BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Dividen KWSP 6.0% Meningkat Lagi. Elak Bandingkan Dengan LTAT!!

by Staff Berita Semasa on February 20, 2012

in Kakitangan Awam & Swasta

Sejak akhir-akhir boleh dikatakan banyak berita-berita gembira yang diumumkan. Terbaru pengumuman dividen KWSP telah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 6.0%. Kalau sebelum ini…

Kalau sebelum ini :

Sekarang ini ada seramai 8.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dividen KWSP kali ini lebih tinggi bagi tahun kewangan 2011 dan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun, berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Dividen KWSP VS Dividen LTAT

Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa EPF tidak boleh bagi banyak lagi daripada ini. Didiven KWSP sebanyak 15%? Atau paling tidak pun dividen sebanyak 10%. LTAT boleh buat kenapa tidak? Kami tidak mahukan tidak boleh langsung tetapi agak mustahil. Mungkin kita boleh sama-sama melihat angka-angka di bawah untuk dijadian contoh dan rujukan…..

KWSP VS LTAT

  • KWSP: RM 452 billion x 15% = Untung perlu dijana = RM 67.8 billion
  • LTAT: RM 4.56 billion x 15% = Untung perlu dijana = RM 680 juta

Andaikata cara mudah yang KWSP lakukan untuk memaksimakan pulangan adalah dengan cara contohnya KWSP meletakkan separuh daripada dana mereka di dalam saham. Apa akan jadi? :

1. Kadar pulangan sekuriti kerajaan (kami ambil angka secara puratanya 4%) = RM 226 bilion x 4% = RM 9.04 billion

  • Maka kita akan mendapati untuk mencapai 15%; kadar pulangan dalam saham = RM 67.8 biliion – RM 9.04 billion = RM58.76 billion

2. Kadar pulangan dividen pelaburan saham

  • Duit KWSP dalam saham – RM 226 billion
  • Market cap FBMKLCI = RM 484 billion
  • Dividen untuk FBMKLCI (secara puratanya 3.4%) = RM 16.5 billion
  • Peratusan dividen FBMKLCI yang terkumpul untuk EPF = RM 7.706 billion (duit KWSP RM226 billion ialah 47% daripada keseluruhan FBMKLCI)

Jadi hasil pendapatan KWSP setakat ini:

  1. Pulangan sekuriti gomen RM 9.0 billion
  2. Pulangan dividen saham RM 7.7 billion
  3. Jumlah = RM 16.7 billion. Masih tak cukup = RM 51.1bn (daripada sasaran pulangan 15% yang berjumlah RM 67.8 billion)

Nak buat cemane nak dapatkan RM 51.1 billion? Adakah :

  • Melabur dalam swisscash?
  • beli emas skim Genneva? Yang boleh menawarkan sehingga 35% pulangannya

Jawapannya adalah jual saham. Jual RM 51.1 billion = Market cap FBMKLCI akan jatuh daripada RM 484 billion = RM 432.9 billion. Dengan cara seperti ini nilai pasaran akan jatuh terduduk sehingga 10.6% tetapi hasilnya KWSP akan umumkan pulangan dividen sehingga 15%. Mana satu pilihan anda? Atau anda mungkin ada pandangan yang berbeza?

Yang mana mahu bawa keluar untuk mempelbagaikan pelaburan anda, sandarkan dahulu kepada dana yang telah dijamin seperti ASW2020, AS1M contohnya. Ataupun kalau nak keluarkan untuk diletakkan kepada public mutual contohnya, belek-beleklah semula pasaran saham sehingga benar-benar “hadam”.

P/S : Bagaimana dengan pengumuman dividen KWSP baru-baru ini? Berpuas hati? Apa perancangan anda selepas ini?


{ 18 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Norlaili February 20, 2012 at 11:21 am

wah tahun nih not bad juga
masing2 bagi dividen agak tinggi dari sebelum ini

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Rahimi February 20, 2012 at 11:37 am

Alhamdulillah…agak tinggi juga tetapi adakah tahun ini sahaja yang akan dapat tinggi mcm ini
adakah sebab pru13..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 cari kejayaan dunia dan akhirat February 20, 2012 at 11:38 am

Lembaga tabung angkatan tentera (LTAT), lebih kurang sama fungsinye dgn KWSP, bg 15% dividen utk thn 2011… sekian~~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 kuntao February 20, 2012 at 11:40 am

entahnya
patut bagilah lagi tinggi
dulu boleh bagi, skang kenapa tak boleh
tang tentera boleh pulak bagi tinggi, asik dia je lebih
kiorang pun ada jasa kepada negara

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Selipar Jepun February 20, 2012 at 11:43 am

Alangkah amat beruntung pada mereka-mereka masih mempunyai caruman kwsp. Dagat gak merasa dividen 6%. Aku jugak tak dapat merasa sebab dah keluarkan 6 tahun yang lalu :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 arewait February 20, 2012 at 11:55 am

alhamdulillah……rezeki Allah taala yg bg.ape yg dpt, kite syukur lah.yg pntg rezeki yg halal.amin…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Gurkha Pencen February 20, 2012 at 2:27 pm

Pada pilihanraya kecil di selatan Malaya tahun lalu. Felda mengatakan mendapat keuntungan bagi menolak dakwaan pembangkang mengatakan Felda telah mengalami kerugian.. Yang peliknya jika Felda untung, kenapa pinjam KWSP sebanyak 5 bilion. Jika untung banyak, mengapa pulangan KWSP hanya dapat 6% sahaja. Begitu juga saham PLUS yang dibeli KWSP bersama UEM. PLUS rugi tang mana? Kereta berduyun-duyun kat highway. Hujan panas ribut banjir , kereta masih lagi lalu kat highway . Pergi dan balik.
Untung KWSP dapat ciput jer. KWSP ni dah macam mesin menyambung hayat mereka yang dah semput jer. Apabila ada pemimpin yang dok asyik pandang tabung buluh ini sahaja tanpa berusaha mencari sumber lain, maka bukanlah beliau layak menjadi seorang pengurus tadbir yang amanah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Suhaina February 20, 2012 at 2:35 pm

Saya nak puji KWSP. Semalam keluar paper KWSP bagi 6% dividen, saya check akaun hubby saya terus masuk dividen 6% tu.Tak pulak dia tunggu waktu bekerja nak updatekan dividen tu dlm akaun ya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 wunk December 9, 2012 at 11:37 am
10 wunk December 9, 2012 at 11:38 am

btol 2. Sgt setuju

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 valuation February 20, 2012 at 3:18 pm

Pak cik tak paham pasal saham saham nih. Kalo main saham lagi terus tak pandai. Ada kawan pak cik, peneroka, dia pun tak paham dan tak pandai melabur saham saham nih. Tapi, harap harap pada masa hadapan, dividen 10% pun dah ok. Tapi kalo buat macam felcra punya konsep. Lagi bagus tahap dewa sistemnya. Dividen peserta cukup moto sebijik beli cash. Tapi pak cik terpikir kata-kata Gurkha Pencen tu ada benarnya. Nie pak cik semakin poning memikirkan nya. Poning-poning berpusing-pusing dan masih mencari jawapan yang sebenarnya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Intan maisara February 20, 2012 at 3:59 pm

alhamdulillah, jerat yang saya pasang mengena
langkah tahun lepas yang saya buat mengalihkan semua UT UT swasta kepada KWSP dan lepastu alihkan kepada ASW,ASD,dan terbaru AS1M…alhamdulillah semuanya mengena..

Tahun ini adalah tahun terbaik pada semua dana BOND
By the way next month saya akan transfer lagi to AS1M
bravo and syabas kepada KWSP..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Choprak Cawat Besiwat February 20, 2012 at 8:13 pm

kena pastikan jugak ASW, ASD, AS1M tu patut shariah ke tak..

kalau haram/shubhah, dapat dividen 50% pon takde berkatnya..

kejap je habis..kereta rosak, anak demam, rumah rosak, etc2….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 iorang February 22, 2012 at 5:22 pm

6% je KWSP bagi…haha apa2 pun syukur lah rezeki….siapa yang pandai melabur sendiri tu….saham, UT…saya jamin boleh dapat lebih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 putra2wan February 29, 2012 at 2:57 pm

Kalu nak dapat lebih dari 6% dari duit KWSP, elok bubuh kat dalam Unit Trust jer.. biasanya UT bg lebih dari 10%.. cuma, UT ni long term..
jika tak tahu mcmana caranye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Aku boleh hidup 100thn dkt dunia ini March 3, 2012 at 12:22 pm

Scandal KWSP ni dah tak boleh sorok lagi. kalau kerajaan BN kalah habislah macam-macam rahsia KWSP yg keluar di tahun mendatang. Pertama sekali kita lihat KWSP takkan rugi sebab setiap tahun kenaikkan sendiri gaji ahli pencarumnya ( jadi bertambahlah wang dicarum) dan kedua pertambahan ahli barunya. Katakan sekarang ada 8.3 juta ahli kali RM100 sorang je sebulan sudah mencecah kutipan RM800 juta lebih sebulan.
Ketiga KWSP tidak menyediakan data lengkap tahunan kemana wang KWSP dilaburkan , seperti yang dibuat oleh ASB pada ahlinya.
Keempat siapa yang melantik pengarah KWSP, mana pergi minit mesyuarat agong , sepatutnya ahli yg berhak melantik ahli lembaga pengarah dan mempunyai kuasa mengetahui pengaliran wang simpanan mereka. Kalau dalam syarikat besar dah lama dah pengarah kena buang kalau syarikat rugi.
Kelima KWSP kurang memberi tumpuan kebajikan pada ahlinya sendiri. terutama orang kerja swasta yang mencarum. Apa salahnya ahli dibenarkan meminjam duit akuan dua mereka sendiri dengan dikenakan sedikit faedah seperti koperasi. Banyak Along Ceti haram yang untung kerana tanggung jawap kWSP diberi pada Ceti Haram.
Keenam Bangunan KWSP yang ahlinya berjuta-juta orang itu hanya hanya mampu megah berdiri beberapa tingkat saja jika nak dibandingkan dengan bangunan Tabung Haji yang ahlinya tak seberapa ramai dalam perbandingan jumlah ahli.
Ketujuh ahli-ahli KWSP bukan calang-calang orang ada yang mempunyai ijazah, master dan PHD. Dalam soal nak menipu ahli tidak akan lepas sebab tidak ramai orang dapat hidup 100 tahun dan bila hendak mati barulah nak bertaubat takut tak lepas masuk surga. kena mintak maaf pada mereka yang ditipu sorang persorang.
Kelapan scandal KWSP memberi pinjaman pada Felda sebanyak RM6 billion juga harus diterangkan pada ahli. sebab ahli nak tahu juga berapa banyak faedah yang dikenakan pada Felda , lagipun itu semua duit ahli, hasil titik peluh mereka dan menahan maki hamun boss tempat kerja mereka.
Kalau ahli KWSP pun sendiri susah nak keluar kan duit untuk buat pinjaman KWSP , kenapa pula ada pihak yang bekuasa pada duit-duit ahli.
Kesembilan kalau kerajaan BN boleh hidu maut mereka pada pilihan raya akan datang, kerana ramai rakyat yang tak suka pada rasuah kenapa mesti tunggu lama untuk membenarkan satu skim dana pinjaman berfaedah yang ditujukan pada ahli-ahli KWSP. kalau penjawat awam ada Koperasi Angkasa .Rakyat ada Agensi KWSP samalah fungsinyapun….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 jebat_malaya February 23, 2013 at 6:20 pm

Saya sangat bersetuju dan dibelakang anda, pemimpimpin adil dihormati dan sokongan x bebrbelah bahagi, pemimpin zalim lu pikir la sendiriiii!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 jebat_malaya February 23, 2013 at 6:24 pm

“Kalau ahli KWSP pun sendiri susah nak keluar kan duit untuk buat pinjaman KWSP , kenapa pula ada pihak yang bekuasa pada duit-duit ahli”. Benar!! Apa penjelasan pada kenyataan ini?!! BAGI ALASAN YG KONKRIT PD KAMI PENCARUM2 KWSP!! ADA BERANI???!!!…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: