Esok, berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, sejumlah 13,664 pengundi termasuk 4,604 yang merupakan pengundi pos akan keluar membuang undi untuk calon pilihan mereka, samada calon dari Barisan Nasional iaitu Isa Samad ataupun daripada Parti PAS iaitu Zulkifli Muhd Omar bagi Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Bermakna, dun ini juga mempunyai bilangan pengundi pos yang teramai di negara kita.
Ini merupakan Pilihanraya Kecil yang ke-9 sejak Pilihan Raya Umum 8 Mac yang lalu. Dan kedudukan sekarang kalau ikutkan kepada rekod kemenangan sepanjang Pilihanraya Kecil yang telah diadakan sebelum ini adalah memihak kepada calon-calon Pakatan Rakyat, iaitu 7 kemenangan berbanding Barisan Nasional, hanya memperoleh 1 kemenangan.
Jadi, kita kasi panas sikit kempen Pilihanraya Kecil kali ini dengan saya nak mengajak pembaca Berita Semasa Online untuk mengundi calon pilihan anda. Ruangan undian ini akan ditutup secara automatik sebelum pukul 7 malam nanti. Kita tengok, samada tepat atau tidak atau keputusan undian yang tertera di sini berbanding keputusan sebenar yang kebiasaannya akan diumumkan sekitar antara jam 8:30 hingga 9:30 malam esok.
Jadi kepada pembaca Berita Semasa Online, pakat-pakat mengundi calon pilihan anda. Rasuah-rasuah untuk menaikkan undian tidak dibenarkan ye. Jangan ada undi rosak semasa mengundi di bawah ini ye. Undi anda adalah rahsia. Hehe….
Akhirnya, malam ini tamatlah kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Jadi, kongsikanlah pendapat-pendapat anda sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang ini berlangsung, tidak kira anda dari pihak Barisan Nasional mahupun Parti Islam Semalaysia. Rasanya tak banyak isu yang timbul. Kalau ada pun seperti timbulnya dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mengatakan beliau telah dipukul oleh penyokong PAS, selain beberapa penyokong PAS yang juga mendakwa dibelasah oleh sekumpulan penyokong dari Barisan Nasinal yang menyerang mereka ala Samurai.
Saya mungkin ada beberapa lagi isu dan berita harian yang berbangkit lain yang diutarakan oleh kedua-kedua parti yang bertanding. Tapi, saya lebih suka bukakan ruang dan peluang kepada anda untuk meluahkan, memrikan pandangan dan membincangkannya sebarang isu yang berbangkit sepanjang kempen pilihanraya ini ini berlangsung.
P/S : Saya memang cukup bersetuju jika dilakukan pemeriksaan tahap kesihatan untuk setiap calon bertanding untuk Pilihanraya Umum yang akan datang. Yang calon yang benar-benar bersedia dan berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakayat sahaja dibenarkan bertanding.
PP/S : Ya, ajal maut semua ditangan Tuhan, sekurangnya kita merancang dan mengambil langkah berjaga-jaga dan setiap kejadian yang berlaku selepas itu, kita redha sahaja. Sebab bukan murah belanja untuk diadakan bagi setiap Pilihanraya ini.
![[Pilihanraya Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam SeMalaysia? baganpinang](http://farm5.static.flickr.com/4119/4799120070_753789bc35.jpg)
![[Pilihanraya Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam SeMalaysia? baganpinang5](http://farm5.static.flickr.com/4102/4798487845_17b2b1fd32.jpg)
![[Pilihanraya Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam SeMalaysia? baganpinang2](http://farm5.static.flickr.com/4095/4798487885_7274e30412.jpg)
![[Pilihanraya Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam SeMalaysia? baganpinang3](http://farm5.static.flickr.com/4098/4798487923_22652f9635.jpg)




{ 51 comments… read them below or add one }
← Previous Comments
haha tul gak tu ape la dorng nk kesah.. sdgkan hukum leh wt main.. inikan pula perkara cmni
walluhualam..
klu dari pemerhatian camtu la kot
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
Kalau ikut pada undian maya yang telah disediakan di sini, PAS menang dengan majoriti 14 undi…..
Walaubagimanapun, inilah pilihan pengundi sebenar di bagan Pinang. Tiada pa yang boleh saya katakan, tahniah kepada Barisan nasional, sekarang ini do your work !! Admin [ Master G ](Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
huhuhu….tula..bila dikatakan matlamat menghalalkan cara..maknanya semua yang HARAM diHALALKAN…hhuhu..habis tungang langgang!!
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
huhuhu..betul tu Master G, sekarang pengundi sudah ‘bersuara’ dan memilih siapa pemimpin mereka..apa yang perlu dilakukan sekarang??kerja keras!!
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
tu la John..kadanag-kadang pelik gak!!asyik-asyik tunjuk penyokong satu pihak je ganas…penyokong satu lagi ni baik sangat ke??sampai tak melawan??huhuhuhu…pelik kan??
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
betul tu John..harap dia berubah demi masa depan dan maruahnya yang tercalar..
danzaimar(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
ha tu la, tu psl la isu Lina Joy dan pertubuhan melayu kristian dorng xdpt nk bendung. da undang2 tunggang langgang.. klu undang2 diselaraskan dgn fatwa or undang2 Islam, nescaya perkara ni xkn terjadi.. insyaallah
JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
betul tu John..harap dia berubah demi masa depan dan maruahnya yang tercalar..
Mat Nuat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
wah.. stylo2 pak awang.. hehehe
yazidsalikan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
aku x kaya lagi..ko ada borang permohonan x???
yazidsalikan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
pilih pemimpin yang bagus.. insyaallah, dunia aman tanap peperangan, islam makin maju dan tidak ditindas serta akan dihormati satu dunia, jangan ditunggu pihak atasan je yang bertanggunggjawab, tapi start dari diri sendiri..seperti dalam firman Allah..
yazidsalikan(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
← Previous Comments