BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


CTOS Malaysia (Credit Tip Off Sdn Bhd) Menjalankan Perniagaan Tidak Sah? Respon Anda Terhadap CTOS?

by Staff Berita Semasa on February 10, 2012

in Kes Mahkamah

Baru-baru ini kalau anda ada menyemak laporan Bernama mengenai kes saman CTOS Malaysia terhadap bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri M Kayveas ada yang menarik untuk kami kongsikan di sini. Sebenarnya kes berkaitan dengan CTOS Malaysia ini telah lama diperbincangkan dan mendapat pertikaian ramai…. 

Antara Kenyataan Datuk Seri M Kayveas di Mahkamah Mengenai CTOS Malaysia?

  1. Agensi maklumat kredit, Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) telah menjalankan perniagaan secara tidak sah
  2. CTOS tidak mendapat persetujuan daripada pengguna berhubung pengumpulan, perkongsian dan pemaparan data peribadi mereka sedangkan Pengguna mempunyai hak memeriksa data peribadi dan memberikan persetujuan mereka untuk paparan . Anda pernah mengalami masalah & situasi seperti ini?
  3. CTOS telah mencabuli haknya di sisi perlembagaan Malaysia
  4. Beliau mempunyai kewajipan atau tanggungjawab di sisi undang-undang dalam membuat kenyataan itu kepada pengetahuan umum, dan perkataan itu juga merupakan justifikasi dan komen berpatutan dibuat secara bona fide atas kepentingan awam
  5. Pelbagai undang-undang wujud untuk melindungi apa-apa maklumat orang perseorangan daripada dipindahkan tanpa izin, lebih-lebih lagi maklumat itu dijual untuk keuntungan.

2 Masalah Yang Kerap Dihadapi Oleh Individu Yang Pernah Ada Rekod Dengan CTOS?

  1.  CTOS Malaysia gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman
  2. CTOS Malaysia juga memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang

Kes Saman CTOS Malaysia Terhadap Datuk Seri M Kayveas

Pada Sept 2007, CTOS bersama CTOS Data Systems Sdn Bhd, CTOS-EMR Sendirian Berhad dan CTOS Business Systems Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Kayveas atas dakwaan telah menyebabkan perkataan-perkataan fitnah diterbitkan sebanyak 29 kali di akhbar-akhbar tempatan antara 25 Jun 2007 dan 15 Julai 2007.

Dalam pernyataan tuntutan itu, CTOS mendakwa Kayveas yang pada ketika itu timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan perkataan fitnah berkenaan CTOS dan juga perniagaaan syarikat itu.

CTOS mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah itu, reputasi perniagaan serta nama baik syarikat telah terjejas dengan teruk dan pelanggan mereka juga telah menamatkan perjanjian. CTOS memohon ganti rugi am, teladan, teruk, kos, dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Terus-terang kami katakan di sini agak asing untuk mendengar waima menteri ataupun bekas menteri Malaysia yang sanggup turun naik mahkamah mempertahankan kenyataan semata-mata membela dan memperjuangkan hak rakyat terutamanya melibatkan isu CTOS yang sudah lama membelengu kalangan peminjam di Malaysia. Jarang sekali. Kami ucapkan syabas kepada beliau. 

“CTOS membuat keuntungan di atas kesempitan orang lain”

Apatah lagi Kerajaan tidak pernah mengiktiraf Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. Sepatutnya CTOS tidak boleh sama sekali menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan. Jadi apa hak CTOS Malaysia untuk mendapatkan maklumat peribadi & menyimpan maklumat peribadi pelanggan serta orang ramai?

P/S : Siapa di sini yang ada pengalaman dengan CTOS. Apa respon anda pula berkenaan dengan CTOS Malaysia?

[poll id="263"]


{ 127 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Junta February 10, 2012 at 11:36 am

ada kerajaan tapi tak dapat nak bela rakyat…..kesal…kesal. Tak mampu ke kerajaan kita hari ni? Kes CTOS pun tak boleh urus. Dah sebut di Parlimen tapi wakil2 rakyat macam tak tahu tugas utama mereka, mewakili rakyatnya! Boleh pula dicabar oleh bos CTOS. Takkan tak tahu nak buat kerja! Rakyat dah bengang! tunggulah pilihan raya…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 fasha sandha insaf February 10, 2012 at 4:51 pm

itulah masalahnya..banyak yang buruk daripada baik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Lan II February 11, 2012 at 10:40 am

Setuju!!! CTOS masih mengaut keuntungan atas kelemahan kerajaan. Makan duit atas data-data peribadi kita…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 eizmirr February 17, 2012 at 10:06 am

Adalah terang terangan pemimpin kita dah korup…Untuk pengetahuan semua ada lebih kurang 240,000 orang yang dibangkrapkan…dari pelbagai sebab. Pemimpin dok diam..CTOS bagi wrong info..mangsa tak boleh buat bank loan….anak anak tak boleh buat loan PTPTN…masa depan Malaysia gelap…then talking about brain drain??????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 mj February 11, 2012 at 10:47 am

AKU PERNAH NAK BUKA AKAUN KAT CIMB KAT KLCC, PEGAWAI BANK CHECK NAMA KAT CTOS NAMA AKU ADA DLM LIST. DIA SURUH AKU DAPATKAN SURAT DARI CTOS. AKU PUN BLAH , PI BANK RHB DPN CIMB TU, DAN XDE MASALAH PUN AKU BUKA AKAUN SITU. SO CIMB APAHAL..CECITER..PEGAWAI BANK TU NAK DUIT EKSTRA KER???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 eizmirr February 17, 2012 at 10:17 am

CIMB (Plaza Metro Klang) lagi teruk….aku terbeli rumah kat Pulau Indah bawah kontraktor Simpulan Cemerlang …depa bagi lulus pinjaman…duit dah bagi kontraktor…tup tup projek tak jalan(tanah kosong)…bila chek projek tak dapat kelulusan MPK, Kebenaran Merancang/Membina tak da, status tanah pertanian..arkitek kata depa tak lulus projeck…tapi duit bayar kontraktor (40%)… memang confirm staff depa makan duit….Pemimpin kits buat apa tak tahu…rakyat susah…tungguuuu pilihanraya nantiiiii….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 ex-gomen September 17, 2012 at 10:47 pm

tau xpe staff bank pon x lah caye……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 gulam mee February 17, 2012 at 6:34 pm

itulah kerajaan sibuk nak bagi rakyat duit jek…kes CTOS nih kerajaan buat mcm pejam mata jek…lepas tuh ketat kan lagi undang2 nak buat loan..tunggulah Pilihan raya ni…aku sokong tukar pemerintah je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 sate September 13, 2012 at 11:17 am

Saya pun ada masalah jamin kawan rm5k je.akibatnya x boleh buat loan…kalau rm5j ok berbaloi juga kena ctos.
kerajaan sepatutnya bela rakyat yang ada masalah dgn ctos, tapi ckp rakyat didahulukan.ramai yang sangkut loan sbb ctos ni…orang tak blh buat loan..macamana bisness nak berkembang…yang sedia ada ni lebih berhati-hati nak buat loan loan supaya x dictos jadi..business x berkembang…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 ina October 12, 2012 at 2:59 pm

setuju sangat! saya adalah antara yang tersenarai dalam CTOS. sangat bermasalah apabila cuba untuk membuka current akaun. Jadi orang yang berhutang akan sentiasa berhutang. Tidak ada cara untuk membayar hutang. cuba untuk mula hidup baru untuk cari duit lebih buka business dihalang! ya masalah saya stuck di CIMB!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 notoctos November 9, 2012 at 4:46 pm

kita kumpul di FB untuk tindakan lanjut…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Jana January 16, 2013 at 10:04 pm

Saya 2 bln lepas ada buat apply loan rumah,,,cek ada nama kat ctos hutang saya 13 thn yg lepas,,,tak dapat loan,,yg sy hairan sy loan kereta 5 tahun lepas dapat pulak.,.pagi tadi lump sum terus hutang,,,tak tau lh samada nm dpt clear atau tak,,,pecah kepla pk kn ,,,,,…sy baru tahu jugak,,,tempat yg kita pinjam dulu tu yg hanta nama kita kat ctos tu,,,kalau kita dah settle kn hutang tu,,kita kena suruh tmpat yg kita pinjamkn dulu tu settle balik nama kita,,,tu lh yg saya tahu,,,msusah2 ncm ni,,kita terikat dengan ctos,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 miki January 31, 2013 at 1:02 pm

anda boleh bertanding dalam pilihanraya,parti BEBAS dan bela lah rakyat !jgn pandai ckp je !semuanya kerajaan salah…yang salah nye kite…pasal banyak hutang ! cuba kalau kite tak berhutang…sendiri mau ingat….abis tu skrg dah bertambah kerusi PKR ,tak boleh buat ape pun ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 bala April 9, 2013 at 10:17 pm

kita kena buat Bersih 3.0 lagi kut untuk hapuskan CTOS..bank negara tak ada kaitan langsung…tak tau macam mana depa control peribadi kewangaan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Mouse Hitam February 10, 2012 at 11:37 am

Apa pendapat Dr Aziz Bari mengenai isu CTOS ni di sisi perlembagaan Malaysia?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Mansor February 10, 2012 at 2:29 pm

kenapa nak minta pendapat prof terkutuk tu
ingat ada lagi nak dengar cakap dia lepas di hina raja2 melayu sebelum ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 MANSIR EEEEE February 10, 2012 at 10:44 pm

lu gila ape mansooooor……meroyan ke

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 KERIS BERKARAT February 12, 2012 at 2:11 pm

Mansor terencat otak ni… nanti kalo tanya mahadey kutty dia jawab bebelit2 plk… kow sndiri pun takleh nak paham…apanamaaaa…. da lama daaa…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 yhmad February 14, 2012 at 2:41 pm

mansor, cuba difinasi trkutuk? gunalah prkataan yg brhemah n yg baik2 itu ajaran Allah melalui Nabi, manusia disisi Allah adalah sama, tiada darjat, yg membezakan hanya iman n takwa. Wallahualam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Peminjam February 10, 2012 at 11:38 am

betul tu ..maklumat dia langsung x update
menyusahkan org. pastu maklumat banyak yang x betul
guna rekod bank negara cukup la >>> CCRIS
sentiasa up 2 date

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 kamarul February 10, 2012 at 12:27 pm

Yg nyatanya, kita sebagai pengguna mmg xperlukan ctos.
Tapi bagi phak2 yang berniaga dgn memberi hutang ni, ctos ni la nyawa mereka.
Cuma bila mereka tak jujur dgn amanah yg dberikan, maka timbullah
pelbgai masalah.
bahagian ni memang punca ramai terkena kat ctos.. peniaga tahu nak untung je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 benamkan ctos February 10, 2012 at 4:24 pm

ramai yg kena blacklisted dgn ctos ni, walaupun dah clearkan hutang, nama masih blacklist

nak clear nama, kena pg plak ke pejabat ctos bwk document2 utk mengesahkan hutang dh clear..itu pun bukan ctos akan delete nama dr record diorang, tp dengarnya cuma clearkan status aje

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 ore tnb February 12, 2012 at 4:42 pm

ctos utung atas angin pihak bank yg bayar ore atas cakap sajo tapi tok buat gapo sebab dah keno jolok

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 que January 22, 2013 at 4:21 pm

salam nak bertanya..kawan sy ni die apply loan peribadi dkat aeon..tp xlulus sbb name ad tersenarai dalam ctos…tp die xpernah apply pinjaman sebelum…jadi penjamin pernah la..mcm mane eyh nak clearkn name kalau sebagai penjamin ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 pulun May 6, 2012 at 11:11 am

Saya 100% setuju jika ctos ni dibubarkan! pengalaman yang menyedihkan dan memalukan baru-baru ni bilamana saya memohon loan dari sebuah koperasi dan direject atas alasan ctos. Sebenarnya ctos rm45k tu dah lebih 10 tahun disettle tapi masih juga dalam tu. Dahlah dihina didepan kaunter ketika itu dengan soalan” kak dah clearkah? rasa nak saman kedua2nya ketika tu juga. dahlah fikiran bercelaru memikirkan tekanan kerja, masalah anak2 OKU kami lagi dll, masalah ctos ni tak habis2 menyusahkan. Cubalah pihak kerajaan bagi kemudahan kelonggaran pinjaman kepada kakitangan awam yang dictoskan dengan teruk agar kami dapat memulakan & mengatur hidup kami semula. so kita dapat win/win situation untuk semua!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 miki January 31, 2013 at 1:09 pm
27 Tok Putih February 10, 2012 at 11:53 am

Saya turut menanggung beban dan hidup pun susah sebab xboleh buat loan rumah dan kenderaan. Terpaksa menyewa sampai ke tua la. Sebab nama sangkut kat ctos. Hutang 16k kerana ipar tak bayar hutang kereta. Saya yang menjadi mangsa.

Bank tak tengok keupayaan atau tangga gaji bila buat loan. Bank hanya cek nama kt ctos. Once nama tersenarai, terus reject. Macam ni memang yang susah bertambah susah. Ekonomi pun tak berkembang.

