Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu sudah pun berlalu. Macam-macam cara dan teknik daripada kedua-kedua parti politik yang bertanding untuk memenangi hati pengundi, baik Barisan Nasional mahupun DAP. Tetapi dalam banyak kempen pilihanraya Sibu sebelum ini, ada satu yang menarik perhatian SPRM yang mana Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah membeli undi. Betul ker?
Sebelum itu, mari kita flashback dan lihat semula insiden yag mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji yang mana kerajaan Malaysia akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika Barisan Nasional menang pilihanraya kecil Sibu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan telah mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak berhubung “You help me, I help You” semasa kempen pilihan raya Sibu tempoh hari.
Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam ‘pembelian undi’ pada pilihan raya kecil parlimen Sibu. Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.
Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak
Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.
Kredit : Malaysiakini Video



{ 8 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
kenyataan najib tu sebenarnya salah satu konsep 1Malaysia.
saling tolong menolong, bantu membantu antara kaum, antara semenanjung ngan sarawak.
konfom lepas lah. Malaysia boleh. Good luck SPRM
Satu lagi wayang terbaik tahun ini :ketawa
jom sama-sama kita tengok wayang terbitan SPRM sambil makan popcorn. Tah sampai mana tah cerita ini :tepuk
jelas dan nyata,
hah hah..ni dia satu cara nak menang.kalau ye pun nak menang gunalah cara yang tak membabitkan duit.contohnya berdebat ke.
ini lah yang dikatakan…”kalau duit dah belebih,apa pun boleh”
kita lihatlah apa tindakan SPRM akan buat dangan kenyataan yang dibuat oleh PM 1 malaysia.itulah cara beli undi paling berani,kita sebagai rakyat biasa takut mungkin tersalah cakap,tapi bagi ahli politik yang banyak duit tidak takut duit boleh beli undang2 dalam malaysia belum pernah seorang PM didakwa kerana rasuah selalunya anak2 ikan bilis sahaja yang kena,kenapa bapak2 jerung ni undercover.mari kita lihat menteri2 yang dah bersara bukan sahaja dia kayaraya malah suku sakatnya lempah2 harta tak habis makan.hari ini diujudkan 1 malaysia,bukannya tak bagus,cuma rakyat yang kena dulu dalam apa2 hal rakyat kena dulu.jom mai kita fikirkan apa yang dah kita dikenakan.
Masalah nye,, tu bukan duit dye or mak bapak dye or kaum kerabat dye..
tu duit cukai rakyat malaysia… Mane bleh gune untuk wat pancing undi..
Ni nama nya salah guna kuasa
btol2…..dia mo ckp gue yg kuar duit…itu bukan duit dia pon…itu smua duit rakyat lah…bahlol ker aper…ni lah namanya dah buta dengan wang…bcakap dah tak sedar diri…smua boleh d beli….men tlefon jak….wOw….ni bukan pemmpim ni…tp pemboros, pengikis yg myusahkan rakyat d kemudian hari ni….!!!