BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Elaun Guru Naik Di Selangor?

by Staff Berita Semasa on February 10, 2011

in Berita Malaysia

Bertambah gembira bagi guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) diseluruh negeri apabila Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan.

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) diseluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.-

Dengan kenaikan elaun ini, sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban masalah kewangan yang dihadapi oleh guru-guru KAFA terbabit.Mungkin pendekatan ini juga perlu diaplikasikan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain.

Ketepikan sikap prejudis dan politik sempit demi mencapai mencapai keputusan yang lebih baik.Ada baiknya tindakan Kerajaan Negeri Selangor ini bagi membuka mata kerajaan pimpinan Barisan Nasional supaya lebih “turun padang” bersama rakyat dan mengambil hati masyarakat semula.

Dan kami juga berharap agar keputusan mengenai cadangan semakan gaji minimum di Malaysia membuahkan hasil demi kesejahteraan kehidupan dan ekonomi rakyat.Jangan bincang je lama-lama, tapi takde tindakan. Slogan “Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di utamakan” perlu dikota. Jangan asyik nak tibai “buku jingga” sahaja, tapi “buku sendiri” buat tak reti.


{ 18 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 3a February 10, 2011 at 4:24 pm

Yes..alhamdullilah..dgn usaha kerjaan selangor yg diperintah oleh parti pembangkang..sy harap bawa maju di negeri ini dan berkembang dgn pesat..aminnnn.. ^^”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 adi alias February 10, 2011 at 4:34 pm

3a: Yes..alhamdullilah..dgn usaha kerjaan selangor yg diperintah oleh parti pembangkang..sy harap bawa maju di negeri ini dan berkembang dgn pesat..aminnnn.. ^^”  

</blockdi perintah parti pembangkang? bn? lol

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 3a February 10, 2011 at 11:28 pm

Sory2..ahaa..maksud ku PAKATAN RAKYAT…my mistake…TQ2 ^^”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Hoho February 10, 2011 at 4:47 pm

Alhamdulillah… Sekali lagi ‘rakyat didahulukan’ tapi bukan oleh kerajaan BN tetapi oleh pakatan rakyat. Tak sia sia undi diberikan kepada pakatan rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Hg2ah February 10, 2011 at 11:43 pm

Alhamdulilliah…rezeki utk pendidik Islam..Aminnn!!!

p/s: Asalkan ikhlas tiada berbaur politik dan tiada kaitan dgn PRU 13.

p/s: Allah SWT mengetahui apa yg tersurat dan yg tersirat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 tok Moh February 11, 2011 at 8:56 am

inilah yang dikatakan apabila PEMIMPIN memiliki ketaqwaan kepada Allah. apa yang rakyat tidak ada kemudahan,diberikan tanpa mengharapkan kembali balasan .wajar dijadikan contoh dan teladan. untuk pemimpin yang masih tidak nampak,BUKAlah mata anda..lihat dengan mata hati.walaupun imbuhan yang diberikan tidaklah seberapa,namun JASA dan PENGORBANAN guru-guru sekolah AGAMA adalah mulia. rezki kalian telah ditetapkan..mengajarlah dengan penuh ikhlas,latihlah anak didikmu menjadi insan seperti PEMIMPIN ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 akmal February 13, 2011 at 1:24 am

syukur, alhamdulillah:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 ustaz klang February 13, 2011 at 1:37 am

Caya la PR, mcm ni la ade semangat… :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 abutalib February 13, 2011 at 1:44 am

Alhamdulillah…rezeki orang rumah ni :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 amilism February 14, 2011 at 8:17 am

kakitangan awam bila naik ada bonus ni??gaji naik ke??tak kan takde..huhu.cakap 2020 negara berpendapatan tinggi..huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 sire February 16, 2011 at 2:28 pm

ko tweet la najib mintak die bonus

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Baju Melayu February 18, 2011 at 12:06 pm

alhamdullillah sejuk hati dengar kerajaan N.Selangor bantu guru-guru agama.. semoga pemerintahan PR terus cemerlang..amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 nazmi February 19, 2011 at 1:01 pm

SAMA SAMA PERTAHANKAN SELANGOR…DAN SEMUGA SELANGOR DAPAT AMBIL ALIH PENGURUSAN AIR DRPD PUNCAK SEGALA PUNCAK….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 nazmi February 19, 2011 at 1:07 pm

ITU UNTUNGNYA PR MENTADBIR…SATU LAGI…TOLL TURUN……COZ NAK AMBIK BALIK S’GOR……JD MORAL OF STORY…..KEKALKAN PR MENTADBIR SELANGOR…SPY NNTI BYK LG BARANGAN YG AKAN DI TURUNKAN OLEH REJIM BN…..UNDI JGN BAGI….APA YG DI BAGI AMBIK…SEBAB SLAMA INI SUME DIORG DA WALAP N NAK AMBIK ATI PENGUNDI KEMBALI…PASNI TAK MUSTAHIL AIR PLAK AKN DITURUNKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN…ATAS DASAR KEPENTINGAN RAKYAT KOOOONOOON…DA DEKAT PRU NI…MCM2 BLE DAPAT…TP YG PASTI UNDI JGN BAGI…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 ahmad December 11, 2011 at 1:25 pm

diharap kerajaan selangor tetapkan guru fardhu ain dlm perkhimadtan awam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 hazmg February 23, 2011 at 3:04 pm

Semoga cikgu2 kat sekolah dapat mengajar anak2 Malaysia dengan lebih gigih dan bagi ilmu pendidikan yang berkualiti tahap power…boleh punyer..

p/s.: TABIK RESPECT KAT CIKGU2 yang mengajar aku dulu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 org ganu March 2, 2011 at 9:35 am

salam…cayalah PR terus kan perjuangan anda memberi kebajikan kepada rakyat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 ariesastira October 12, 2011 at 7:33 am

salam……janji pemimpin UMNO bentang bajet 2012 melebihi 200 billion melibatkan semua pihak terutama kepada mereka yang ada anak2 yang masih bersekolah…..yang pasti kerenah birokrasi melambatkan semua perancangan…macam minta sedekah……kat tempat aku ada jambatan lama jaraknya 20 meter yang nak dirobohkan tak nak bengkokkan ke?…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: