Baru-baru ini, satu demonstrasi yang dipanggil Gerakan Mansuhkan Akta ISA Malaysia telah pun digerakkan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid Jamek dan Central Market pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.
Okey…ada baiknya kami menceritakan serba sedikit tentang perihal Akta ISA Malaysia. Diharap informasi dan maklumat ini membantu anda memahami dengan lebih jelas lagi fungsi disebalik peranan Akta ISA Malaysia yang sudah digunapakai selama hampir 50 tahun.
Akta ISA Malaysia ini juga dikenali juga dengan nama Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan selagi tindak-tanduknya dianggap boleh mengancam keselamatan negara.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan boleh diteruskan walaupun tanpa dibicarakan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini juga telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Sekarang, mahkamah hanya boleh melihat semula perkara-perkara yang berkaitan teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ISA Malaysia dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. [Dipetik dari Wikipedia]
Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA Malaysia anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Tetapi pada masa itu mereka telah dipaksa berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di beberapa lokasi perhimpunan termasuk di sekitar pasaraya SOGO dan juga Masjid Jamek.
Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air “berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan” perhimpunan besar membantah akta ISA Malaysia pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tempoh hari. Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak. Tujuan asal Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ingin menghantar memorandom kepada pihak istana telah dihalang oleh pihak berkusa
P/S : Di bawah ini kami ingin meminta jasa baik anda semua supaya dapat mengundi beberapa tinjauan yang dijalankan di bawah ini bagi isu akta ISA Malaysia ini :



{ 16 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
huhuhu..isu ISA ni memang panas…dr dulu kini dan selamanya… :peace
Mana boleh tahan orang tak bukti
pasti suka hati mak bapak diorang penjerakan bertahun-tahu tanpa tahu kesalahannya :serabut
betul bro..satu penindasan kepada rakyat Malaysia……. :marah
pelbagai demonstasi telah diadakan…tapi ISA masih belum dapat dimansuhkan…apakah keuntungan bila ada ISA?
ISA…tak boleh ke diganti dengan hukuman yang lain? setakat hari ini ISA dilihat sebagai ‘menganiaya’ rakyat dan juga orang-orang yang tak bersalah….
ada kemungkinan juga yang ditangkap itu adalah pesalah tetapi kenapa tidak dibicarakan agar keadilan dan ketelusan dapat kita bongkarkan…
dimana keadilan??
demonstrasi tidak akan berhenti rasanya selagi tiada campur tangan pak menteri untuk menggubal semula sistem ISA ataupun terus dihapuskan…
Sebelum ni Najib kata nak kaji semula utk pinda akta drakonian ni..Sampai sekarang masih menyepi..Kalau sebelum ni dia mempertikaian negeri2 yg di tadbir P.Rakyat..Tapi lihat apa yg dia lakukan selaku PM di Malaysia..Tak habis2 bawak isteri pergi ke luar negara..Alasan mesyuarat..
Mansuhkan terus I.S.A adalah yg terbaik utk rakyat,begitu juga dengan AUKU..Rakyat tidak boleh di tahan sewenang2 dan sesuka hati tanpa ada perbicaraan yg menentukan seseorg itu bersalah atau tidak..I.S.A bukan hakim,tapi hanya akta buatan manusia..
ahahah…alsan mesyuarat smata-mata nak bawak isteri melancong ke luar negera ? biar betul…ooo rupanaya depa pi sana dok sronok ja…rakyat di sini yang menderita
Mana tak seronok,pergi melancong utk habiskan duit rakyat..Janji2 yg di tabur time mula2 jadi PM semua tinggal..Kata nak bawa isu I.S.A ke Parlimen utk di kaji tapi sampai sekarang bayang pun takde..
Ye sya stju dgn hafiz84..katanya malaysia ni negara sbuah ngara islam..tp bila masok bab hukuman jd mcam ngra yg xde ciri2 islam..sedangkan dalam alquran xde pon sbot tntg ISA..rsanya hkum2 yg lain sprti hudud,qisas dsbg ada d sbot dlm alquran tp xprnah pn d guna pkai kpda org islam yg buat kslhan d mlaysia ni..2 lah psl mslah buang byi pon xpnah slsai2 lg la mslah yg lbh bsar..hrap d prtimbgkn..mf skira tlmpau dsyat kta2 sya ni
cuba anda pikir jauh mcm parameswara
jikalau ISA dimansuhkan
maka teramat gembiralah rakyat & pemimpin yg menentang
Pada masa itu, org Cina akan memberontak utk menjadi PM…
lepas itu, nak sumbat mana org cina yg mau jd PM jika dia akan mengancam negara dengan pelbagai tektik seperti isu Pemisahan Singapura yang berkenaan konsep ‘Malaysia Malaysian’ dan hak istimewa orang Melayu….
DIMANA???
Akta ISA patut digubal semula dan diperkemaskan lagi. Akta ni perlu tapi jadi masalah bila sesiapa pun boleh ditahan tanpa bicara dan soal siasat jika didapati mengancam keselamatan negara..
Akta ini sendiri menjadi punca kepada salah guna kuasa untuk memastikan tiada sesiapa yang akan mengancam kedudukan kerajaan atau menjatuhkan kerajaan sedia ada, bukan mengancam keselamatan negara..
Sebabnya? Penentu dan penilai kepada pengancam negara ialah kerajaan sendiri.. :phwitt
Dari 1 segi lagi, demontrasi ni takkan menggugat kerajaan langsung.. sebab ia aman, bukan rusuhan..
Kerajaan takut tak bersebab..ini bukan demokrasi! Ini kuku besi!
Ape pun, aku xnak join demontrasi sebab kerajaan tak terbuka. Aku xnak kena tangkap tanpa sebab.. :peace
rasanya x elok la tahan org sampai 2 bulan tanpa ada sebab dan alsasan yang kukuh…dlm ISA 2 mcm2 dorang bleh buat mungkin lg teruk dri polis…walluahalm
bg sy ISA x patut dimansuhkan tetapi boleh dipinda ke arah yg lebih baik.. memang agak keterlaluan untuk menahan seseorang tanpa perbicaraan.. namun cuba kita fikir kearah yang lebih jauh sedikit.. sekiranya ISA dimansuhkan tidak mustahil untuk peritiwa 13 mei ini berlaku sekali lagi.. negara kita ini berbilang kaum dan akan wujud rasa tidak puas hati dikalangan kaum-kaum ini mengenai hak mereka.. sekiranya wujud individu yang ingin mencetuskan isu sensitiviti yang mampu mewujudkan perbalahan antara kaum di malaysia ini sudah tentu akan runtuhlah sebuah negara yang selama ini aman sentosa.. jadi, kita boleh fikir di sini mengenai kepentingan ISA dalam menjaga keharmonian negara.. untuk perhatian, tahanan ISA bukanlah ditahan dipenjara dan saya juga tidak pernah dengar mereka diseksa sepertimana US buat terhadap tahanan Patriot act mereka(fungsi sama dengan ISA). Tahanan ISA bukan ditahan seperti tahanan penjenayah tetapi ISA hanyalah tahanan sementara sehingga keadaan kembali tenang.. hendaklah difahami kenapa ISA diwujudkan dan kepentingannya pada waktu kini dan pada masa akan datang..
fikir fikirkanlah..