Akhirnya, 4 syarikat gergasi Telekomukasi negara bersetuju untuk menangguhkan kutipan cukai prabayar setelah mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah rakyat dalam perkara ini.
Semua empat pengendali utama telekomunikasi (telco) di negara ini bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak),” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim selepas bermesyuarat kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis Sandip Das dan CEO U Mobile Dr Kaizad Heerjee.Khamis lalu, syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini
Cukai perkhidmatan 6 peratus yang sepatutnya dikenakan ke atas pelanggan diperuntukkan mengikut undang-undang negara.Akta Perkhidmatan Cukai 1975 mensyaratkan syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan, termasuk ke atas pengguna prabayar.
Bayaran ini sama dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.Meskipun cukai perkhidmatan ke atas pengguna prabayar bukan baru, namun syarikat telco telah menyerap kos itu sejak perkhidmatan mereka diperkenalkan pada 1998.
Rais berkata penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh SKMM dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakancukai serta kadar yang boleh dikenakan.
“Saya rasa lega bahawa mereka bersetuju untuk menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti bila waktu terbaik bagi pengenaan cukai perkhidmatan dilaksanakan dan di paras mana pengguna perlu membayar sama ada pada ketika membeli kad prabayar pertama atau pada setiap kali membaharuinya,” katanya.
Namun kami berpendapat, caj sebanyak 6 peratus ini akan dikenakan juga oleh mereka satu hari nanti.Undang-undang sedia ada memudahkan pelaksanaan tersebut.Tak boleh nak salahkan pihak telekomukasi,kerana mereka berhak berbuat demikian.Nak kata mereka rakus, ini adalah perniagaan.
Apa tindakan kerajaan selepas ini dan apa tindakan anda?

{ 41 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
tangguh je..tu bukan jawapan yg PASTI..
betul tu baru tangguh bukan mansuh..
ada ke pulak tangguh. mmg ptut pn xde caj 6% tu. syarikat telco ni bknnye miskin, untung dh belipat kali ganda. kata org, dh untung byk, nk belipat2 kali ganda… yg jd mangsa, rakyat/pengguna…. dh xde cara lain ke nk crk untung ni… kalau ye pn, bglah service tu betul2 dh bgus.. ini tak, siap kopak kredit lgi ada, htr msj konon free pdhal potong dr kredit sedia ada… dimana hak pengguna, hak rakyat kalau syarikat swsta pn dh menggila nk bebankan pengguna, rakyat. dhlah semua benda naik… so, fkir2 lah..keuntungan blh diperolehi dengan cara ln, tnpa membebankan pengguna…. renung2 kan & slmt beramal…
kalu nk kene cukai, bole, tapi kurangkn caj panggilan 1 min. wat same cam billing. kalu sebelum ni 45 sen/min, wat jadi 15 sen/min.
kalau tangguh maknanya lpas ni akan kena jugak la…
Telco yang tangguh ke @ Bn yang tangguh?
IStilah CUKAI ni bukan ke digunakan untuk bayaran kepada KERAJAAN Ke?
Kalau bukan kerajaan, istilah sepatutnya mungkin CAJ… (Tapi lepas ni jangan la pulak kerajaan tukar istilah sebab nak kelirukan rakyat)
p/S : Yang aku tak paham dari dulu sampai sekarang, napelah penyokong BN ni tetap sokong BN walaupun BN dah banyak menyusahkan mereka sendiri… Otak dah tersumbat ka?
inilah masanya kerajaan melaksanakan tugasnya.
merapuu je la..
Hari tu ASTRO kata tak de kenaikan tapi??? BODOH punya MENTERI lantik aku je lah jandi menteri ,sekarang pasal ppaid plak. Hoi!!!!!!!!!!!!!! RAIS YATIM bangang punya menteri aku ORANG NOGORI aku tau kau cam ner tak payah lah cakap tangguh2 kau ingat RAKYAT nak percaya ke!
Kerajaan ingt rakyat bodoh sgt ker…..
alangkah bagusnya kalau cukai turun ke 3% atau tak payah kutip langsung…
bukan buat apa juga, rakyat tempat merempat….buang masa…
Sngaja nak kecohkan rakyat… ‘rakyat d dahulukan pencapaian d utamakan’.
setuju.. sanggup kerajaan keluar statement siap berbincang dgn telco apa semua, CEO telco ketawa menangis2.. dah nama CUKAI/TAX atau dalam bahasa jepun, zekomi.. dah tentu gov yg suruh dan telco kene serah pd gov..bukan service caj telco.. government yang suruh, government sendiri yg tangguh.. lawak apa ni?
Ni wayang semua ni…kasi huru hara sikit sikit..pastu belagak macam hero..blah…lah
tangguh ni APA CERITA…?!!!!!!!
-semuanya hanya GULA-GULA KERAJAAN…tengok la ASTRO…?!!!!!
macam cerita LABU LABI je…menteri kita ni kalau masuk RAJA LAWAK mungkin pening juri nak cari pemenang…LAWAK mereka ni BESSSSSTTT….
-ingat RAKYAT BODOH ke….??????!!!!!….
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
kalau makan terlalu banyak paracetamol, memang boleh menyebabkan toksisiti dalam badan. Paracetamol boleh di ambil tapi jangan melebihi dos yang ditetapkan
inilah rupa bentuk kerajaan UMNO/BN, selama 54 tahun setiap undang2 banyak yg tidak lengkap, semuanya menguntungkan kroni mereka, tidak kepada rakyat malaysia,maka segeralahTUKAR KERAJAAN SEDIADA,kerajaan UMNO/BN MENIPU RAKYATdalam BANYAK ASPEK KEHIDUPAN,INLAH JIKA TIDAK BERDASARKAN ISLAM & KEBAJIKAN
sblm ni pengguna prabayar byr cukai brapa ek??
ala..ni semua mainan kerajaan je…ni belum pilihanraya cakap lah nak bantu rakyat lah nak ringankan beban rakyat lah..tengok lah lepas pilihanraya nanti..confirm ada cukai ni nanti…tu pun kalau diorang menang lah…
tangguh dan dimansuhkan lain maksud nya…ini bermakna…benda nie akan akan still berjalan kembali cume tak tahu biler je…kalo dimansuhkan..mmg terus takde…byk tuh 6%…
tukar kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 NANTI JANGAN LUPA DENGAN IZIN ALLAH INSYALLAH, orang-orang UMNO/BN ni tak ingat MATI KEEEEEEEEEEE, atau tak nak mati kottttttttttttttttttttttttttt, atau tak ada istilah mati untuk mereka
PEMBOHONG kalau kata mereka tak tau ura2 syarikat2 telekomunikasi nak naikkan cukai tu…
ingat bolih suka2 je nak kenakan cukai kalau mereka tak maklumkan dulu cadangan tu…..
kerajaan yg diterajui umno bn ni nak tengok respon rakyat ramai jer…
lebih2 lagi nak pilihanraya ni….
tengoklah lepas pilihanraya nanti..!
kalau bnumno masih dapat duduk di putrajaya cukai prabayar tu tetap akan berjalan…! masa tu rakyat ramai tak bolih buat ape dah….! melalak lah kat mane pun…kerajaan bn umno ni buat pekak jer….
dah banyak contohh…
masalahnya rakyat ramai masih buta tentang contoh tu….
kita tunggu dan lihat…!
bila dah kenakan cukai nanti sorry lah nak dimansuhkan balik….
ini pasal melibatkan kepentingan. keuntungan..pasal duit…
pemimpin2 umno bn ni mane ambik berat walau pun ia mencekik darah rakyat kebanyakan….
kalau mereka bersuara dan bertindak pun ala2 kadar jer…
jangan sampai rakyat kata kerajaan trak ambil berat, tak ambil tau ,sudah…!
sebenarnya antara kerajaan bn umno dgn syarikat2 telekomunikasi ni mereka bersikap ‘menang menang’….
macam tu jugalah dlm hal2 lain yg melibatkan rakyat ramai…i
ni semua pasal duit…kepentingan dan keuntungan…peluang digunakan semasa berkuasa je…
yg menjadi mangsa rakyat…..
GST after elections, says Najib
September 13, 2011
On Monday, MAS and AirAsia signed a jersey deal for QPR which will see the MAS logo adorn the jersey at home while the AirAsia logo will be used on the team’s away games.
Malaysia Airlines’ (MAS) recently-announced sponsorship for the Queen Park Rangers (QPR) home jersey in the Barclays Premier League will cost the national carrier some RM18mil or 3.7mil, according to a source.
The total sponsorship fee for both MAS and AirAsia for the English professional football club, which involves a term of two years, would cost some RM30mil (6.2mil), the source added.
“MAS will take up a bulk or almost 60% of the total fees while the remaining will be forked out by AirAsia Bhd and its related companies which could also involve AirAsia X.
Consumer products yang berpotensi untuk dikenakan cukai kerana dipakai oleh kebanyakan orang:
1. Khidmat Astro
2. Servis Prepaid
3. Seluar dalam
Bil Astro dah ada GST 6%
Pembetulan: Bil Astro sudah dicaj GST setiap bulan
setuju tu bro…………gimik dan propaganda…nak tutup cerita kes cincin,komunis dan lain2…cepat le pelihanraya tak sabau nak memangkah…..
jgn bimbg kawan,tax tu tetap terkena pada kita cuma korang je xperasan nanti..=D
“caj sebanyak 6 peratus ini akan dikenakan juga oleh mereka satu hari nanti.Undang-undang sedia ada memudahkan pelaksanaan tersebut.Tak boleh nak salahkan pihak telekomukasi,kerana mereka berhak berbuat demikian.Nak kata mereka rakus, ini adalah perniagaan.”
RASANYA BUKAN TELCO YG RAKUS.. SIAPA YG MENAIKKAN CUKAI PERKHIDMATAN TAHUN 2011 YG RAKUS.. PM SENDIRI UMUMKAN KENAIKAN CUKAI PERKHIDMATAN.. kerajaan punya cukai. kerajaan boleh kurangkan atau mansuhkan cukai ni… jan salahkan TELCO.
‘PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, RAKYAT Dikemudiankan’
sendiwara tin kosong akan sentiasa dimainkan olih umnobn..
terutama bila nak pilihanraya…..
contohnya kalau di kawasan pendalaman, jika jalan masuk kampung tu selama ini berlopak, berlubang masa inilah kerajaan bnumno tu sibok nak baiki semula…sedangkan selama sebwelum tu org kampung mengadu macamane pun dia org buat pekak jer…
tektik je sume neh…
la nih kerajaan kata nak bangkang sume kenaikan sebab kesiankan rakyat..
konon fight untuk kepentingan rakyat
selari ngan “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
tapi kenaikan minyak tak pk pon
t pas pilihan raya..sume akan nek mendadak
pe yang tetangguh…sume akan terlaksana
politik..politik…:P
kalau di negara2 maju…
sebagai contoh di singapore..senang dan nampak jelas depan mata kita…( kepada pemimpin2 umno bn jgn malu dan ego lah utk jadikan mereka contoh)
keselesaan pengguna..kepentingan pengguna rakyat ramai akan diambil kira dan di selaraskan dengan keuntungan yg akan diperolihi olih syarikat2 yg menanam modal dinegara2 tsb…. dan rakyat ramai pun akan berasa lega dan tiada suara2 runggutan….sebab ada situasi ‘ menang menang ‘ antara rakyat ramai dan pelabur….
tapi di malaysia lain…..
pelabur mendapat keuntungan berpuluh2 kali lipat dari modal….kerajaan pulajk dapatlah sedikit keuntungan atas cukai…pemimpin2 pulak saperti sudah ada bahagian yg disediakan utk mereka atas kerjasama yg telah mereka berikan kpd pelabur2 tsb bila ‘sudah memenuhi syarat utk melabur’…..
maka ada situasi ‘menang menang’ antara mereka…
rakyat dapat apa ?
walau pun aku sokong banyak apa yg dah pemerintah buat….
pada pendapat aku kita semua elok juga beri peluang org lain memerintah federal dan mentadbir di putrajaya ambilalih dari pemerintah sekarang ni….
mungkin dia org lagi baik….mana tau..? kita cuba dan tengok…
bukan kita nak mengadai masa depan…itu kata2 bohong yg cuba utk menakut2kan…
percya lah..! itu cuma cakap2kosong yg dijadi racun supaya kita terpedaya..tapi ayat itu sebenarnya hanya nak mengekalkan kedudukan, kuasa dan kepentingan mereka utk kekal berkuasa…
kita beri peluang org lain perintah federal pulak, bukan hanya perintah negeri…
sebab bila mereka perintah federal mereka bolih merancang semua..
masa itu lah mereka bolih buktikan apa yg mereka cakap..bukan cuma peluang perintah negeri..
sebab bila perintah negeri cadangan atau keputusan yg cuba dibuat utk kebaikan rakyat akan disekat olih pemerintah federal, wang2 peruntukan disekat dan kemudian pemerintah federal akan canangkan yg mereka tu tidak mampu utk perintah negeri, inikan pulak kalau nak perintah negara….saperti yg biasa diperkatakan olih pemerintah federal sekarang ni…
JADI KENAPA KITA PERLU TAKUT UTK MENCUBA SESUATU YG BARU..? KITA UBAH SELERA…UBAH RENTAK…BAKAP PEMERINTAH YG KITA RAKYAT RAMAI LANTIK TU PUN RAKYAT MLAYSIA JUGA..DAN ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SIAPA YG MENJADI PEMERINTAH UTK MENJADI PEMERINTAH YG BAGUS DAN BAIK UTK NEGARA DAN RAKYAT…TIADA SESIAPA YG BERHAK UTK MENGAKU DIALAH YG TERBAIK…jadi fikir2kan lah..
Lagi pun…kita ni cuma rakyat kebanyakan jer….
yg macam ini dari dulu sampai sekarang..selama ini pun, sedikit kesenangan dan keselesaan yg kita dapatkan, adalah dgn usha dan keringat sendiri… diperolihi secara spontan mengikut aliran semasa…
sebenarnya sesiapa pun yg memerintah negara, keadaan kita tetap macam ni, macam rakyat biasa…sama jer…percaya lah…kita tetap akan macam keadaan ini juga..kebanyakan kita , majoriti kita rakyat biasa..yg langsung tiada atau utk mengejar kepentingan habuan politik..tetap akan macam ni juga…dan kadang2 kita perlu fikirkan bahawa adakah kita rakyat biasa ni hanya jadi alat yg dipergunakan utk mengekalkan kuasa dan kedudukan org yg mementingkan kuasa, kedudukan dan harta…?
hanya mereka yg ada kepentingan dan habuan politik jer yg amat takut akan perubahan kuasa memerintah ini….
btol tu beb…!
BS…
mane komen tu..?
Btol tu beb…!
bukan salah UMNO…
tapi salahkan org2 yg mendokongnya sekarang….
dulu UMNO bagus….
pemimpin2 nya bagus2…
berjiwa besar…apa yg mereka buat bolih dikatakan utk kepentingan org melayu..
salah seorang contohnya ialah dato harun…
sekarang mane ada pemimpin berjiwa macam dia….!
sebab tu mungkin org melayu dah berpecah…ramai yg cari alternatif lain utk bersuara dan berpayung….!
apa kah pemimpin2 umno sekarang ni masih tak perasan akan hal itu…?
Kenapa kat Jerantut masih dikenakan tax 6% untuk prepaid sedangkan perlaksanaan ditangguhkan???????
Saya pengguna pra-bayar tetapi bukan pengguna tegar yang menghabiskan masa bercakap di telefon. Kebiasaannya nilai kredit saya masih berbaki walaupun telah tamat tempoh. Akibatnya, saya perlu menambah baki kredit selepas tamat tempoh walaupun baki kredit masih mempunyai nilai yang banyak.
Saya tiada masalah jika kerajaan mengenakan cukai terhadap perkhidmatan telekomunikasi pra-bayar, tetapi saya harap kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk melupuskan terus kaedah pra-bayar tamat tempoh ini. Pengguna seharusnya boleh membuat panggilan jika baki kredit pra-bayar mereka masih mempunyai nilai walaupun tempohnya sudah tamat. Kaedah ini tentu akan meringankan pengguna-pengguna telefon pra-bayar yang kurang berkemampuan dengan menjimatkan belanjawan telekomunikasi pra-bayar mereka dan hasil penjimatan mereka dibelanjakan kepada perbelanjaan yang lebih penting.