BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Cuti Sambung Belajar PERCUMA Kepada Staff Kerajaan?

by Staff Berita Semasa on July 23, 2010

in Kakitangan Awam & Swasta

sambung-belajar

Rasanya dah lama ada benda ini, sekarang ini baru hangat semula isu sambung belajar secara percuma. Tawaran ini selalu dibuka untuk kakitangan kerajaan, sesiapa yang rajin nak belajar boleh memohon. Yang mana kakitangan awam yang ingin sambung belajar memang baik dan sekali sudah “melangkah ke hadapan” jangan berundur ke belakang.

Kalau P&P apabila mereka sambung belajar boleh dapat cuti bergaji penuh. Kalau sokongan just dapat separuh gaji tetapi dengan syarat, LNPT 3 tahun berturut-turut melepasi 85% dan juga mendapat sokongan ketua jabatan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Senator Noriah Mahat berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.

“Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini. “Oleh yang demikian, setiap individu dalam perkhidmtan awam memainkan peranan untuk meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti kerja untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,” katanya semasa membahaskan RMK-10 di Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Noriah turut meminta kerajaan mengkaji kedudukan dan kebajikan pesara-pesara penjawat awam agar kebajikan mereka dijaga dan pengetahuan serta pengalaman mereka diguna pakai untuk membangunkan negara.

Katanya terdapat kira-kira 48,000 pesara sektor awam yang telah membuat pelbagai sumbangan terutama dalam memberi panduan membuat dasar dan polisi untuk membangunkan negara. “Atas sumbangan mereka ini kerajaan wajar mengkaji dari semasa ke semasa manfaat dan kebajikan seperti pemberian wang ehsan, peningkatan kadar bayaran pencen agar selaras keadaan semasa,” katanya. Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula skim perkhidmatan awam agar dapat diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kemahiran dan pengalaman, sekali gus meningkatkan peluang kerja pada kalangan penjawat awam.- BERNAMA

Jangan nanti yang senior akan diletakan di tangga gaji ke bawah pula. Perbandingan terbaik menrujuk kepada guru-guru lepasan maktab (sudah berpuluh tahun mengajar) kemudian sambung belajar  peringkat ijazah, tangga gaji baru mereka lebih rendah daripada yang lama. Kira bermula daripada bawah semula. Harap pihak-pihak berkenaan tengok-tengokkanlah perkara ini.

Kalau dilihat kepada situasi sekarang. Memang bagus, diberikan sambung belajar secara percuma kepada kakitangan awam yang berminat. Bagus….Tetapi mana yang lebih penting? Sepatutnya sambung belajar secara percuma ini diberikan kepada golongan miskin. Kepada kakitangan kerajaan mungkin boleh diberikan dalam bentuk pinjaman, kalau keputusan mengapa pinjaman yang diberikan ditukarkan kepada percuma sebagai galakan untuk mereka sambung belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang. Bukan apa, sekarang ini ramai di luar sana “bergolok-bergadai” untuk sambung belajar, karenah birokrasi lagi, ada yang masih lagi terdapat golongan yang susah nak memohon pinjaman walaupun datang dari golongan yang berkemampuan…..

CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG)

Pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  1. Berkhidmat secara tetap;
  2. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
  3. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-kurangnya genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
  4. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
  5. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
  6. Telah mendapat tempat di universiti / institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
  7. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  8. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang akan diikuti;
  9. Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
  10. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
  11. Telah mengisytiharkan harta; dan
  12. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)

  1. Berkhidmat secara tetap;
  2. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
  3. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
  4. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/ Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
  5. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) (Kursus Jangka Panjang) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penajamengikut mana yang berkenaan (syarat had umur ini tidak terpakai bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan);
  6. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk Kursus Jangka Sederhana pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
  7. Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
  8. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
  9. Telah mengisytiharkan harta; dan Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.

{ 15 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 aki8 July 23, 2010 at 8:33 am

Elok juga di beri kepada warga emas yang berminat nak belajar lagi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 jack July 23, 2010 at 12:31 pm

this is great…education is a lifelong learning

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 beejan July 23, 2010 at 5:48 pm

nampak gaya ‘makin jauh’ la nak merasa keje gomen….
kalo nak keja gomen gak, kena masuk ngan sijil PMR dulu kot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 abu July 26, 2010 at 4:21 pm

bg la kakitangan sokongan pulak sambung belajar….takkan nak bg pegawai2 aje atau pensyarah2 yang dah mmg ade degree, master,phd…dah la poket tebal…makin tebal la nampaknye..kammi pun ade juga memberi khidmat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 ieza November 2, 2011 at 12:19 pm

tul tu bg lak pada kakitangan sokongan yang nak naikkan taraf hidup yang duk kat atas terus kat atas yang kat bawah tak kan nak duk bawah jer…. tapi bila kerja byk bsg lak yang duk kat atas di bagi kemudahan yang banyak tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 bobby chua August 17, 2010 at 7:25 pm

abu:
bg la kakitangan sokongan pulak sambung belajar….takkan nak bg pegawai2 aje atau pensyarah2 yang dah mmg ade degree, master,phd…dah la poket tebal…makin tebal la nampaknye..kammi pun ade juga memberi khidmat….  

betul tu aq sokong
ini bila soal bab kakitangan sokongan jek byk la syarat itu ini nak di bagi
ni lah birokrasi namanya
penindasan kepada kakitangan bawahan :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 moon November 5, 2012 at 1:01 pm

setuju..sgt setuju..asyik bukak peluang untuk cikgu & pensyarah ja..padahal kerajaan lupa..golongan tu yg byk sokong pembangkang..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 test August 23, 2010 at 8:57 am

bobby chua: betul tu aq sokongini bila soal bab kakitangan sokongan jek byk la syarat itu ini nak di bagini lah birokrasi namanyapenindasan kepada kakitangan bawahan   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

saya pun sokong..yang banyak buat kerja staf sokongan..dier org amin jer…

klu dah tak pandang staf sokongan baik kerja tanpa staf sokongan dapat tak buat kerja sorang2.

saya sangat menyokong sranan Presiden Cuepacs supaya tiada lagi istilah ‘staf sokongan’ dan ditukar kepada ‘Pegawai Pelaksana’

yelah biasanya staf sokongan yang sakit buat kerja staf atasan dapat nama..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Zaharul Helmi October 16, 2010 at 6:45 pm

Aku pun staff sokongan jugak, tapi still boleh sambung degree. Duit? Huh…boleh dicari beb. Nanti dah kawin baru merangkak-rangkak nak sambung belajar. Sebelum kawin ni la sambung belajar! Nanti dah tua kerepot, baru nak belajar, apa barang beb!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 nikman nie May 24, 2011 at 4:06 pm

bobby chua: betul tu aq sokong
ini bila soal bab kakitangan sokongan jek byk la syarat itu ini nak di bagi
ni lah birokrasi namanya
penindasan kepada kakitangan bawahan :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Cempaka June 16, 2011 at 2:38 pm

Saya hanya staf sokongan N17. Tengah berusaha mohon cuti belajar separuh gaji untuk buat master. Mudah-mudahan majikan bagi pelepasan istimewa. Amin.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Sifu January 15, 2012 at 10:21 am

Dah mohon 6 kali…….Masih tak berjaya……..alasan persaingan hebat…….lupakan sahaja cita2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 sarah March 8, 2012 at 11:17 am

to: cempaka

Saya ialah PPM(N17),saya nak sambung belajar ke peringkat ijazah tapi kalau boleh saya ingin memohon cuti belajar separuh gaji seperti anda tetapi ada seorang rakan saya ni (kerani N17) dia berkata saya tak layak dapat sebab kursus saya nak ambil tu tak de kena mengena dengan keje saya tu..pada hal saya memohon kursus ijazah pendidikan awal kanak-kanak dan bukan ke pembantu pra sekolah seperti saya ni berkaitan dengan kursus yg saya pohon tu..tapi die kata kalau mcm dia dari N17 nak jadi N26 or atas lg ker die boleh..saya x pandai sangat bab pentadbiran ni boleh bantu x??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 budak saba October 6, 2012 at 6:48 pm

kakitgn sokongan yg sembung belajar tak dpt bonus ka???????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 lisa November 14, 2012 at 8:25 am

untuk smbung diploma bole dapat 1/2 gaji x

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: