BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Resepi Durian Crepe Paling Sedap? Edisi Masterchef

by Staff Berita Semasa on December 7, 2012

in Resepi MyResipi

Durian Crepe Resepi

Resepi Durian Crepe mula popular oleh kalangan “tukang masak” di Malaysia apabila kalangan peserta Masterchef 2 menyediakan resepi Durian Crepe ini kepada barsian chef bagi rancangan Masterchef Malaysia. Durian Crepe ini sangat sesuai untuk peminat durian dan sangat-sangatlah sedap dimakan ketika sejuk. Kami sendiri telah mencuba…..Anda juga mesti cuba.

Bahan-bahan Resepi Durian Crepe ( 30 bantal )

  • 250gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (terpulang nak gunakan warna yang menjadi pilihan anda. Untuk resepi Crepe Durian kali ini warna hijau & kuning telur.)
  • Filling**
  • 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yang telah dilenyek.

Cara-cara Buat Resepi Durian Crepe

  • Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
  • Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
  • Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  • Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream.
Crepe Durian Resepi

P/S : Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk. Siap resepi durian crepe!!


Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: