUSANG…. SENDIRI MAU INGAT
ye betul tu kodok…. memang betul susah nak mengurus ni, semua orang tau yang otak memerlukan 25% keperluan tenaga seluruhan, tapi kan kodok, yang difikirkan tu betul ke caranya, kalau betul tak apa, gaji atas kertas memang kecik compare dengan negara lain, gaji yang tak nampak tu, melampau lampau besarnya, yang itu tu kodok hak orang lain tu… huhu
Saya setuju dengan farah, tidak hairan sangatlah gaji orang besar di negara kita rendah berbanding dengan negara-negara maju, tetapi kita harus sedari, kewajipan mereka dalam menjalankan tugas yang telah di amanahkan rakyat. Jika motif utama mereka masing-masing untuk mencapai kesenangan, memang patut untuk kita mempertikaikan gaji mereka semua. Tapi apa yang saya nampak, kebajikan rakyat masih lagi tidak di ambil peduli walaupon kita nampak banyak bantuan yang telah di salurkan. Contohnya wang zakat bulanan atau tahunan yang kita bayar, seharusnya dengan kadar rakyat malaysia yang membayar zakat, kuantiti masyarakat miskin sekurang-kurangnya dapat diatasi, tapi kemanakah perginya wang-wang tersebut di alirkan?…
blom termasuk under table lg..
undi anda yang menentukan pemimpin..hehehe…
x leh jadi ni….thn depan aku nak duk kat kusi najib ni….aku xkira nak jugak
apa nak sibuk psal gaji dia org ni semua…..besok kalau mati pun satu sen pun tak dibawa.! lg satu…jangan nak dibandingkan pemimpin zaman skrang dengan kepimpinan zaman Nabi Muhammad S.A.W..!!! Pemimpin skrang takkan bolah ikut mcm kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.!!! Nabi Muhammad adalah pemimpin umat sejagat dunia & akhirat.
Gaji Ahmadinejad ada tak?
dah la aku bayar tol untuk diri sendrik, pastu kene bayar tol untuk depa lak. pastu tol naek melambong lambong.
ape kes? damn… *sumpah seranah*
elaun kehaqdiran dewan rakyat 200 rm sehari, tapi elaun kehadiran mesyarat ajk jkkk kg sri jemapuh saya tak pernah terima sebanyak 30 rm. macam mana saya nak undi BN saya buat surat aduan ket Wakil Rakyat tapi sampai sekarang tak ada maklum balas. PRU ke 13 saya pangkah PKR padan muka BN tak tulus. Kalau Pemimpin BN baca komen sila ambil tindakan terhadap Ketua Kampung Sr Jemapuh, Kuala Pilah namanya sarif hj Udin.
gaji pm kie rm22k je….xkan gaji 22k sebulan leh lepak hotel atlatis dubai rm100k semalam…klu 2hari 2 malam?klu seminggu?.mesti lama pm kite n isteri kumpul duit nk bercuti kt sana kan?
gaji pm 22k je….kesian p kite penat2 fikirkan pasal negara…22k je gaji tp kaum keluarga n kawan2 harta berbillion2.syarikat berpuluh2..saham belambak2……cm pelik je…tul ke gaji 22k je???
kalau ada anak2 kecil yang perlu bantuan untok pembedahan tak kira bangsa tolong2 lah pak menteri2 beri bantuan sedikit sering kita lihat dalam akhbar
gaji ini adalah dari kerjaan shj..untuk pengetahuan anda ..ahli parliment ni di benarkan terlibat dalam perniagaan secara langsung atau tidak langsung…kebanyakan mereka menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang besar@penasihat….fee mereka bukan ribu malah ada ratusan ribu setahun…itu satu syarikat..dalam malaysia ada berapa syarikat?beribu syarikat…tau..andaikan 1% shaja….kira sendiri la income mereka…..itu la pasal mereka bermatian kempen pilihan raya sangup berhabis duit…mereka attack syarikat GLC cukup…makan xhabis beb..rakyat biasa ni di amok isu2 semasa oleh akhbar mereka…padahal agenda ahli politik ni satu aje…duit poket..dan kumpul kekayaan..rakyat bagi la sikit…..
Wahai UNTA2 yang MASIh menyokong NAJIB a.k.a PEMAKAN NASI KANGKANG ROSMAH MANSON(BKN MANSOR)! PM hinggalah ahli2 kabinet diorng nie semua nie dah tipu kita hidup2… Dah lame dahh (ayat Dr M dluu waktu nak letak jawatan….) BULLSHIT je kate GAJI DIORNG SIKIT! Itu tipu je la.. Wayang jer lebih! ANAK NAJIB belajar kat OVERSEA LA! BELANJA ANAK NAJIB LEBIH 20K sebulan kat sane! Cukup ke gaji NAJIB 22K nak support! Sendiri fikirla! Org bodoh semua cakap PM NAJIB is THE BEST! Bodoh! Dia nasib baik jadi PM sebab PAK LAH yang SUGGEST! Klu tak MMG TAK LA ADE ORG NAK BODOH TU JADI PM! BULLSHIT!
Benci POLITIK KOTOR menulis Berita Terkini….My Space My Life
saya suka komen ni. Nampak la berakal sikit. Orang lain ikut sedap je komen. Nampak sangat depa ni standard kuli je. Saya keja jaga 30 org pun dah skit kepala. Biasa la, kaki kencing ramai, jaga bangla ngan indon lagi senang. Tak banyak songeh…. Gaji pun murah. Kalau malaysian ni, gaji nak mahal. Keja standard lagi teruk pada bangla…
Gaji n elaun kecik tapi projek jutaan RM….di sabah wakil rakyat n ketua bhgn UMNOpun ada rumah n kereta mewah….
hoho..last tyme den wat presenttn..gagap2 den nk sebut no dy y byk..ni da jd pijar u know..P.I.J.A.R.
boley x lepas nie lancarkn 1gaji..xpyh laa susah2 nk kter nk naikkn pendapatan pddk m’sia..ok X???
Elaun yang tinggi jika setimpal dengan produktiviti dan tanggung jawab adalah wajar, tetapi jika tak setimpal maka ambillah hak orang lain.
tak payah cakap banyak.
sendiri buat, sendiri tanggung di padang mahsyar kelak..
Setelah manusia di bangkitkan dari kubur masing2 pada hari kiamat dan di himpunkan
di padang mahsyar,mereka menghadapi kesulitan dan kesengsaraan disebabkan dosa2 daripada amal
kejahatan mereka.Mereka saling menyalahkan orang lain yang di dakwa sebagai penyebab berlakunya
kejahatan dirinya itu.Anak-anak menyalahkan ib bapa kerana membiarkan mereka tanpa bimbingan,rakyat menyalahkan
pemimpin kerana melibatkan diri mereka dalam pemerintahan yang tidak melaksanakan hukum Islam dan seterusnya……
Apa yang lebih menyedihkan ialah manusia berdebat dan menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak
melakukan ketaatan kepada ALLAH swt,sedangkan ALLAH swt telah menyediakan segala kemudahan hidup
di dunia,serta di utuskan para rasul untuk memimpin mereka ke jalan yang benar.Namun segala kemurahan ALLAH swt
itu tidak pernah di hargai,sebaliknya mereka menurutkan kehendak hawa nafsu yang sentiasa mendesak manusia supaya
merasa indah dan lazat terhadap segala kejahatan yang di lakukan…….
hope ad sesiapa yg boleh share gaji ceo syarikat atau bank lain seperti public bank, maxis dll…