BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Dasar Ekonomi Baru DEB di Malaysia GAGAL?

by Staff Berita Semasa on August 16, 2010

in Isu Semasa Terkini

4895911781 e8e9f363b2 Dasar Ekonomi Baru DEB di Malaysia GAGAL?

Kalau dikenangkan balik apa matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia sebenarnya? Dasar Ekonomi Baru DEB dilancarkan oleh Tun Abd Razak pada 1974 bertujuan untuk menyatukan dan membangunkan semula negara selepas pengalaman yang mengejutkan pada tahun 1969, serta menekankan objektif penting iaitu bagi meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu.

Okey itu cerita lebih 30 tahun dahulu. Kalau dahulu bapanya yang mengubal dasar ini, kini kedua-dua anaknya ingin Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini dihapuskan……

Pada permulaan majlis ketika Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak datang merasmikan Kongres Ekonomi Cina Malaysia kali ini……

KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina Malaysia mendesak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Kongres turut mendesak kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Desakan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. BERITA HARIAN

4895911835 20bfc422ff Dasar Ekonomi Baru DEB di Malaysia GAGAL?

Kemudian adiknya pula iaitu Datuk Nazir Abdul Razak  menyusul memberikan ucapan……

Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah ‘dipernyataan-haramkan’ dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

“DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini. Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

“Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP). “Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu. MALAYSIAKINI

Lagi kenyataan Datuk Nazir Abdul Razak mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB)

KUALA LUMPUR: The New Economic Policy (NEP) is “custardised” as it deviated from its goal of poverty eradication, CIMB group chief executive officer Datuk Seri Nazir Razak said. “I’ve a strong opinion on how the NEP has been custardised over the years since 1971,” he said in a question-and-answer session after giving a luncheon talk at the Chinese Economic Congress. He said the NEP, formulated by second prime minister Tun Abdul Razak Hussein, had come a longway from a social engineering experience, which was aimed at uplifting the livelihood of the people, especially Bumiputeras.

“At that time, no one knew what the outcome would be. Itwas a social engineering experiment that no one had ever done before in any other country. So they gave it 20 years and they felt that after 1969, they had to give it a try.  “But now, it (NEP) is so embedded in everything we do, in every part of government and businesses, that it has become a problem. And every time I mention the NEP, I get blasted.”  The NEP, a socio-economic restructuring affirmative action programme, officially ended in 1990 but it remained in effect through other government policies.

Last March, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced a New Economic Model to reform and strengthen the economy. THE STAR

4896506838 4dffce6e17 Dasar Ekonomi Baru DEB di Malaysia GAGAL?

Apabila tibanya kenyataan daripada PERKASA, lain pula jadinya…..

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan apa sahaja yang boleh untuk menangani masalah orang Melayu, atau berdepan dengan risiko kehilangan sokongan mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata jika ia tidak dilakukan, orang Melayu akan bertindak balas.

Katanya, mereka mungkin akan diam sekarang, tetapi mereka akan menunjukkan ketidaksenangan mereka itu dalam pilihan raya umum akan datang. PERKASA

P/S : Apa pendapat anda adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB), adakah ia memang membantu selama ini ataupun dasar ini gagal sebenarnya?

Adakah DEB GAGAL?

View Results

loading Dasar Ekonomi Baru DEB di Malaysia GAGAL? Loading ...

{ 21 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 FrankRose August 16, 2010 at 12:01 pm

Dasar DEB ni actually bagus dari segi perancangan dan matlamatnya, cuma sepanjang 20 tahun proses perlaksanaannya tu, pemimpin selepas Tun Razak mencabul habis kesucian matlamat DEB ni, jangan tak tau, tu yang munculnya golongan elit orang melayu yang tak berapa kerat tu…. yang majoritinya…… hmmm

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 007 August 16, 2010 at 1:51 pm

Kalau ikut dasarnya memang la memberi banyak kebajikan kepada kaum bumiputera. Tapi sayangnya ia di manipulasi oleh pemimpin2 yang mementingkan kuasa dan harta… Yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya…. :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 darah satria August 16, 2010 at 4:22 pm

Nasib baik adik PM yang cakap, kalau dari Pembangkang mesti BALACI2 UMNO tak percaya. :ketawamanja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Shaharul August 16, 2010 at 4:34 pm

ni yang munculnya golongan elit segera melayu..
tapi golongan2 elit ni bagus,ada yang tubuhkan badan amal untuk menolong melayu..berbaloi jugak rasanya..
“walaupun dah kaya,orang kata tidak lupa diri dan bongkak”

ni bagusnya melayu kita ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 isma amirul August 16, 2010 at 5:24 pm

takpe…abgnya baru 2 tahun jadi PM, dasar kerajaan yang diperkenalkan ada kebaikan dan ada kelemahannya,
mana-mana ada kelemahan perlu dibaiki dari masa kesemasa mengikut keadaan semasa. tetapi nampak Datuk Najib bersungguh-sungguh nak bangunakan negara ke arah berpendapatan tinggi… :tepuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 ray ban August 16, 2010 at 9:17 pm

bak kata pak lah “baru masuk padang, badan pun belum panas lagi” hehehe
ray ban menulis Berita Terkini….Size guideMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Lyynda August 16, 2010 at 9:20 pm

Saya sangat bersyukur Dan berterimakasih dgn adanya DEB golongan melayu yg berpndaptn rendah tidak terpingir, sekurang2nya mereka mndpt hak & harta di negara mereka sendiri. Jika DEB d hapuskn org melayu akn mnjadi spt Indonesia semakin Susah mencari rezeki d tanah air sendiri.. Maka golongan Cina Akan mnjadi bertambah Kaya melayu mnjadi hamba d tanahair sendiri..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 eddieyJJ August 16, 2010 at 10:29 pm

DEB adalah teras kepada 2 tujuan utama kerajaan iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula pembangunan ekonomi ke arah keseimbangan. Kalau dahulu memangla nampak, namun lihat pada tempoh pelaksanaannya, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. sekarang tahun 2010, apakah pentingnya pendebatan dasar ini? Setiap kerajaan ada rancangannya, tidak relevan ke kalau kerajaan sekarang memperkenalkan dasar baru sebagai alternatif yang lebih baik daripada dasar2 yg lepas?Isu ini tidak haruslah dijadikan alat kekeliruan kpd semua pihak.Just like a game.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 asray August 17, 2010 at 6:00 am

atas kertas mmg bagus…tp niat pelaksana dah jelas tak bagus…
kalu betul2 kita nak open (tender/market) baik hapuskan TAPI, hak bumiputera yang dah jelas dlm perlembagaan jgn dipertikaikan lg.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 terus terang lagi baik.... August 17, 2010 at 11:33 am

apa yg nazir cakap tu memang tepat…dia cakp tak selindung walau pun abang dia PM dari umno…perosak DEB ni sebenarnya org umno sendiri, si pelahab dan sang gelojoh yg dah menjadi sebati dlm parti tu, dari akar sampai pucuk… tengoklah.. tepuk dada tanya selera…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 terus terang lagi baik.... August 17, 2010 at 11:37 am

ibrahin ali.. tak payah lah jadi pejuang yang membutatuli….hanya menguntungkan segolongan yang dah kaya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 terus terang lagi baik.... August 17, 2010 at 11:49 am

org melayu hanya beruntung bila DEB ini digubal…maka tubuhlah felda…dapatlah org melayu yg susah dan tak berharta akn tanah dlm 10 ke 12 ekar sekeluarga…itu pun atas kebijaksanaan Tun Razak….munculah perkampungan2 tanah felda…tapi
bagaimana agaknya kalau perkara macam ni dibuat sekarang….? mungkin tak sampailah tanah2 tu pada rakyat yg susah…tapi muncul lah toke2 tanah dari kalangan orang melayu umno yg akan sentiasa bersendawa besar….dah tentu lah !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 terus terang lagi baik.... August 17, 2010 at 12:02 pm

kpd perkasa ! pergi lah beritahu pada puak2/kroni2 jutawan melayu yg tumbuh hasil dari DEB ni dan beritahu mereka ” jangan makan sorang hasil kekayaan atas nama hak bangsa yg telah di tuliskan…”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 terus terang lagi baik.... August 17, 2010 at 12:15 pm

pada Ibrahim Ali dan perkasa…tolong cakap ini pada golongan ketua2/ jutawan2 melayu/umno yg terhasil dari DEB tu ” jangan makan dan membesarkan tembolok dgn kroni2 jer atas nama hak bangsa saperti yg telah ditulis “

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 ucup August 17, 2010 at 3:27 pm

:lambai sebenarye DEB 2 byk kebaikan kpd bumiputra.tk payah lah nak d hapuskan hak2 org melayu…tpi maslah dia perancangan ye semua tk menepati sasaran da….harap d kaji blik …supaya mencapai maklamat DEB tersebut…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 PRIHATIN August 18, 2010 at 3:30 pm

KEPADA PERKASA,

PERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU SEBAIK MUNGKIN..YANG KAYA TERUS KAYA DAN MISKIN TERUS DIHIMPIT GARIS KEMISKINAN..FIKIR2x KAN LAH..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Utusan Bodoh August 18, 2010 at 10:31 pm

dasar DEB nih hanya mementingkan dan menkayakan kroni2 puak2 UMNO…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 mosad August 19, 2010 at 3:02 pm

Pada prinsipnye DEB tu bagus. Cuma sekarang dah disalah guna oleh balaci2 yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri sendiri. Last2 hanya golongan tertentu sahaja yg dapat faedahnya. Hope P.M jgn la b’iya sgt nk tarik sokongan bgsa lain smpai bgsa sndiri diketepikan, digadaikan. Dulu M’sia ni pun name dah tanah Melayu. So tanah air ni bgsa Melayu asalnya yg punya. Buka nk kate bgsa lain tu menumpang tapi kena hormat la sikit hak kami sebagai orang Melayu. Semua hak kami nk dah hapuskan lame2 Melayu akan hilang keistimewaan org Melayu akan hilang di tanah air sendiri. Jangan igat kami bgsa Melayu diam, kami lemah. Kesabaran kami ada batasannya. Bukan nak m’bangkitkan semangat ‘racist’ tapi tu memang kenyataannya. Hak kami sebagai masyarakat peribumi jgn cuba di ganggu gugat oleh bgsa lain
p/s : Teringat sejarah Tentera Selempang Merah (Batu Pahat&Muar) dan Tentera Sabil (Sg.Manik). Kiyai Salleh dan juga Wali2 Allah yang seangkatan denganya, dengan kalimah LAILAHAILALLAH, insyallah akan ada pewaris2 yg meneruskan perjuangan suci kalian untuk mempertahankan agama,bangsa dan negara dari ditindas. AMIN..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 puak lalang August 19, 2010 at 3:27 pm

tengok la anak muda korang merempit. mana DEB nak BERJAYA.. hujung2 minggu lepak BERJAYA TIMES SQUARE :joget

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 siti August 2, 2011 at 10:46 pm

bukan salah islam bila umatnya berbuat jahat.
bukan salah DEB bila ia dipergunakan pihak2 berkepentingan.
just fix it,but don’t destroy it.

tapi kan…bagus jugak kalau dimansuhkan mende ni.biar padan muka orang melayu pemalas melukut di tepi gantang,mengemis di rumah sendiri! ;p

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Tian Bao Ming March 5, 2012 at 12:18 pm

There is no such a law called “bad law”.
Same goes to the policies.
The problem happens when the executive officer misinterpreting and distort the truth of the policies and real facts.
Since it happens, that is the reason we are here to vote for election.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: