Perlawanan final Piala Malaysia 2009 kali ini dijangka pasti panas, daripada lagak penyokong fanatik dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan sehinggalah kepada aksi pasukan Negeri sembilan dan juga Kelantan sepanjang Piala Malaysia 2009 ini berlangsung. Anda di pasukan mana? Apa yang diharapkan pastinya perlawanan menarik dari kedua-dua pasukan dari dua-dua pasukan ni yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apa-apa pun syabas kepada kedua-dua pasukan. Sukar juga nak nak jangkakakan, kerana dua-dua team agak konsisten sepanjang saingan Piala Malaysia 2009.
Kelantan turun dengan trio hebatnya iaitu Indra, Farhan dan Khalid manakala Negeri Sembilan pastinya mempertaruhkan trio Zaquan, Zafuan dan Shukor. Negeri Sembilan turun dengan mata maksimum tanpa kalah manakala Kelantan turun untuk perlawanan final keduanya untuk tahun ini. Jadi kedua-dua ada kehebatan. Sebelum main ramal-meramal, jom kite tengok pula segala prestasi kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia kali ni.
Laluan Negeri Sembilan Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia :
Peringkat kumpulan;
Memenangi kesemua 6 perlawanan kumpulan dengan merekodkan jaringan sebanyak 15 dan hanya bolos sekali, sekaligus menjadi juara Kumpulan B.Suku akhir;
Menewaskan KM Naza dengan agregat 5-0 (menang dua2 leg)Separuh akhir;
Menewaskan Terengganu dengan agregat 4-1 (menang dua2 leg)Secara keseluruhan 10 perlawanan, Negeri Sembilan telah mencatat 10 kemenangan bersih, dengan jumlah jaringan sebanyak 24 gol dan hanya bolos sebanyak 2 kali
Laluan Kelantan Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia :
Peringkat kumpulan;
Memenangi 5 perlawanan dan tewas sekali (Kedah 1-0), dan merekodkan 12 jaringan dan 4 kali bolos, sekaligus menjadi juara Kumpulan E.Suku akhir;
Menumbangkan KL Plus dengan agregat 4-1 (menang dua2 leg)Separuh akhir;
Menewaskan Perlis dengan agregat 5-1 (menang dua2 leg)Secara keseluruhan 10 perlawanan, Kelantan telah mencatat sebanyak 9 kemenangan dan hanya tewas sekali, dengan mencatat jaringan sebanyak 21 dan melepaskan gol sebanyak 6 kali.
Jadi berdasarkan statistik di atas, Negeri Sembilan telah mencatatkan statistik yang lebih baik dari Kelantan. Tapi, apabila dah sampai peringkat akhir final Piala Malaysia 2009 ini, statistik tidak menjadi kayu pengukur sebenar kekuatan pasukan. Siapa yang lebih baik masa final final Piala Malaysia, siapa yang kurang buat kesilapan, siapa yang lebih bernasib baik, taktik siapa yang lebih menjadi, dialah yang berkemungkinan akan menang semasa perlawanan final Piala Malaysia 2009. Jadi anda sokong pasukan yang mana satu?
P/S : Apa-apa pun, all the best kepada kedua-kedua pasukan, saya harapkan final Piala Malaysia 2009 menjadi satu game yang fight dan berkualiti. Kepada penyokong fanatik semuanya, sokonglah dengan profesional.
PP/S : Ini pertemuan “jejak kasih” semenjak insiden di antara Zaquan Adha dengan Halim Napi.






{ 5 comments… read them below or add one }
negeri sembilan =) kenwooi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Tahun ni mungkin kelantan.nampak gayanya kelantan yang menang.tahun depan tak tahu kelantan boleh atau tidak. safar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
saya sokong Kelantan jugak… tp kedua2 pasukan nampak hebat…
Remi(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
kita tunggu malam nanti…
tak sabar nak tengok perlawanan tu nanti…
Suka @ Tidak
0
0
Aku sokong Negeri Sembilan sebab housemate aku N9..huhu..
zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Boleh semak gol-gol sepanjang perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di sini
http://www.youtube.com/watch?v=W_qchT9VUng Admin [ Master G ](Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0