Elaun Kos Sara Hidup (Cola) Akan Ditarik Balik dan Dihapuskan?

by Admin [ Master G ] on January 8, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda

Potong! Potong ! Potong Cola. Potong kos perbelanjaan kerajaan!!! Itulah antara cadangan terbaru kerajaan untuk elaun cola ditarik balik seterusnya dihapuskan.

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan. “Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara. Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya. Sinar Harian

Apakah pendapat dan pendirian anda?

Setujukah anda?

View Results

Loading ... Loading ...

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. (Aduan) Elaun Kos Sara Hidup Pelajar Malaysia di Indonesia. RENDAH !!!
  2. [TANGGUH] Approve Permit(AP) Dihapuskan Tahun 2015
  3. Pinjaman Pendidikan PTPTN Akan Dipotong Atau DiHapuskan?
  4. Caj Perkhidmatan Internet di Malaysia Akan Lebih Murah?
  5. [MUKTAMAD] Kerajaan Tidak Beri Bonus Kakitangan Awam 2009 !!!
  6. [PENGAKUAN] Komunis Chin Peng Minta Maaf, Mohon Balik Malaysia!!


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 41 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang January 8, 2010 at 3:05 am

Haha…abang seman, abang seman
lain yang dimintak lain yang dapat.
Mintak bonus, cola pulak kena potong :gelak :gelak

2 Salikan January 12, 2010 at 5:05 am

kalau nak buang pun aku takdek hal, nasib baik aku private
tak penah kisah elaun apa semua ni

3 warga pendidik January 13, 2010 at 3:49 am

Apa ni teruk sangat ke sampai cola ditarik . Elaun guru contoh nya BISP dan pegawai atasan contohnya KERAIAN.. kan! boleh dipotong separuh ker…Dahlah orang AKS gaji kecil , kalau dah diambil cola apa yang tinggal. Alamatnya masing-masing makanlah pucuk kayu dan terpaksalah cari kerja sampingan untuk menampung kos hidup . Prestasi confirm TURUN.. siapa yang terlibat tu pikirlah sendiri .

4 ddd January 14, 2010 at 12:43 pm

potong jer elaun PM n sume menteri. elaun dia dapatkan banyak..

5 ngokngek January 18, 2010 at 3:48 pm

knp msti cola kena tarik balik? xckop dgn semua peruntukan keraajan banyak dikurangkan. kenapa msti ganggu hak penjawat awam yang berjawatan rendah? yang gaji cukup mkn. org atasan mmg la x terasa. kami yang di bawah ni. da la di tindas org atasan yg pandai mmberi arahan. sedangkan tugas tu sepatotnya diorng yg kena bt? mcm ni rakyat diutamakan?

6 mesticun January 19, 2010 at 3:59 pm

Kami mahu makan apa.ini pun nak tarik. :nangis :nangis :nangis

7 wok long wok dogol January 19, 2010 at 4:58 pm

konsep 1malaysia yang mesti difahami

“rakyat” didahulukan?
-kos hidup meningkat ( gula naik , roti naik dan dsbgnya naik ), cara untuk mengatasinya elaun COLA ( Cost of Living allowonce) di tarik balik- ini teori ekonomi yg bagus dan hanya ada di Malaysia. SYABAS …………”Pencapaian” diutamakan?
ulasan coming soon

8 awek pahang January 20, 2010 at 4:50 pm

AKU PUN TAK PUAS HATI NI… BIAR BENOR WEH. BENDE NAK MAKAN ZAMAN SEKARANG, KOS SEMUA DAH MENINGKAT…. LEH TAK KORANG TUNJUK PEKELILING KAT AKU… TAK SAHEH LAGI KE ATAU DAH SAHEH……………….

9 cimot January 20, 2010 at 4:50 pm

gulingkan kerajaan sedia ada,lantik yang baru….. :tepuk

konsep 1 Malaysia hanya pentingkan pencapaian bukan keutamaan rakyat!
:hormat

10 akmal January 21, 2010 at 9:47 am

AKU BERJAWATAN RENDAH DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN DAN BANYAK YANG TELAH DIKORBANKAN TERMASUK NYAWA DAN KEPENTINGAN POLITIK, SANGAT TAK SETUJU UNTUK COLA DIHAPUSKAN !!!!!!!!!!!!!!

11 cimot January 21, 2010 at 10:58 am

cola di Potong??
1. Untuk biayai Pembinaan Klinik 1 Malaysia
2. Untuk Menampung kos Formula 1 Malaysia
3. Kerajaan tidak pendai urus kewangan negara
4. Untuk Menteri dan pegawai tinggi bersosial
5. Sebab Anwar bagi jadi najib tarik balik
6. Selaras dengan Slogan Rakyat didahulukan (semua Ditarik) Pencapaian diutamakan (mengukuhkan BN).
Kerajaan Adil Kerajaan Disokong Kerajan Zalim Diguling
Fikir-fikirkan bersama…. :gelak

12 aeliyza January 21, 2010 at 12:07 pm

:serabut :serabut :serabut :serabut :serabut
apa dah jadi……………………tak kesian kat kami?????? macam mana kami nak tanggung ….gaji dah kecik…..dikecikkan lagi….kecik la hati kami………

13 Masterpeace6060 January 21, 2010 at 12:23 pm

Huhuhu… Baru je manage duit nak rasa senang skit.. dah kena tarik plak… nak buat macam mana dah x de rezeki…..

14 Pak Awang January 21, 2010 at 1:03 pm

Sebenar-benarnya kerajaan sudah tiada duit

15 ahli-fikir January 21, 2010 at 3:19 pm

wah.. cerita yang menarik.. :serabut

kita sebagai penjawat awam perlu tau apa itu konsep satu malaysia ( rakyat didahulukan pencapaian diutamakan )

mai nak terang sikit..

maksud : rakyat didahulukan

Kalau ekonomi malaysia ada masalah, rakyat malaysia perlu rasa dulu sebab apa apa pun rakyat akan didahulukan. potong gaji… rakyat dulu rasa, naik harga barang…. rakyat dulu rasa, naik harga minyak… rakyat dulu rasa, dan apa apa yang berkaitan dengan rakyat.

Maksud : pencapaian di utamakan

Bila mana rakyat dah papa kedana.. baru senang kerajaan nak buat bangunan, bagi bantuan kat luar negara, bagi gaji menteri banyak2, melancong dan shoping bagi golongan isteri2 menteri. itulah pencapaian yang mereka cari..

terima kasih

hujah seterusnya ahli fikir akan kemukakan di kemudian hari.

16 style January 21, 2010 at 6:06 pm

tak tahu ler apa nak jadi ngan malaysia sekarang.
cogan dah cantik tapi cantik kena kat dia…
pikir2 lah orang yang bergaji cukup2 makan…
selepas ini anak2 kakitangan kerajaan yang macam kita ni x payah bersekolah lah…masing2 ajar kat rumah jer… hidup “rakyat” mana penting…hidup menteri2,bini diorang penting ler sebab kita nie pencacai jer…jawabnya abih ler “perkhidmatan Awam” di malaysia nie….astagfirullahhalazim………

17 insan malang January 21, 2010 at 6:43 pm

:kejut :serabut :nangis :nangis :nangis
apa kejadah semua nie? cola nak tarik balik? elaun perumahan nak kena potong? baik soh kjaan potong leher penjawat awam sekali selesai masalah…. klu elaun kena potong banyak masalah yang akan timbul… huru hara nanti.. tu sbb baik potong leher penjawat awam sekali bg mengelakkan kekecohan yang bakal timbul,

18 azura January 22, 2010 at 9:48 am

saye sangat tak setuju dgn ape yg saye dgr ni…knape mesti cola yg ditarik sedangkn perbelanjaan utk hal2 lain yg membazirkn bole plak??? elaun2 pegawai atasan tu yg patut ditarik….seminar atau bengkel yg dibuat kat hotel patotnyer dikurangkn…

rasenyer kalo kerajaan nk tarik cola,baikla tarik sume elaun skali….biar rakyat papa kedana :tepuk

saye dan rakan2 akan bt solat hajat agar ape yg diura2kn ni tidak benar…moga ALLAH mempermudahkn hidup rakyat Malaysia,aminnnn

19 Luna January 22, 2010 at 10:06 am

serabut aku pk bab nie..klu kene tarik..tiap2 bulan belum tentu aku leh makan nasi..hehehe..tolak utang..bayar PTPTN..loan keta, bil2 umah n tepon,sewa umah,ASB…tup2 jer..dah abis..just bayar tu sume jer…

nape tak tolak je elaun org atasan..pegi mana2 leh claim..minyak tak kena bayar..tol tak kena..dapat driver sorg satu lagi..umah kerajaan yg stok cam umah sdr lagi, elaun keraian lagi…elaun pg luar negara lain (konon cam lawatan) ler..bla2… perbelanjaan kementerian pun banyak gak per..cut jer perbelanjaan yg tak perlu..guna aper yg ader…heheheh

susahnye klu jadi kenyataan…

20 kaki tangan awam January 22, 2010 at 12:12 pm

:doa minta-minta tak jadi laa….susah kalau cola+itp+eka di tarik balik…jawabnya ramailah kaki tangan awam akan dapat surat merah tunjuk sebab kerana potongan lebih 60% daripada gaji…cuba fikir fikir sikit …yang ada buat loan tu macam mana…katakan gaji bersih dah tolak hutang tinggal 1000 tolak elaun elaun tu berapa yang tinggal mau makan pasir setiap bulan…jangan marah kalau kaki tangan awam buat kerja sampingan luar waktu pejabat..gaji tak cukup terpaksalah buat kerja tambahan..prestasi kerja tentu menurun, rasuah akan berleluasa, pecah amanah akan menjadi-jadi, jenayah cola putih akan meningkat..

21 Anti Rumours January 22, 2010 at 2:47 pm

Wakakakkakaka ramai benar melatah. tak heran la Malaysia masih belum maju. wakalallaaaaakakka ini semua mainan politik pembangkang nak malukan kerajaan. wakakakkakaak :call

22 Muhd Fariz Hj Ismail January 22, 2010 at 4:26 pm

Ini mungkin ujian Allah buat hamba-hambanya… Apa yang perlu kita buat adalah berdoa kepada Allah. Al-Quran dan As-Sunnah jadikan pegangan yang kuat. Iman kita perlu dipertingkatkan. Ilmu perlu kita dalamkan. Amal kita perlu diperbanyakkan… Pilihlah pemimpin kita yang manjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup di dunia yang fana ini….

23 aku January 22, 2010 at 7:09 pm

bagi aku la kan….

patutnya dorang yg gaji lebeh dr 2000 tu bolehla potong kan… nape lak yg gaji 2000 ke bawah nak kena potong plak….

yela aku paham dorang bnyk gak kena bayar…. tp kalu yg pakai merc tu apakata korang pakai toyota… yg pakai toyota plak…. pakai le protong….

yea… aku paham… tarap ko tak sama ngan tarap org bawahan…
tp tu skali di pk kan balik…. kubo korang tu tak sama ke ngan kitorg?….. ke kubo ko dibuat dari emas?, silver? tak pon dipenuhi ngan ulat? air? sendiri pk lah…

24 kepala angin January 22, 2010 at 8:10 pm

:peace confirm pilihanraya ke 13 akan tertubuh kerajaan baru pakatan rakyat…kalau kerajaan BN tarik dan hapuskan benda-benda ni nampaknya penyokong yang tinggal 2 3 kerat ni pun akan memangkah pembangkang jawabnya BN akan jadi pembangkang yang baru…kalau berani hapuskan lah elaun elaun ini…

25 amboi January 22, 2010 at 8:21 pm

tu dia ah.. :kejut
lau potong beh bajek lari lintang pukang.. :gila
potong golongan atasan sudah la..
diaorang dah banyak.. :duit

:doa harap tak betoi..

26 Golongan Susah January 23, 2010 at 5:31 am

Tak pa, yang pasti pilihan raya akan datang, BN tak menang. itu saya Confirm.kawasan saya sekarang ni Pembangkang dah amik alih, and siap bagi Air Free lagi, saya tiap2 bulan dah tak perlu bayar bil air, sbb kerajaan sekarang dah bayakan.InsyAllah Kerajaan ini akan kekal. ( Teringat and Masih rindukan Cara Pemerintahan Tun Dr. Mahathir yg masih bertimbang rasa dgn rakyat dan pada ketika itu tak ada pun masaalah2 yg timbul walaupun krisis ekonomi dunia melanda tahun 97. Bonus kakitangan kerajaan masih dapat.) Semoga Tun dah keluarga didalam keadaan sihat dan dilindungi Allah hendaknya AMIN….AMIN….Ya Allah…)

Regards,
Rakyat yg sangat kecewa..

27 aku January 23, 2010 at 7:39 am

…kenapa kakitangan awam jadi mangsa kerakusan pemimpin BN.. duit rakyat dibahagi-bahagikan. Stop je formula 1 – di sana dah ada 1 bilion…. nak tulis lagi panjang tunggu…. PRU 13 Siap kerajaan BN….. jangan takut lagi wahai guru-guru serta kakitangan AWAM….. cuba tukat sekali

28 azuha January 23, 2010 at 8:38 am

dh ptong pun…bln 3 ni…;p

29 adiadah January 23, 2010 at 10:49 am

Semlm isteri (pendidik) maklumkan, katanya krj dah tarik balik pasal cola ini. Ada sesiapa boleh bantu? Betul ke?. Kalau konfem. terasa legaa le. Kalau tidak kenalah cari peluang2 perniagaan menambah pendapatan.

30 privatesectordesigner January 23, 2010 at 11:44 pm

Wahaha…lopeh ni harap smart je la org2 gov ni..duit tarak..!!
senang camni jer..korang berenti keje,pastu apply kat private sector..ada brani?
Nk takut ape..org yg keje swasta pn hidup gak..anak2 ramai gak..bole je diorang survive..yg org keje gov ni nk takut stengah mati sebab ape plak??
Sebab nk belagak ek? Sebab nk duduk umah besar yg mahal2..
Sebab nk beli kete yg mahal2..(kancil & viva ape kelas..aku keje gomen..)
Pandai2 la korang idop…yg penting kalo x pua ati..KORANG BERENTI JER…kilang2 bersepah tu..

31 zzzzz January 24, 2010 at 10:09 am

kepada privatesectordesigner,

dahan kelapa tua gugur, dahan kelapa muda jgn ketawa. tkasih

32 Masterpeace6060 January 24, 2010 at 11:34 pm

mana la datangnya si bahlol privatesectordesigner nih.. engkau nih macam jeles ja kat org keja kerajaan kenape? ko x dapat keja kerajaan ke sewaktu ko apply dulu? skrg macam ko dah berjaya dalam swasta ko naik riak pulak.. macam ni ka manusia? jangan lupa asal usul kita x ada sektor awam x ada sektor swasta tun mahathir baru saja perkenalkan sektor swasta ini… yang pasti dalam buletin utama 24/1/10 pkl 8mlm kerajaan dah cakap x pernah ada perbincangan untuk hapuskan elaun cola.. so harap bersabar untuk mendengar crita yang sahih…

33 Golongan Susah Payah January 25, 2010 at 9:49 am

Apa yang saya dengar Berita radio ERA pagi tadi (25/01/2010) dalam Jam 9am. Kerajaan tak pernah punyai niat nak Ambil balik Elaun-Elaun dr kakitangan nye. Harap berita ini benar… dan sah.

kalau tak jadik tarik balik. Syukur Alhamdullilah…. :doa :doa :doa :doa :joget :joget :joget :tepuk :tepuk :tepuk :hormat :hormat :hormat :berangan :berangan :berangan .

Itulah kelebihan yg ada di kakitangan kerajaan dan yang tak ada di sektor swasta.

