
Memang terasa betul cuaca hari ini, cuaca panas di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Anda pula macam mana? Inilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini. Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya. Saya sendiri satu hari sekali ganda minum air masak berbanding hari-hari sebelum ini. Yang pastinya penjual air batu campur (ABC) dan cendol untung besar. Begitu juga penjual penghawa dingin.
Kawasan di tempat saya sekarang ini mencatatkan angka suku sekitar 32-34 darjah celcius. Panas bukan? Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri juga. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Dan yang terbaru, kejadian bencana Tsunami di Chile
Itu sebabnya, apabila diadakan program seperti Earth Hour 2010 nanti, sama-samalah kita libatkan diri. Ya…kalau dilihat dengan tempoh masa hanya 1 jam, apalah sangat yang boleh dilakukan sepanjang program Earth Hour 2010 itu berlangsung. Tetapi, sekurang-kurang kita BERTINDAK daripada sekarang !!
Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca hari ini:
- Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakinbatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda dalam keadaan cuaca panas di Malaysia hari ini.
- Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
- Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
- Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
- Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.
- Anda, ada nak tambah yang lain untukmenghilangakan ketidakselesaan tubuh badan di saat cuaca panas hari ini di Malaysia?

{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Telan air liur aku tengok cendol :comel
:tepuk good tip…sekarang memang panas giler…
nak bagi segar minum air masak banyak 2-3 gelas sehari…baru sejuk badan ni…
baru boleh tidur
berpayung
aku lelaki berpayung
mmg cuaca skrg panas bukan main .. tips2 di atas memang wajar diikuti especially minum air masak tu .. kurang2 nya 3 liter sehari!
Kurangkan keluhan….
:senyum
aku sebenarnya kesian kat anak-anak aku
tak boleh tidur sebelah malam
lepas mandikan dia, terus lelap
Tpi jgn amalkan mndikan anak waktu mlm bro…
bhaye…. :hilangsabar
cuaca yang panas… layan cendol/abc pun best gak nie… :kacak
cuaca panas tapi hati jangan panas
Greatings, Ya he visto algunos hay …
Socco
it still hot in here (KL) man
GANYANG MALAYSIA…!!!!!!!!!!!!!!!!!!
NEGARA TERKUTUKKKK…!!!!!!!!!!! :ketawa :ketawa
wuuuuw,sedapnye cendol beli kat mana tu haaah??rasa dahaga plak!!!
mungkin boleh cuba mandi air paip campur ais sbb air paip bila digunakan pada waktu ptg dh mcm mandi air panas. 10-20% ais dah memadai diisi kedalam baldi.sebelum tidur, tekap wajah dgn towel basah.