e Pangkat : Sekarang ini semua urusan kerajaan sekarang menggunapkai konsep ”e” termasuklah platform bagi urusan semakan kenaikan pangkat e pangkat KPM online (e Pangkat) di Moe yang ada sekarang ini. Apa yang boleh kami katakan sistem e pangkat ini memudahkan pengguna bagi mengisi urusan kenaikan pangkat atau kekosongan jawatan yang disediakan oleh KPM (Moe Gov My).
Fungsi Sistem e Pangkat Online KPM?
Sistem Naik Pangkat atau e PANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang melaksanakan:
- proses pemangkuan
- menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
- kenaikan Pangkat
- penempatan pemangkuan
- pertukaran jawatan
- memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Jikalau diikutkan sebenarnya sistem e PANGKAT disiapkan secara berfasa. Namun begitu, fasa yang sedia ada sekarang telah mula digunapakai mulai Mei 2011 ialah aliran proses urusan kenaikan pangkat secara Time-Based. Dan juga….jiklaau diikutkan sebenarnya sistem e Pangkat KPM Online ini belum diimplementasikan sepenuhnya kerana urusan kenaikan pangkat masih lagi menggunakan cara lama iaitu permohonan secara manual
Sesiapa yang berkenaan boleh melayari laman semakan kenaikan pangkat di Moe melalui aplikasi e Pangkat dengan cara KLIK LINK di bawah ini :
=> http://www.moe.gov.my/naikpangkat/
Aplikasi Semakan Kenaikan Pangkat Guru 2012 – E-pangkat Online KPM / Moe
Sebelum ini, seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang telah pun memenuhi syarat tempoh perkhidmatan telah mula menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012. Di mana kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
P/S : Apa pandangan setelah menggunapakai sistem kenaiakn pangkat bagi aplikasi e Pangkat Online KPM ini?




{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
bestnya jadik guru, sampai masa naik pangkat…
Yang tak dapat masih sakit hati kot!!
Turut terbabit dalam kenaikan gred itu ialah 158 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas dan atas) bergred DG48 dan 636 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk sembilan kelas ke bawah) bergred DG44 serta 1,039 guru akademik serta kokurikulum bergred DG52, DG48 (3,311) dan DG44 (8,728).Alimuddin berkata, kenaikan gred pensyarah di IAB itu membabitkan sejumlah 757 jawatan iaitu satu untuk kategori DG54, 77 (DG52), 250 (DG48) dan 429 (DG44).Kenaikan gred pensyarah di IPG pula membabitkan 4,772 jawatan iaitu 28 untuk DG54, 584 (DG52), 1,933 (DG48) dan 2,227 (DG44); serta 3,160 jawatan di Kolej Matrikulasi, iaitu 256 untuk DG52, 1,085 (DG48) selain 1,719 (DG44).”Kelulusan terbesar permohonan menerusi Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 itu membuka peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPRS) di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
semua ada tersenarai naik pangkat ttp kami yg dga32 yg telahpun menamatkan pengajian 2010 dan telahpun ditemuduga dan diperakukan ttp sehingga kini belum dilantik lagi, adakah ia melibatkan naik pangkat atau pertukaran kategori kalau sekadar pertukaran kategori kenapa susah sangat sedangkan pihak kpm mencanang2kan agar guru2 sekolah rendah berusaha utk meningkatkan akademik. Terkilan kawan2 sama2 temuduga ada yang telahpun dilantik kenapa ada jurang perbezaan.
Seronaknya cikgu yg dpt naik pkt dan yg menuggu! ttp kami yg menguruskan ni yg sakit kepala, kurang tidur, sever lembab, peralatan tidak memuaskan. Broban guna wang sendiri. ttp tak dpt apa-apa. nak kata amal jeriah tak juga sebab mulut ni celupa juga.
Apabila kita mengetahui skop kerja kita sepatutnya tak ada keluhan dan rungutan, banyak kerja di kira tapi ada tuntutan kerja lebih masa, tuntutan luar berlambak2 terlupa lak nak senaraikan…. rezeki orang lain kalau boleh nak sekat2 macamlah duit dari poket sendiri keluar. muasabahlah diri….
realitinye skrg ni..guru adalah golongan byk mengeluh dgn kerja..rugutan demi rugutan…sampaikan skim2 lain pun naik menyampah…jgnkan skim yg dalam perkhidmatan awam…yg swasta pun dah perasan perkara ini…siapa yg perlu muasabah…
Saya sngt stuju ngan sistem kenaikan pangkat time-based kpm ini. Bagi diri saya yg. telah berkhidmat > 23 tahun, & hakiki dga32 slma 14 thn. sgt2 mengharap , ttp shingga kini blm lg menerima surat, bahkan maklumat kenaikan pangkat tersebut. Bygkn. pun tlh x bgrak sjk 2009. Tlh buat semakan online, ttp TIADA dlm rekod. Rjk kpd peg. yg diptjwbkn, dia org kata, tak tahu, dhlh tu, bagi no. tel org lain utk d ajukan, ttp semua kata tak tahu.Sistem naik pangkat dhpun dikemaskini. Siapa lg yg harus dihubungi. Tolonglah. 6 thn. lg nak pencen.
Isteri saya seorang guru yang berkhidmat 6 tahun sebagai DG29 dan 8 tahun DG41. Bila keputusan kenaikan ke DG44 diperolehi, perkiraan hanya dibuat berdasarkan 8 tahun DG41. Yang 6 tahun DG29 tu pegi mane ek? Masuk poket ke? Bila isteri saya call ke putrajaya untuk bertanyakan permasalahan ini, bukan dapat penjelasan tapi dilayan dengab biadab oleh pegawai yang berkaitan. Antara penjelasan yang pegawai tersebut berikan adalah mengatakan 6 tahun DG29 tu nanti boleh digunakan untuk pengiraan kenaikan ke DG48 (kalau dasar tak berubah – jelas pegawai tersebut). Jadi saya mohon kepada pegawai berkenaan, kalau pun tertekan dengan tugasan, wajarkah bertindak sedemikian. Kalaupun server lembab janganlah pulak disalahkan kat orang lain. Server lembab salah siapa? Tanya kementerian berwajib tanya kenapa server lembab and kenapa tak diupgrade kepada yang jauh lebih baik. Kata nak meningkatkan sistem penyampaian kerajaan tapi kelengkapan tak diupgrade nak tingkat ape. Beban kerja semakin meningkat tapi sistem masih lagi tak diupgrade. Haha…kadangkala saya hanya menggelengkan kepala je…nak buat macamana…dengan harapan pihak berwajid jangan pandai bercakap je…kalau tentang time base tu, guru memang beruntung 8 thn dah naik..kita org dalam bahagian kesihatan 15 thn baru naik. Haha…sedangkan sama-sama berkhidmat dalam kerajaan. Pikir-pikirkanlah….hahaha
Untuk pengetahuan ED bila seseorsng guru itu dah berada dalam DG41 maka kiraan genapya lapan tahun tidak mengambil kira tahun dalam DGA29. Lainlah kalau seseorang itu nak masuk ke DGA32, barulah tempoh dlam DGA29 diambil kira.
Alahai… bersyukurlah kerana dah dipendekkan tempoh untuk ke DG44 iaitu hanya 8 tahun je. Dulunya kena tunggu hingga 10 tahun! Malah ada yang dlam DG41 selama 15 tahun baru dapat DG44 kerana terperangkap oleh SISTEM SSB dan SSM. Tapi bersyukur juga kerana dapat juga merasa kenaiakan pangkat.
Setuju..betoi tu..betoi beno!
Kenapa asyik mengumpat dan menuduh cikgu-cikgu sahaja? semua berita tentang keistimewaan gaji cikgu tu hanya pembongak sahaje. Saya akui skim gaji guru tu adelah baik sedikit berbanding dahulu. Kalau ada kini hanye segelintir sahaja yang dapat keistimewaanya tak semuenye le! kalau diberi gaji tinggi-tinggi bengkrap lah kerano jumlah cikgu ramai le! otak ade fikir ke? saye ni dah 23 tahun jadi cikku ‘graduate’ penolong kanan pulak tu masih DG44 le! dan ramai lagi le yang macam ni. Cakap aje di surat khabar semua guru dapat time based naik gred selepas berkhidmat 8 tahun, jangan nak melalak mrahkan cikgu. Orang yang melalak marahkan cikgu tu tak tau, buat dosa aje. Kalau dah jadi cikgu baru tau le.
Cikku… dah cukup lapan tahun ke dalam DG44 tu? Kalau dah cukup isilah borang… sbb utk kenaikan pangkat kena isi borang. Bukan naik secara otomatik.
Kalau dah isi juga masih tak dapat… mungkin ada sesuatu yang tak kena kot yang menyebabkan anda TIDAK LAYAK untuk diberi kenaikan pangkat.
Hi Cikgu semua,
Saya ingin kongsi pengalaman saya di Jabatan lain. Saya kerja hampir pencen barulah dapat Gred 32. Ada Jabatanjabatan lain yang sangat sukar untuk memberi kenaikan pangkat kepada kakitangan sendiri. Jika PM sendiri tidak umum untuk bagi kenaikan pangkat kepada pegawai yang sudah 15 tahun berkhidmat mungkin saya akan bersara tanpa naik Gred 32. Semua cikgu patut bersyukur tuan/puan tidak berkerja di Jabatan atau agensi lain.