34 aeliyza January 25, 2010 at 11:11 am

Ya Allah selamatkan la Malaysia dari menjadi malinsia……….berkati la rezeki kami (kakitangan kerajaan) sesungguhnya Engkau lebih mengetahui…………
:senyum :senyum :senyum
kerajaan tetap akan mempertahankaan hak rakyat……..
sokong BN……Hidup…BN

35 ieta January 27, 2010 at 3:47 pm

tak jadik lagi baik……………. :doa

36 ayam jantans January 27, 2010 at 4:00 pm

salam kpd smua..,bkn salam 1 m’sia,itu najib punya ngn bini dia,mgundi nanti sokong pbangkang jnji tgal jnji pun xpa,hampa paham hampa terer laaa..

37 mutalib January 30, 2010 at 5:26 pm

kalau ini berlaku kita lihat saja parti mana jadi sanjungan dan parti mana jadi cercaan..inilah hakikat apabila manusia yang dipilih jadi khalifah dimuka bumi mempunyai skandal..inilah tanda dunia telah sampai ke penghujung..dunia akan kiamat…harap diri ini tidak menjadi mangsa… :gila :hormat :tunggu :tunggu :tunggu :tunggu :tunggu :tunggu :tunggu :tunggu :tunggu :duit :duit :duit :nangis :peace

38 mesticun January 30, 2010 at 11:07 pm

muncul pemimpin bodoh tak tahu buat keputusan.menjadi mangsa orang bawahan.kita juga yang rugi.kuasa tu boleh diguna sesuka-hati. :marah :marah :marah :marah :marah

39 oooo February 5, 2010 at 11:55 pm

Assalamualaikum… (betul tu, salam 1 mlysia apa benda tak ada makna, dlm islam pun tak ada.

aku rasa skrang ni dah mcm zaman penjajahan british, tp skarang kita dijajah bangsa sendiri. baguslah tu aku sumpah najib kaya dengan duit rakyat smpai kembong perut, dia ingat dia tak kan masuk kubur kot.
habiskan duit rakyat tu je keje. kalau ikutkan mane ada gawat teruk sangat, yang teruk cuma najib suka membazir duit rakyat. mungkin dia tak belaja matematik kot tak tau beza tolak dan tambah.
kalau dia tak potong sekarang mungkin lepas pilihan raya nanti pasti di potong, FIKIR2lah BILA ANDA MENGUNDI>
politik sekarang kotor tak ada nasionalisme yg ada cuma celaka.
jgn mudah diumpan dengan cacing.

40 oooo February 6, 2010 at 12:04 am

ada ura2 potong elaun, tp peliknya gaji polis naik, Mungkin gawat patut naik gaji polis (satu lagi teori ekonomi dibuat kerajaan 1mlysia). Tabik hormat kepada kerajaan 1 malysia(rasuah moden ke simpati ni? kenape polis je, yg lain makan rumput ke?). buat projek berbilion2 tgh gawat, F1 1M, segala benda 1 mlaysia, duit masuk poket dan buat nama, yerlah aku kenang ko sebagai pemimpin yang hampeh..

41 jedad1411 February 10, 2010 at 4:05 pm

sedihnya dgr ..saya punya mengagungkan pemerintahan seada ada,mcm ni balasan dpa..saya merupakan AKS ja..ada diploma,tp gaji dpt gred 17 ja..yang lain sijil komuniti dapat P1T9,saya cuma dapat P1T1..saya akan bekahwin tahun dpan,saya pun buat loan peribadi,dgn duit pinjaman saya bayar muka keta saya sedikit..dgn harapan 12.09 dpat bonus..boleh la nak boh dlm asb,blei la tambah byk skit dividen,tgk2 dpt rm500(konon la).lepas tu awal tahun ni,saya kena byr balek rm250 dgn alasan saya berkhidmat xcukup setahun,kena cukup setahun br blei dpt WANG SAGUHATI tu full….tp yng tu sy xkesah sgt..tp yang saya pikirkan sekarang ni,mcmana sya nk survive ngan rm150(selepas tolak loan peribadi,kereta,bil,ptptn n mak)kalo elau cola ditolak??elaun cola kat saya sebyk rm300??bakal somi pun keja besa ja…

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: