e Penyata Gaji : Patutlah hujung minggu ini, kami lihat sesak semacam sahaja. Masing-masing sudah mula buat semakan gaji melibat gaji baru SSM seperti yang diumumkan sebelum ini. Jadi, kami hari ini nak kongsikan prosedur penggunaan Sistem e Penyata Gaji (e gaji) dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
Sekarang dah tiada lagi slip gaji seperti gambar di atas ini. Memang “legend” slip gaji ini. Teknologi dah bergerak cepat sekarang ini, jadi sistem e penyata gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM (www.anm.gov.my) gaji perlu sama-sama dipertingkat juga. Sistem e Penyata gaji dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM dilaksanakan pada tahun 2010 lagi. Jadi, sesiapa yang kerja kerajaan kena daftar e penyata gaji untuk print penyata gaji.
Semakan e Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Dengan adanya sistem e penyata gaji (e gaji) ini, tiada lagi masalah :
- slip gaji hilang
- tertinggal ketika nak buat loan ker ataupun
- kelewatan menerima slip gaji seperti sebelum-sebelumnya.
- yang penting bila dah boleh buat semakan e-penyata gaji di laman Jabatan Akauntan Negara ANM (anm gov) memang dapat jimat banyak kos operasi
- Laman jabatan Akauntan negara Malaysia ANM berwajah baru sejak 3-4 bulan lepas semenjak dah bertukar AG yang baru.
- Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah dengan cara pergi ke laman Jabatan Akauntan Negara ANM gaji, http://www.anm.gov.my
- KLIK tab e Penyata gaji & laporan
- Dan akan terpapar paparan seperti gambarah di atas. Ruangan untuk akses masuk ke sistem e penyata gaji & laporan milik anda sendiri
- Jika anda belum mempunyai akaun bagi e penyata gaji, anda boleh mendaftarkan maklumat diri anda dengan cara KLIK pada link Pertama Kali Mendaftar
- Jadi akan terpapar halaman seperti di atas ini.
- Anda isikan maklumat seperti yang diminta.
- Mana ruangan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
- Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No. Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.
- Jadi selesai sahaja proses pendaftaran, anda perlu untuk akses masuk ke dalam sistem e penyata gaji, masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam proses pendaftaran sistem sebelum ini dan klik butang Daftar Masuk
- Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun e Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
- Untuk memuat turun e penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:
- Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya e penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem. Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat e penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
- Selesai
Sistem e Penyata Gaji : Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil
Bila ada sistem sebegini ramai yang ambil kesempatan & mata-mata yang memerhati & dahagakan wang anda. Apatah lagi dengan kos sara hidup di Malaysia yang melambung tinggi. Cuma, nasihat kami dan ini sangat penting.
- Gunakan kata laluan yang kuat (kata laluan yang sukar diteka oleh orang lain)
- Simpan kata laluan (password) anda dengan baik & jangan sesekali dedahkan kepada orang lain waima yang kita baik sekalipun.
- Ha…yang ini memang ramai yang buat. Jangan amalkan. Elakkan tarikh lahir sebagai kata laluan. Kenapa? Sebab senang nak ingat, bukan? Anda ada 2 pilihan sahaja, anda mahu akaun e penyata gaji anda lebih selamat dengan guna password yang lebih sukar ataaupun hanya mahu menggunakan password yang lemah (tarikh lahir anda)?
- Simpan rapi penyata gaji yang sudah dicetak. Jangan letakkan di tempat yang terdedah.
Sistem e Penyata Gaji : Harap Ada Penambaikan
Akhir sekali, lepas ini kepada mana-mana developer system laman-laman web kerajaan ini ambil berat konsep HCI iaitu :
- H – Human
- C – Computer
- I – Interaction
Diharapkan dapatlah kiranya menggunakan saiz server yang lebih besar dan efisien. Gunakan sistem online sahaja sudah dapat jimatkan kos operasi yang cukup besar, dan gunakan penjimatan tersebut untuk pembangunan laman web penyata gaji yang lebih baik.
Bukannya syok sendiri sahaja. Kerana ramai yang akan menggunakan laman-laman web kerajaan sebagai rujukan termasuklah semakan penyata gaji di laman Jabatan Akauntan Negara ANM gaji ini.







{ 7 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
semua penjawat awam berebut2 nk semak slip gaji masing2 skrg..
ape pn tak bleh….dah beberape ari cuba nk print slip gaji tapi tak bleh…hank dan hank lagi tak gune punye sistem
bodo punye sistem….tak gune menyusahkan
adoi…payah btl nk download…sistem lembab…
yeke lembab?internet ko lembab kot..
dr semlm try xleh msk…test kt tmpt keje xleh,kt umah xleh kt cc lgla lembab….
takde masalah pn..kawan aku cakap boleh je masuk..niat tak betul kot..hehehe