BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


DRB-HICOM Beli Proton Dengan Nilai RM1.291 Bilion? Harga Kereta Akan Turun?

by Staff Berita Semasa on January 17, 2012

in Berita Automatif

Selepas ini, Proton bukan lagi syarikat GLC dengan tindakan DRB Hicon beli Proton daripada Khazanah dengan nilai RM1.291 billion. Proton akan bergelar syarikat swasta. Tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, apakah halatuju Proton & pencapaian sebagai anak syarikat DRB Hicom selepas ini? 

Sebelum ini, senarai pemegang saham dalam Proton berdasarkan laporan Bursan Sham adalah seperti berikut :

  1. Khazanah 42.74%
  2. KWSP 10.72%
  3. Petroliam Nasional Berhad 7.851%
  4. Yang lain semua pegang sikit-sikit je, sekitar 1%++ termasuklah HSBC, Maybank, Amanah Raya, PNB, Tabung Haji, Pekeso dll.

Kami juga ada membuka ruang undian pada laporan berita di sini, Pegangan Saham Terbesar Proton : Khazanah Nasional VS DRB Hicom VS NAZA. Mana Satu Pilihan Anda? Kami sendiri meletakkan pada masa itu, DRB Hicom dalam kedudukan yang hampir pasti memiliki Proton. Dan seramai 16% daripada kalangan pembaca memilih DRB Hicom sebagai pemilik baru Proton.

Khazanah Nasional Bhd mengumumkan yang ia akan menjual 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd kepada DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat dengan harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

Bagi kami, ini adalah satu tindakan yang bagus daripada membiarkan Proton terus di bawah “cengkaman” kerajaan. Dan dalam pada masa yang sama dapat mengelakkan Khazanah terus mengorek “tabungan” mereka untuk “memberikan suntikan danan dan bantuan kepada Proton.

DRB Hicom – Proton : Apa Yang Kami Tiada Lagi Alasan Yang Boleh Digunakan Kerajaan :

  • Cukai kereta import yang terlalu tinggi 300% semata-mata untuk menjaga dan melindungi kepentingan Proton. Benarkah cukai akan diturunkan? Realiti atau Ilusi? 
  • Kakitangan Proton akan lebih bekerja keras selepas ini. Tiada lagi pemikiran makan gaji dengan kerajaan, tidak akan dibuang seperti sebelum-sebelum ini
  • Persoalannya sekarang apa yang akan terjadi kepada lotus? Adakah Lotus akan dijual ataupun lupus?

Maknanya sekarang Proton kena tingkatkan kualiti model-model keluaran mereka. Sebab Proton sekarang ini lebih berorientasikan kualiti.

Nak keuntungan tinggi = barang/model kenalah berkualiti = barulah ramai pembeli/pelanggan

Jika DRB Hicom tidak menunjukkan prestasi yang baik, anda akan tertinggal. Itu sahaja. Kami lebih suka begini suasananya. Harap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mengambil perhatian mengenai tuntutan-tuntutan seperti ini.

Ya…DRB Hicom adalah milik beliau. Kemudian diharapkan DRB-Hicom dalam semak semula program vendor Proton. Vendor inilah sebenarnya yang melingkupkan Proton.

“Pengurusan baru, harapan baru kepada pelanggan Proton”

Dan sekarang adalah masa yang cukup sesuai untuk DRB Hicom menunjukkan yang “Proton sebenarnya mampu pergi lebih jauh” jika pengurusan lebih elok, menjaga kepentingan penggunanya bukannya kroni dan dalam pada masa yang sama tidak mencampuradukkan kepentingan politik di dalamnya.

P/S : Apa harapan & jangkaan anda dengan pengambilalihan DRB Hicom Proton ini nanti?


{ 49 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Ahli Fikir January 17, 2012 at 9:29 am

Di harap Proton akan lebih cemerlang dengan pengurusan baru. saya setuju dengan pandangan Penulis agar Proton membuat semakan semula kepada Vendor Vendor yang sedia ada. Proton bukanlah satu jenama yang teruk sangat, tanpa Proton Rakyat Malaysia belum tentu ramai yang menggunakan kereta walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding harga yang ditawarkan di luar negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 kmgolds January 31, 2012 at 4:24 am

Tetapi, berapa kerugian akan dilaporkan dlm buku KWSP? Berapa dividen akan dibayar kpd ahli-ahli dalam tahun 2010. Purata kos perlaburan KWSP adalan lebih kurang RM8.00 sesaham?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 sitiayu January 17, 2012 at 9:39 am

lebih ramai lagi yang akan membeli kenderaan buatan malaysia….kalau diikutkan kereta proton ni sebenarnya tk delah teruk sangat sebab majoriti rakyat malaysia kalau diikutkan memang menggunakan kereta proton…..lepas ini rakyat akan lebih yakin dan percaya dengan kereta keluaran proton….belilah barangan buatan malaysia….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 zaidi January 17, 2012 at 9:47 am

aku jamin proton akan makin teruk lepas
korang tengoklah nnti bawah si pak arab ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 OSA January 17, 2012 at 12:43 pm

ko ni..cbe kalo ko mampos pastu aku cakap, kurang sikit pendosa dalam bumi allah ni..

negative btol thinking…mesti ko melayu kan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Iswara 1992 January 17, 2012 at 4:59 pm

Zaidi, tak elok cakap macam tu, berdosa. Saya guna PROTON sejak tahun 1992 hingga sekarang tak ada masaalah pun, berjasa kepada saya sekian lama. Yang paling penting mesti hantar servis secara berjadual Insya Allah kereta buatan Malaysia tak akan beri masaalah kpd kita

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 jon January 17, 2012 at 11:52 pm

btol la ko nie negative…oit pak arab 2 otak bisnes mesti la dia akan pikir kan keuntungan so secara x lngsung proton akan maju n kita pun akan dpt produk yg bgs insyallah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 MANGSA February 15, 2013 at 5:08 pm

memg r dia pk keuntungan tp pekerja DITINDASSSS

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 nana January 17, 2012 at 10:02 am

Harap Syed mokhtar bertambah kaya lps ni. boleh dia melibatkan diri dlm bidang lain pulak. keuntungan hasil dari pelaburan dlm syarikat yg dimiliki beliau digunakan utk tujuan kebaikan(bantuan kpd fakir, anak yatim, bina masjid, bina universiti, etc.). tp kenapa masih ada sesetengah golongan yg masih buta. tak habis-habis nk dibangkitkan isu kroni. kalau 100 tahun merdeka pun isu kroni tak putus-putus dipopularkan sampai bila-bila masalah mcm ni tak dpt selesai.

harapan utk proton selepas ni. dpt melantik seorg ketua CEO yg berkaliber, bertanggung jawab & berani utk mengubah presepsi pengguna terhadap proton terutamanya dari aspek kualiti produk. ketua ini juga mampu berunding dgn kerajaan supaya dikaji semula sistem cukai yg selama ini melindungi proton daripada disaingi oleh pengeluar kereta import. cubalah utk dikurangkan(mansuhkan) cukai tersebut. supaya pengeluar kereta tempatan lebih ‘terbuka mata’ & sedar dgn persaingan serta kehendak pengguna dimasakini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Knowlwdge January 17, 2012 at 10:24 am

Tehran has threatened to close the Strait of Hormuz, the narrow mouth of the Gulf through which 17 million barrels of oil pass daily; Washington has made it clear this is a “red line” that would result in military action. US President Barack Obama telephoned Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu after the latest killing.

Kemungkinan besar harga petrol akan naik lepas ni. Di Japan rakyat dah diberi kesedaran awal mengenai kemungkinan harga petrol akan naik 20% yang mana akan meyebabkan keuntungan company Jepun menurun sebanyak 15%.

Di Malaysia rakyat hanya tahu hentam kerajaan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Anti Kapitalis January 17, 2012 at 10:29 am

bro, bijak sikit bro
sbelum saya datang balik dengan pendapat saya sndiri
saya nak tanya, jepun pengeeluar minyak?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Knowlwdge January 17, 2012 at 10:35 am

Japan dan Malaysia bukan negara OPEC.