Itulah yang saya hadapi bila nak buat loan. Gaji memang dah cukup syarat. Tapi nama ada ctos, melopong je la sampai mati. Apa pun tak dapat buat loan. Terbaru, saya dapat tau pulak nama saya dah istihar bankrap. Terus putus harapan. Maknanya hidup saya tak ke mana.
Apalah sistem macam ni masih nak pertahan lagi ker?
Macam hidup kat negara orang lain pula

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 gulam mee February 17, 2012 at 6:39 pm

CTOS nih mmg menyusahkan org nak mampos..aku pun sama jgk masalah mcm tu..jadik penjamin org beli keta..mmg laknatlah,sangka nak tolong org..kendian kita yg terperangkap.harap isu CTOS ni dpt di warwarlan dlm berita/akhbar,biar mampos CTOS nih..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 John Ramboo February 10, 2012 at 11:53 am

Mengapa tidak, rakyat Malaysia berpakat dan lantik peguam yang berwibawa utk menyaman pihak CTOS ni? Apa hak CTOS mengumpul data peminjam? Bukankah ini dah mencabuli hak asasi? Tambahan CTOS bukan sebuah suruhanjaya, badan, agensi atau apa sahaja yang dilantik atau diwujudkan oleh kerajaan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 rambu-ramba February 10, 2012 at 1:07 pm

saya tertarik dgn cadangan kiter sbg sebuah komuniti mengupah peguam yg berwibawa utk menyaman balik CTOS kerana menjual maklumat peribadi kepada pihak yg berkepentingan. Saya setuju sesangattt….Takder ke NGO yang memperjuangkan pasal ni ? Saya nak joinn….nak harapkan menteri2 sekarang nk perjuangkan nasib kiter, alamat melopong ler..lembu pon tak reti jaga, ni nak jaga rakyat ??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 Jazlan February 10, 2012 at 5:11 pm

saya setuju dengan cadangan sdara!!!
Sebagaimana yang kita tahu, financial situation seseorang adalah private matter. Ia tidak seharusnya diketahui orang lain. It is a matter of individual privacy aggresion.

Apakata kita paparkan CTOS mgmts’ financial figures dalam akhbar dan media. Saja nak teongok how they feel . This will teach them a damn good lesson.
Uplifting the human rights and privacy is essential for Malaysia’s progress !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Anti February 12, 2012 at 11:08 am

setuju sgt…..pakat kumpul ramai2 n kita saman blk CTOS. asal kan ada kerjasama…mesti ada kejayaan utk org seperti kita. terussskann…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 pulun May 6, 2012 at 12:08 pm

saya SOKONG ANTI! kita pakat ramai2, kita saman ctos kerana menyusahkan hidup kita anak-beranak, kita pi cari lawyer yang paling baguih punya pi lawan depa no! Insyaallah kita menang, duit kita dapat, kita bagi ramai2 settle hutang kita! Pa macam? Kita 1 MALAYSIA PUNYA PLAN. TAKDE ORANG DI DUNIA NI MINTA SUSAH, TAK KAN TAKDE PELUANG UNTUK PERBETULKAN KESALAHAN YANG KITA DAH BUAT? KITA HANYALAH INSAN BIASA, KALAU DOK KIRA, BANK2 BANYAK DUIT PUN KENA “MERGE” UNTUK SELAMATKAN DIRI! APATAH LAGI KITA NI? JOM SEMUA KITA BERSATU UNTUK MASA DEPAN KITA BERSAMA!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 miki January 31, 2013 at 1:12 pm
35 ore tnb February 12, 2012 at 4:45 pm

masoalah nyo ore atas tu yang jago ctos keparet ni rakyat keno bankit tuntuk hok kito

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 eizmirr February 17, 2012 at 10:20 am

Aku setuju…aku rasa ramai yang nak saman CTOS niii…aku nak juga..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 azizah May 7, 2012 at 6:53 am
38 notoctos November 9, 2012 at 4:15 pm

kita kumpul di FB dan plan for further action against CTOS

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 TakTau February 10, 2012 at 12:00 pm

CTOS ni sapa tuan punya? Gaji pekerja kat CTOS tu sapa yang bayar? Jom gosip skit..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 SunShine February 10, 2012 at 12:04 pm

ctos mmg mnyusahkan org. pdhl smua kdt dah setle lama.ade 2 tahun. tp system still x update!! menyusahkan org tau x??! nk beli kreta ke,nak bli umah,nak wat loan ke..smua x approve! ape hak CTOS nk bz body dgn kdt rakyat? cukup la bank negara je yg jg. btol2 menyusahkan!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 valuation February 10, 2012 at 12:33 pm

Pak cik memberi sokongan penuh kepada penulis. Harap penulis terus memberi sumbangan dalam meningkatan pengetahuan dikalangan pembaca. Bagi pak cik, pihak berkenaan, pihak bertanggungjawab dan ada kuasa menyemak kembali CTOS ini. Adakah sah disisi undang-undang dan perlembagaan negara. Kalo lah pak cik jadi wakil rakyat, pak cik mesti mengutarakan isu ini dalam parlimen untuk dibahaskan dalam pembacaan yang pertama.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 cikgu mesin February 10, 2012 at 12:37 pm

bila banyak sgt badan or syarikat di cipta untuk habiskan duit kerajaan guna khidmat diaorg ni.. kalau perasan, byk sistem dicipta untuk meng kaya kan sesetengah pihak seterusnya sistem tersebut banyak yang bertindih dgn sistem sedia ada.. yang ter anaya dlm byk perkara dari semua sudut is rakyat… terpaksa bayar itu dan ini coz kerajaan terpaksa tampung itu dan ini… tak ke bangang.. negara byk berhutang sebab byk sistem bertindih atau lain kata… 1 kerja, lebih dari 1 buat keja yang sama… org gomen tentu tahu kan.. nak isi cuti ada sampai 2 sistem.. hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Ekspresi Ruang February 10, 2012 at 12:58 pm

mmg sgt bermasalah bila nama kena blacklist, skjp je naik. tp bila dh langsaikan, xpernah nk pdm. menyusahkan org…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Pak Chak February 10, 2012 at 1:06 pm

ctos ni??…Pak Chak juga terkena bahangnya..kerana guarentor kawan loan ..Pak Chak tak dapat buat apa2 loan sejak 15 thn lepas..kawan pun dah lesap tanpa berita…
mintak pihak gomen 1Malaysia pertimbangkan masalah rakyat sama…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 lintah darat February 10, 2012 at 10:33 pm

ctos memang hampass, saya pun dah pena kena tapi saya lawan balik dengan singer, padahal saya x penah beli barang singer pun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 halilahbutang February 10, 2012 at 2:24 pm

bla la. ini semua idea israel. patut la ramai sngat pendatang dok lepak kt malaysia. apa hal. dah sbb mereka smua ni harga keta import mahal. proton plak duk copy paste aje. harga barang x nak kawal, last2 israel ambil ksempatan naikkan harga. mahal la brg. ahli politik plak kumpul harta. mmg kes anwar tu obama ada kaitan. entahla. dunia2. pelak aku

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 Saiful Anam February 10, 2012 at 2:41 pm

Aku yg buat property ni
Banyak loan client tak lepas sebab ada CTOS
Memang bank pakai maklumat dari CTOS sebagai rujukan utama
Hanya HSBC aje yg tak tgk record CTOS
Kalau la lepas ni tak tgk CTOS
Masyuk aku

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Zari February 11, 2012 at 6:08 pm

Lapuran ctos diguna oleh banyak pihak yg berkepentingan seperti bank, syarikat perdagangan, pembekal2 dsb. Pembekal juga menggunakan khidmat ctos untuk mengetahui kedudukan syarikat yg mereka berurusniaga terutama kalau melibatkan pembelian secara kredit.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 orang biasa February 10, 2012 at 3:11 pm

entah siapa yang luluskan bende nie dulu2…..pemimpin2 kite takde pun yang nak ambil tindakan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 Copernicus February 10, 2012 at 4:12 pm

melalui pemahaman saya sebenarnya CTOS (under private co) akan hanya memaparkan maklumat kredit seseorang yang mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang tidak memuaskan sahaja. manakala CCRIS (under Bank Negara) akan memaparkan secara keseluruhan latarbelakang kredit seseorang tanpa mengira ianya mempunyai rekod bayaran balik pinjaman yang memuaskan atau tidak.

masalah timbul sekarang apabila majoriti (bukan semua) pihak bank atau pembiaya kewangan telah merujuk kepada CTOS sebelum meluluskan mana-mana permohonan pinjaman. lebih teruk lagi apabila pihak bank juga telah menjadikan rujukan ini sebagai syarat utama untuk meluluskan pinjaman. Pihak CTOS pula sebenarnya hanyalah melaporkan kedudukan kewangan dan bukannya menasihatkan pihak bank untuk menolak permohonan.

sepatutnya pihak bank hanya menggunakan maklumat daripada CTOS sebagai kriteria sampingan sahaja dan bukannya kriteria utama.

untuk makluman juga, setahu saya jika sekali nama anda terdapat didalam sistem CTOS ianya tidak akan terhapus walaupun anda telah menyelesaikan pinjaman yang bermasalah tersebut. CTOS hanya akan kemaskini dengan nota yang memberi maksud pinjaman telah diselesaikan dan bukannya nama anda dikeluarkan dari dalam sistem.ini bermaksud sejarah kredit anda masih wujud dalam CTOS walaupun pinjaman telah selesai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 SunShine February 10, 2012 at 5:18 pm

kpd copernicus..tq 4 d info. skg masalahnye pd pihak bank la.menjadikan ctos sbg rujukan utama.skalipon nama ada dlm ctos,pihak bank ptt selidik samada nama tu dah clear ke blom.klo dah clear,spatutnya xd masalah utk wat sbrang pinjaman atau pmbelian property.ini bile chk ctos,asal nama tersenarai trus reject. sgt x patut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 serulingsenja February 10, 2012 at 8:13 pm

dlm ctos hanya ada rekod saman, blacklist, bankrap etc..
xde pon rekod kewangan (ape2 loan dengan bank)..
yg ade rekod loan setiap bank ade kt ccris..
utk makluman, ctos xkan clear nama peminjam yg kene blacklist even loan tu da setel tp ctos akan tulis remark ‘debt fully settled’

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Zari February 11, 2012 at 12:19 pm

CTOS hanya mengutip data dari laman2 akhbar atau hanya yg telah menjadi hak kpd tatapan umum. Maksudnya lesen CTOS sbg syarikat berdaftar akan boleh dibatalkan kalau data diperolehi terus dari pihak pemberi pinjaman.
Bila keputusan mahkamah dikeluarkan, dgn sendiri data peribadi peminjam bertukar kpd hak awam. Adalah menjadi kesalahan pihak bank kalau membekalkan informasi berkenaan pelanggang mereka kpd ctos yg boleh menyebabkan kehilangan lesen dan dipenjarakan.
Rekod ctos tak dpt dihapus tapi remark didalamnya boleh diupdatekan kpd rescind dsb.
CTOS sebenarnya tidak sepenting CCRIS. Pihak bank selalunya akan merujuk kpd lawyer plaintiff atau terus kpd plaintiff untuk proses varifikasi.
Yg paling bahaya kpd bakal peminjam adalah CCRIS dan bukan CTOS. CCRIS adalah track records dan jumlah hutang bakal peminjam yg masih ada di kesemua bank.
Ctos hya akan ditutup kalau kesemua pihak pemberi pinjaman dan yg berkepentingan sudah beralih kpd system atau penyedia yg lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 bobby June 15, 2012 at 12:00 am

betul tu seruling senja,aku percaya dan yakin hanya pada CCRIS BANK NEGARA,TELUS DAN PROFESIONAL…CTOS haram jadah,kita dah settle bayar pun loan bank masih sangkut,bank kata record masih ada di ctos…dah satu keja dan buang masa pulak nak kena ulang alik ke pjabat ctos.habis minyak keta je….dia tau makan untung je….puki puki puki……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 sarip dol September 17, 2012 at 8:18 pm

btui tu…aku pun dah settle hutang tp nama ada dalam CTOS….haramjadah sungguh…jom tukaq kerajaan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 Melan October 24, 2012 at 9:06 pm

Tuan Zari:
“CTOS hanya mengutip data dari laman2 akhbar atau hanya yg telah menjadi hak kpd tatapan umum”

Cara kau berhujah macam mana official press statement yang dikeluarkan oleh CTOS! Kalau setakat nak kutip data dari laman akhbar setakat mana lah sangat! To tell the truth – MUDAHNYA CTOS DAPAT DATA DARI PELBAGAI BANK, PELBAGAI SYARIKAT KORPORAT DAN SSM.

Kepada staf2 CTOS : korang menyusahkan rakyat, gaji korang tidak halal, korang bagi anak/bini/suami makan duit haram, kalau korang Islam teruk la nanti korang kena azab kubur! (sendiri mau ingat)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 Zari February 11, 2012 at 6:04 pm

Ctos bukan berkenaan laporan kedudukan kewangan. Ctos adalah berkenaan lapuran tidakan guaman.
CCRIS adalah berkenaan laporan kewangan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 Melan October 24, 2012 at 9:00 pm

Bukan saja maklumat kewangan tersenarai di CTOS! Bagaimana CTOS juga boleh memperolehi maklumat tentang perniagaan daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Apakah ada kerjasama antara CTOS – SSM atau kenapakah CTOS terlalu istimewa sehingga berpeluang menerobos segala maklumat dan data dari SSM! Kerajaan kena siasat sepertimana kerajaan menyiasat SUARAM sehingga ke akar umbi!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Shaharul December 13, 2012 at 7:27 pm

Yes, apa yg istimewa sangat ctos ni sampai semua pihak menggunakan khidmat sampah seperti ni:: memang betul betul betul menyusahkan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Bapak Budak February 10, 2012 at 4:27 pm

admin sila cari maklumat… siapa pemilik ctos ni… silap2 anak beranak menteri jgk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 Zuzu February 10, 2012 at 10:01 pm

apa beza ctos ngan ccris nih..? siapa tahu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 hadoi February 10, 2012 at 10:05 pm

Bukan dkt tv bukan main cakap kerajaan akan lindungi data peribadi seperti no akaun bank, kad kredit dll. kenapa pulak CTOS yang tak diiktiraf ni boleh ambik data org ramai nak bagi dkt bank. Tak patut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 somobok February 11, 2012 at 12:24 am

pimaipimai tangtu gak…k’jaan dh tau ttg msalah nih..tp perlaksanaan jer yg lembab cam siput…bab naik harga brg bru cepat skit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 sumbat February 11, 2012 at 12:44 am

semua kroni la, masing masing nak jage perut la ooi…korang x pham pham lagi ke??? ctos la ccris la…. mcm mcm lagi……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 ZACK February 11, 2012 at 11:37 am

dlm byk2 kroni.kroni DAP PALING KAYA..HAMPEH..br penang dia pegang..kalau malaysia dia pegang kita yang kya jd papa kedana,,yang miskin bertambah miskin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 Macezza February 11, 2012 at 12:47 pm

isu yg sy nmpak dsini betapa pentingnye ilmu pengetahuan,klu kita tidak berilmu kita akan ditindas dan mnjadi hamba dinegeri sendiri…pikir2 kanlah msih rmai lg diluar sna yg hidup tanpa matlamat…Assalam…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 ore tnb February 12, 2012 at 4:53 pm

kawan2 semua tak guno cakap sajo apo kato kito pakat berhimpun kat opis ctos dgn wartawan x dekat ampang setuju dok

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 jamaludin February 13, 2012 at 9:37 am

aku setuju..kalau tak buat cara tu, kerajaan tak prihatin hal-hal sedemikian……..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 pulun May 6, 2012 at 12:17 pm

SETUJU BENAR DENGAN PENDAPAT SEMUA YANG TERANIAYA NI! PA KATA KITA PAKAT 1 MALAYSIA CARI LAWYER TERBAIK & SAMAN CTOS ATAS KESULITAN & KESUSAHAN YANG KITA LALUI? DUIT KITA BAGI SAMA & SETTLE HUTANG KITA SEBAB “ORANG” TAK BAGI KITA PELUANG PERBETULKAN KEADAAN. PINJAM BANK X BOLEH, SANA TAK BOLEH, SINI TAK BOLEH. DI SEBABKAN CTOS! SO ….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 miki January 31, 2013 at 1:15 pm

Daripada aku buat demo mengembungkan individu trtentu…lebih baik aku ikur DEMO mencerahkan masa-depan yg gelap dek krana CTOS!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 jamaludin February 13, 2012 at 9:36 am

CTOS menyusahkan aku selama 15 tahun….haramkan saja penubuhan CTOS kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 haziq February 13, 2012 at 1:20 pm

semua nya nak cekek darah…yang kaya bertambah kaya lah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 Laris February 13, 2012 at 9:25 pm

saya sangat setuju dengan pendapat menteri tersebut! CTOS ni menyusahkan orang tak bertempat … ade sesetengah pihak di blacklistkan di CTOS HANYA KERANA saman supplier terhadap company enterprise sahaja bukan masalah pinjaman mana2 institusi kewangan dimalaysia..
Dah orang tu terpaksa bekorban .. ini tidak adil! mentang2 lah dapat banyak untung … dah lah syarikah CTOS TU TAKDE ATTACH BETUL2 DENGAN LAWYER untuk mengetahui keterangan terperinci sesuatu kes…. ish2 kesian orang yang kena naya tu… bukan nye pinjam duit … ni kena bayar kat orang yang mengambil keuntungan pulak tu! tak puas hati ni!..
harap2 kerajaan terutam pemimpin diluar sana saya faham ini tak menguntungkan pihak mereka .. tetapi percaya lah jika issue ini di clearkan pasti BN menang… Hidup BN! kalau clearkan lah isue ni cepat2…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 hate u ctos February 13, 2012 at 11:24 pm

eeee….bila dah settle…nama tetap ada dlm ctos…utk apa ya??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 rakyat malaysia February 14, 2012 at 3:15 am

ctos mmg menyusahkan.. nk buka current account pun kena reject sb ctos! mmg takde harapan utk maju klo mcm ni.. yg kaya btambah kaya… yg baru nk naik abeh tersekat.. takde peluang dan harapan langsung.. what the hell!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 pokawg February 16, 2012 at 8:26 am

Bubarkn ctos!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 Tho Ha February 16, 2012 at 2:46 pm

Sy mendapati terdapat pelanggan bank yang menghadapi masalah dengan CTOS terutamanya Section E – iaitu berhutang dengan Singer, Court Mammoth dan sbgnya.

Apabila anda berhutang memberi barangan elektrik atau perabot dan membayarnya secara beransur-ansur, sila pastikan anda menyimpan resit sebaik-baiknya.

Setiap bulan anda membayar kepada ejen dan ejen mengeluarkan resit dan membayar kepada pihak pembekal (sbg cth Singer). Masalah timbul di pihak pembekal apabila pembayaran tersebut diterima tetapi tidak di KEY – IN dalam sistem. Sbb itu apabila disemak CTOS, terdapat hutang di Section E.

Pihak pelanggan bank juga menghadapi masalah apabila nama serupa dengan nama si Muflis (Section D). Jadi mereka diminta untuk mengambil surat sumpah menyatakan bahawa mereka tidak muflis.

Perkara tersebut boleh diatasi sekiranya pihak bank menaip nama yang pelik-pelik ( Cthnya F : berapa org di Malaysia yg namanya F) tetapi kad pengenalan hendaklah tepat. Apabila report CTOS keluar, maka tiadalah masalah nama pelanggan bank serupa nama dengan nama si Muflis.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 RAKYAT 1MALAYSIA February 17, 2012 at 2:48 pm

Nilah dia berniaga dengan mendapat untung daripada kesempitan rakyat…Baru-baru ini saya hendak membeli barangan…memang terkejut beruk bila kedai tersebut mengatakan kami blacklist sebab ada hutang dengan bank…cek punye cek dengan inisiatif sendiri tanpa bantuan CTOS rupa-rupanya diblacklistkan disebabkan rumah yang telah dijual…tetapi cuma terlupa nak declare dengan LHDN yang rumah tersebut telah dijual….dah la duit proses beli barang tidak dikembalikan barang yang hendak dibeli pon tak dapat……CTOS memang menyusahkan rakyat..dalam masa sama menyenangkan company CTOS itu sendiri…yang hairannya mcmana CTOS boleh simpan maklumat peribadi selain jabatan-jabatan kerajaan yang diiktiraf…Dato Seri tolong ambil tindakan segera sebelum Rakyat 1Malaysia mendapat kesusahan dari keuntungan orang lain…kalau CTOS boleh menjual maklumat Rakyat 1Malaysia kepada egensi-agensi.maka tidak hairan CTOS boleh menjual maklumat kepada sesiapa juga asalkan ..masukkkkkkk….HATI-HATI MALAYSIA

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 Bb February 22, 2012 at 9:02 am

Ctos memang menyusah kan, nak loan pun susah , bla nak settle CTOS banyak songeh plak. Bubarkan CTOS , tak da manfaat pun utk rakyat………..tambah menyusahkan kan adalah……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 gomen February 28, 2012 at 11:24 am

CTOS agenda C**a babi laknatullah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 pekerja swasta May 29, 2012 at 8:24 pm
82 butang February 28, 2012 at 7:40 pm

masa sy nak kawen dulu, saya cuba buat loan. da semua bank sy apply, tp semua reject. bank plak x bg tau sbb ape. sy x penah buat ape2 loan pun sblm ni, pelik jugak. pastu dapat tau masa nak wat aeon loan, akak tu bg tau nama sangkut ctos, sebab x baya linguaphone. demmmmm

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 AKUMANGSAKEADAAN December 22, 2012 at 12:10 pm

Mmg celaka menatang haram Linguaphone ni..produk tak seberapa tp interest mengalahkan along! Masa beli tu xde plak dia ckp interest akan naik klu lambat byr or tak byr. Beli tengahari, petang nk pulangkan balik pn dorang mati2 reject! Tak psl2 satu loan pn x leh lps sbb bnda ni. Lg puashati pakai kredit kad, kuarkan cash & joli! Nama masuk ccris ke ctos pn puashati sbb dh enjoy dgn duit tu..Ni setakat pandang je buku2 & CD kuno Linguaphone tu n takbleh ada harta lain sbb nama dah masuk ccris!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

84 sue February 4, 2013 at 9:07 am

same la gan saye…knape linguaphone neh kalo x bayo leh blacklist lak erk???ntah pew2 ntah….linguaphone neh mmng bangang!!!bodoh!!!mnyusahkan owg!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

85 Jan March 3, 2012 at 8:21 am

Can we set date n time to wallop ctos?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

86 eima March 18, 2012 at 11:54 pm

saya adalah salah seorang dari mangsa ctos ini..ini kerana lebih 10 thn lps saya telah ditipu oleh syarikat linguphone dlm membeli barangan dr syarikat tersebut,malangnya..apabila saya telah membayar sebahagian jumlah barang tersebut salah seorang staff syarikat terbabit telah melarikan wang saya,saya terus disenarai hitamkan dlm ctos tanpa notis n baru2 ini saya telah membuat pinjaman untuk kereta tp semua bank menolak dgn alasan saya mempunyai rekod dlm ctos sedangkan dalam ccris nama saya bersih..saya telah pun berhubung dgn syarikat terbabit dan mereka menyatakan jumlah hutang saya adalah 7ribu padahal barang tersebut hanya rm 2500 shj..saya telahpun membayar sebanyak rm2100 kpd syarikat terbabit tapi mereka masih meminta baki sebanyak rm5ribu untuk membersihkan nama saya dalam ctos ini.saya telah merayu kpd mereka untuk bertimbang rasa kerana saya telah ditipu oleh staff mereka,tapi rayuan saya tidak diterima..saya buntu dan tak tahu untuk ajukan masalah saya kepada siapa..andai ada sesiapa dapat membantu saya..kenapa saya harus membayar baki tersebut n saya juga tidak mahu nama saya terus kekal didalam ctos tanpa hitam dan putih.saya amat berharap andai ada sesiapa yang prihatin dengan masalah saya..memang ctos ini tidak patut menindas mereka yang dalam kesempitan n bank juga seharusnya tak patut terus membeli maklumat org awam dari ctos..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

87 dis cas March 31, 2012 at 3:16 am

hari ni bank islam reject serta merta loan aku…puas aku merayu yg menyatakan aku xpernah berhutang da minta bank teliti perkara ini…dan aku berkemampuan sesangat klu nl byr loan bank ISLAM tu…namun pihak bank ISLAM tetap berkeras yg menyatakan aku berhutang..rm2500…bila aku siasat kedai tu..aku jd penjamin rakanku..dulu masa sain toke kedai ckp jd saksi je..skrg hutang dah jd 7k..terima kasih bank ISLAM kerana menggalakkan bank ALONG….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

88 sarip dol September 17, 2012 at 8:25 pm

islam hadari ni……celaka punya bank islam…bukan islam yg celaka yee…..jgn salah paham…bank islam je…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

89 pais October 17, 2012 at 10:37 pm

bank islam mmg cibai..perangai org keje kat sana lg truk dr org kafir

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

90 razlan April 23, 2012 at 4:27 pm

takde ke sape2 yang keje CTOS yg boleh menjawab segala persoalan dan masalah kat sini? senyap jer diorang… aku rasa mmg CTOS tak berani sbb mmg takde jalan penyelesaian untuk nama yg dah ada kat CTOS nih.. kenapa la tak dimaklumkan kepada nama2 yg ada dalam CTOS tentang kenapa nama disenaraihitamkan? padahal maklumat dah ada.. tau2 senyap2 jer nama dah ada dalam CTOS.. Apa matlamat CTOS ni sebenarnye?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

91 kecewa May 7, 2012 at 6:58 am

5 tahun saya tunggu nak beli kereta..tapi impian musnah kerana ctos….ctos menyusahkan rakyat Malaysia…tolonglah kerajaan buat sesuatu terhadap ctos…TOLONG

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

92 Backspace May 7, 2012 at 10:01 am

CTOS ni umpama detektif pesendirian..yg dilantik oleh bank…menyeluk di air yg tenang….yg mementingkn komisen….
yg akhirnya akan dibayar oleh kita sendiri….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

93 kecewa May 7, 2012 at 8:39 pm

Betul ke klu nak clearkan nama kat ctos dikenakan bayaran hampir cecah RM1000

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

94 CTOS BANGGANG May 22, 2012 at 1:23 pm

ya betul tu….CTOS banggang..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

95 CTOS BANGGANG May 22, 2012 at 1:29 pm

Namapak gayanye cam ni…Alamat mampui lah jawapnye..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

96 basco excoba May 22, 2012 at 4:21 pm

ye name saya ade tersenarai dalam ctos..sy d kehendaki membayar rm 1000..untuk clearkan name saya …so sekarang nak wat loan mane 2 bank pon x boleh…cuma bank ah long je yg boleh kasi tolong…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

97 Wanita Melayu July 31, 2012 at 9:58 am

Kaliann perasan tak….. Hmmm kebanyakannya adalah orang melayu jer yg di CTOS kan….. Kaum cina elok jer buat loan berpuluh bijik rumah dgn kereta mewah2….. Yg pelik tu taukeh2 cina mmg manyak syok kasi nama kita di CTOS kan dgn segera…..! Yg kerajaan kita manyak syok biarkan rakyat melayu dibuli2 kan… Hmmm bkn saya ni perkauman… Tp cuba kalian selidik and pikir sendiri lah… Terang lagi nyata melayu Semakin mundur dan xberkuasa di tanah sendiri…!!! Nama aja salah satu negara Islam… Tp pelancong sendiri berpendapatkan ini negara penuh cina aja… Melayu xada pon.?!!!!! Sbb perniaga2 dikeliling kota, bandar, daerah, or pekan2… Semuanyaaaaa bkn melayu………..sbb semua melayu dah di ~> CTOS dah blacklisted kan xbole nk maju , nak wat loan untuk berniaga., xbole nak pakai kereta import ., xbole nk beli rumah… Konon2 jer bumiputra di dahulukan… cuma layak pakai kereta buatan mlaysia aja lah…,xdpt pun terajui ekonomi negara….!!! Yg sedang menerajuinya… nuuun org2 yg sentiasa dok tindas rakyat sendiri dan masyarakat sendiri.!! Renung2 kanlah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

98 Wanita Melayu July 31, 2012 at 10:27 am

Kaliann perasan tak….. Hmmm kebanyakannya adalah orang melayu jer yg di CTOS kan….. Kaum cina elok jer buat loan berpuluh bijik rumah dgn kereta mewah2….. Yg pelik tu taukeh2 cina mmg manyak syok kasi nama kita di CTOS kan dgn segera…..! Yg kerajaan kita manyak syok biarkan rakyat melayu dibuli2 kan… Hmmm bkn saya ni perkauman… Tp cuba kalian selidik and pikir sendiri lah… Terang lagi nyata melayu Semakin mundur dan xberkuasa di tanah sendiri…!!! Nama aja salah satu negara Islam… Tp pelancong sendiri berpendapatkan ini negara penuh cina aja… Melayu xada pon.?!!!!! Sbb perniaga2 dikeliling kota, bandar, daerah, or pekan2… Semuanyaaaaa bkn melayu………..sbb semua melayu dah di ~> CTOS dah blacklisted kan xbole nk maju , nak wat loan untuk berniaga., xbole nak pakai kereta import ., xbole nk beli rumah… Konon2 jer bumiputra di dahulukan… cuma layak pakai kereta buatan mlaysia aja lah…,xdpt pun terajui ekonomi negara….!!! Yg sedang menerajuinya… nuuun org2 yg sentiasa dok tindas rakyat sendiri dan
masyarakat sendiri.!! Renung2 kanlah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

99 CTOS BANGGANG May 22, 2012 at 5:43 pm

Hmmmm xphm lah kt malaysia ni,nape perlu ada ctos,ccris pun da ckup lah…Dlm tv bkn main lg,wat iklan suruh jgn pinjam kt along,tp bila nk wat loan kt bank,harammmm x approve…patutnye kerajaan alert dgn benda2 cam ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

100 pekerja swasta May 29, 2012 at 8:23 pm

mansuhkan CTOS..kaut keuntungan terhadap kesempitan org lain!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

101 anti ctos June 29, 2012 at 12:34 am

Haram jadah punye ctos. Menyusahkan rakyat termasuk aku sekali. Klu kerajaan x hapuskan kita tukar je kerajaan baru.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

102 pacikwak June 29, 2012 at 1:53 am

ctos dah msuk dewan.skrg dh boleh pakai.Dh sah.RM 200 skrg masuk ctos,apa-apa pun masuk ctos.Hati-hati,beli moto seken hand,dah tak tarik..mcm dulu..kedai moto terus masuk ctos..senang aje.Nk buang mcm mana..masa jadi kes hangat pasal ctos dulu..bank berhenti kejap..ingatkan haramkan ctos terus..malah dah jadi sah pulak.Apa taknya,siapa dibelakang ctos tu..cheklah.Sy tak kisah psl ctos..yg kisahnya..hidup makin susah,duit dah tak ada nilai..biarkan..masuk ctoslah..klu jadi zimbabwe..duit tak ada nilai..ctos pun tak berguna juga.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

103 lela July 18, 2012 at 7:42 am

celaka pnya ctos aku dh satle nama aku ada baru2 ni nk beli umah x dpa mampos anak branak ctos//xguna aku satle

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

104 kuantan July 20, 2012 at 11:28 pm

aku pon same…jalan penyelesain nya ak rasa kita pakat pakoh PAS tahun nie..meh pakat rama2..undilah PAS.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

105 aku pelik ? July 26, 2012 at 11:18 am

c-tos….”menatang” ni lah buat aku tak dapat kerja….
tahun ni saja …berpuluh interview aku pergi….ada 2 interview bank dah berjaya…last2 top management bank tak luluskan permohonan sebab nama aku dalam list “menatang” ni….ape ke bodohnya sistem kerajaan kita sekaranag ni…tak kisahlah sistem swasta atau sistem perkhidmatan awam…dahlah kita susah payah cari kerja…mcm mana nak sattlekan hutang kalau nak kerja pun tak boleh….nilah masalah kerjaan kita…kutip cukai dan pendapatan dari company “menatang” ni…hasil daripada kesusahan orang lain….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

106 kebenaran July 26, 2012 at 2:59 pm

terdapat agensi yang mengawal selia syarikat2 seperti CTOS ini.. Pejabat pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Di kementerian kewangan..boleh semak di web site treasury.gov.my…sesiapa ya ada masalah berkaitan CTOS dan Lain2 boleh hubungi mereka..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

107 bards August 9, 2012 at 9:59 am

pasal ctos la aku sussah,ingat nak wat loan nak setel hutang tp semua tak lepas…sampai mampus aku tak nak byr….bl lambogini pon aku beli cash laaaaaaaaaa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

108 sarip dol September 17, 2012 at 8:34 pm

kepada yg ada hutang dgn bank dan blacklist…aku cadagkan korang jgn setlle hutang tu…biar jaaa…kalau korang settle pun korang tetap blacklist…baik guna duit tu buat benda lain….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

109 joemetal October 6, 2012 at 2:05 am

tu sebabnye ramai yg meminjam dari ceti haram…sbb ctos ni haram jadah…aku berhutang 2 ribu terus di ctos kan nama…try buat loan x lepas….org susah mcm kami ni mana la ada tempat nak meminjam klu bukan dr bank..tapi nama ctos..bank terus x terima……tolong lah yang ada kuasa buat la sesuatu bantu rakyat malaysia ni..kami tk mintak smp jd mcm ni…tp ctos nye halll kita x leh maju,,,,,,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

110 akak bedah January 31, 2013 at 5:12 pm

Dik Naya Gua,
Sebenarnya lawyer mana boleh buat macam tu…gertak je tu….kalau dia kata dapat saman dari mahkamah lain la….itupun mahkamah akan tengok kemampuan kita berapa kita boleh bayar..rasa-rasa itu dari bill collecter..tapi kalau betul dia lawyer dia xboleh buat sbb P&C..kalau dia buat juga maknanya dia adalah DIANTARA YANG MEMBERIKAN MAKLUMAT KPD CTOS..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

111 naya gua October 11, 2012 at 6:35 pm

saya ingin bertanya.. dulu saya bekerja. sekarang dah berehenti lebih kurang 7 bulan untuk jalankan bisnes pasar malam saya. Lesen SSM pun ada.

So selama saya berniaga 7 bulan ni, pendapatan masih tak stabil tak lepas nak bayar hutang kad kredit. So sekarang dah tertunggak 7 bulan.

Baru-baru ni ada seorang Lawyer call, dia cakap nak hantar nama saya ke CTOS dan akan blacklisted. Dia juga ada cakap, lesen SSM bisnes saya akan dibatalkan juga oleh BNM.

Adakah benar?

Jika ya, bermakna saya tidak boleh berniaga lagi. dan pastinya income pun tiada lagi. Kalau saya kembali bekerja makan gaji, mereka juga akan hantar surat kepada majikan tentang status saya.

SO persoalannya, adakah benar lesen SSM akan dibatalkan oleh Bank Negara?

harap dapat bantu soalan sy..terima kasih ye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

112 Melan October 24, 2012 at 9:14 pm

Sekiranya kerajaan BN tidak mahu dan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan CTOS, kita semua rakyat Malaysia perlu bertukar kepada kerajaan yang baru pada PRU 13 akan datang. Menjadi harapan kami agar kerajaan baru nanti ikhlas dan mampu membantu rakyat yang tersiksa dengan CTOS! Silakan link tulisan saya kemana-mana link Menteri atau Perdana Menteri. Terima kasih.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

113 BRUNO November 14, 2012 at 3:10 pm

SEPATUTNYA KERAJAAN HARUS BERI PELUANG DAN RUANG KEPADA RAKYAT YANG MANA ADA HUTANG (CCRIS/CTOS) RM10K KE BAWAH DIBENAR KAN BUAT PINJAMAN (YG BERSYARAT) UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH CCRIS DAN CTOS NI…BUKAN ASYIK NAK 1 MALAYSIA JEW…WALHAL RAKYAT DIDAHULUKAN UNTUK KEPENTINGAN ORANG ATASAN…YANG BAWAH NI MENANGGUNG BEBAN…MANA-MANA PARTI YANG USUL MANIFESTO NI RASANYE BOLEH MENANG UNDI…SEBAB YANG BANKRUP BERAPA RAMAI…BETUL TAK…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

114 ctossucks December 26, 2012 at 11:28 pm

CTOS mmg menyusahkan org!
seolah2 tiada peluang kedua!
cthnya klu kita penah disaman berkaitan kad kredit,then kita settle tp bila rekod masih ade,bank tetap tak bagi kita kad kredit walaupun bergaji 17 ribu macam saya!
ctos adelah bodoh sebodoh bodohnya!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

115 akak bedah January 31, 2013 at 5:06 pm

Akak penah dpt call kt ofis dari makhluk keje kt ctos…dia minta nama & alamat org-org yg kena saman…SORRY la tak kan nak bagi kat mereka…2 – 3x diorg call, kami buat main-main lepas tak de call lagi…rupanya diaorg minta nama dr legal firm juga….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

116 dean February 1, 2013 at 9:29 am

aku antara mangsa ctos…
sungguh mendukacitkan…
sehingga kini nak buat pinjaman satu hapa pun tak dapat…

ctoa mengkayakan mangkuk sorang je

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

117 mankk February 1, 2013 at 9:04 pm

saya hairan ctos tidak mengunakan kemudahan internet yang ada ,sekali klik masalah akan dapat dibereskan tapi susah mau cerita ,ctos macam buta it.jangan asyik nak susahkan orang aje.sendiri mau ingat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

118 impian musnah February 9, 2013 at 1:14 pm

haishhh…ak pon menghadapi masalah ngan ctos ni. 3 thn lepas kete ak kene tarik sebab ak tlupe nk mmbayar.time tu ak baru tukar keje n sbb busy ak terlupa byr. bila kete kene tarik baru ak buat pembayaran dalam hari yang sama. keta kene tarik pagi dan ptg juga ak dpatkan balik selepas buat payment 3 bulan. hari ni bila ak apply ntok buat permohonan pinjaman perumahan, ak dapat taw yg nama aku ade dlm ctos. bila check ngan ambank, ambank kate ade lawyer fee n interest 3 thn lepas ak lom byar. da la xde reminder or warning letter bagai. sedih aku… rekod dlm ctos x akan padan wpon payment da settle.diaorg yang mampu update kt bahagian remark saja. booking fee rumah aku burn mcm tu jek disebabkan loan x approve.. sedih giler… menyewa la ak sampai mati… btw, thanks to najib jaga kebajikan rakyat sgt……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

119 tertindas February 14, 2013 at 9:16 am

bila nak pergi demo utk hapuskan ctos ni. aku set je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

120 sokong. April 12, 2013 at 5:59 pm

set time..aku pun mangsa.mangsa keadaan.aku benci ctos.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

121 pening kepala March 16, 2013 at 1:50 am

aku ini juga mangsa ctos ni….aku ada beli linguaphone bila aku tanya balik harga linguaphone memang masa beli harga rm1300 kita bayar ansur ansur lalu bila dah lose contek tertangguh bayaran….
beberapa tahun kemudian kita cuba loan bank untuk beli kereta baru…tapi nama da ada di CTOS ini JADI BANK TOLAK LOAN SY…
lalu sy minta nombor fon pihak linguaphone dari bank tempat aku cuba nak loan,aku dapat dan aku kol company tu…. dapat kemudian bila aku kol mereka kol balik aku dan minta bayaran sebanyak rm10000 aku tanya kenapa pla bayaran sampai begini sdngkan kita yg kol untuk buat bayaran harus hargai… bincang punya bincang runding punya runding aku sanggup bayar rm3000 tapi company itu tidak mahu jadi sy tanya balik berapa lalu dijwp rm6000…..huuuu…..!!!!!! sy x sanggup… lalu aku befikir dan aku bersetujuh nak bayar rm6000 tapi dgn syarat nama aku dlm Ctos clearkan dulu supaya aku boleh bayar cash sbb aku nak pinjam duit kat bank untuk bayar tapi jwpn sy terima meeka tidak dapat tlng, jadi wajarkah sy melunaskan bayaran ini kat linguaphone…tolong beri pendapat….pls….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

122 johnrambu March 26, 2013 at 5:25 am

xyah bayar. nama di ctos xkn clear pun kalau bayar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

123 nizamyopzam April 3, 2013 at 4:47 am

Buta hati perut kerajaan dan syarikat ctos ni…
Time PRU siap la…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

124 aku yg teraniaya April 3, 2013 at 6:00 pm

Ctos ni memang bodoh.Kalau sekali nama masuk walaupun dah clearkan semua hutang, dia kan permanently kat situ..maknanya sampai mati lah tak leh buat apa2 loan…bodoh..bank islam pun sama bongok..nama je islam..tapi staff2 macam hanjing mulutnya.dah settle credit card dia last year bulan sembilan..last month..ctos takde pun..cleasr je kosong..tetiba this month..tgk ada nama kat situ..tanya officer bank islam sebab legal lambat charge..salah kita ke..bodoh punya bank islam..banagang..aku cadangkan, set lah certain tempoh.contoh lepas setahun loan clear, ctos akan auto padam..ni tak..sampai mati ada..bodoh..bodh..skit hati

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

125 bala April 9, 2013 at 10:19 pm

semua ctos kena tutup kalau tak. di tutup Bersih 3.0 akan dilangsungkan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

126 tension April 26, 2013 at 2:00 pm

arini aku dpt call from bank ckp loan umah aku tak approved sb aku ada dlm list ctos..pelik betul sb ccris aku rekod bersih..mmg aku agak bengang skrg.. aku nak turun chck & settle kan kat opis ctos..tp bila baca komen korang kat sini buat aku tension..arrghhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

127 powerpondei April 30, 2013 at 6:53 pm

FYI. Aku baru apply loan tak lepas sebab CTOS. Ini data aku:

CCRIS : 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

CTOS :

1) listed sebab P1 wimax subscription tak bayar RM2k. (Aku pakai 1 minggu je sebab takda coverage, so tak continue. But then again bila cek balik, kontrak 2 tahun bill dah jadi RM2K.

Huh! Telco pun nak CTOS ker? Menyusahkan!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: