
Kerajaan Malaysia sudah berkira-kira untuk memindahkan beberapa syarikat milik Kementerian Kewangan untuk diperbadankan kepada syarikat swasta dengan harapan supaya kerajaan dapat merangsang pelaburan sektor tersebut. Itulah kata-kata Menteri Kewangan Kedua baru-baru ini, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah untuk memindahkan secara langsung atau secara penyenaraian di pasaran saham, Bursa Malaysia.
Kementerian sudah mengenal pasti 15 hingga 17 syarikat yang dimiliki Kementerian Kewangan. Katanya, kerajaan tidak akan lagi menjadi satu-satunya pemacu ekonomi berikut sebaliknya pihak swasta yang sepatutnya memainkan peranan besar dalam pertumbuhan ekonomi bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang sebanyak lima peratus pada 2010. Semua saham milik kerajaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan mulai tahun depan bagi menambah kecairan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan
Secara asas, falsafah ialah, kita mahu aktiviti ekonomi akan datang diteruskan oleh sektor swasta. Kerajaan hanya akan menjadi penentu ekonomi negara
Dasar Penswastaan negara mula-mula diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah menyenaraikan semua syarikat milik orang ramai untuk diswastakan dan kertas cadangan pada masa itu diusulkan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Antaranya :
- Daripada hanya mempunyai dua kapal terbang yang disewakan dari British Overseas Airways Corporation (BOAC), dan akhirnya kini menjadi sistem penerbangan antarabangsa.
- Bayangkan daripada hanya memiliki beberapa buah peti pos dan akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negaraerajaan hanya Syarikat MAS – dari dua buah kapal terbang yang disewa dari BOAC akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa.
- Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara.
- Hospital diswastakan
- Jalan-jalan raya diletakkan tol. Air dan elektrik dinaikan harga saban tahun. Telefon terus melonjak sewanya.
- Dan banyak lagi…………………..
P/S : Pejam celik, pejam celik sudah lebih 20 tahun dasar penswastaan negara berjalan.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :


{ 1 comment… read it below or add one }
apa da…………………….
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.