Pada 28 september 2011 hari Khamis lepas, jem jangan cakaplah kalau lalu federal punyalah sesak terutamanya apabila hendak masuk Subang..LDP pun terkesan juga, sesak sehingga ke tol Bt 3 gara-gara jalan ke Subang ada yang ditutup..Ini semua selepas berlakunya letupan di pusat membeli belah Empire Subang
- 4 orang cedera
- Dikatakan berpunca daripada kebocoran gas. Punca utama masih dikenalpasti
- Berlaku pukul 3.40 pagi i
- Menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah
Pusat membeli belah Empire Subang ini baru sahaja menyambut ulangtahun pertama mereka. Tup-tup semalam berlakunya letupan di Empire Gallery Subang.
Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada masa itu pukul 3.45 pagi dan 50 anggota dihantar ke tempat kejadian. Letupan seperti yang dilaporkan setakat ini dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dari aras bawah yang menempatkan kedai-kedai makan dalam pasar raya Empire Subang itu. Tapi walaubagaimanapun pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan punca sebenar disebalik Empire Subang meletup
Walaubagaimanapun, kesimpulannya, semua pusat membeli-belah sepatutnya kena adalah BCP (business continuity planning), kalau ada sebarang malapetaka & bencana, apa langkah-langkah yang perlu dilakukan selepas itu?
Polis kena buat siasatan terperinci nie. Kena bawa ke muka pengadilan mana-mana yang bertanggungjawab sehingga berlakunya letupan ini supaya memberikan pengajaran supaya jika “didapati berlakunya kecuaian”, kecuaian tersebut tidak diulangi buat kali YANG KEDUA. Ini bukan perkara main-main…
Nasib baik berlaku waktu orang ramai tengah tidur, kalau berlaku pada waktu kemuncak? Yang semalam berlaku letupan pukul 3 pagi, kalau buatnya berlaku 3 petang? Apa akan jadi?
Harapan kami tempat lain juga akan ambil pengajaran buat proper inspection untuk elakkan perkara-perkara sebegini tidak berlaku lagi….






{ 7 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ala belum teruk lagi nih, kat indon ni kire biase je
gile rare..bru je parking kete aku kt ctu bulan lepas…cuak cuak
Mana-mana shopping mall mesti ada saluran gas sebab ada banyak premis restoran beroperasi. Semua patut ada inspection berkala bukan tunggu dah terjadi kemalangan macam ni. Barulah orang ramai confident nak pergi mana-mana shopping mall pun. Mungkin ramai dah lupa suatu masa dulu AEON Jusco kat Melaka yang meletup akibat kebocoran gas juga.
nampaknya lepas ni, dah xde public datang… semua takut ni…
tu belum klcc meletop lagi…kalo berlaku kecoh satu dunia kot..??
untuk maklumat semua, jurutera dari pihak Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) yg sebenarnya dapat mengesahkan punca kejadian melalui siasatan teknikal. tapi malngnya reporter ni kurang info, mereka cuma menerpa ke arah polis & bomba ataupun saksi kejadian untuk mengetahui punca sebenar…
bomba cuma datang menyelamat, polis cuma siasat jikalau ada unsur jenayah
victim that involved in that explosion.. did they contributed to any compensation such as SOCSO, kwsp, EPF or Workmen compensation for foreigner?