BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


e filing LHDN Malaysia – Cukai Pendapatan

by Staff Berita Semasa on March 4, 2012

in Informasi Terkini

Sistem e filing LHDN Malaysia melibatkan borang cukai tahun taksiran 2011 sudahpun dilancarkan bermula 1 Mac 2012 yang lalu. Sehinggakan ada yang sibuk bekerja dengan urusan masing-masing sampai masih tak sedar akan keperluan membayar cukai pendapatan pada waktu sekarang ini.

Kalau dahulu pembayar cukai kena beratur panjang untuk mengisi borang, sekarang ini :

  • LHDN Malaysia dah pun sediakan sistem e filing LHDN (secara online). Lebih mudah!!
  • Terbaru LHDN Malaysia untuk tahun ini, buat pertama kalinya menyediakan kemudahan pengemukaan borang nyata Cukai Pendapatan Individu bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) melalui platform di peranti mudah alih.

e Filing LHDN Malaysia (Cukai Pendapatan ) – Pertama Kali Guna Sistem eFiling?

Jikalau anda baru pertama kali menggunakan sistem e filing LHDN Malaysia ini, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :

  1. No.Rujukan Cukai
  2. Alamat terkini
  3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
  4. No telefon

Ataupun anda boleh juga pergi sendiri ke pejabat LHDN bagi mendapat nombor pin untuki akses masuk ke sistem e filing LHDN Malaysia. Manakala pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling boleh terus menyediakan :

  1. Nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin
  2. Menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC 
  3. Menyediakan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling
  4. Tetapi, pembayar cukai seperti anda tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan.
  5. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar. Atau seelok-eloknya sehingga 12 tahun lamanya

 e Filing LHDN Malaysia (Cukai Pendapatan ) – Pertama Kali Guna Sistem eFiling

Kemudian setelah anda berjaya mendapatkan no PIN tersebut, anda perlu :

  1. Tentukan anda pembayar cukai daripada kelompok yang mana satu. Samada (gaji/peniaga) ?
  2. Akses masuk ke laman web e filing LHDN
  3. Pilih kelas anda. Samada anda – Be (gaji) ataupun B jika anda berniaga
  4. Jika anda penerima gaji pastikan kesahihan jumlah gaji anda sebelum masuk ke e-filing
  5. Jika anda peniaga (B) pastikan penyata akaun untung rugi dan Kunci kira-kira tersedia lebih awal sebelum masuk ke e filing LHDN Malaysia. Pastikan anda buat semakan melalui mana-mana akauntan terlebih dahulu, untuk membuat semakan sebelum akses masuk ke laman e filing LHDN Malaysia

Selalunya denda kerana terlewat/tidak menghantarkan borang ‘cukai pendapatan’ adalah sebanyak RM 200. Tarikh terakhir untuk menghantarnya, adalah pada 30 April 2012 ini.

e Filing LHDN Malaysia – Kadar Cukai Pendapatan Individu

Harap dielakkan untuk menunggu saat-saat akhir, barulah hendak bertindak untuk mengisinya. Akhirnya nanti apabila server e filing LHDN Malaysia “hang” anda juga yang akan berhadapan dengan masalah. Sementara keadaan masih lagi “terkawal” inilah, anda gunakan kesempatan dengan sebaiknya.

Kalau tahun lepas kutipan cukai pendapatan yang berjaya dikumpulkan oleh pihak LHDN Malaysia hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya bersamaan RM109.7 bilion. Kami jangkakan dengan peningkatan gaji terutamanya melibatkan kakitangan awam melalui skim SBPA kelak, bakal meningkatkan lagi pendapatan LHDN pada jumlah terkumpul pada tahun hadapannya. Mungkin?


{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 natasha March 9, 2012 at 12:47 am

Salam,

saya agak khuathir menggunakan sistem berkomputer e-filing kerana setahu saya syarikat yang bertanggung jawab ke atas sijil digital adalah digicert. baru2x ini syarikat direvoke SSL mereka atas dasar implementasi polisi yang lemah. justeru itu saya sebagai pembayar cukai lebih merasakan untuk menghantar borang secara manual.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 abdullah ihlam March 9, 2012 at 11:18 am

natasha,

aku agak bersetuju dengan concern anda.
erm mmg cara digicert berkerja x ikut prosidur. aku pernah berurusan dgn digicert dalam sistem akauntan negara penggunaan mykad. erm masa tu diorang x apply root cert expired walaupun dah lama patut apply fixed updates tu. apa lagi mengelupur la diorang bila sistem kitaorg tu melibatkan pembayaran gaji gov servant x dapat digunakan. patutnya sistem monitoring backend dapat highlight senarai root cert yang akan expired. sbb buat keje macam buat rumah kampung camnih la jadinya. tengah bulan pulak tu masa nak buat pembayaran gaji. mmg horror bekerja dgn syarikat ini. dah la masa tu bagi alasan ikut sedap je n tak minta maap secara rasmi. Isu SSL dan sijil digital individu pun x sure macamana prosidur dan polisi kat backend system diorang. kita pengguna bukan tahupun cara implementasi tu ikut polisi atau tidak. kalau kat US mmg dah tutup syarikat ini pasal isu SSL tempoh hari. tengok la apa yang terjadi sekiranya syarikat CA luar negara yang melanggar polisi atau prosidur. x sure apa peranan SKMM dan MAMPU dalam isu ini. Diorang nih paham ke idak isu ini?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 ilham March 9, 2012 at 4:36 pm

Saya sudah mengisinya,anda bila lagi?
Nak tunggu last minute pastu server baru nak mengamuk?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Jenglot March 11, 2012 at 12:09 pm

saya baharu sahaja selesai mengisi. mudah sahaja bila pakai efiling ni
insyaallah dalam 2 minggu or less akan dapat cek refund kelak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 kuntao March 24, 2012 at 1:09 am

sebelum2 ni declare berasingan dengan wife
tahun ni ingatkan nak declare atas nama aku
which one better ye? siapa tahu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Azhar Tahir March 26, 2012 at 12:00 am

sudah selesai ke lhdn untuk tunggakan 2010. lengang selengang-lengangnya.
sesiapa yg nak buat clarifications ke, tuntutan ke apa ke, baik pegi sekarang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 maximus March 26, 2012 at 12:07 am

bila boleh dapat refund nie?dulu lepas 2 minggu submit, dah dapat surat dah..kali ini tarak…mcm tak nak refund jer?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 orang gomen March 26, 2012 at 1:10 pm

Nak tanya, kalau beli komputer thn lps mesti tolak pelepasan 2011 ke? Boleh ke kalau saya tak tolak utk 2011 tapi tolak utk pelepasan 2012 atau 2013? Sbb blh tolak 3 thn skali
Lagi satu sport equipment tu blh tolak kan utk raket badminton/tenis? Kalau kasut sukan blh ke?
Suami saya ada beli majalah lawak tiap2 bln tp dia tu tak pernah simpan lak resit..ni kalau kena bagi resit blh ke kita bwk je majalah2 tu ke LHDN sbg bukti? Kalau sape2 yang tahu mintak tolong bantu saya

Tq in advance utk sapa2 yg blh tlg jawab..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Paku_k April 30, 2012 at 11:21 am

A-kum—–boleh tunjuk ke cmne cara2 nak isi borang e-filing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 risau May 13, 2012 at 1:28 am

macamne nk buat klu dh terlepas tarikh wat penyata cukai pendapatan e filing..?tolong bagi info..risau dibuatnye…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Alahai June 11, 2012 at 1:19 pm

mcm mane nak kira ni? kena daftar ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 cindy Cheong March 7, 2013 at 1:11 pm

Maaf tahnu lepas saya pakai e-filing untuk submit income tax
but i ter lupakan semua password . so how ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 adwa March 7, 2013 at 9:42 pm

sy x leh lagi brim2.0 no.ic 890209035683

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 ingintahu March 21, 2013 at 11:58 pm

kenapa bila pendapatan bercukai melebihi rm35ooo maka dah x dapat rebat individu rm400?macam ni banyak le kena bayar….kalau nak bayar secara ansuran mcm mana caranya?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 madi March 29, 2013 at 8:54 am

saya nak tanya berapakah pendapatan minima bg lelaki yang sudah kahwin.gaji seth saya ialah 13,762. elaun 1,720.anak 10 orang.sbb kalau saya tak layak cukai isteri saya akan ambil semua plpasan anak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 faridah bt mahmood March 29, 2013 at 9:32 pm

baru selesai isi e-filing..mmg benar Y bercukai lebih rm35000 xdapat rebet..cian saya kne byr bnyak..tp nsib baik jg la beli komputer boleh latolak sikit…tp nk tanya la..kita byr zakat terus keindividu..xde resit..valid kr utk tolak cukai..saya bagi zakat seketul utk individu yg kesempitan nk byr bil hospital krn pmbedahan jantung coronory bypass..individu yg terima zakat sbgai saksi pun dh meninggal..hanya Allah jer saksi saya bayar zakat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 kamal March 30, 2013 at 12:04 pm

1. Saya mmg tak simpan resit pembelian majalah & perubatan
2. Saya memang selalu tak ingat no paswod
3. ada tak cara lebih mesra alam untuk mengatasi masalah ini

realitinya mmg setiap kita akan beli majallah/buku/sakit so apakata LHDN terus tolak rm500 atau apa2 nilai tanpa resit dan ke dua…jadikan paswod no ic / yg lebih sesuai diingat oleh responden so tak de lah tiap2 thn dok minta benda yg sama….

tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Suki lim April 16, 2013 at 12:41 pm

Saya nak Tanya tidak perkerja/ pendatan lagi apa saya kena buat bila nak submit income tax?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 Bobo Yeong April 29, 2013 at 9:33 am

1) I just change my job in September 2011 so I have receive 2 EA for year 2011 from my ex-company & current company. How to I fill in the Rujukan Majikan No. E in the Borang BE column?

My Action is:- I will in the ex-company Majikan No. E in my Borang BE for Year 2011.

2) For this income tax Year 2012 – I forget to change the Majikan Number to my current working company in the Borange BE 2012. Borang EA is submitted. Could you please advise what should I do.

Thank you.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Mdass May 7, 2013 at 12:18 am

I boss, I have call in come tax office and no body pick up the calls for days and hours trying still the same.
next sent email on password reset no respones.

Any assistant please>, terima kasih and moga-moga tuan sihat selalu.

016-886 7515

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: