Seperti kami perkatakan sebelum mesyuarat yang melibatkan para petugas bagi semakan semula formula gaji baru SBPA 2012 ini akan diadakan pada hari Rabu ini 22 Februari 2012. Katanya mungkin akan ada khabar gembira untuk kakitangan awam, mungkin juga….
Mungkin juga sebaliknya. Semuanya bakal diketahui hari Rabu ini berdasarkan tuntutan penambaikan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Antara Lain Cadangan Cuepacs : Penambaikan Formula Gaji Baru SBPA 2012
Dan terbaru berdasarkan laporan Bernama perkembangan terbaru mengenai Cuepacs antaranya ialah :
- Cuepacs mengharapkan supaya kumpulan pekerja lama dalam kumpulan pelaksana Gred-17 skim Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) dengan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi
- Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21
- Mengambil kira kedudukan mereka yang berkhidmat lama sebagai kakitangan awam
- Realitinya sekarang ini, kerajaan hanya beri satu kenaikan saja kepada mereka yang berkhidmat (dengan kerajaan) hingga 30 tahun atau 35 tahun, iaitu sama dengan orang baru yang dinaikkan pangkat ataupun baru saja berkhidmat 4 atau 5 tahun
- Cuepacs mengadu yang kakitangan awam rata-ratanya hanya menerima sehingga 4 % sahaja berbanding pengumuman Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 yang mengatakan kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13%.
- Lapisan gred kumpulan pelaksana untuk kenaikan pangkat ditambah kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil


{ 190 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
hidup kerajaan
Harap jgnlah terlalu rendah kenaikannya….
mcm tu lah. jaga negara, jgn nak buat kacau aja. yg buat tu tak bersyukur. tak tahu asal usul bangsa.
hi org2 gomen saya baru je join group gomen ni ,saya pon dihantar pegi kursus sepanjang di tmpt kerja dan tempat kursus dimana2 lah yg jumpa org gomen ni pasti punya
soalan pertama :nama?
soalan kedua:jbtn?
soalan ketiga: pangkat?
what the fcuk with you guys nape klu ada pangkat mati diorang bwk naik jet ke atau dapat pas vip masuk syurga ke? kebanyakan golongan gomen ni org islam (aku pong islam jgk) tapi kalau time pangkat je mcm x de agama….
tgk la kat blog ni pon pangkat ni hentam pangkat tu kalau kita semua bermuafakat tak kira pangkat aku rasa lagi kuat suara kita sbg orang gomen biarlah gaji lebih pon akhirnya hanya kebahagiaan jadi ukuran……amacam gaji skrg x bahagia ke….haha mesti terlebih suda kat mana2 tu……
kalau ikut Ikut Cuepacs ni
41 akan ada turun sikit
biar betol. dahlah 41 gaji kecik.
41 gaji kecik? tak bsykurnya kamu…ingat skit gaji gred yg bwh 41 ni…lg KECIK.
Bawah 41lagi kecik?32 @ 34 @ 38? jauh tu nak compare. Kalau 27 @ 29 mmg patutlah kecik sebab diploma. 17 mmg patut sebab sijil tapi basic 17 dengan 41 bukan jauh pun.
41 or yg above tu nasib je dpt jwtn tu.rata2 17 dsb ye ramai yg ada degree cuma xbnasib baik je.rezki msg2.wat keje pun byk 17 yg tau.41 sain je.
rezeki masing-masing..xboleh nak merungut..masing-masing dapat kerja dengan kelayakan masing-masing..dan hak masing-masing untuk mendapat apa yang mereka mahu..xkisah 17 ade degree atau tidak..sebab kita juga yang menandatangan untuk jawatan tersebut..jikalau kita tak mahu, kenapa kita tetap ambil kalau kita rasa xberpadanan dengan sijil kita?..ramai lagi yang mahu kerja..oleh itu, baik 17, 27, 41 sekalipun ada hak untuk semua bersuara..jangan kita nak menjadikan semua perbalahan untuk memuaskan hati masing-masing..kalo xnak bekerja, berhenti..bagi mereka yang lebih mahu..
SETUJU dengan hanie….. 41 2 taow main ular jak (tak semua)…41 banyak bergantung dgn 17… tanpa 17 41 tak boleh buat keja… sal tak nak buat
ramai yang bercakap ikud mulut di atas merupakan penterjemahan tidak tau berorganisasi. Tidak kira dimana dalam susunlapis mana kita berada kita adalah alat kepada sebuah organisasi dan ianya saling kait mengait dan perlu memerlukan, gred diwujudkan untuk melambangkan tanggungjawab dan fungsinya dalam organisasi, ketidakpuasan hati adalah biasa tetapi menempelak orang lain tidak berfungsi dan diri sendiri yang penting dan berguna adalah mazhab dalam PA yang salah, dan betulkan fahaman anda jika 17 dan 27 nak sama gaji pangkat dgn 41 belajarlah dapatkan diploma atau ijazah itu baru betul. Jangan emosi menguasai diri, Negara tidak memerlukan orang macam ini.
haha..btol tu..blaja tinggi2 gayat..tp cume tau sain je…hahaha..last2 kene panggil ngn audit pasal salah sain sbb main sain jer tk cek..kan bodo namanye..blaja makin tinggi mkin biol..cukup 25 hb..cucuk duet jer yang die tau..
bongok..
Betul.Kurang nasib baik ada degree gaji SPM.
32/34/38 dah lebih 10 tahun berkhidmat bro….dah otai….lu 41 br setahun jagung..mana bleh compare….kalo lu 41 dah lebih 10 tahun..mesti dah naik 44….so 32/34/38 kena le compare ngan 44/48….tu le.. baru keje setahun dua dah sibuk nak pakai civic,crv,sonata…..beli honda cup dulu le….
Agaknya tuan yang tak guna akai?akai takdak.
Pasal kerajaan mmg saya tahu 32/24/38 tu dah kerja lebih 10 tahun, mungkin dah 20 tahun. Saya cuma menjawab pertanyaan seseorang yang cakap gaji bawah 41 kecik. So, nak buktikan gaji 41 mmg kecik. Akai takdak?
Pemerhatian sayalahkan, yang guna kereta canggih2 ni kebanyakkan yang pangkat rendah daripada 41 (bukan 32, 24 @ 38). Macam yang 41 guna motor je pergi kerja. Alahai, bercakap tak guna otak.
Saudara/ ri alahai..gred 41 tu adalah gred starting bg pnjawat awam yg ada ijazah sedangkan gred 32/34/38 tu merupakan gred gaji knaikn pngkt bg golongan pnjawat awam yg gred 29 tu. So xpyh lh nk bising lg. Sy pun gred 44 dh
Saya malas nak bising, tp kalau ada org mcm cik/encik yang cakap sy tanpa baca betul2 tu yang jahil sy nak perbetulkan. “Hadoi” dan “Alahai” ni org yang sama. Kalau sy guna Ipad (Hadoi), Komputer (Alahai). Sy cuma membetulkan apa yang org cakap mengenai gaji bawah 41 kecik. jadi sy memberi contoh 32/34/38 yang mana lagi besar daripada 41. Ingat sy tak tahu ke semua tu lantikan? Rasanya cik/encik yang tak perlu bising sebab cakap tanpa usul periksa. Faham?
alahai gaji pun PM lum umumkan lagi dah berdebat…jangan nanti bila dah naik gaji maleh lak nak buat keje harap org bawahan je yg buat…kami yg gaji rendah nie x kecoh2 pn..asal dapat apa yg di janjikan dah bersyukur….
kami merungut gaji kecik sebab dulu penat2 belajar sampai dpt segulung ijazah yg harganya berpuluh2 ribu.brp harga ijazah kamu ??tp best juga jadi mcm kamu ni.dulu tak pyh susah2 belajar.lps tu skrg menyalak nak gaji besar mcm org yg ada ijazah.apa nak buat jenis tak tau malukan…
Antara Ijazah dan pengalaman mana yang lebih penting. utk dpt Ijazah belajar 4-5 tahun. Banyak teori. Nak dapat pengalaman 20 hingga 30 tahun. Buat kerja sebenar. Dapat Ijazah hanya segulung kertas. Pengalaman tak tertulis tapi termaktub diminda. Teori dan kerja sebenar banyak beza. Pengalaman mengatasi teori. Apabila dah kerja baru tahu, adakah kerja dilakukan sama dgn yang dibelajar. Tapi yang berpengalaman dah buat berbagai-bagai kerja yang tak pernahpun ada dibelajar walau di U. Percaya atau tidak yang 17(SPM) dah berpengalaman 20 hingga 30 tahun boleh buat kerja bermacam-macam apabila diarahklan, berbanding dgn yang 41 yang masih mentah. 17 akan ajar 41. Tapi banyak 41 yang sombong bongkak dgn Ijazah mereka. Belajarlah dari yang berpengalaman walaupun mereka hanya ada darjah 6 saja.
Anda harus ingat… dalam kalangan 41 itu terdapat umpulan yang telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam perkhidmatan. Kemudian sambung belajar dengan duit sendiri untuk menambahkan ilmu dan kelulusan. Seterusnya, berjaya meningkat ke 41. Dalam Perkhidmatan Pendidikian, sewajarnya golongan ini amat layak menjadi Guru Besar atau Pentadbir di sekolah rendah. Namun, peluang naik pangkat untuk golongan ini di sekolah rendah tiada dalam skim Perkhidmatan Pendiidikan. Maka, biarpun mereka ini nantinya naik ke 44 atau 48, mereka tetap menjadi guru biasa dan ditadbir atau menerima arahan daripada Guru Besar yang grednya jauh lebih rendah. Maka akan berlakulah senario seperti ini, Guru Pakar di sebuah hospital diarahkan oleh seorang Pembantu Perubatan…. atau Pak Imam masjid diarahkan oleh seorang Siak …. Logikkah situasi seperti ini? Menjelang 2015, kohot 2 dan 3 PPG akan habis pengajian dan kembali mengajar di sekolah rendah. Maka ketika itu, hampir 75% guru di sekolah rendah berijazah…..
Mohon KPM, JPA, SPP melihat situasi luar biasa ini dengan segera!!!!
ada ijazah tapi xde pengalaman pun x guna gak….harap ijazah je yg bergulung tapi keje cam hampeh pun x guna gak..jgn nak bangga sangat ngan ijazah yang awak ada tu…dah sibuk nak belajar sampai ijazah lagi nak bising2..apadah
klu nak gaji mahal or ikut releven dgn ijazah jgn la keje kerajaan klu dah tau gaji kerajaan tu kecik..sape yg manyalak skrg ni??kte sama2 gaji kecik sebab tu la kte ni menyalak..sape yg xmenyalak skrg ni??rilex bro kte ni semua ni mangsa..pemangsa yg besar2 tu gelak je kira gaji SBPA yg diorg yg dah dpt..
kami merungut gaji kecik sebab dulu penat2 belajar sampai dpt segulung ijazah yg harganya berpuluh2 ribu.brp harga ijazah kamu ??tp best juga jadi mcm kamu ni.dulu tak pyh susah2 belajar.lps tu skrg menyalak nak gaji besar mcm org yg ada ijazah.apa nak buat jenis tak tau malukan…
Pangkah…memang le gaji kecil….baru keje…kami ni dah 20 thn lebih keje…masa ko penat2 dok gulung ijazah kami ni dok penat2 cari/perolehi pengalaman.Bagi yg ada ijazah dah 20 thn keje tu tak bising pun….masalahnya budak baru yg ada ijazah ni selalu buat kecoh…nak gaji dgn org lama yg dah nak pencen…baru keje (ada ijazah)…kena belajar le dulu dgn org ada pengalaman luas…ada pegawai baru mahu belajar dptkan ilmu dari org bwhn…ada segelintir bodoh sombong…malu bertanya konon…aku lebih hormat pegawai baru yg rajin bertanya utk dptkan ilmu…senyum aku jika yg jenis bodh sombong kena sindir pegawai atasan..kalo kita boss ada boss lagi kat atas tu..pk2 le…
Sesungguhnya kita tak payah gaduh gaduh bab gaji ni…kita kena lah bersyukur kerana kita ada pekerjaan tetap kalau nak bandingkan orang yang kerja tak menentu tu…Segala galanya rezeki dari allah yang maha bijak meletak sesorang itu yang setimpal dengan rezekinya..Sepatutnya kita semua berbanyak syukur kepada Maha Pemberi kerana kalangan tak payah bersusah payah memikirkan pendapatan kita kerana setiap 25hb kita dapat gaji…
betol kumpulan pelaksana yg byk menjayakan dasar2 kerajaan…so x yah la nk komen lebih2 yg di ATAS hnya memerintah je kalo diberi peluang lanjutkan pencen sy ingat mau yg di ATAS ni nk keje smpai mati! sbb bg arahan je slgi mulut bole bckp…hehehe….. yg di ATAS sy ingat blom tentu lg tau wat keje biarpon buka n tutup fail skalipon hahaha kelakar kn???tp ni la realitinye yg berlaku..
Percayatak..staf bawahan 17 ke bawah banyak yang berjaya, samaada bersara awal atau tidak. Banyak yang jd ahli perniagaan.. Inilah hasil usaha kerja lebih dan pengalaman yang bertimbun, ketabahan dan tekad apabila merasakan ketidakadilan wujud dalam sistem hairaki kita. Hanya memandang sekeping ijazah (Kertas) sebagai perbandingan keupayaan individu. Ramai mereka bukannya melanjutkan pelajaran tapi mencari ruang dan peluang menambah rezeki secara halal. Hasilnya nampak dan ramai yang bersara awal apabila juma peluang. Berbanding kumpulan atasan yang terima gaji besar-besar hanya mengharapkan apabila pencen dapat disambung secara kontrak nak dapatkan habuan lebih. Bersarapun biasanya dapat habuan sebagai bussinessman dari ganjaran kerja bantuan ehsan kerajaan setelah berkhidmat.
mcm yg BS pernah siarkan. mmg turun kadarnya. x taulah utk semua skim perkhidmatan atau certain2 jer. huhu… 41 yg akan tersepit akhirnya tidak dibela…
41 gaji kecik… mcm x percaye jer…. kami yg 17 tue gaji besar ker..
Sejak 2007, DG41 memang teraniaya. Kenaikan untuk bawah 41 ketika itu lebih tinggi sehingga menyebabkan 41 diatasi oleh 32 melebihi RM300.00. Itu bagaimana? Kumpulan bawah 41 harus lebih bersyukur dan gembira kerana Presiden CEUPACS asyik mengutamakan kalian dalam tuntutan kenaikan gaji. Gaji hendaklah mengikut kelulusan seseorang. Kalau PMR gaji ikut PMR, kalau SPM, gaji ikutlah kelayakan SPM, kalau diploma, gaji ikutkan diploma, kalau ijazah, selayaknya diberikan gaji ikut siswazah. Ini sebaliknya hendak disamaratakan gaji kakitangan kerajaan seolah-olah kelulusan yang mereka capai tidak penting lagi. Masakan logik, kakitangan rendah dengan kelulusan PMR atau SPM diberikan gaji hampir sama dengan yang berkelulusan siswazah? CEUPACS perlulah realistik!!! Kalau mahu memohon kenaikan, mintalah dengan kadar yang sama untuk semua kumpulan. Contoh, kenaikan 25% untuk semua kumpulan, barulah adil. Kalau kumpulan 17 menerima 25% sedangkan 41 cuma 5%, akibatnya, gaji 17 akan lebih tinggi berbanding 41. Pastinya akan ada dialog seperti berikut,”Kerja dengan kerajaan tak payah sambung belajar susah-susah. Tak payah dapat ijazah, CEUPACS akan perjuangkan gaji yang sama. Rugi jer belajar…. Tunggu 10 tahun dapat timebase…. hahaha!!!!”
Sdr Amin….mungkin 41 tu baru keje beberapa tahun….sedangkan 32 dah otai n tak lama lagi dah nak pencen….
dan;
mana ada kerajaan bagi 25% kt 17 n 5% kt 41…mane ko dpt ni…ko reka2 sendiri ke…
Jgn tgk 41 jea…. yg lain x kecik?
tahniah kerajaan
membuktikan kerajaan hari ni
prihatin layak memerintah
teruskan untuk penggal seterusnya
Mana ada gred yang akan turun gaji. Baca kat mana tah! Gred 41 dibawah SBPA lebih utg dari skim2 sebelumnya. Ada jugak kaki pengampu kat sini ye.
benda ni x konform lg. jgn marah2. tunggu jelah.
fikir2kan lah situasi kami ini..
tp kalau org pertikaikan gaji 41 besar, kena tgk gak hutangnyer.
kebanyakan yg nk dptkn degree hutang nk byr ptptn pon da cukup lama. tgk laa usaha yg 41 ni jugak. kami nk gaji besa sket, berkorban pon besa jugak. org lain yg xde degree hutang keta dgn rumah + mak bapak. yg ade degree ni hutang belajar sampai 20 tahun. lom campur dgn kos pentadbiran yg saban tahun meningkat…
betul tu mama,tapi kami ni lagi kesian.belajar sijil kat institute pertanian,2 tahun lebih.tapi dibayar setaraf SPM walau pun jawatan kami ni asasnya ada juga sijil pertanian..ada hutang lg.
apa singkatnya fikiran..gred 17 pn ramai yg ada degree,lg teruk nk kena byr hutang dgn gaji kecil..walaupun ada degree tp rezeki hanya setakat dapat gred 17 je..bersyukur la apa yg dapat.jgn pentingkan diri sendiri.masih ramai lepasan degree yg masih tak dapat kerja.hutang tetap kena bayar.
aku pun ada dgree,dan sijil pertanian tp tetap duk kat gred 17 walaupun aku masuk dulu guna sijil pertanian.dah 6 tahun tertunggak ptptn aku tak bayar.bukan taknak bayar,takmampu untuk bayar. kalau dapat iktiraf ke 27 macam gred JA3-1, mgkin aku akan bayar sikit2.
Apa yg kamu heboh2 ini, Saya sudah bertugas 33 tahun masih kekal gred17. sudah 12 tahun gaji mati P1 ssm.
apa nak kasihan…sebab ko malas baca buku….org lulus PTK naik P2….lepas tu nak salahkan org pulak…malas pulak keje…jadi pangkat pun tarak….sorry org lama aku pun otai jugak…ilmu dan kerajinan kena selari baru boleh maju….ada ilmu tapi pemalas tak boleh jugak…
tengok kepada orang yang ada sijil ijazah yang tak dapat kerja dengan kerajaan , dia lagi teruk drp kita. Kena bersyukur banyak banyak dan terima kasih kpd kerajaan kerana sentiasa beri gaji tapi kerja tak mahu lebih. Kalau kerja dengan swasta lama doh kena buang, kerja dengan kerajaan 2-3 tahun tak datang kerja masih tak buang lagi. Fikir-fikirlah wahai PA semua .
sapa kata PA taknaj buat kerja lebih?KAMI PA SEMUA SANGGUH KERJA BYK ASAL GAJI DIBAYAR SETIMPAL.
dah 2-3 tahun tak datang keje? masih belum di buang ….ha..ha…haaa….mana jabatan/kementerian ni teruk nye…kesian dia org yg ada ijazah tapi masih tak dpt keje nak buat macamana…usaha lagi…insyaallah ada rezeki le tu nt…
owhhh camtu, camne ngan yg gred 17 yang ade degree ni, x perlu bayar hutang ptptn ke…kitaorg lagi lah teruk, ngan gaji kecik n bebanan hutang ptptn lagi….. tolong la prihatin skit golongan macam kami ni..jgn ingat korang je yg nak bayar ptptn tu….
27 lagi nanyaaa…duk tengah-tengah…tak kaji langsung…….lah lah macam yang dok bawahnya….setaraf…..nassiibbbb….
tak payah kaji-kaji lagi biar cuepacs mainta dengan kerajaan supaya semua PA jadi kumpulan PREMIER baru betul.
aku cukup yakin mesti la ada khabar gembira… dah dekat nak mengundi kan ni…najib tak sebaghal DAP, PAS dan PKR
mungkin bijak dan mugkin tidak….dah ramai orang gomen kena kencing manis ni terlebih makan gula pemberian kerajaan
aku nak cabar orang gomen tender resign ikut exit policy, takut lama sangat karang parah kencing manis…. pilah buat bisnes sendiri!
kalau orang gomen bukan ‘orang gomen asli’ takyah nak komen tentang orang gomen, yer….
InsyaAllah semua akan dapat tambahan kenaikan gaji minima 7% dan maksima 13% atau lebih lagi, terima kasih kepada semua yang membantu meningkatkan ekonomi Malaysia.
Mengiktiraf apa-apa sijil kemahiran dan teknikal untuk tujuan kenaikan pangkat sehingga ke Gred-21
YANG NI AKU TAK PAHAM!!!
ADA KE GRED 21?
adalah, hang ni kerja kerajaan ka?
setahu aku,17-22-26. jawatan apa gred 21?tapi 19 mgkin ada untuk u17
adalah gred 21..kat tempat aku ada gred ni…tapi skim J la.banyak lepasan dari IKM/ILP..gaji dorang dekat2 gaji 22
kalau kenaikan pangkat takde pula 21… kalau naik pangkat semua nombor genap kat blakang….
Izinkan saya mencelah.
Gred yang nombor ganjil di belakang adalah lantikan baru.
Gred yang nombor genap di belakang adalah kenaikan pangkat.
hihihi
BAGUS JUGA KALAU SKIM SPM+SIJIL INI DIIKTIRAF KE GRED 21..
SKIM SPM GRED 17…
SKIM SPM+SIJIL GRED 21…
SKIM SIJIL GRED 27..
BARU ADA PENARAFAN TERHADAP SKIM SPM+SIJIL.
kalo ada SPM + Dip gred brape plak.. majoriti kami di W17 ada diploma.. tp xde sijil.. menggunakn SPM…
ADA KER SKIM JAWATAN (DIPLOMA+SPM)?…. JAWATAN APA TU? CUBA TGK SYARAT MASUK JAWATAN TU.YG TERKANDUNG DLM SPA.
Betul,tengok dulu kelayakan gred 17..jawatan pakai spm je jadi gaji pakai spm…yg ada diploma pulak kena pilih jawatan diploma baru gaji diploma..mcm mana boleh dapat keja kerajaan kelulusan tinggi diploma boleh dapat keja gred spm…nie kena tanya spa nie …sepatutnya spa kena tindakan kepada pekerja yg menipu kelayakan untuk jawatan gred 17 dalam perkhidmata awam nie..
Apa plak menipunya dah dia mmg ada SPM lain lah klau dia xde SPM tp dpt keje gred 17. itu baru kata menipu.
maksud dia tuh,ada diploma tapi sebab nak masuk kerajaan guna spm dan sorok diploma tuh untuk jawatan 17.menipu la kan..pastuh yang 17 spm ada diploma nilah yang sebok nak naik gred sebab ada diploma.angkuh lagi dengan 17 lain yang ada spm je.cuba kalau kerajaan bagi 17 tuh cuma pada lulusan spm je,deg ke dip ke tak boleh pohon,,mesti tak ada 17 memekak mintak naik gred kan sebab semua cume ada hanya spm je
takde penipunya.masa interview pun dah bgtau ada diploma juga.
Adoi, poning kepala pak cik. Pak cik di sektor swasta nie siapa la nak bela. Nak harapkan siapa la yang sudi mendengar suara pekerja rendah macam pak cik nie. Dari satu penggal ke satu penggal, dah dekat mengundi. Sektor awam tiap tiap tahun terbela. kami sektor swasta macam mano. Siapalah yang sudi mendengar keluhan pekerja swasta nie. janganlah dibandingkan pak cik dengan oficer-oficer tu or ceo, coo ker, or aper aper jawatan tinggi lain. umpama pungguk rindukan bulan. Adoi, pak cik duduk terdiam dan seterusnya poning memikirkan nyo.
sabar uncle
insyaallah ada rezeki yang akan memihak kepada org swasta
saya pun kerja swasta gak
kerajaan mana nak pandang org mcm kita
dia lebih sayang org gomen
lubuk undi dia kat situ..
betul.lgpun k/kerajaan dah lama takde pelarasan skim.dari tahun 1990 dulu jer.bayangkanlah kenaikan tahunan hanya rm40 jer setahun.
Tahun 1990 harga emas rm30/g sekarang dah berapa?Inflasi berlipat2 kali ganda tapi gaji tak naik2 sama macam zaman 70an.
mana pulak ktgn awam berapa kerat jer kalau nak dibandingkan pkerja rendah diswasta . pada firasat aku buat apalah pekerja swasta bergaji rendah ni tidak melakukan undi protes yelah MTUC minta gaji minimum 900 sampai sudah tak dpt-dpt. cuba beritahu aku adetak penjawat awam yg terima gaji dlm 500-600 sebulan . tak derkan sebab kalaupun gaiji pokoknye rendah tapi dah campur EKA, COLA, RUMah dah lebih dari 900kan. SO BN pls ingat kau tu selamat sebab pengundi swasta (terutama yg gaji rendah) so pls bela mereka. aku kesian tengok rakan-rakan aku yg gaji 700 sebulan (ramailak tu)
gunalah persatuan yg ada untuk membela nasib/masa depan saudara di sektor swasta..bagi pihak kerajaan,cuepacs yg main peranan untuk suarakan pendapat dan hak yg patut penjawat awam dapat.
apa nk ssh, datuk subramaniam dh bg tau… gaji minimum swasta antara rm800 ke rm1000, dh kira oklah tu untuk gaji pokok je.. belum lagi elaun lebih masa, elaun2 lain
kita senasib wahai pak cik valuation.
kenapa ada ketuanan mamak pula ni?
setuju ngn pakcik Valuation..kat sektor swasta xder org nk bela…gomen tahu naikkan gaji gomen jer, tp swasta ? sedangkan pekerja swasta jugak menyumbangkan cukai pendapatan pada gomen..tp hasilnyer ? org gomen je dpt pekdahhh…
ye ker orang gomen dapat pekdah???… swasta kalau dapat bonus sengapp je.. 5,6 bulan… sengapppp… gomen dapat sikit pun heboh satu dunia… camana harga barang tak naik.. bila harga barang naik kena sekali la kat yang gomen dan yang tak gomen.. peniaga tak tanya mu kijo apa gomen ke x?.. ada dia kisah?..
valuation?? penilai swasta ker?
Pak cik meyokong komen brother MAMAK. Adoi hai, Wahai Penilai, tak perlu la tahu siapa pak cik. Pak cik sememangnya bukanlah seorang penilai. Cuma, dewasa ini terlalu membebankan bagi pak cik yang dibawah bawah nie. Pak cik tengok orang gomen sebelah umah pak cik. Dah pakai 2 keta. Satu saga BLM dan satu lagi Inspira. Kalo pak cik dan semua sektor swasta ini dibela, esok gula naik 50 sen pun pak cik tak bising. Dulu milo 2kg rm29.99, sekarang dah rm31.99. kesian anak pak cik tak minum milo dah. Kami tukar kepada milo econsave. Semua naik tahap dewa. Nape tak dirangka satu peringkat bersepadu agar seiring dengan sektor swasta. Kita same same naik dengan ok. nasib wife pak cik pun keja. Boleh tolong pak cik. kepada anak pak cik, ayah minta maaf, ayah tak boleh beli kek secret resipe tu, mahal. duit tu boleh buat belanja dapur. jangan merajuk ya along, tak boleh ikut orang sebelah rumah. Dia kerja gomen, ayah kerja kilang ajer. Kita orang susah. Along belajar la pandai pandai dan jangan jadik macam ayah. Esok dah kerja bebaik, boleh beli kek kat secret recepi. Ayah pun tak pernah beli kek kek nie. Kita semua orang susah.
sedih pula statment pakcik valuation ni,tapi ada hikmahnya.. dulu saya pun pernah kerja kilang,technician maintenen. gaji pokok rm900 sebulan. 7 thn lepas.tapi kerja OT lg,dapat hampir rm2000 sebulan.tp tak nampak waktu siang la.tapi kerja rilek,cuma standby jer.selalu je tido,tunggu on-callpergi kerja awal2 belum naik matahari lg,balik pulak malam.sekarang dah dapat kerja gov….rezeki Allah.
jgn la beli sebiji kek, beli la sepotong kek baru je RM 7.90. Murah je…
brader mamak…hang ni cakap macam gaji hang juta2..walau 7.90 pon bagi org2 yg ade byk komitmen, baik wat beli benda lain…sabun mandi kaa, ubat gigi kaaa…gula ker..myk masak kaa…ni 7.90 sepotong kek tu kocik bebenor jer..nak share 2 org pon x cukup…….
pimai2 tangtu.. jgn lupa,mamak dan ketuanan mamak tu org berlainan..
ops sorry brader mamak…aku td emo ngn brader ketuanan mamak, cakap macam pakai kepala lutut jer…
tak pe2 pimai2 tang2..aku juga teraniaya ni,mcm org lain.bkn nak gaji dgree walau ada dgree pun.aku cuma nak hak aku sb aku masuk jawatan ni guna sijil pertanian,tapi dapat gaji SPM pula.tu je.kawan2 aku yg sama belajar,masuk jawatan pembantu pertanian semua dapat GA3-1.patutnya aku dapat la jugak.bukan dengki.cuma hak.
aku beli rm6.90 jer.dah naik ker?aku rela tak makan.bg ank je mkn.
Saya dulu keja swasta.gaji permulaan 800 je walaupun ada diploma tapi syukur syarikat tu menjaga kebajikan pekerja.ada ot..elaun makan..kenaikan tiap2 tahun pun boleh tahan.dan paling best walaupun keja tak sampai setahun dah dapat bonus 4 bulan gaji..bila masuk gomen, gaji 600 lebih.nasib baik ada elaun..boleh la bernafas sikit.kenaikan tak sampai 50 ringgit pun.bonus?kadang 500, kadang sebulan gaji.pada sy mana2 tempat keja pun ada untung dan rugi.tak salah kalau nak mencari dan mengharap yg terbaik tapi sentiasalah bersyukur dan berdoa..insyaAllah..rezeki tu kan Tuhan yg bagi..?
salam………..kita patut ukur dengan tugas kita,kelayakan, pelaburan dan tanggungjawab kita la. maaf ye, takkan kerani nak gaji lebih tinggi dari pengurusan, apa kelayakan yang mereka ada, apa tanggungjawab mereka di pejabat dan apa mereka korbankan masa muda berbanding dengan golongan pengurusan. fikir-fikirkan
bukan nk lebih gaji dr pengurusan..kami pun ada otak gak..cuma nk stimpal dgn ekonomi yg tak tentu hala skrg ni..ada paham?haishh.
brader mamak,msuk gomen tahun bile?
I am in malaysia for tourists. I
like the women malaysia … I
want to work with the
government of Malaysia. I
want to marry a woman
malaysia. there are vacancies?
Saya harap JPA mengambil perhatian apa yang dicadang/email kpd JPA sehingga 15hb.buat lah terbaik.buktikan JPA lebih baik dari CUEPACS.
Baguslah ada pembaikan sekurang-kurangnya ia dapat memuaskan hati semua pihak..sebab manusia yang buat sistem ni, mesti ada kelemahan dan kebaikan dia. Harap ada perubahan yang ketara dan menyenangkan kakitangan awam..peace!!
Bagus juga cuepac…..memberi tumpuan yang berkhidmat lama……….tapi ada pekerja bawahan bekerja berbelas tahun……….tapi datang kerja
tidur dan kaki ponteng……dah le tu bodoh semacam je…suruh semua dia tak pandai..bila suruh pergi kursus tak mahu…nanti takut jadi pandai…kena buat kerja lebih …gaji naik juga walaupun tak buat kerja…kesian kat kawan yang tolong orang malas buat kerja……tak ada beza rajin dengan malas…gaji sama……
Semua org mpertikai gred… Apa nie… Gaji jer ker yg korg pertikaikan… 32 ker 34 ker… Sama jak la… Kamu pertikai gaji besar ker kecil… Tp utk dorg naik ke timebased 32/34/38 tu bkn senang… Mau 10thn jg… Tempoh perkhidmatan tu yg kamu tgk… Klu stakat 41 keje 1_5 tahun nak pertikai… Jgn pertikaikan… Semua gaji ikut kelayakan masing2… Dah kamu ambil ptptn bkn utk belajar jg pun… Utk beli handpon laptop bergaya beli itu ini brg jenama… Jgn la nak ckp utang diri n org… Sbb t’jawab masing2… Syukur la Allah bg rezeki… Klu Allah tarik balik 1sen pun xdpt… Fikir2kan…
mcm ne la dgn kitorang yg ada diploma n degree tp msk ngan 17… sijil dh ler xde plak tue…. nk tunggu naik jd 27 tue pun x tau bile….
HARAP2 PAHAM LER.W17KAN JAWATAN SPM+SIJIL.TGKLAH ASAS JAWATAN TU.
Takpe, kalo ade degree tuh..leh la apply gred 41 kalo ade kekosongan.
kalau dah tetap..ambil lah KPSL ambik ujian..lulus ujian mesti dapat w17..
bukan w17 tapi w27..silap taip..hehehe
im from nigeria, ada jawatan kosong goverment kat malayzia or not? I have dgree from US. If malayzia setaraf master or PHD.can I apply?
Mat negro..pi balik kampung daa..jgn kaco..
gilor ker apa mamat nie!!!!!
kan
KALAU TENGOK CADANGAN GAJI CUPEACS NI MAKIN TURUN DARI GAJI SBPA JPA..
DATO’ OMAR..PERJUANGKAN SEMUA GRED …JANGAN ASYIK NAK JUANGKAN GRED PELAKSANA JE..
Mari berkenalan. Saya masuk gomen pakai spm. Tapi ada sijil politeknik. Posisi di gred N17. Sudah berkhidmat baru 4 tahun. Ok next.
N17 jawatan SPM sahaja.gaji mmg SPM la.tgk asas jawatan.N17 tak sama dgn W17.asas jawatan berbeza.
huhu..ingatkan awak ni diposisi penyerang..
lambat betul 22hb. aku rasa,JPA akan buat yg lebih baik lg drpd cuepacs.byk lg jawatan akan diiktiraf.
Wei! Nickname tu biarla bersopan sikit. Tersedak aku.
hahaaha..
Semoga JPA buat lebih baik dari formula Cuepacs.. Hari tu Cuepacs cakap JPA tindas golongan bergaji rendah, formula baru, nampak macam Cuepacs tindas orang bergaji tinggii.. Kalau cuepacs ini adil, kan bagus kalau dia seragamkan semua ‘naik’ 13 %.. Lagipun, gomen nak naikkan gai, lepas nie ntah bila pulak nak review.. Dan jangan happy jer, sebab , income tax pun meningkat jugak, yang kena 7% mungkin lepas nie kena 12% (naik 5%), yang sebelum nie kena 12%, lepas nie mungkin kena 19% (naik 7%), yang sebelum nie kena 19%, selepas nie mungkin kena 24 %(naik 5%)…
salam…. Pada satu ketika tiada siapa yg hingin masuk kerajaan. Gaji kecik…Aku msk kerajaan tahun 2002 gaji rm 1239 p1t1 skim pptm f29. Time tu masa aku benti swasta gaji dah cecah rm 2500. Atas nasihat arwah mak aku aku join kerajaan walaupun gaji kecik. Mak aku pesan gaji kecil takpe akan naik pelan pelan. Ada pencen. Akhamdulillah sekarang aku dah dpt income rm 3400. Boleh tanggung ank bini. Kpd penjawat awam lain, nak belanja ukur baju di badan sendiri. Gaji 2k belanja cara 2k. Gaji mcm mana pun x cukup..naik rm400 dah mula pergi bank rakyat pinjam rm 50k…sampai bila pun gaji x cukup..
Pd sy tindakan anda tepat.
Sy lulusan Sarjana Muda (Kepujian) dan ditawarkan kerja dgn swasta di Kuala Lumpur dgn gaji RM1,200 sebulan. Masa interview tu tokey tu tanya perancangan sy. Sy ckp sekiranya mendapat kerja dengan kerajaan, sy akan memasuki perkhidmatan awam. Sy begitu berminat dengan kerja kerajaan kerana tiada masalah untuk solat tidak seperti sesetengah syarikat swasta. Di pejabat sy ni pun ramai kakitangan yang solat Dhuha, buat masa ini tidak dikenakan apa-apa tindakan disiplin.
Sy juga menyertai kerajaan pada tahun 2002 iaitu Skim Sangkut dan Latihan dgn elaun RM500 sebulan (Lagi untung kalau swasta RM1200). Skrg sy kerja kontrak dgn kerajaan (Pengambilan sy berdasarkan Sarjana Muda tetapi gaji sy dibayar mengikut kadar Diploma). Sy kontrak sambung setahun-setahun : Jadi tidak dptlah hendak buat pinjaman kenderaan/rumah. Pergi kerja dgn motor cabuk dan duduk menumpang rumah orang.
Nasib saudara lebih baik daripada nasib saya. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi, walaupun gaji saya kurang drpd saudara, sy dpt menunaikan Solat Dhuha di pejabat.
nk memuaskan hati semua rasanya x mungkin tercapai..pasti ada yg x puas hati so aku redha je rezeki yg aku dapat..amin…
Org2 lama dah cukup setia dgn kerajaan.. Masa susah dan masa senang… Masa susah kerja kerajaan ni lekeh, miskin, x de masa depan dan sebagainya.. Kenapa anda skrang berlumba lumba msk kerajaan.. Pergilah kerja dgn ah seng sdn bhd, maniam kedai gula dsb. Anda pun tahu bhawa kualiti anda tidak layak utk anda bekerja disitu..anda tidak mampu pun utk bersaing..jadi berduyun duyun meminta pertolongan kerajaan utk diambil bekerja.. Mohon jd guru gstt walaupun tidak minat bekerja sbgai guru asalkan ada kerja! Ingat ramai lagi org berkelayakan utk mengisi jawatan anda.. Jadi sentiasalah bersyukur dgn jawatan dan gaji yg diterima. Tunjukan kesungguhan anda bekerja sepertimana anda berjanji semasa temuduga tempoh hari.
stuju dgn pendapat org kerajaan..dulu sapa pu xpandang keja kjaan ni..
Kerja kdi ah seng sdn bhd dan maniam kdi gula sah sah dah letak syarat fasih bahasa mandarin dan tamil… Bahasa inggeris pun tak dpt kuasai mcmana nak kerja disana…sebab tu anda x dpt kerja dgn mat bangla kerana bangla lebih rajin..klu kerja sekali sah sah bangla tu akan jd supervisor dan anda akanjadi operator…pergi lihat dikilang perindustrian… Anda nilai diri anda diluar..berapa nilai pasaran gaji yg sepatutnya aku terima dgn kemahiran dan kerajinan yg anda ada? Selepas ni aku harap pihak pembangkang menang pilihanraya kerana DAP akan kurangkan penjawat awam ke 500k shj. Sebenarnyamengikut dikotomi pentadbiran awam yg baik penjawat awam mesti dikurangkan.. Sekarang pen. Awam sudah melebihi 1.4juta… Jadi yg malas, rasuah, salah guna kuasa dan suka meminta minta harus dikeluarkan dari sistem…..
Kita berada di kumpulan mana? Pembuat dasar atau pelaksana? Jika anda di tempat pembuat dasar perkara pertama yg akan anda buat apa? Mestilah utk kepentingan diri dahulu.. Sebab itu gred jusa dan keatas mendapat imbuhan tertinggi dlm skim ini… Siapa yg berada di dlm cuepacs? Jusa, turus? Ptd? Haha….. Pilihanraya dah dekat bro… Aku mintak pemegang kuasa kerajaan buatlah yg terbaik utk rakyat.. Buatlah keputusan yg adil utk semua peringkat.. Golongan bwh hanya naik puluh ringgit sedangkan golongan atas naik ribuan ringgit? Alasan memang benar kerana tanggungjawab besar..adakah anda sedang memanipulasi sistem yg hendak dibuat kerajaan ini… Pm kita najib berhasrat hendak membantu rakyat tetapi hasratnya telah disalahguna oleh pihak berkepentingan…
JUSA,PTD PATUT KELUAR DARI KERAJAAN.PEMBUAT DASAR INI. TP JIKA SELEPAS SEMAKAN INI,ADA KEPUTUSAN TERBAIK,MUNGKIN NAMA PTD,JUSA KEMBALI DIHORMATI.
JGN LUPA.. HORMAT DAN IKUT ARAHAN ADALAH PERKARA BERLAINAN…
HORMAT-pastinya akan ikut arahan,saling bantu jika berlaku kesusahan.tidak pandang serong.akn bekerja dgn lebih baik dan senang hati.
TERIMA KASIH DATO OMAR KRN PERJUANGKAN PA…UNDI PRU13 NANTI TETAP UNTUKMU BARISAN NASIONAL…KERAJAAN MALAYSIA…1MALAYSIA.. TUHAN BERKATI SEGALA DAYA USAHA AJK CUEPACS..HIDUP CUEPACS
Kalau macam tu maksudnya, baik undi CUEPACS bukan BN, bongok!!!
fasal naik gaji undi bn kajilah dari sudut lain jugak…..
Pada awalnya 32/34 lebih besar dari 41, tetapi akhir perkhidmatan 41 lebih besar.Kalau tak silap 41-6200, 32-4880.32/34 gred kenaikan pangkat-Guru berpengalaman sebab itu ia lebih besar dari Guru Fresh 41, kalau 41 yang dah lama tentu lebih tinggi dari 32/34.Saya gred 32 sedang mengikuti PJJ kerana amat berminat untuk menikmati gaji gred 41 walaupun agak terbeban dengan tugas hakikin dan belajar.Walauapapun sama-sama berkhidmat untuk negara!He-he, jangan marah…
korang asyik banding gaji 32/34/36/38 dan 41 je. Cuba banding Kenaikan gaji tahunan dan elaun pula…mcm langit dan bumi. 41 kgt 225 32 baru 155. perbezaan rm70 sebulan. setahun rm 840. Kalau dalam tempoh 5 tahun akan datang perbezaan dah rm350 sebulan. setahun rm4200… x bersyukur lagi ke
ramai yang dengki dgn gred 41 terutama golongan 17. senang cerita, siapa yang nak kerja kerajaan cukup sekadar spm saje.
untungla bergaji tetap xkira gaji naik atau x, korg tetap untung.. bleh buat loan perumahan.. bleh simpan aset sikit2.. bleh lagi mkn nasi setiap hari, bleh lagi g kje naik keta, bleh lagi picnic dengan family dikala hujung minggu, mcm2 bleh lagi buat… xperlulah berdengus cz kalo compare dengan pekerja swasta, dorg lagi teruk.. apatah lagi kakitangan kontrak yang bekerja di sektor kerajaan.. komitmen tinggi & keje bpe lame skalipun pun xdpt elaun perumahan..
Utk pegawai yg gred 41> tu, syukurlah, jgn asyik nk kata gaji kecik sedangkan claim berlambak2 tiap bulan… aku ni gred 17 ja wlupun ada diploma, PTPTN pun sangkut nk bayar, sepatutnya utk kumpulan pelaksana ni la kena bg kenaikkan yg munasabah… tanpa kami di kumpulan pelaksana ni, kumpulan grd tinggi x jadi keja jugak.. utk kerajaan, kami di pihak kumpulan perlaksana ini harap kerajaan memberi perhatian, jgn la asyik nk menjaga kebajikan sesetengah gred sahaja..
Kerje apa yang claim banyak tu?sekurang2nya 17 boleh OT.
Saya takde hati nak jeles ngan gred lain…yang penting skarang ada kenaikan so dapat saya langsaikan utang yang ada…
sy pun sama. takde jeles dengan gred lain. Org yang nak banding2 41 dengan 17. Pelik.
b’syukur la gomen servant oit~ kalo x naik pgkt or gaji pun kamu2 slalu aje dpt bonus time raya ke,skolah ke ape ke.. faedah lain semua cover,loan sng,umah sng~rutin keja mcm itu la gak..kami pekerja swasta pun contribute gak pd ekonomi malaysia~ gomen x appreciated pun.. adieh, nanti bln 4 Insya Allah aku jd gomen staff~sigh! i can’t see my life as gomen staff yet~bkn x b’syukur tp x minatnye keja gomen.
kepada semua kakitangan awam..semua berhak untuk menyatakan pendapat masing-masing..rezeki masing-masing Allah dah tentukan..banyak atau sikit..kerana Allah menguji dengan dua..nikmat kerana kemurkaan (sepertimana Firaun) dan juga nikmat dengan kasih sayang (Nabi Sulaiman)..oleh itu, jangan kita tuduh menuduh, salah menyalah..kalau ada yang rasa tak mahu jawatan yang ada kerana ada degree (walaupun ramai rakan-rakan saya ada master), gred kecil, gaji kecil dan sebagainya, maknanya kurang rasa syukur kita pada Nya..kalau itu yang jadi isu, kenapa tidak menggunakan sijil yang ada untuk mintak jawatan yang lebih tinggi?.samada kerajaan atau swasta..kan senang?..tinggalkan jawatan yang disandang, bagi pada yang nak bekerja..bersyukurlah kita..kalau kecil periuk nasi kita gunakan, maka kenalah cukup acuan agar xbesar kerak..kalo yang pakai periuk kecil kerak besar, faham-fahamlah..jadi, hak semua untuk bersuara..tiada diskriminasi..masing-masing ada tugas dan tanggungjawab..
cerita pasal gaji gred 17/27/41 hingga JUSA…kami di gred pembantu Am/Pemandu/jaga..harap2 ada juga kebaikan untuk kami..kami pun penjawat awam..kami pun ramai yg ada SPM..cuma rezeki di jawatan tersebut..nk memilih jawatan pun susah..gaji kami lagi rendah dari kamu semua yg gred 17..fikir2kan lah…
patutnya pekerja penjawat perlu bersyukur bebanding orang lain yg masih mengangur…..kalo di kurang jadi 500 orang memang ramai la jadi perompak/penyamun dah xada kerja…
SKIM GAJI SBPA PERLU TELUS SUPAYA SEMUA PIHAK DAPAT KEMUDAHAN YANG KERAJAAN BAGI…BAGI KAKITANGAN KERAJAAN KONTRAK/SAMBILAN TERIMA JUGA KE KENAIKAN WALAUPUN STATUS GAJI HARIAN/GRED KONTRAK….
eh jgn salah faham.jwtn (spm+sijil) tu ada dua kelayakan,ada spm ada sijil poli. sy tgk jwtn tu nk pakai sijil kejuruteraan.sy mohon la.jadi SBPA ni upgred bkn semua jwtn.jadi sy dpt KGT spm.
Saya bg contoh, FT17,W17,Q17 dan Lain2.blh tgk iklan SPA.
RELEVEN KE SPM DAN SIJIL POLI DIGABUNG DALAM SBPA NI? SEBAB KGT SPM ADALAH RM95..KGT SIJIL PULA RM145.. BILA DUDUK DLM JWTN NI,KGT JADI SPM.RELEVEN KE UNTUK PEMEGANG SIJIL?
DALAM SSM DULU, MMG SIJIL POLI DILETAK DLM SKIM SPM. SB SSM DULU KGT SPM DGN KGT SIJIL ADALAH SAMA.
KALAU SKIM STPM DILETAK DLM SKIM DIPLOMA TAK APA,SEBAB KGT STPM DENGAN KGT DIPLOMA ADALAH SAMA.IAITU RM145.JADI FAIR LA TU..
Apabila skim sijil dah diupgred,bermakna kene upgred semua la.dan ini bukan soal jwtn tersebut masih releven untuk spm.
eh jgn salah faham.jwtn (spm+sijil) tu ada dua kelayakan,ada spm ada sijil poli. sy tgk jwtn tu nk pakai sijil kejuruteraan.sy mohon la.jadi SBPA ni upgred bkn semua jwtn.jadi sy dpt KGT spm.
Saya bg contoh, FT17,W17,Q17 dan Lain2.blh tgk iklan SPA.
RELEVEN KE SPM DAN SIJIL POLI DIGABUNG DALAM SBPA NI? SEBAB KGT SPM ADALAH RM95..KGT SIJIL PULA RM145.. BILA DUDUK DLM JWTN NI,KGT JADI SPM.RELEVEN KE UNTUK PEMEGANG SIJIL?
DALAM SSM DULU, MMG SIJIL POLI DILETAK DLM SKIM SPM. SB SSM DULU KGT SPM DGN KGT SIJIL ADALAH SAMA.
KALAU SKIM STPM DILETAK DLM SKIM DIPLOMA TAK APA,SEBAB KGT STPM DENGAN KGT DIPLOMA ADALAH SAMA.IAITU RM145.JADI FAIR LA TU..
Apabila skim sijil dah diupgred,bermakna kene upgred semua la.dan ini bukan soal jwtn tersebut masih releven untuk spm
why use my name?
Semua melalak dari bawah smpai ke atas…
kalau dalam kandang ni mmg bising laaa…
Hahaha.. Bangang!!!
Itu tak cukup ini tak cukup itu kecik itu besar itu ini itu ini..
Macam bangsat!!!!
Melalak melalak melalak..!!!
Woofff Wofff Wofff..
macam anjing!!
Diam buat keja dah la.. biar Cuepacs buat keja.. Tak payah nak kata dia ni pemalas dia tu rajin dia ni makan gaji buta dia ni buat keja banyak!!!
Semua sama ja.. Masing2 ada tanggungjawab dan rezeki yang dah ditentukan.. Kalau semua nak aissshhh ni aishhh tu ahhh sini ahh sana.. Pegi duduk utan sana la jimat skit smua benda ada satu sen haram duit pun tak pakai..
Bongok!!!
what this?
Lu awang hitam pegi duduk afrika sana jangan sibuk hal sini..
Lu lagi bangsat smua org lu mau tipu..
!! Syohhhhh blah2
ok, do not worry. I am in malayzia only 3 years. I am interested to work with the government. can?
Cuba minta jadi pensyarah / professor madya / professor di universiti-universiti awam Malaysia kerana masa saya di ITM dulu (sekitar tahun 1990-an) ada pensyarah yang bukan warganegara Malaysia.
kepala bana kau
apo bondo eee tuuuuu
baru saya perasan payslip bini saya kenaikan gaji tahunan dia ikut sbpa..
yang peliknya sayapunya napa tak ikut spba
duk 80 hengget tu ajo….adoiyaaii…mana satu la gomenku sayang ni..
spba ni kalau review balik lagi tinggi kenaikannya mau joli sakan dek kerana kackdated payment…..hehehehehe…
klu 41 tu tak puas hati dengan gaji pelaksana, you all semua bagus turun pangkat ambik jawatan pelaksana..mcm tu mungkin baru you all 41 puashati…
encik PANGKAH ,, ckp tu elok2 lah skit… kami ni bukannya binatang nk menyalak2…. !!! kami ni bising sbbnya kami ni dah keja lama so pttlah dapat lbh pun… mmg kami x blaja tinggi tapi saya rasa kalau bab bhgn wt keja kami ni gred d bwh ni lagi terer wat keja berbanding korg yg gred tinggi ni… so x yah nk kekwat sgt yer BRO PANGKAH…..
Tuhan dah bg rezki masing2x.. mesti ada hikmah disebaliknya..
rasanya, ramai yang keliru, mengikut surat daripada JPA, pekeliling baru berkaitan gaji SBPA tidak akan menjadi kurang baik berbanding yang baru,, jadi, senangnya anggap begini,, gaji SBPA boleh dikira gaji yang kita akan dapat secara minimum, bolej jadi naik tapi tak akan kurang daripada SBPA yang pernah ditawarkan,,
maaf mencelah, saya hanyalah guru berijazah, mengajar pun baru 4 tahun,, ( zaman sekolah, malas belajar, jadi guru jer lah
xda berita ke?dah 22hb ni?
Esok kut ada berita. klu tak esok lagi dan esok seterusnyaaaa….
aku dah cakap dulu ..gaji gred 40 kebawah tak kira lantikan ke naik pangkat ke tak harus melangkau gred41 ke atas.. apa yang berlaku sekarang ni gaji starting golongan pelaksana dah semakin hampir dengan gred41. dengan sbpa ni lagi lah hampir..lama-lama beza 50 inggit aja..gred 41 ni gak tak hampir-hampir dengan jusa c.
aku tak mampu pakai vios tapi kerani mampu..pergi jabatan naik motor tapi claim keta.
itulah yg aku cakap. Starting degree x jauh beza dengan spm
Baguslah korang yg ada degree dibayar gaji dgn degree (w/pun hampir sama dgn spm). Bertuahlah juga korang dpt tetap dan berpencen.
Sy pula diambil bekerja dgn degree tetapi dibayar diploma (jawatan kontrak : batch sblm ni mmg dibayar dgn degree tetapi oleh kerana implikasi kewangan maka pengambilan kami dibyr tahap diploma dan semestinya ada degree untuk jawatan kontrak tersebut). Kerja hakiki kami adalah setaraf M41.
Memandangkan kami dibyr dgn gaji N27 P1T1 sdgkan pengambilan kami berdasarkan degree, maka rakan sekerja kami menuntut untuk mendapatkan gaji N27 P1T6. Rundingan dilakukan dan keputusan mesyuarat ialah gaji kami dibyr N27 P1T6 dgn syarat kami memiliki diploma dan degree.
Sy mempunyai diploma dan degree maka layaklah N27 P1T6 kalau mengikut keputusan tersebut. Tetapi malangnya rakan sekerja yg memperjuangkan N27 P1T6 itu hanya mempunyai degree dan tiada diploma. Dia memendamkan shj keputusan mesyuarat tersebut dan tidak berhasrat menyambung perjuangannya.
Pada masa rundingan dilakukan, sy tidak bekerja di HQ sebaliknya ditempatkan cawangan : maka sy tidak dimaklumkan oleh rakan2 sekerja yg bekerja di HQ.
Sy diarah pindah ke HQ (sayang sy dimaklumkan tidak layak menuntut elaun perpindahan – tak dptlah nk cover sewa lori RM1,400 ) barulah sy tahu cerita ini.
Walaubagaimanapun kontrak sy akan tamat 4 bulan lagi. Kalau sy ada rezeki sy sambung lagi kontrak. Jika kontrak tidak disambung, Insya Allah sy mendpt rezeki di Mc Donalds / KFC atau Pizza Hut atau pekerjaan yg lain.
Sy harap mereka yg kerja tetap tu bersyukurlah. Cuba bandingkan dgn sy yg kontrak ini. Sy yg kontrak ini bersyukur kerana sy sedar ada rakan sy menganggur. Sy dpt jugak kontrak sambung setahun-setahun. Sudah enam kali sy tamat kontrak tetapi 1 sen pun Ganjaran Tamat Kontrak belum sy perolehi. Takkan lah setiap 2 jam sy hendak telefon pihak2 berkenaan. Tolonglah byr Ganjaran Tamat Kontrak sy untuk thn lepas pun jadilah. Yg lagi 5 kali Ganjaran Tamat Kontrak tu korang nk masuk poket korang pun xpe. Sewa lori RM1,400 wooo …
yg ko compare 41 dgn kerani senior apasal?mmg la dia mampu pakai vios.cuba ko compare dgn kerani junior apa kereta diaorg pakai?yg mampu cuma viva@sagafx je.apasal akal ko comot jugak?
starting 41 pn ramai pakai saga dan viva je (aku motor je)
Gaji drebar lebih tinggi daripada sy w/pun gaji sy N27. Kekadang kalau mesyuarat jauh drebar yg belanja makan. Tapi sy tak kisah sbb drebar tu dah kerja 20 tahun manakala sy baru setahun jagung. Xde dengki apa2 dgn drebar tu. Sy rasa mmg tak patutlah compare Gred 41 yg baru 2 hari kerja dgn Gred 22 yg sudah kerja 30 tahun.
tak kesahlah gred brapa…janji kerja kena ikhlas..tu kan satu amanah…mudah mudahan berkat gaji kita
yg bagi dema ada degree tu,,duit org yg ada spm gak yg menyara…ingat le org lama….ce tgok stating spm dgn pencen
yg ada degree…..silap2 leh plak lepas ke golongan premier…..wah
banyak gaji kome…
aku xtau nak kate ape, yang aku tau. keje sungguh2 dan perform yg terbaik ntk naik gaji. kalau xnaik gak, aku blah cari company lain. Untung sapa keje gomen.
Apa2 pun sebagai kakitangan kerajaan, berterima kasih dan bersyukur dgn apa yg diberi walau apapn jua jawatan….dgn kenaikan ini berkhidmatlah lebih berwibawa….
Apa yang drungutkan?? Bsyukurlah ada duit gaji masuk tiap bulaan… Masa terima keja masuk pjawat awam, sign butak kah kamu org? Apa2 boleh blaku, undang2 boleh dgubal…dlm 10 ke 20 thn akn dtang…mungkin kerajaan akn gubal smula sistem gaji….nak mrungut lagi ke?? Syukur lah dpt kja… saya ada juga sijil dan klayakan tp ddk N17…tu kwn sebelah N1..ada jugak dia SPM… Kalau payah sangat dgn SBPA ni…letak jawatan jer layan…keja offshore, tanam sawit, bkebun…byk duit…janji rajin….bukan ddk dpn laptop…layan FB. Bsyukurlah tuan2 dan puan2….dpt mkn 3 kali shari…!!
tahukah korg dibwah sbpa kakitangan awam leh wat kerja lain (sebelum ini x boleh).. jd korg leh bukak bisnes sendiri sambil bekerja.. bukak kedai ker, pusat tuisyen ker, tokey sawit ker, tokey padi ker, tokey ikan, tokey arang batu… so wat per pk byk2… gaji dh der tetap.. bisnes wat jd kaya ler leh dpt pai 10k bulan2… lg byk dr gj yg ditawarkan.. huhuhu
good idea of sbpa….
jgn asyik nak pertikai pasal gaji n pengalan aje…nak duit lebih buatla part time jgn terlalu nak bergantung dgn makan gaji je..dunia sekarang semua nak duit..makin hari makin meningkat perbelanjaan harian….bila gaji naik barangan pun melambung la naik…
harap2 lulus cadangan 2.
kalau sudah ubah gaji kena ubah juga sikap , kalau kerja kita 50% tingkatkan ke 85%
Salam 1 Malaysia. Tuan/Puan. Walaupn sya kempunan nk keje dgn gomen. Usia kini dh cecah separuh abad. Syukur Alhamdulillah. Brsyukur dgn segala rezeki yg Allah kurniakan pd kita. Ada ramai lagi yg kurang brnasib baik brbanding dgn kita semua. Ada hikmah disebalik setiap kejadian Tuhan. Wallahualam…….
Peperangan sebelum ke medan perang adalah perkara yang merugikan serta mambazir..kita tunggu dan lihat keputusan yang bakal dikeluarkan x lama lagi..apa yang pasti gaji PA mesti naik sebab nk PRU..kerajaan skrng x kan buat kesilapan spt yg pernah dilakukan sblm ini. Sy juga seorang penjawat awam tp x kesah pon bab2 naik gaji ni..bersyukur je dgn apa yg ada skrang sbb yg pasti tiap2 ujung bulan msk duit dan buat kerja laa..cukup ke tidak?? kalu rasa x cukup buatlah sesuatu yg boleh mencukupkan secara halal..
cukup lah tu bersyukur apa yang ada jangan terlalu Tebarus sangat?
tak payah tunggu 12 march..takde baik mana pon pengumuman tu,lepas ni ramai yg melalak2,menyalak2!!spba dimansuhkan…..
En Darus….15,000 PA…12 mac….tak kan pulang tangan kosong kot…
jom pakat-pakat kaleh….
bersyukur tu mmg lah boleh bersyukur dgn ape yg ade, harga barang tiap tiap bulan naik..heran lah gaji 2k pun tak cukup nak beli barang dapor pun terpaksa cari pasar yg jual harga borong…tapi pasar borong pun mahal gak skrg ni…nak tunggu naik gaji punyer lah payah nyer…hadoi..knp lah wujud org mcm tu kat dunia ni…
gaji naik harga barang naik…..apapun gaji tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup. SBPA ….NAMPAK TIDAK KESAMARATAAN ….bagi pekerja yang telah lama berkhidmat (kumpulan sokongan) nampak jauh perbezaan….dengan yang baru berkhidmat…
Mudah-mudahan dapatlah naik gaji lebih sikit… dah 25 tahun kerja , gaji masih bawah RM2000. Nak ajak anak2 makan KFC sebulan sekali pun tak mampu..
Gaji aku x sampai 2k pun, mintak BR1M pun x dapat.. orang gomen tak layak ke..
berita baru. hari khamis nie 8/3/2012..najib akan umum….sumber risikan dr org ceupac…so tunggu….
Salam…….tangguh SBPA……SSM naikkan 30% “across the board”…..yang nak gaji puluh-puluh ribu…..adakan sidang khas parlimen dulu !
yang 17 dok cerita buat keja banyak tu apa pasai, 29,32,34 kebanyakan ajar sek rendah je. senang ajar je. 41 kebanyakan ajar sek men, agak banyak keja. yang 17 dok keja atas kerusi je, bukan dok semak kerja budak. yang 17 ada ijazah pula,buat pa hang minta keja yang 17 punya. sebab rezeki hang tak de la tu. ramai budak2 ijazah dok motong gotah ja, tak sibuk tentang sbpa pun. kenaikan gaji ikut gred la senang. tinggi gred tinggi la gaji, baru ada semangat yang bawah nak sambung belajar. yang 32 tak payah la komen sebab depa gaji tinggi dari 41 yang sambung belajar.walaupun 41 lebih lama mengajar dr 32.
mende r korang bising2 yang tu gaji kecik,yang tu gaji besar ,kalau dah makan gaji tu ,terima je lah ape yang orang bagi, jangan banyak cekadak,kalau nak gaji besar sangat bukak je bisnes lagi besar gaji ko beganda2,kerajaan tahu lah ape yang die buat,kalau tak habis lah die pada pru 13 nanti so out lah,
Betul betul… nak gaji banyak, niaga lah bang
saya cadangkan….biar buat gaji sama semua mana2 gred sekalipun,yg dah tinggi turunkan yg rendahkan bagi RM 5k sorang…baru adil….xpun bagi,yg gred bawah gaji lebih mahal….
Betul tu.. yang 41 tak tau buat keje pun ada kat ofis aku. Jadi mangsa nya aku ah yang gred cap ayam ni menyudahkan kejenye. Gaji dia tu bagi kat aku jelah. tu lah KPSL 41
sudah2 lah bab gaji ni tak berapa hengget je
ye, betul…
gaji baru berapa sen dah bising2… terima saja la rezeki kita, tak perlu dengkikan org lain. kat kampung nun, org kerja toreh getah, dapat rm700 pun hidup senyum saja tak ada nak gaduh2 dengki2.
ini baru cadangan…blum lagi dilaksanakan….hehehe