Bagaimana pula pandangan saudara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Anti Kapitalis January 17, 2012 at 11:12 am

itu yang saya pelik sikit bila tuan bandingkan dengan jepun
kita ni pengeluar minyak
setiap satu dollar naik harga minyak dunia, malaysia dpt pendapatan tmbahan usd250
net profit petronas tahun lepas sahaja 80-90 billion
amik 10 billion tolong rakyat rugi ker?
ingat setiap industri & perniagan di malasysia bermula dengan turun naik harga minyak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 OSA January 17, 2012 at 12:57 pm

hehe, kalau negara lain x keluar minyak, minyak yg malaysia ada x cukup tampung keperluan kita – utk at least 20 taun.

reason petronas untung
- minyak kita high octane, jenis mahal
- minyak utk rakyat light n sweet, kualiti sederhana, sedikit berplumbum
- 1 tong myk kite leh dpt 3 tong light n sweet dr segi barter trade
- produk petronas bukan semata2 mnyk yg die gali pastu jual, tp beratus lagi bisnes hiliran mcm petlin, poly propylene, pet chem, pet dagangan (termasuk kedai mesra) investment luar negara, terminal luar negara, samapai la bahan mentah utk penghasilan tar dan plastic ware
- model bisnes petronas adalah berdasarkan perfomance based. yg mane internal company kene cari bisnes sendiri, bukan stkt internal charging between subsidiaries. korang tau x petronas ade comp IT outsourcing sendiri?

kalo proton contohi model bisnes petronas, means die ade pegangan saham at least 51% utk vendor, atau die jd internal vendor, n cari sendiri cust lain. buat bisnes hiliran mcm dulu2 ade EON, eon bank (multifunction, aku nk terang pun bukan org nk paham) mesti boleh untung. slack proton dulu sbb x kua model baru utk tempoh yg sgt lame.

proton jugak patut bawak masuk lotus utk pecahkan market share kete sport mewah mcm nissan fairlady, subaru impreza, merc slk, mazda rx3 n bbrp model europe

proton pun patut wat design berbeza utk tiap2 model, bukan persona – sedan kpd gen2, atau varian saga yg terlalu byk mcm blm, fl, flx, pasni mungkin saga smb (syed mokhtar albukhari)

peace

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Lepat January 17, 2012 at 10:28 am

saya tak paham apa sebenarnya faedahnya lotus pada proton dan negara saya pun tak tau, ada siapa yg tahu?
berapa billion dah untung lotus yang kita dah bawak balik malaysia?

yang kita tau proton kena keluarkan ratus2 juta lagi untuk lotus keluarkan model2 baru
najib masa lawat lotus hari tu ada kata yg gomen komited pada lotus
untung ruginya tak tau cuma dikata lotus kena jual ribu2 kereta dia baru boleh untung

kalau lani dah jual kat drb pun proton masih dianggap nak penuhi agenda nasional tak tau nak cakap apa
sampai bila nak tunggu? 20 tahun lagi?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 muthu kumar putu mayam January 17, 2012 at 11:04 am

minyak confirm naik punya, halang macam mana pun tetap harga minyak akan naik…so harga kereta kena lah turun sikit sbb minyak naik, kecuali lah kereta yang menggunakan hybrid atau elektrik. siapa yang nak beli kereta kalau minyak naik, dah la harga kereta pun mahal. tu tak masuk maintenance lagi. takut rakyat malaysia makan pasir pulak nanti. renung-renungkanlah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 rocking January 21, 2012 at 6:13 pm

kal0 mampu beli la..kal0 xmampu xpyaha beli,
ukur baju bdan sndri la..zzz,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 seekers January 17, 2012 at 11:10 am

akan ade perubahan ke? walaupun proton dah diswastakan, selagi kerajaan melaksanakan dasar2 melindungi proton, rasanye xde ape yg ubah. kerjaan nak ke mansuhkan cukai 300% tu?

slagi proton dimanjakan, xnmpak knp diorg kene keje keras. rakyat terpaksa beli jgak. cuma mgkn pekerja proton dan vendor yg terpaksa keje keras skit.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 penarik beca January 17, 2012 at 4:59 pm

huhu….aku tak rasa harga kereta proton akan turun, naik mungkin ada
selagi dipegang melayu, harga akan terus naik, taulah mulayu, meniaga tak berapa pandai tapi untung nak cepat
melayu kat atas tulah yang ambil hak jual gula kat malaysia
smpai 4 kali naik harga gula

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 taufik January 17, 2012 at 11:39 am

Proton semestinya akan di kapankan dengan baik seperti mna yang berlaku di britain pada zaman 80 an .apabila industri kereta britain di beli oleh Jerman BMW. akhirnya takde satu kereta pon yang dibuat di britain. mula2 kilang kt tg Malim akan pasang kereta VW semua pengeluaran kereta proton akan ditamat kan secara berkala, lepas tu tgklah ucaplh selamat tinggal pujaan ku “PROTON”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 valuation January 17, 2012 at 1:05 pm

Pak cik menyokong penuh penulisan penulis untuk ruang ini. Terima kasih sejuta kasih. Itu semua vendor-vendor kasi semak balik, reject sama itu vendor yang bagi barang takder kualiti!!!. Pak cik beli waja. Pening kepada pak cik. Adoi. Sebabnyer iaitu:-
1. Waja punya kerusi driver-biasa kat belakang kerusi driver boleh letak barang barang macam surat khabar ker or botol air minirel ker. Di ikutkan kisah nyer, pak cik letak air tin dah tercabut. Bila tengok. Kertak kotak mana nie. Nie main stapler-stapler ajer pulak tu nak cover. Nie kualiti ape ke benda nyer nie. Hampes sehampes nyer. Sekarang, kerusi pak cik ada nampak lubang. Pak cik tak repair lagi.
2. Tempat letak power window tu plastic. Adoi. Berapa kali pak cik nak tukar, pas tu tukar, pas tu tukar lagi, pecah lagi. Adoi. berapa kali nak repair itu tempat maa. Naper tak panggil balik. bagi itu tempat kasi tukarrrr. Sekarang, pak cik ikat dengan dawai ajer. Cermin tak payah turun turun dah. Adoi mak.
3. Viper pak cik rosak masa hujan. Bila hantar repair. Itu barang dalam pun separa plastic dan separa besi. Adoi mak. Memang la patah sebab dibuat dari palstic. Nasib motor tak terbakar. Mangkuk maner yang design nie. pak cik ulangi sekali lagi, ayah pak cik pakai mitsubishi tahun 1978, viper tak pernah rosak sebab fully besi.
4. Cermin waja. Katakan hari hujan. air cond rosak. Berapa tahap dewa punya kabus dalam pada itu cermin. Sampai satu tahap, pak cik ikut orang moto duduk bawah jambatan. Adoi mak. Ader saper saper pernah kena. Pak cik ulangi ke-3 kali. Ayah pak cik kereta mitsubishi tahun 1978. takder air cond, hari hujan boleh releks pandu atas highway. tak payah duduk bawah jambatan.
5. Pak cik dah pakai 8 tahun. Cat dah luntur. Itu pun dah tambah tambah cat. Kualiti cat dipertingkatkan lagi.
6. Teknologi. tahun 2004, semua kereta ada air bag, ada dvd player. lain lain teknologi. Kereta pak cik beli baru pada tahun 2004, air bag takde, radio kaset aje pulak tu. masa tu orang dah tak pakai kaset kaset dah. Adoi mak.
7. Nie lagi satu, adoi mak, interest kereta tempatan semacam. kereta luar negara interest nyer. malas nak cakap dah.
—Ader orang tanya, nape pakai waja, pak cik pakai waja semata-mata nak support itu proton tau. Bila pak cik beli, dia orang untung dan boleh buat R&D. Naper tak tukar lain ajer orang tanya, sebab pak cik sayangkan barang buatan Malaysia. Pak cik seorang pengguna. pak cik ada hak untuk bersuara faham.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Wan Zeck January 17, 2012 at 1:16 pm

itulah sebenarnya lebih baik proton fully privatize
senang nak control kualiti kereta
kalau khazanah pegang ni banyak campur tangan politik
business and politics does not mix well
kpd peniaga2 melayu sparepart yg supply produk sub-standard ni, your days is numbered…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 asdsad January 17, 2012 at 2:12 pm

tu la pakcik, nak beli ape2 kena pikir diri sendiri dulu la, bukan kerana orang lain. beli keta bukan mcm beli ikan kat pasar, beli keta memerlukan wang byk dan komitmen bertahun kepada pinjaman. jadilah pengguna yg bijak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 awg1031 January 17, 2012 at 6:16 pm

1. dah macam2 saya letak barang kat situ, xpenah terjadi apa2 pun kt kocek waja saya..ke pakcik yg cuai or pakcik xperasan cucu pakcik sebelum tu memang dah tertarik kocek belakang tu?
2.kereta mana pakai casing besi? cuba pakcik bagitau sikit..persoalan penting, apa pakcik buat sampai casing tu boleh retak?? musykil sgt aku..pakcik pemarah ke masa jem sampai pkcik ketuk2 casing tu?
3.wiper waja sy xpernah rosak pun..oh, lupa plak, toyota pun rasanya plastik jugak..mana ada org nak pki totally semua besi sekarang, besi mahal..skang sume campuran..
4.pakcik tau sains ke x? kalau dlm panas luar sejuk, for sure ada condensation..sbb tu kalau hujan, wap akan terbentuk kt cermin kereta bahagian dalam esp. kalao xpakai acond or sbb rosak..mana2 jenama kereta pun sama jek.kamon la pakcik..pakcik maseh kecik lg kot masa ikut bapak pkcik naik kete zaman dulu..dia bukan xbukak acond, dia bukak acond utk cermin depan kete tu..sbb tu pkcik xrasa acond dan kata xda acond..
5.standard la tu..ferrari kalau xjaga pki 2,3 tahu pun luntur jugak cat dia..nasihat dari saya, pkcik parking la bawah bumbung, hari2 lap kete dari kotoran..rajin2 basuh kete..
6.aik, betul ke pakcik pki waja ni? saya model 2001 pun ada airbag dan cd changer (walaupun dia letak changer tu kat boot belakang, tp still ada jugak tu)..menipu la pkcik ni..
7.interest pkcik kena tny bank la..diorang sama mcm pkcik la, masih ingat proton xde kualiti..sbb tu dia letak interest tinggi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 OSA January 17, 2012 at 7:33 pm

hehe, aku pun pakai waja gak..ade 6 cd changer..+ kaset, start model waja, kereta pastu kua cd je rasenye. mcm gen2, savvy. x pastila juara dgn arena cane..waja aku model 2002, da dkt 10 taun ni, tggu bln 9 je. xde lg mslh mcm pakcik ni. agaknye nasib masing2 kot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 cikgu omar January 18, 2012 at 2:27 am

pada pandangan aku, vendor2 proton ni
they do not have all the criteria to become as a good vendor
jadi lebih baik mereka di potong terus dari supply chain dan ambik vendor yg betul supply barang2 yg berkualiti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Junta January 17, 2012 at 1:11 pm

bangsa subsidi betullah kerajaan ni
pandai cakap rakyat jgn mengharap subsidi
selama ni, proton dapat subsidi daripada rakyat tak bising pulak
orang lain nak meniaga kereta, melayu pun nak meniaga kereta
tapi meniaga tak pandai, ambik duit rakyat plak tu bayar survival proton
kalau daripada dulu jual kan senang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 elly1975 January 17, 2012 at 1:32 pm

aku sokong abe syed.
patutnya dia yg layak jadi pm kita.
sebab dia amat prihatin kepada org miskin.
kalau dia ambil calon kat kaw aku nanti aku pasti undi dia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 zicron21ck January 17, 2012 at 3:07 pm

Harapnya rege keta murah dan kualiti proton meningkat…. bawak masuk kete lotus tu supaya ada banyak sikit pilihan kat malaysia ni….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 yusof tayyop January 17, 2012 at 3:13 pm

proton ini baik benam dalam lubang najis jer
flush sekali dengan pengasasnya sekali
yang apa nama tu
selama ni kita semua dimomokkan supaya berbangga dnegan buatan malaysia + harga mahal taik
AMAL JARIAH konon
kepala hangguk dia lah AMAL JARIAH
akhirnya tengoklah ending kena jual

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 gu kito bereh sokmo January 18, 2012 at 6:50 pm

btul tuh,aku nyampah ngan pegasas je.lain xde.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Von July 21, 2012 at 7:26 am

Heloo,kete proton jual mahal ade sebab k..korang ingat murah ke nk beli casting cylinder head,camshaft,block dgn crankshaft.,berbilion dlm setahun.blm campur mantaince mesin rosak lg.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 Haneep January 17, 2012 at 4:01 pm

harga proton lebih mahal berbanding kualiti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Cepoh January 17, 2012 at 4:54 pm

berapa mata saham DRB HICOM naik?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 MalaysiaMuflis January 17, 2012 at 6:20 pm

walau bagaimanapun prtoton tak akan dibeli orang INDO , silahkan jual proton diluar indonesia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Copernicus January 17, 2012 at 8:45 pm

maaf, mencelah sekadar nak berkongsi pandangan
the first and foremost question is , macam mana PROTON bleh short of fund?
kenapa proton tak making money?

pada saya it is all in the MANAGEMENT of proton sejak awal or its inception
setakat isu global ekonomi especially dunia automatif, tak sangat pengaruhi
saya tak nampak lagi sehingga ke hari ini proton bina LOYALTY amongs its buyers, berapa peruntukan untuk strong advertising, nak bina loyalty pada pelanggan
ni kene buat sejak awal, contoh macam mana air asia buat
marketing, marketing dan branding

susulan dari itu bab QUALITY IMPROVEMENT, apa kemahuan pelanggan, bab safety, aktifkan jenama proton macam mana McDonald aktifkan jenama depa di kalangan manusia sejak depa TODDLERS lagi, pelbagaikan MODEL
macam mana TOYOTA selalu keluar new model, toyota yang tahun 70an baru masuk USA diketawakan oleh orang Amerika tapi kini Toyota number #1 dalam dunia automatif manakala GM ford danlain semuanya dah bungkus

kalau berhajat nak industry tu simply to boost your bloody EGO
kamu akan dapat macam TUGU NEGARA tu
inilah yang terjadi kepada proton
ego, perasan bagus kat negara sendiri, tak nak mengaku salah

tetapi
nothing is too late and now is always the time

kita mula polisi DASAR PANDANG KE TIMUR 20 tahun lebih tapi kenapa tak belajar apa pun daripada TOYOTA?

harap proton segera bangkit daripada tidur

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 sokong January 18, 2012 at 1:50 am

aku sokong syed mokhtar albuhary

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 OSA January 18, 2012 at 9:20 am

aku sokong hujah copernicus.

tp ade 1 bende lg yg kite sume lupe. rasuah dlm proton..aku tau ramai yg x kn ngaku, silap2 ade yg kua paper cabar aku buktikan dakwaan ni.

mane2 kompeni pun same, rasuah wpun semurah belanje minum ttp rasuah. cme kalo ade “desicion maker” dalam proton yg bace post aku ni, 1 je pesan:

- nak sapu, beragak, nk tolak, jgn smpi orang lain korek.

nilai suapan yg tinggi @ rendah dan kerap, apalagi tinggi dan kerap menyebabkan harga part mahal. orang bisnes mane nk rugi? “entertainment allowance” tu da masuk dalam quotation.

beringatla..proton boleh untung lebih, mungkin leh wat model yg lg murah. xperlu jd market leader, jd market follower pun da cukup. igt 1 hukum,

jadi market leader – produk kene canggih, ade kualiti, flaw x byk, kalo ade, cpt2 btolkn dalam 2nd edition

jadi market follower – xperlu ade inovasi, tiru je design lama / reverse enginering design org, dptkan hrga yg sgt murah, bukan harga sama mhl mcm RnD cost nye item.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 pedro January 18, 2012 at 11:19 am

aku setuju statement copernicus and OSA..~!! dulu proton mmg problem..

Tapi, sekarang, nasib hala tuju proton bergantung pada Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari sekarang.. kalau kualiti bagus, aku mmg sokong proton kaw2!

Jangan lagi teruk lagi dah la.. semua rakyat tangah tunggu apa perkmbangan proton lpas ditukar milik.. dan aku harapkan ia akan jadi lagi bagus, insyaAllah.. kasi cantas semua vendor mngarut2!! get into real quality business, not politics!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 farrizi January 18, 2012 at 3:46 pm

proton ini sebenarnya takdek pun takpa
siam takde kereta sendiri pun tetap menjadi pengeluar kereta terbesar di asean

banyk kilang asing yang dah bukak kat sana
rakyat juga dapat banyk peluang pekerjaan
vendor pun banyak, hasil gomen pun meningkat

ini semuanya proton punyal pasal & puncanya
duit gomen yg kena keluar lagi adalah
klu takde proton aku dah boleh pakai VW Passat dah pergi mai ofis aku

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Jeffry Azman January 18, 2012 at 11:41 am
42 mat sembab January 18, 2012 at 3:31 pm

tak habis2 dengan kereta nasional kaulah Muhyiddin
bukan boleh buat rakyat untung pun

2012/01/18SEMPORNA: Pengambilalihan Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) oleh DRB-Hicom daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak akan melenyapkan fungsi syarikat berkenaan sebagai pengeluar kereta nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, ia bakal membawa PROTON kekal berdaya saing dengan pengeluar kereta lain dalam persaingan industri automotif yang amat mencabar sekarang dan pada masa depan.
Beliau berkata, kerajaan tidak menghalang Khazanah melepaskan kepentingannya dalam PROTON kerana yakin DRB-Hicom sebagai konglomerat tempatan dan diterajui tokoh perniagaan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, mempunyai strategi perniagaan untuk kekal berdaya saing.
“Ini untuk memastikan PROTON berada dalam tangan orang kita kerana kita yakin ia mampu berdaya saing dan boleh mengeksport kereta nasional ke lebih banyak negara.

“Hal ini diambil kira oleh kerajaan. Ia masih dalam tangan rakyat Malaysia dan tidak mengubah kedudukan PROTON sebagai kereta nasional,” katanya selepas program bertemu pegawai dan kakitangan sektor awam daerah Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan RM21,974 kepada 76 Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta kelas Fardu Ain dan al-Quran (KAFA) daerah ini.
Ditanya mengenai faktor utama Khazanah melepaskan ekuiti berkenaan, Muhyiddin berkata, ia bukan perkara utama kerana yang penting kerajaan membuat keputusan terbaik bagi memastikan PROTON bukan setakat kekal berdaya saing di pasaran automotif dunia, malah terus berfungsi sebagai antara penyumbang kepada industri negara.

“Itu tidak perlu saya ulas kerana kerajaan sudah membuat keputusan. Syarikat yang beli itu syarikat awam,” katanya.

DRB-Hicom, konglomerat dimiliki Syed Mokhtar dipilih mengambil alih Proton Holdings dalam satu janji niaga, yang keseluruhannya dianggar bernilai lebih RM3 bilion. Khazanah mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 budak_lagi January 18, 2012 at 10:44 pm

Kenape proton rugi , 1.. sebab invest pada tempat yang bukan 2 .contoh LOTUS
konon nak penjenamaan semula ,
2. TElalu banyak department yang wujud tidak perlu wujud pun . tak menberi sumbangan kepada proton .
3 . terlalu banyak sgt anak syarikat yang perlu di suntik .
4. telalu banyak peringkat bos 2 . sampaikan tak tau siapa bos sendiri .
5 . kuantiti lebih penting dari kualiti ..
6. sekat sana , sekat sini tapi gaji 6 org tyu lebih 20 k .tyu baru peringkat bawahan .
7. management telalu banyak ..
8. sumbangan ke atas pekerja kurang contoh gaji minima ( bila drb ambik lagi lah tak ade gaji minima kot )
9 . berkira sgt ngan perkerja shop floor..
10 .politik pun termasuk gak ..
banyak sgt nak cerita kata org perodua lahir lambat tapi dah boleh berlari , proton masih baby dan di nyusukan . hanya pendapat ..maaf jika ade yg terasa .
7.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Lingkup January 18, 2012 at 11:26 pm

Lps ni viva 660 TSI 350 HP memasuki pasaran jepun& jerman.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 tompok January 24, 2012 at 10:40 am

proton-proton, bilalah kau nak berubah
kereta murah dijual mahal
lepas itu bank letak interest tinggi utk kereta proton
bila tgk proton mesti teringat power window rosak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 horny January 29, 2012 at 12:04 am

harap nasib proton lebih baik selepas diambil alih oleh org pandai bisnes mcm tansri mokhtar.. harap lebih maju dan mendatangkan kekayaan.. xmcm sebelum ni proton asik duduk bwh ketiak dimanja2kan.. pekerja bawahan perlu di pandang serius sbb dorang yang tukang pasang kete.. kebajikan dan nisbah gaji perlu di pertimbangkan.. bukan mudah pasang kete wei.. (ex-kerja pasang kete proton dulu2).. gaji xsberapa.. kemalangan di kilang mudah sekali.. brg pkila yg berkualiti setanding kete yg nak diimport keluar.. orq QC check sambil lewa… pihak membeli dapat sakit hati, itu ini rosakla.. kurang kualiti..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 apis September 27, 2012 at 10:36 pm

maaf sebab menyampuk.. ini pendapat sy la..sy ni pekerja proton bnyak yang sy tau hal2 dalaman proton..bab kualiti proton kena perbaiki part2 dari vendor yg takde kualiti..biasa la beb barang murah gred c..nk ambik gred A kang mahal plak x kan nk jual kete dengan harga mahal plak sape nk beli nanti..kualiti brg mesti bagus tp mahal plak…lg pon barang mentah mahal so skang nk salahkan sape? sape yg control harga bahan mentah? fikir la sendiri..
2. kite dalam malaysia bape org yg pki kete proton? kalo kete proton takde bape org je yg boleh pki kete? bg yg mampu beli kete import x yah sembang la dh korg mampu tgk pd yang x mampu plak? pki kete proton gak..
3. korg ingat proton ke yg letak harga harga semua kete proton? kerajaan yang control semua harga kereta proton..proton leh turun harga kete tp kerajaan x bg ape bole wat? korg tanya la kerajaan..
4. part part kebanyakkan semua dari vendor so sape yg wat part tersebut? bkn ke korg ke? bkn sedara mare korg ker? tepuk dada tanya selera..proton x salah..yg salah adalah kte manusia..
5. bab syed mokhtar tu plak dia x bole wat pe..dia hanya beli saham proton je.. yang menerjui proton anak buah dia je..kalo anak buah dia x bagus lingkup gak proton..syed moktar hanya dok umah goyang kaki je tnggu duit masuk..
6. lg pon DRB beli proton hanya terpaksa..politik semua tu…nk selamatkan kerajaan sebelum pilihan raya..
7. kte jgan banding kan proton dengan kete import dorg wat kete dh bape tahun? proton hanya bape tahun ilmu pon x ckup di dada lg.. bab produa plak memang la dorg baru lg dlm industri otomobil tp nak tanya korg dlm produa tu sape yg membimbing dorg? bkn ke org jepun ke? (toyota/daihatsu) sape presiden produa? bkn ke org jepun ke? nak banding ke org jepun dengan org melayu? so fikir la sndiri..di produa org kite di muka depan je di belakang2 semua org jepun…
8. kte sepatut nya bersyukur kte malaysia negara islam yang memiliki kilang kereta..org arab yang kaya pon x mampu wat kilang kite..bangun nyer proton bape banyak pekerjaan yang kite dapat..ter masuk la bape ribu pekerja proton, bape juta pekerja endor bape ribu pekerja edar bape juta pekerja spare part proton..secara x langsung kte dpt bekerja menyara anak bini untuk meneruskan idop..
9. sy pon pki kete proton gak wira yahun 1998 tp elok lg..pandai jaga elok la..padan la dengan hage murah..bila murah barang pon x tahan lame la..so kena jaga dengan hati hati la

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 nardo December 5, 2012 at 10:14 pm

proton untung sapa yg dapat?..kalau harga waja sama dgn civic..ko beli waja ke?..kualiti sama ke?..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 MANGSA February 15, 2013 at 5:07 pm

maksud zaidi bukan kereta tp pengurusan aku keje bawah drb aku tahu r memg teruk melayu bukan tolong melayu pon….ko tgok la nanti

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: