Dengan hanya bayar RM15, anda dah boleh tonton sebuah filem Melayu yang baru ditayangkan di pawagam.Baru-baru ini stesen televisyen berbayar Astro dah mula lancarkan satu lagi saluran baru iaitu Astro First. Adakah dengan terlancarkan saluran Astro First, selepas ini pengunjung kedai mamak akan bertambah?
Mamak langgan Astro First, pasang layar. Kalau dahulu sambil pekena pop corn di panggung wayang, sekarang mereka yang datang ke kadai mamak, boleh layan makan tandoree, mee goreng mamak, roti canai, maggie goreng kaaa…dalam masa yang sama dapat tonton filem Melayu baru di Astro First.
Senarai filem Melayu yang boleh dibeli dan ditonton setakat ini di Astro First :
- Filem Aku Masih Dara
- Filem Damping Malam
- Filem Ngangkung
- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
- Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
- Filem Kembar Siang
- Filem Tolong Awek Aku Pontianak
- Filem Senjakala
- Filem Sini Ada Hantu
- Lain-lain lagi filem Melayu baru pada bulan-bulan akan datang
Ciri-ciri Astro First
- Astro First yang menyiarkan filem-filem terbaru menerusi saluran Astro 480 akan disiarkan dua minggu selepas tayangan di pawagam
- Bebas iklan
- Selepas membuat pembayaran filem yang sama akan ditayangkan dalam 48 jam
- Tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro dan pilih filem kegemaran anda kemudian tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan.
- 13 digit kod SMS akan dipaparkan di televisyen. SMS BUY[13-digit code] ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234.
- Anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini boleh ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian. Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS.
Kami dapat menjangkakan yang selepas ini akan lebih banyak lagi DVD lanun filem Melayu. Bukan biasa-biasa punya, high quality dvd lanun lagi. Harap Astro ada solusi yang lebih mantap untuk mengekang lanun cetak rompak ini. Ya…memang diakui mungkin ada kesukaran untuk merekod contohnya walaupun dah ada PVR tetapi itu bukan jaminan yang ianya tidak boleh direkod. Kami ambil contoh VCD wrestling pay per view. 5, 6 tahun dahulu, semasa VCD masih IN. Setiap bulan pasti ada pay per view bagi wrestlemania. Kalau hari ini keluar di Astro PPV, 2 atau 3 hari selepas itu VCD dah mula berlambak di pasar malam.
Apabila buka, siap nampak jelas lagi watermark ASTRO PPV di sebelah skrin. Maknanya apa? Kebarangkalian lanun-lanun dan saudagar-saudagar cetak rompak ini akan tetap mencari jalan untuk “mengembangkan bisnes mereka”. Kemudian kena tahu juga orang-orang dalam Astro itu sendiri ada kemungkinan untuk songlap keluar filem Melayu yang baru ini kepada ketua lanun. Ataupun mereka yang upload sendiri.
Bagi kami samada anda berminat atau tidak terpulang. Bukan paksaan. Begitu juga Astro, ada sestengah individu perbelanjaan bulanan yang paras-paras pinggang pun nak juga pasang Astro, ada juga orang yang mampu tetapi tak pasang Astro pun. Jadi benda seperti ini bergantung kepada kehendak pengguna itu sendiri. Kalau nak bercakap daripada sudut bisnes, anda pergi tengok wayang bayar 10 hengget hanya untuk satu tempat duduk dan diberikan tempat yang selesa termasuk sound system dan layar yang besar serta tidak lupa juga “sumbangan” kepada kerajaan. Itu baru seorang, kalau 3 orang? Di Malaysia ini sudah ada pilihan dan realiti di Malaysia sekarang ini :
- Nak jadi yang terawal datang panggung wayang
- Hanya tunggu 2 minggu selepas filem Melayu ditayang, anda boleh melanggan Astro First untuk menonton filem tersebut tanpa perlu bersesak-sesak di panggung wayang
- Tunggu sahaja 3, 4 bulan, adala nanti filem tersebut di Astro CITRA/WARNA dalam pakej MUSTIKA yang anda bayar bulan-bulan itu kan
- Ataupun tunggu 7, 8 bulan adala nanti di channel Astro on Demand/Box Office yang boleh dilanggan one time itu
- Kalau nak yang percuma, tunggu setahun selepas itu akan keluarlah nanti filem Melayu yang ditayang pada tahun-tahun sebelumnya di Media Prima
- Kalau pergi ke Astro Fiesta lagi lah nanti, satu hari 7 kali ulang benda yang sama
TM Unifi untuk IPTV pun ada servis lebih kurang macam Astro servis sekarang ini yang dipanggil VOD (Video On Demand) dalam HD Standard. Tetapi filem-filemnya bukanlah yang terbaru, sekitar 2 bulan yang lepas contohnya Toy Story 3 and Salt dan boleh dilihat dalam tempoh 24 jam untuk setiap RM8. Apa fungsi yang menarik ada dalam TM Unifi ini ialah and boleh rewind, fast forward and pause sama seperti and menonton melalui DVD. Kami rasa Astro pun patut meletakkan fungsi sebegini.
P/S : Kepada pohak Astro, perbaikilah servis anda. Kami tahu anda (Astro) monopoli siaran TV berbayar di Malaysia tetapi kalau boleh prihatinlah sikit dengan masalah pelanggan anda. Contohilah bagaimana Telekom jaga pelanggannya sekarang apabila muncul pesaing lain seperti P1 Wimax. Nampak perubahan di situ. Jadi berubahlah sebelum “anda diubah”.
PP/S : Apa pandangan anda dengan langkah Astro menawarkan filem Melayu baru di Astro First sekarang ini?




{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
5. Recording
Yes you can. However, the movie/s shall be automatically erased upon the expiry of the 48 hours stated above.
astro ckp bleh rakam
Lebih baik dari cetak rompak yang komfen sapa2 pun tarak untung kecuali yang pencetak CD dan penjual CD
pelanggan Astro tak pilihan, tengok aje lah apa yang ditayangkan, cerita yang ada kat HBO, Star, MV, dan yang lain-lain asyik2 ulang tayang cerita yang sama, tak ada perubahan langsong dan dah naik bosan, bayaran tetap sama………untong betul Astro sebab rakyat malaysia ni kebanyakan nya bodoh-bodoh….tak tau hak pengguna, tak tau dan tak berani nak komplin,
Kalo…aku jadi menteri penerangan dah lama aku, aku buka tender baru mana-mana kompeni yang nak buat siaran macam Astro….bagi aje dua tiga kompeni, biar banyak sikit, barulah persaingan,barulah ada kemajuan,……sekrang ini Astro sahaja yang pulun habis media ini…apa lagi sakan habis lah tunjuk kuasa……harap2 Menteri Penerangan Rais Yatim ambil perhatian secepat munkin ……..
Pengguna sekarang amat tertekan sebab tv berbayar mengenakan caj yang tinggi setiap tahun sekain naik. Stesen tv berbayar sekarang sebenarnya tiada pesaing memonopoli habis pasaran cuba kalau ada pesaing baru dia tau langit tinggi ke rendah.
Lanun Cetak Rompak itu sudah pasti lebih berleluasa.
Lagi memudahkan bisness mereka.
Jimat dan selamat.
Pastikan pesaing yg di lantik.. mengunakan teknologi yg sama “sistem satelit” .. kos mungkin atau kurang dari sistem cable TV tapi sistem satelite nyer coverage luas… sampai kan customer kt seberang laut pun dapat signal
Nak buat apa pun aku tak kisah….tapi ASTRO TOLONG KAU HAPUSKAN SEMUA TAYANGAN CERITA INDON….AKU BAYAR BUKAN NAK TENGOK CERITA INDON BODOH TU
ye la kan..astro takde saingan..ape kate kalau amik servis yg len?ade ke?
hulurkan tg ringan kan beban
record n seed kat torrent
baik guna parabola………sarawak banyak guna
pada pendapat saya, orang melayu sebagai umat muhammad bin abdullah; tidak sepatutnya menyokong apa-apa sekalipun perniagaan atau kerja-kerja yang ada unsur keharaman atau maksiat di dalamnya. seperti juga filem, dimana di dalamnya sudah tentu (atau tidak) ada perbuatan atau benda-benda yang bercanggah dengan ajaran islam sepatutnya harus ditolak/dipulaukan atau ditegur dengan lembut/keras (bergantung kepada situasi). para ulama’ malaysia sewajibnya membimbing filem yang semacam manakah yang dianjurkan oleh ajaran islam dan diredhai oleh allah swt. oleh kerana umat islam mengharapkan syafaat dari nabi muhammad saw, orang melayu seharusnya berkarya atau membuat kerja seni yang sejajar dengan ajaran muhammad sahaja. dan oleh kerana islam itu cara hidup, berkarya juga satu cabang dari kehidupan, maka hendaknya dijaga dan dicari redha allah dalam perbuatan berkarya itu sendiri. bukan semata-mata wang dan nama. keharaman dalam rezeki bisa membawa kepada kekotoran hati dan kepincangan dalam keturunan, sebagai hasil dari sumber haram yang telah mendarah daging. pendek kata, yang haram itu jangan disokong atau dibeli. jelas kelihatan hari ini, orang melayu suka/banyak melakukan perbuatan yang merugikan wang/masa/aqidah/akhlak tetapi dalam masa yang sama menguntungkan musuh allah swt.
SETUJU!!!!!!!!!!! rasa mcm muka tembok aje sbb kat indon ada ke tayang citer malaysia? nak tayang filem kat pawagam pun tak lepas sampai la ni. yang paling utama ialah BUDAYA INDON dalam citer indon tu. cuba tangok budak-budak sekolah berpakaian, bermekap, rambut, cara bercakappp… memang tak sesuai dengan BUDAYA MALAYSIA…JANGANLAH ANAK2 MALAYSIA TERPENGARUH DENGAN BUDAYA INDON INI….
msa aku duk jepun dulu dia ada sky perfect (mcm astro klau kt malaysia) .mmg best channnel byk gila movie baru2.. klau sky perfect ada kt malaysia bungkuslah astro..
citer melayu banayk tajuk mula dan pangkal guna perkataan “cinta” korang perasan tak?? bile la nk buat citer yang berfaedah dan bermesej..ni balik2 kisah cinta cinta cinta dan cinta tu je yang dp tahu…bosan