Kalau ikutkan agak lambat sedikit pengumuman dividen bank rakyat bagi tahun 2011 kali ini. Walaubagaimanapun penantian kalangan ahlinya tidak sia-sia apabila pengagihan dividennya adalah sebanyak 15% bersama-sama dengan bonus saham Bank Rakyat sejumlah 5%.
KUALA LUMPUR 26 Mac – Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011. Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya. Bank Rakyat turut mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011. (Sumber: UTUSAN MALAYSIA)
Tahun ini, semua semua tempat simpanan memberikan dividen yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
- Pengumuman Januari – Pelaburan ASB naik
- Pengumuman Februari – Pelaburan Tabung Haji naik
- Pengumuman Mac – Pelaburan Bank Rakyat naik
Jadi untuk pulangan sebanyak 20% memang berbaloi-baloi namanya. Sesuai dengan tagline Bank Rakyat “Saya mesti pilih”. Dan pulangan 20% ini sama seperti yang diumumkan pada tahun 2008.
Jika anda mahu mohon tambahan syer beberapa kriteria boleh dilihat termausklah anda merupakan pemegang syer yang agak lama, kuota 100,000 belum penuh lagi, ada buat pinjaman peribadi dengan Bank rakyat, dan tidak lupa juga contact orang dalam Bank Rakyat, ada harapan cerah untuk anda diberikan “lebih perhatian” untuk tambah syer tersebut. Ada rakan-rakan lagi mahu tambah cadangan?
P/S : Mungkin untuk tahun ini. Tetapi…..selepas ini kami jangkakan tahun hadapan jumlah pulangannya akan mula berkurangan


{ 88 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Bila boleh draw dividen? any info?
konfem besok punya. dah boleh check
kah3..ye kot
cikgu bakhtiar harini dia dah masukkan dividen lepas je kuar kat berita terkini dividen dah masuk…
Syabas bank rakyat. Sy rasa BR antara bank yg mengenakan kadar bayaran balik terendah di pasaran. Kalau tk caya survey dulu semua bank2 yg buat personal loan. Compare dgn BR. Byrn blnan BR lbh rendah dr bnk2 lain.
Bank rakyat untung kenapa? Kita pinjam 190 ribu kena bayar balik 386 ribu dalam tempoh 15 tahun. Lagi banyak orang pinjam lagi lama tempoh pembayaran lagi banyak untung. Tak da kene mengena dengan BN
Ada maklumat mengatakan Bank Rakyat masih terlibat dengan aktibiti riba, kerana mengenakan bunga yang tinggi kepada pinjaman yang dibuat oleh ahli. dan ada juga aktiviti simpanan tetap berunsur riba. Ada orang dalam yang bocor maklumat ini. Pohon pihak Bank Rakyat buat kenyataan resmi mengenainya.
inilah hasil usaha kerajaan BN…manifesto PR kat s’ngor…najib kata “elllekkkkk” – kutty
harambejadah apa ko nie? kalau PA tak buat loan dengan bank rakyat x dapat jugak untung banyak..terima kasih kat penjawat awam yang sudi buat loan..
Bank ini tidak ada camputrangan dari ahli politik, sebagai bank koperasi Tahniah, mudah-mudahan terus berjaya, aku ada RM1000 saham, pinjaman RM30000, give and take.
BN tu tuhan ke…..sampai dia je yang boleh bg kemakmuran..
Sape Kata BN TUHAN.BN tu Ahli politik dan Hamba Pada Allah s.w.t… Kalo PAS Tu plak Belagak Macam malaikat dan Mcm tahu je nasib hala tuju manusia.Semua nasib manusia di syurga dan neraka hanya allah S.W.t sahaja yg tahu.Kalo pas hanya tahu sokong org islam dimurtadkan.
hanya BN yg benar2 memberi kemakmuran kepada rakyat. Koperasi PAS tak mampu beri dividen pun
PAS xmampu sbb yg memerintah negara adalah BN bukan PAS..otak ada fikir la..
cerita pasal bank rakyat pun sibuk ada BN PAS… kecoh la lu mat…
giler bengap pendapat ko…tolong jgn lontarkan pendapat sebodoh nie lg…tolong jgn samakan otak ko dgn lembu yer…wt malu jer…
Apa kena mengena BN dengan Bank Rakyat. Nasib baik Bank rakyat tak bagi RM250 juta kat pemimpin BN………..bela lembu 30 ekor je ada
baguslah saudara. BN sentiasa mengotakan janji dengan memberi kemakmuran dan keneangan kepada seluruh rakyat. semakin ramai anak2 muda berlimu dan ikhlas bangkit mempertahankan BN dan Umno, dan ini petanda baik kepada keutuhan Islam di tanah air kita. Sukar mahu jumpa graduan IPTA sekarang yang terang2 sokong pembangkang.
Syukurlah.
saudara ustaznizam. saya rasa semakin ramai anak muda berilmu yang bangkit menentang BN dan Umno. Ini petanda baik untuk memartabatkan Islam di Malaysia. skrg ni BN letak Melayu lebih tinggi dari Islam. jadi kene perbetulkan sikit. sikit je. takyah tunggu parti pembangkang.
Salam.
Ustaz bercakap begini? sedih luluh hati melihat doctrin yg telah di tanam mahathir musuh Allah ini..smpi ke najib lebih2 lagi hodoh dan hinanya umat islam begelar ustaz.. Anak2 muda akan bangkit atas kalimah hak.. Lailahaillallah. Dan PAS @ PR akn bangkit dengan izin Allah kerana kezaliman yg dibuat ole BN. Mmg telah tetulis kejatuhan BN ats kezaliman yg mereka lakukan. Wahai pemuda berilmu maupun kurang ilmu…marilah bersama2 jemaah islam (PAS) yg masih mendukung AL-Qur’an dan Sunnah menjadi panduan mereka menuju kejayaan.
pergh.. seyes ah… bnyak giler.. nak bukak acc ah..
haha
memang untung siap yang kerja dengan bank rakyat ni
ada kawan saya sampai dok tanya macammana nak habiskan duit bonus 16 bulan … mashuknya kerja di bank koperasi ni
BILA MASUK DEVIDEN NI……
Nasib Ada sedikit saham bank rakyat.. Harap kaki tangan kerajaan buat personal loan lagi.. Mana tau tahun depan dapat 30% plak dividen.
as salam.. nak tanya?? dividen bank rakyat ni masuk terus ke akaun bank ke?? or kene update sendiri?? ada dengar kalau tak amik dividen dlm mase setahun nanti di transfer kan ke akaun dividen tak di tuntut?? mcm mane tu
dah 8 tahun tak update ape2 pun..
Akan dimasukan dlm akaun simpanan Bank Rakyat yg telah dipersetujui semasa mengisi borang
banyak betul org keja kerajaan kena tipu. tu yg untung 2 billion.
rasenye dividen trus msuk akaun.
Salam semua…
Dah semua naik, CEO dia pun kene sambung kontrak… keje overtime le..
nie untuk yg ada beli saham bank rakyat tu jer kan?
alhamdulillah. Dptlah jugak sikit bonus BR. Saya ada sikit saham Bank Rakyat. Nak tambah, punyalah susah. Dah booking hampir 10 tahun baru dpt surat dr Bank Rakyat utk tambah saham. Itupun sikit saja yg dibenarkan. Dan saya dah booking kali ke-2. Bila nak dpt? tak tau. Setiap thn saya keluarkan dividen. Tak boleh tunggu lama, nanti diorang pindahkan ke akaun tak dituntut. Satu lagi, sy ada sahamBR kerana memang saya nak sahamBR. Saya tak pernah buat pinjaman dgn Bank Rakyat. Harap citer sy ni dpt dikongsi bersama dgn pembaca lain.
memang susah, mohon bertahun2 baru boleh dapat, entah bilerlah nak dapat tambah BR ni…
rasanya xelok bile kita memperkatakan penjawat awam kene tipu or kaitkan politik ngn bank rakyat..bukan seng nak wat pinjaman ngn bank rakyat dan mereka semmgnye m’jaga polisi mereka sbg bank koperasi..tahniah bank rakyat..semmgnye saya akan memilih..hehehe
org loan bank rakyat ni..
Saya baru beli saham bln 1/2012
adakah saya layak dapat dividen ?
ada sesiapa boleh jawap!!
saham yg beli thn lepas akan dpt protate even x ckp tempoh 1 tahun.
dividen akan masuk dalam saving.xde saving p bkk cpt2.
mane2 yg kutuk BR tu sedar la diri skit.p la bank2 lain klu xnk taw kene hidden charge ke x.
sesiapa kakitangan kerajaan dah 60% potongan boleh buat dgn mbsb potongan shingga 75%..hubungi saya 0172041967
anda belum kena lagi dgn bank rakyat. saya antara peminjam personal loan yg terawal di bank rakyat. 1st pinjaman lulus, tapi bila dia dah maju, sy punya loan 2nd tak diluluskan walhal potongan gaji tak lebih 60% pun.. tiada alasan diberikan (seperti biasa, mana2 bank akan tolak tanpa alasan).. oleh krn bank rakyat menolak overlping sy tanpa alasan, maka sampai sekarang sy menolak bank rakyat DGN ALASAN..tak mengenang budi peminjam2 terdahulu yg sama2 menaikkannya.. duit saham 500 pun sy keluarkan tanpa rasa kesal.. boleh blah bank rakyat..
Pada pendapat aku pulak. menyesal loan dengan bank rakyat. hutang RM80k. yang dapat cuma dalam 74K lebih. pastu jumlah hutang keseluruhan dkt rm120k (Normallah ni kan)
Yang tak bestnya bank rakyat ni, aku tengok dalam irakyat (internet online) hutang aku masih belum diusik, dia masih bayar faedah yang rm40K tuh(aku xtau term dalam sistem).
Pada aku bank Islam lagi bagus dpd bank Rakyat dari segi personal loan. Kalau kita loan RM20k kita akan dapat dalam RM18K+ tetapi yang bagusnya bank Islam, hutang kita bermula dalam RM20K dalam bank Islam Internet Banking bukannya RM20k +Faedah mcm bank Rakyat. Kepada yang lebih pandai, boleh betulkan.
mana2 bank sama jer… selalunya 5-6 tahun tu untuk bayar interest dia jer… pastu baru ko nampak duit pinjaman ko tu makin kurang… tu belum ko pinjam dgn cimb lagi… lagi terkejut berok.. itu nilai yg dia jual mmg mcm tu…
maksud saya encik@cik orait adalah, kalau bank Islam dia kalau kita bayar lump sump tak kan lebih dari nilai kita pinjam. Kalau bank rakyat hutang+faedah yang kita dah akad. kita hutang 20k kalau nak setel awal akan bawah 20k. Tapi bank rakyat x. CIMB saya belum try tapi maybe nilah last buat personal loan ni.
DGN cimb JGN BUAT….DAH ADA PENGALAMAN
cimb pun makan duit org gak…asal aku kena byr bln2 rm76…akhirnya jadi rm106…apa citer tu??? ada terselindung charge tersembunyi…tp x di beritahu semasa pinjaman…skrg dh full settlement pun angkasa still ptg…aku dh contact cimb utk uruskan hal ni… mkn duit org jer bank2 ni huhuhu…nk untung pun jgn le smpi bebankan pengguna…
Aku pernah kena sama kes dengan saudara tapi maybe saya mendapat informasi yang betul dari pihak bank. Pihak bank menyatakan bahawa kompeni dah tak jadi ahli dengan bank rakyat sebab tu aku tak boleh buat personal loan untuk kali kedua. Jadi itulah sebab-sebab mengapa aku punya permohonan untuk kali kedua tidak diluluskan. Pihak majikan tidak menjadi ahli.
betol tu.. selalu terjadi bila pinjaman kedua tidak diluluskan adalah bila kompeni tidak lagi tersenarai sebagai ahli… itu byk terjadi… bukan saudara sorang jer.. ramai lagi… bukan salah bank rakyat tetapi mmg dah mcm tu.. bank rakyat selalu nya akan black list mana2 kompeni yg mana byk pekerja tidak bayar pinjaman. bukan bank rakyat jer.. mana2 bank pun akan sama wat mcm tu.. takkan diorg nak rugi…
persoalannya, sy adalah k/tgn krjn, kerja tetap, dah confirm jawatan, malah saham 500 tu adalah bukti sy adalah ahli, yg mana selepas sy buat 1st loan, saham 500 tu dihentikan jualannya, krn dah penuh kuota. ini menunjukkan bahawa br tak menjaga kebajikan ahlinya yg perlukan duit masa terdesak. tak kita saja2 nak wat loan, nak tambah hutang sesaja? tak per lah, sy tak heran pasal byk lagi bank yg bagus2, contohnya kuwait dan mbsb yg payout 100%. untuk br, SAYA MESTI PILIH SELAIN BR.
terbaiklah cik menggong..
SY BARU MGIKUTI PKEMBANGAN BANK RAKYAT DAN SY BMINAT.sy ingin tahu lbih byk info mgenai BR
dividen naik mesti thn lps makin ramai PA buat loan dgn BR.logik la dpt byk thn ni.teruskan lah loan dgn BR wahai PA sekalian,moga thn dpn dividen dan bonus makin naik…insyallah
tidak mungkin pisang berbuah 2x. nasib aku loan dengan bank rakyat x lama.
saya mesti pilih
bila agaknya dividen brakyat tu boleh dapat
kalau rugi salahkan orang..kalau untung kata kita yg hebat..hebatnya rakyat malaysia..bravo!
saya baru check dividen tru online.tapi tak berapa paham la pulak..15% dividen tunai, 5% tambahan saham kan?sbb sy tgk saving saya cuma dpt dlm 15%& saham saya bertambah dalam 5% la lbh kurg..maksudnya, yg kita boleh kuar cash utk belanja2 cuma yg 15% tu je la?5% tu tak bole dikeluarkan tunai tapi cuma melayakkan kita dpt dividen lbh utk tahun depan (sbb share bertambah), macam tu ke..?sbb saya baru angan2 nk guna full 20% utk belanja sambut baby baru huhu…
& 1 lagi, zakat BR dah byr siap2 ke?kita xpayah bayar zakat dah ke?
sapa2 arif leh tlg jelaskan k..10q…
as salam, saya pun baru check , mmg dier bagi 15% jer maner lagi 5 %????
Kawan saya penyokong tegar PAS & PKR, Bila bercakap semua kerajaan BN x betol & mcm2 lagilah, TP labur dlm BR lebeh dr RM5 juta. Setiap tahun kaut untong. Syabazz BN yg x mengira fahaman politik dlm bizness. Syabazz juga pada penyokong2 PAS,PKR yg pandai merembat kesempatan atas ketelusan kerajaan BN. X timbul pulak isu halal haram bila dpt Dividen & Bonus. X timbul pulak isu kronism & kekejaman BN terhadap rakyat bila poket dah berkepok dgn RM…..perghhhhh!!!
matblrurr,jgn jadi otak lembu laaa BR xkena mengena dgn Gomen/politik, kamu sek ke x ni?, kalau nak ampu/bodek/ mnjilat pun agak2 le bior le kena pd tempat n isunya, budak tadika lagi cerdik dari hang
Ralat
RM500,000………bukan RM5juta. sorry ekkkk, blurr skitt..
cmner nak mohon saham bank rakyat…dulu buat loan dia x bg pun…ada siapa2 tahu x…
Pendapat peribadi sy la.. sy mmg bersyukur dengan dividen yg bank rakyat beri..sebab kadarnya pun lebih tggi daripada bank2 lain. Ada jugalah sumber pendapatan secara tahunan.Tp untuk terlalu mengagung2kan bank ini bukan la prinsip sy..pada sy ada pro&con nya juga BR & bank2 lain ni..(atas sebab ‘pro’ itu sy masih kekalkan saham BR sy)
utk dividen 20% ni..ramai juga yg salah anggap dapat 20% buta2..tp pada apa yg saya faham, duit yg kita boleh ‘enjoy’ tu adalah 15% (sama mcm tahun2 lepas juga punya dividen la),dan tambahan 5%tu adalah ke atas saham pokok (yg tak boleh dikeluarkan cash). Benefitnya kita akan rasa pd tahun depan, sebab saham pokok kita bertambah secara percuma. (kalau salah tlg betulkan!)
Cthnya pemegang saham tu ada 20,000 saham, dgn 5% dividen saham, maka naiklah saham terbarunya menjadi 21,000..untuk tahun depan kalau dividen maintain 15%, dapat la dia dividen rm150 lebih daripada apa yg biasa dia dapat tiap2 tahun..rm150 tambahan, ada yg anggap byk, ada yg anggap sikit je, terpulang pd masing2..tapi itu situasi org yg ada saham 20,000. Kalau sahamnya cuma 1000 or ke bawah?kira sendiri…
sekali pandang dividen 15%-20% mmg jauh besar berbanding TH or ASB. Tapi utk TH or asb, kalau la kita sesak2, senang je nk dikeluarkan duit simpanan pokok tu.bila2&byk mana nk kuar suka ati kita.tapi kalau saham BR, dah tentu la prosedurnya pjg&lama.katalah si pemegang saham 20,000 td terdesak nk pakai duit segera sbnyak 10,000 dalam masa 1 week, dah tentu susah nk dikeluarkan dari BR.tapi tak di TH or asb.dlm erti kata lain, BR mmg menguntungkan tp utk jangka pjg la.untuk setahun sekali..
sy sendiri tak minat nk beratur panjang utk tambah saham BR yg cuma limit 500, cukup la apa yg ada..tambahan dviden yg akan dapat pun rm75 setahun..tp utk sesetengah org,duit jgk, tu terpulang lah pd masing2..di pihak sy, sy lebih pikirkan keperluan kalau2 sy terdesak nak pakai duit segera dlm jangka pendek,so kalau ada duit 500 pun sy prefer masuk TH je..
utk setengah2 org,maybe dia rasa mmg nk simpan duit buat pusaka,elok la peram saham BR ni..amik dividen tiap2 thn cukup,pokok bagi anak cucu..
nmpak 20% jumlahnya besar, tp sebenarnya bezanya tak la ketara sgt..kalau saya, saya lebih suka dividen lumpsum 20% mcm tahun 2008 dulu hihi…tapi apapun benda free,kita tetap kena bersyukur..tp kita kena juga faham pengiraannya betul2,sama ada akan menguntungkan kita pada masa tertentu atau pun tidak.kemudian buatlah keputusan terbaik utk diri sendiri..tepuk dada tnya selera.
salam..
macamana nak mula kan syer dalam saham BR ni? Tahun 2012 dah bukak ke permohonan baru?
dari simpan br, baik beli emas.. average naik 25-35% setahun.. terdesak pun leh pakai..
Saya mesti pilih BANK RAKYAT! hehehehe..
kalo setakat labur rm1k++ je..tak payah citer la ttg saham2 ni
kurang2 mau rm10k..barulah ada rasa.. BR ni laburkan kat mana yer
HAHAHAHA… KALAU DAH NAK PAKAI DUIT MESTI PILIH BR MA!!! SAYA MESTI PILIH.!!!.. DAN TANGGUNGLAH HUTANG TUH SAMPAI HABIS BAYAR.. POTONGLAH GAJI TIAP TIAP BULAN… SILAP H/B POTONG GAJI SAMPAI KITA PENCEN.. OVERLAP.. OVERLAP DAN OVERLAP LAGI.. HA NIE GAJI BARU NAIK.. BELUM SEMPAT RASA GAJI BARU… HA OVERLAP LAGI… FIKIR FIKIRKAN MASA DEPAN. DUIT LAGI BANYAK DEPAN MATA SEMUA TERINGIN.. BILA DAH HABIS ..HA NGANGA…PANDAI LAK DUK DIAM DIAM…(BETUL KER TIDAK?)
untung orang Bank Rakyat..
saham ni salah satu jenis pelaburan jangkamasa panjang.. kalau nak beli emas pun ko punya pasal lah.. tak perlu kot nk kondem bank rakyat.
ni lah sikap org melayu yang tak boleh tengok melayu sendiri naik.. patut la tak maju. yang marah2 sgt pasai apa… duk jaja mbsb ja dari td… aku rasa mamat ni keja mbsb nih… oppsss…
papepun thanks bank rakyat untuk extra 5% saham… at least tambah sket aset saham aku yang tak seberapa tu… hepi tgk koperasi melayu maju mcm ni. keep it up
Saya sokong,pandangan dan pendapat sdri Ina.Kita orang Melayu patutnya sama-sama membantu teguhkan ekonomi kita.Cuba tengok kaum Cina,mana mereka ada sifat dengki-mendengki bahkan mereka selalu tolong-menolong sesama mereka! Kita bukan kata nak tolong,malah kutuk-mengutuk dan beriri hati lagi dan sibuk nak menjatuhkan sesama sendiri.ada juga orang kita yang ok,tapi tu golongan yang betul-betul mengamalkan agama Islam! Yang tak mengamalkan dan menghayati Islam betul-betul ni la susah sikit.fikir la sahabat semua….
harap2 MBSB boleh ikut jejak langkah Bank Rakyat…
Saya dapati ramai yang berminat dengan BR. Tapi seperti yang kita maklum, dah susah nak masuk jadi anggota (saham) BR ni.
Saya cadangkan sapa yang ada cash dan nak melabur, boleh cuba di Bank Persatuan. Dulu rasanya pernah dapat lebihkurang 12.5% keuntungan. Sandardnya memang lebih 10%.
Lagi menariknya untuk tahun ni, sapa yang nak jadi anggota baru atau nak tambah saham, TIADA had maksimum. Sebelum ni ada had maksimum.
Selain tu ada banyak insurans (takaful) automatik, khairat kematian, dan juga anngota boleh apply cenderahati kalau ada anak:
1. SPM dapat 6A:boleh dapat RM100
2. Anak masuk Diploma: boleh dapat RM200
3. Anak masuk degree: boleh dapat RM250
Cawangan Bank Persatuan tak banyak, tapi semakin bertambah. Sesiapa yang nak cari alternatif untuk melabur boleh cuba Bank Persatuan ni.
*** saya bukan agen. cuma saya ada buat personal loan dengan bank ni. sekadar masuk saham minimum je (RM500).
Sy beli saham bank rakyat sejak 1997 sampai sekarang..Alhamdulillah…sekarang dah ada RM100000…dengan Koperasi Felda RM250000….tak payah pikir pasal zakat…dah dibayar terus oleh Bank Rakyat…wang berkat hidup selamat…
cikgu ahmad..bank rakyat kan cuma bayar zakat perniagaan yg termasuk sekali saham kita tu.saham pokok kita mmg dah x payah pk pasal zakat..tapi dividen yg diterima kena kira sebagai zakat pendapatan plak..lgpun dividen tu akaun asing, tak dicampur dlm saham pokok..itu yg pegawai bank rakyat sendiri bgtau la…
Alhamdulillah…sy setia dengan bank rakyat sejak 1997…dah ada RM100000 saham…zakat bank rakyat bayar…wang berkat hidup selamat…
saham akhirat jangan dilupa… yg penting harta yg banyak menyebabkan anak2 kite bergaduh bile kite mati… renungkan..!
Menyimpan untuk masa depan. untuk persaraan. gunakan compounding dalam tempoh panjang untuk menggandakan simpanan anda. paling penting, bila simpanan tu biarlah simpanan. jangan la kejap2 nak kuar. tak la menyimpan nama nya
ha3 banyak pinjam, banyak hutang, banyak hutang, menjawab kat kubo..
Bank Rakyat & Bank Persatuan adalah bank korperasi dan bukan bank perdagangan, maksudnya perniagaannya bermodalkan saham ahli. Jadi memang wajarlah ahli mendapat pulangan setinggi yang termampu dari kentungan keseluruhan. Apapun Bank Negara atas nasihat Perdana Menteri berhak mengawal kadar dividen bank-bank korperasi ini untuk kebaikan semua pihak demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara yang sihat. Setiap perniagaan ada risiko begitu juga dgn bank Bakyat ni. Contohnya jika pengurusan bermasalah maka keuntungannya akan merosot dan boleh bangkrap di mana saham ahli boleh hangus kerana aktivitinya tiada pemantauan Pemegang Amanah. Jika ahli ingin mengeluarkan walau sebahagian sahamnya maka keahliannya akan luput. Untuk pengetahuan lanjut hadirlah ke mesyuarat agung pada setiap tahun. Pada pendapat saya Bank Rakyat bukanlah semata-mata tempat untuk melabur bahkan pelbagaikanlah supaya risikonya rendah.. wallahualam.
skrg nie banyak dah bank yg bagi interest rendah dari bank rakyat….bank rakyat jer yag dok stay dengan kadar interest tu jugak…contoh bank “A” kalo pinjam 30 k bayaran bulanan 266 kalo bank rakyat 288..save rm22 jer kan..cuba darab dengan 180 bulan(15tahun) save dekat rm3960…jadi pengajaran nya kalo nak buat pinjaman peribadi cuba survey interest bank-bank yang jauh lebih rendah…
cemana nak melabur di bank rakyat.hari buat personal loan cuma dapat saham rm500 jak..apa la tu..yg untung kakitangan bank rakyat jak.
Welldone BR…for 2012 Dividen
BR menang bagus akan tetapi dengan tempoh pinjaman menjangkau 20 tahun bermakna Pinjaman principle 100 ribu, peminjam Kenya bayar balik 200 ribu. In the end kita jadi hamba kepada institusi kewangan ini.
KAWE N0K TRY PIMJE JGOK BANK RAKYAT????
BOLEH BAGITAHU SAYA BAGAIMANA NAK BUAT PERSONAL LOAN B/RAKYAT? DAN BAGAIMANAKAH PROSEDUR2 UNTUK KITA NAK MOHON SAHAN B/RAKRAT?
KEPADA SEMUA…
MCMANE NK BELI SAHAM?
sy tak berapa paham.. yg dimaksudkan pemberian dividen tu pd saham yg kita labur di bank rakyat ke… bkn mcm wang yg kita simpan di akaun simpanan tu ke….
Best of the best!
Saham Br adalah yang terbaik masa ini yang tiada risiko berbanding saham Unit Trust dll yang punyai risiko yang agak tinggi.dulu saya ada ambil saham Br ini tapi dalam jumlah yang kecil, aje sebab tak pandai menilai keuntungan yang bakal dapat.Leni ,sesalpun ada..tapi tak apa tak ada rezeki kata orang.Baru-baru ini saya pergi tambah sebanyak yang diuntukkan iaitu Rm500 sahaja.Saban tahun saya menerima dividen yang diberikan!Kata orang pendapat sampingan di awal tahun.Sekarang ni BR dah stop pembelian saham.
P/s Saya sedia berkongsi pendapat tentang penambahan pendapatan.Sila ke blog saya. Abdul-ucop.blogspot
Syukur Alhamdulillah div BR sgt terbaik…keep maintaine setiap tahun…ada isi borang tambah pelaburan untuk anak..x semua anak yg dpt…camano nak semak kedudukan nya..harap 2013 lebih tinggi dari 2012….amin