BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


E Operasi Guru Online 2013 (Semakan Maklumat & Data Guru)

by Staff Berita Semasa on March 21, 2013

in Informasi Terkini

e operasi

E Operasi Guru Online 2013 : Sekarang ini setiap guru dikehenaki melakukan semakan dan kemaskini maklumat masing-masing di portal E Operasi bermula 1 Mac 2013 sehingga 31 Mac 2013.

Pelaksanaan modul e OPERASI adalah bertujuan untuk pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan

Sekarang ini kalangan guru-guru diminta melaksanakan pengemaskinian maklumat guru, kelas, murid dan subjek sekolah tuan melalui modul e OPERASI bagi pengiraan keperluan guru mengikut opsyen.

E Operasi : Pengemakinian Maklumat Boleh Dilaksanakan Melalui:

Berikut adalah panduan untuk melakukan semakan dan kemaskini

  1. Masuk ke laman e-Operasi www.apps.moe.gov.my/eoperasi/
  2. Daftar masuk menggunakan Username dan kata laluan masing-masing. Sekiranya terlupa, sila klik pada ‘lupa katalaluan’
  3. Sekiranya anda belum pernah menyemak atau mendaftar di E Operasi, sila daftarkan diri anda dengan mengisi borang online melalui ‘Pendaftaran Baru’.
  4. Setelah log in, sila semak dan lakukan pengemaskinian data Maklumat Guru anda. Setelah kemaskini, sila pastikan anda klik KEMASKINI bagi tujuan data disimpan dan diterima.
  5. Sekiranya maklumat yang ingin dikemaskini tidak boleh dibetulkan, sila isi borang pembetulan

Adakah kalangan guru-guru mengalami masalah sepanjang melayari dan menggunakan perkhidmatan E Operasi ini?


{ 6 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 aziezah March 21, 2013 at 2:17 pm

Bagi yg terlupa kata laluan memang amat menyusahkan..dah berpuluh-puluh kali try..tapi tak dapat juga masuk ke dlm sistem..yg pelik nya…sistem tak pula sekat katalaluan yg salah tu…biasanya kalau web lain 3 kali dh kena blog!!paling menyusahkan…tak de sesiapa yg boleh reset password ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 SALMAH March 21, 2013 at 6:24 pm

BAGAIMANA CARA RESET PASSWORD?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Noor March 26, 2013 at 10:51 pm

Saya pun pernah mengalami situasi yang sama.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 nelly March 25, 2013 at 1:10 pm

salam.sejahtera..skrng guru2 tidak dpt kemaskini maklumat mrk kerana telah disahkan oleh GB. buasanya bilakah e operasi ni akan dibuka lagi untuk pengemaskinian? adakah terpksa tunggu bulan 8@sebulan sebelum egtukar semester kedua dibuka?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 inay March 26, 2013 at 12:38 am

Salam sejahtera.saya dah lama kemas kini e-operasi. tetapi sekarang takboleh masuk sebab dulu kata laluan cuma KP dan kata laluan saja. sekarang tambah ID pulak. Dah cuba masuk banyak kali.tetapi tidak berjaya. Minggu lepas boleh buka tapi arini tak boleh buka la pula.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 malar April 11, 2013 at 10:06 pm

sekolah Pk1 saya lupa nak no fail JPN saya dan gred gaji saya. Sekarang saya tak boleh apply egtukar. Sekarang tak boleh edit e operasi. Kalau macan tu maca mana saya apply egtukar? sekarang dah tutup e operasi untuk edit. kalau macam tu macam mana edit e operasi sekarang?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: