Sebelum ini, kami ada dengar khabar angin yang mengatakan yang kadar dividen ASB 2010 tahun ini akan mencecah 9%. Kalau begitulah angkanya, itu sudah cukup baik. Tapi, ianya hanya tinggal impian sahaja. Mungkin boleh pasang impian seperti ini untuk tahun-tahun seterusnya.
- Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB yang lebih tinggi iaitu sebanyak 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010 iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun 2009
- Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun 2009.
- Bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.
- Sehingga Jumaat lalu, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion
- Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus
Banyak bentuk pelaburan yang boleh buat. Ada yang mengatakan unit trust lain ada yang untung sampai 15%-20% setiap tahun. Tetapi, perlu ingat itu cerita kalau untung. Kena ambil kira risikonya. Kalau dah rugi sendiri mahu ingat kesannya. Berbeza dengan ASB yang mana keuntungan sentiasa dijamin pada paras selamat, cuma naik atau turun bergantung. Unit Trust lain ( biasanya bank-backed ) tu untuk medium ke long term investment (3 hingga 5 tahun). Jadi tidak boleh dibandingkan dengan ASB disebabkan instrumennya memang tak sama.
- Dividen ASB diberikan kepada para pelabur setiap hujung tahun ( pro-rate )
- Private UT pula sekurang-kurangnya kena tunggu 3-5 tahun. Kadang-kadang dalam masa jangka pendek pun boleh untung banyak itupun kalau market bullish ditambah rezeki dapat agen yang bagus
Masuk pula cerita pasal dividen Bank Rakyat. Waduhh……untungla yub siapa yang dapat masuk. Dulu masa buka, kebanyakan orang ramai buat tak kisah ataupun mungkin tak cukup duit masa itu. Kalau tiada kabel orang dalam, nak potong giliran, jangan harapla. Bank Rakyat pula merupakan koperasi. Akta Koperasi dah kata, nilai maksima untuk kadar dividen yang boleh diberikan adalah 15%. 15%? Tak cukup lagi ker? Kalau nak bagi lebih pun kena dalam bentuk share, bonus dll.
Dah pergi jauh pulak, melalut sampai masuk kisah Bank Rakyat dan Unit Trust. Jadi kesempatan ini kami nak kongsikan sekali pengiraan dividen ASB dan bonus ASB sempena pengumuman pengagihan dividen ASB
Pengiraan Dividen ASB dan Bonus ASB
Cara pengiraan dividen dan bonus ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan (BMB), iaitu baki terendah bulanan dari 1 hb hingga hari terakhir bulan tersebut. Sebagai contoh:
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2010 adalah seperti berikut:-
Pengagihan Pendapatan : 7.50 %
Bonus ASB : 1.25%
(a) Pengiraan Dividen ASB 2010
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Nak contoh?
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2010:-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2010 hingga Disember 2010 x KADAR 12 Bulan
- BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
- Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2010 sehingga Disember, 2010 (12 bulan).
- Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
- tahunan.
- Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
(b) Pengiraan Bonus ASB
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2010 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2001 hingga Disember 2010 X KADAR 120 Bulan
- BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
- Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2001 hingga Disember 2010 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
- Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
P/S : Nota: Sebenarnya cara pengiraan dividen dan bonus asb ini turut dinyatakan dalam penyata tahunan yang dihantar kepada pelabur setiap tahun. Jadi pastikan alamat semasa adalah yang terkini.
PP/S :Selamat menggunakan dividen ASB 2010 anda untuk renovate rumah, tampung perbelanjaan minyak ataupun persiapan anak-anak menjelang pembukaan sesi persekolahan tak lama lagi.


{ 10 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
awt pnb ni makin lama makin turun ja..dulu bole dpt 12% kot..
nk kata ekonomi skrg mundur x la plk..dok canang kata ekonomi maju..
Alhamdulillah…
Ade la tu, daripada takde….
PNB mana boleh kasi dividen tinggi2 sekarang ni. Kalau kasi tinggi2 macam mana nak buat bangunan 100 tingkat tu.
boleh la.. drpd x dak langsung… sekurang2nya leh tmbah bajet pd thun baru…
PNB kenalah wujudkan satu lg unit amanah iaitu amanah kasih bagi mereka yang berpendapatan rendah ( rm 1200 kebawah suami & isteri). ini untuk membantu mereka daripada mereka terus berada dalam golongan di bawah paras kemiskinan dan memupuk semangat menabung. Bagi 20% dividen kat depa. barulah PNB secara x langsung membantu kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Jangan dok pikir untuk untuk korporat jer tapi sumbangan kepada rakyat dan negara,,,
Eleh, sapa ntah cakap pelaburan PNB haram dulu? bila dividen kuar, tak reti bersyukur lagi? kuarkan semua duit hangpa dalam ASB kalau duit pelaburan ASB haram…p/s- fatwa JAKIM cakap ASB halal, fatwa PAS macam mana pula??
Saya berharap PNB (ASB) dapat memberi pulangan lebih baik iaitu antara 15% ke 20%. Ini kerana PNB adalah harapan bumiputra untuk menguasai ekonomi negara ini. Jika pengurus-pengurus dana amanah yang lain dan beberapa koperasi boleh memberi pulangan sehingga 15% hingga 30%, PNB sepatutnya mampu memberi lebih dari itu. PNB sepatutnya mempunyai KPI bagi mengukur prestasi pengurus mereka. Dengan pengalaman PNB, saya yakin kita boleh menyandarkan harapan kepada PNB…..
8.75% tu kira tinggilah tu. kalau simpan rm1000, dapatlah rm 87.50. Kalau simpan rm 10,000 dapat rm875. Cuba kira, kalau tak uski duit tu, lepas 5 tahun, dah banyak jugak. hehe. Tapi jangan lupa bayar zakat. ambik berkat.
salam..pada pendapat saya adalah kesungguhan kerajaan untuk mjukan negara patut dipuji….berbalik pada PNB(ASB)keuntungan pnb memang untung banyak…tetapi sekali sekala berikan keuntungan pada pemegang saham asb tu juga…..jangan lah berikan harapan tinggi tapi dapat tidak berbaloi…jangan sampai tiada rakyat dapat lagi mempercayai kata2 pnb tu lagi……
saya kesal juga lah tau dulu saya masuk jer kat bank rakyat….wassalam..
Aku da kuarkan sume duit asb masuk dlm tabung haji. Kalo kira2 balik dividen hampir sama. Asb kalo tolak 2.5% tuk zakat dah hampir sama dengan dividen tabung haji. Lgpun prlaburan asb masih lg meragukan.pada aku sepatutnya dividen asb sepatutnya lebih tinggi dr bank2 lain. Ttp disebabkan byk penyangak kat atas tu maka mcmni la jdnya